Blogger templates

Dec 30, 2012

Persiapan Anak Masuk Sekolah

Wuhuu... tinggal 2 hari je lagik, Abang Long dan Kak Ngah akan masuk ke school selepas puas melepak sakan macam anak raja dekat rumah (untunglah dorang!) Dan tinggal 2 hari je lagik untuk mama papa dapat rasa ketenangan bangun pagi untuk pergi kerja (huwaaa!) Ok, i harap tak terbabas bangun tidur sebab hampir 2 bulan ni syok dapat tidur sampai pukul 5:30 pagi. Eh, habis tu hari-hari biasa pukul berapa i bangun pagi sebenarnya? Hah, jangan tak percaya korang, pukul 4:45 pagi i dah paksa mata ni terbukak besar. Dah macam bangun sahur pulak gayanya kan? Habis nak buat macam mana, beginilah kehidupan mencari sesuap nasi (ewah! bercerekarama semasa pulak dia. Hehehe). Tapi tu waktu Abang Long je sorang yang pergi school Q-dees. Sekarang ni, dah ada tambahan sorang lagi yang nak kena pergi school jugak, Kak Ngah (wah... pitam sekejap mama). So, nampak gayanya pukul 4:15 pagi lah kan mama kena bangun (ok, sekarang juga rasa macam nak tidur depan macbook. Kehkehkeh). Agak-agak ada working mom lain yang bangun lagik awal dari i ke? Teringin jugak nak tahu. Boleh kita sep tangan sama-sama (hahaha... sanggup ke?)

Sebelum kehidupan i dan hubby bertukar jadi upside down (atau dalam bahasa melayu comelnya - tunggang-terbalik). Alhamdulilah, segala persiapan untuk Abang Long dan Kak Ngah berjaya kita orang sediakan. Macam Kak Ngah, tak banyak barang-barang baru yang kita orang beli sebab kebanyakannya dah disediakan oleh Q-dees especially macam uniform, buku dan alatan tulis. Jadi, tak payahlah mama nak pening kepala beli semua tu. Cuma tambah mana-mana yang patut je macam colour pencil, beg sekolah dan kasut (untuk kasut, sorry mama papa tak jumpa saiz untuk Kak Ngah lagi. Nanti pakai Crocs je dulu pergi school ye sayang).

Manakala untuk Abang Long, yang baru nak mulakan persekolahan dekat Sekolah Rendah. Serius, i jadi confuse tak tahu nak beli yang mana satu, contohnya macam buku sekolah. Aik, buku sekolah pun boleh confuse ke nak beli? Beli jelah ikut listing / senarai yang diberikan. Ishhh... susah nak cakap sebenarnya. Ikutkan memang i dah dapat senarai buku yang kena beli. Tapi part yang tension nya, bila tanya dekat budak koperasi sekolah tu, samada buku-buku ni wajib kena beli ke tak. Habis dibantainya beri jawapan "Iye". Haishhh... kesabaran aje i dengan budak tu, mentang-mentanglah yang tukang tanya ni dah 15 tahun tak pergi sekolah (saje nak pow duit i lettew... Heh!) Lepas berdiskusi dengan hubby secara pantas (sebab akak-akak yang beratur belakang kami dah mula terjenguk-jenguk bagi signal suruh cepat. Yelah kak oiii...), kita orang cuma beli Bahagian A (Buku-buku rampaian), B (Buku Latihan Tambahan) dan C (Keperluan Asas Murid) sahaja. Untuk Bahagian D (Buku Pilihan), nanti biar i sendiri je yang tanya dekat cikgu kelas (gaya mama ngalahkan Guru Beso jelas terserlah). Hehehe...




Antara senarai keperluan barang yang i beli untuk Persiapan Anak (Abang Long) Masuk Sekolah Darjah Satu ialah :-

Barang-barang lama Abang Long macam bekas pensel, alatan tulis biasa, gunting, gam, botol air dan bekas makanan still boleh digunakan lagi. Jadi, i amalkan kempen jimat-cermat iaitu 'Guna Selagi Boleh'. At least kalau bawa barang-barang lama, budak-budak dekat sekolah takdelah berkenan sangat nak ambil. Hehehe... tips ni tau!

1. Baju kemeja putih jenama Canggih (5 helai - sehari satu helai, senang tak payah cuci selalu. Anyway brand Canggih ni, i recommended sangat untuk korang. Kain dia berkualiti dan affordable).
2. Seluar panjang jenama Canggih jugak (3 helai).
3. Beg sekolah beroda (kemain tau beg beroda ni, mengalahkan harga beli luggage bag. Beg sekolah mama papa dulu-dulu pun paling mahal RM35.00. Huhuhu...)
4. Seluar sukan / track suit dua helai (beli dekat Tesco je, sehelai RM14.00).
5. Stokin beli 6 pasang terus (beli sekali banyak lagi jimat harga).
6. Kasut sekolah jenama Asadi - Bola Kampung (ikutkan Abang Long nak jenama Ben 10 tapi dah takde saiz). I beli yang tak payah banyak nak kena kapur.
7. Kapur kasut.
8. Pensel Warna jenama Stabilo dan Faber-Castell (share dengan Kak Ngah).
9. Pemadam satu kotak (senang beli terus banyak-banyak, mana tahu asyik kena kebas dengan budak lain je. Oppss)
10. Pensel satu kotak (jimat dan murah).
11. Pengasah pensel yang besar dan boleh putar-putar tu (jimat tenaga nak 'mengorek' nanti. Hehehe).
12. Sampul buku plastik dan sellotape.
13. Permanent Marker pen (yang ni untuk mama sebenarnya. Hihihi... tujuan beli sebab senang nak tulis nama Abang Long dekat semua barang-barang yang nak bawa pergi school).

Ok, tu je persiapan yang kita orang sediakan untuk anak-anak masuk sekolah. Simple je kan? Yang penting, beli mana-mana yang perlu dulu. Yang kurang perlu tu, nanti-nanti pun boleh beli. Ye tak?

Mama kena tungkus-lumus membalut nampaknya.
For Busy Mama and Papa (Sesuailah dengan i kan? Hehehe)




Beg Hello Kitty Kak Ngah.



p/s : Mesti korang pun busy beli barang sekolah kan?

Dec 29, 2012

Fotografi Bunga / Flower Photography #1

















Korang agak-agak dekat mana lokasi sebenar gambar bunga yang i dan hubby tangkap ni? Mesti dekat Taman Bunga ni... (ewahhh... menjawab dengan high confident level tu). Tapi silap rupa-rupanya jawapan yang diberikan kawan-kawan (malunya! Tihihi) Kalau korang nak tahu bunga-bunga ni semua berada dekat keliling rumah keluarga mertua i di Kedah. Hah, macam tak percaya kan? Anyway, seronok tau bila rumah penuh dengan macam-macam jenis bunga ni, terasa segar, tenang dan berwarna-warni gitu, feeling dating hari-hari (ehemmm! Hehehe...)

Senarai nama-nama bunga mengikut urutan gambar dari atas ke bawah :-
(thanks to hubby sebab dia memang terror dengan nama-nama pokok / bunga. Kalau korang tanya i, sure hancur...)

1. Light Pink Roses
2. Ixora Sunkist
3. Jasmine Flower
4. Old Leaves (atau dalam bahasa melayunya, daun-daun tua. Hehehe)
5. Oncidium Cebolleta
6. Portulaca Grandiflora
7. Zephyranthes Candida
8. Purple Flowers (sorry, yang ni hubby tak tahu apa nama saintifiknya. Dia dah pening fikir.)
9. Red Anthurium
10. Heliconia
11. Red Bougainvillea
12. Serangga tak bernama (dah macam nama lagu pulak. Hahaha)
13. White Bougainvillea
14. White Flowers (sama kes macam bunga no. 8)
15. Wildflowers
16. Arachis Pintoi

Kesemua gambar dekat atas ditangkap dengan menggunakan kamera Nikon D5100 dan Nikon D7000.


p/s : jom jadi minah / mamat bunga pulak. Hehehe...

Dec 27, 2012

Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

Korang pernah makan telur penyu tak? Masa i kecil dulu-dulu (awal tahun 80-an) selalu jugaklah i dapat merasa makan telur penyu ni especially bila saudara-mara i pergi bercuti ke Terengganu. Inilah ole-ole wajib yang dorang akan bawa balik untuk i sekeluarga. Excited betul bila tengok telur penyu ni, dahlah macam bola pingpong, putih bersih lepas tu kulit dia unik sangat. Tak keras macam telur ayam tu tapi kalau korang tekan, shape dia mengkerekot jadi tak sekata. Dah tu lepas rebus je dalam air, automatik shape dia jadi bulat balik. Wah, magic!!! Hahaha... anak siapalah yang jakun bebeno ni? Heee...

Yang bestnya, part nak makan telur penyu pun ada caranya tersendiri tau kawan-kawan. Bukan main pecahkan je kulit dia macam korang makan telur-telur lain tu. Mula-mula, korang kena slow-slow koyakkan sikit permukaan telur penyu. Lepas tu dekatkan dengan mulut korang, tekan dan sedut isinya cepat-cepat. Macam mana eh rasa telur penyu? Terus-terang i cakap rasa dia memang pelik, macam nak termuntah pun ada jugak. Hahaha... suspen je dengar kan, sebenarnya takdelah teruk sangat. I yang kecik waktu tu pun relax je boleh bedal telur penyu sampai 3 biji. Ikutkan rasa telur penyu ni lebih kurang sama je macam telur ayam separuh masak cuma bahagian kuning dia keras sikit dan ada rasa macam makan pasir sekali bila kunyah. Walaweh... Hebat tak ingatan i tentang perasaan makan telur penyu ni? Dah lebih 20 tahun tu i tak makan telur penyu. Lebih-lebih lagi sejak kerajaan umumkan yang penyu adalah binatang terancam / pupus (ewah, menyahut seruan kerajaan gitu ye. Hehehe). Actually i kesian dekat penyu... Punyalah bersusah-payah dia bertelur, senang-senang je manusia rembat telur dia buat makan (eh, refer diri-sendiri ke?) So, kawan-kawan jom kita support jangan makan telur penyu lagi k. Makan telur ayam je dahla, tak pun telur itik. Telur puyuh pun sodap jugak. Telur buaya? (tu kalau korang sanggup. Erk!) Hehehe...

Kenapa tiba-tiba buka topik pasal telur penyu ni? Saja nak imbas kenangan dulu (ewah!) Sebenarnya nak bercerita dengan korang tentang Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Pahang yang i pergi pada 3 Julai 2012.


Apa itu Pusat Penerangan dan Santuari Penyu?

Ianya merupakan sebuah tempat perlindungan, penetasan, penyebaran maklumat, pembelajaran dan penyelidikan mengenai penyu.

Santuari Penyu Cherating telah beroperasi sejak tahun 1972 sebagai pusat penetasan penyu. Walaubagaimanapun pada tahun 1997, Kerajaan Negeri telah membina sebuah pusat khusus untuk memberi perlindungan dan pengurusan penyu yang bersistematik.

Terletak di pesisir Pantai Chendor, Cherating, Santuari Penyu meliputi kawasan seluas 0.3 hektar dan diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri. Santuari ini menyediakan tempat mendarat bagi penyu-penyu pada bulan April hingga Ogos disamping sebuah pusat penerangan untuk pelawat-pelawat.

Santuari Penyu mula dibuka kepada orang awam pada 1 Jun 1998.

Sumber : Dari lokasi Santuari Penyu Cherating
Olahan : Reenaonline


Alamat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu :-

KM 45, Jalan Kuantan - Kemaman,
26080 Kuantan, Pahang

Lokasi Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating terletak bersebelahan dengan Club Med, Cherating.

No. Telefon : 09-5819087
No. Faks : 09-5819124
Emel : penyuphg@tm.net.my

Waktu operasi : Hari Selasa hingga Ahad dari pukul 9:00 pagi hingga 1:00 petang. Kemudian bersambung dari pukul 2:00 petang hingga 5:30 petang.
Manakala hari Jumaat pula, dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Dan bersambung dari pukul 3:00 petang hingga 5:30 petang.


Jenis aktiviti / tarikan utama di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu :-

1. Lawatan ke Tapak Penetasan Telur Penyu
2. Pelepasan anak-anak penyu
3. Lawatan Pameran (Statik), penerangan dan tayangan video
4. Program "Turtle Watching" sebelah malam di sepanjang Pantai Cherating sejauh 3.5 KM
5. Program Penyelidikan



Bagaimana keadaan sebenar di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu?

Review ni hanya berdasarkan dari pengalaman i ye (no heart feeling).

1. Kita orang tiba dekat sini lebih kurang pukul 2:00 petang. Sunyi-sepi betul sampaikan serba-salah i nak masuk (mungkin sebab bukan musim cuti sekolah kot).
2. First impression : "hidup lagik ke tempat ni?" Hehehe.... Jujur tak?
3. Masuk adalah PERCUMA dan sebelum masuk kena isi guest book. Bila tengok senarai guest book, untuk hari ni dah ada beberapa orang yang datang sebelum kita orang (ok, i ingatkan dah bertahun-tahun takde orang datang. Eh! Statement ku! Hehehe).
4. Donation / derma sangat dialu-alukan.
5. Suasana dalam tempat / bahagian pameran. Old-skool tak hingat. Macam pameran sekolah pun ada.
6. Bahagian luar pameran ada menempatkan empat-lima ekor penyu dewasa dan berpuluh-puluh ekor anak penyu dalam kolam kecil (ini penyu yang real tauyang replika pun ada jugak). Barulah semangat sikit rasa bila nampak penyu.
7. Entah mana sesatnya, kura-kura pun ada dekat sini (eh, penyu dengan kura-kura sama spesis ke?)
8. Kesian tengok anak-anak penyu yang meronta-ronta nak keluar dari jaring. Tak faham kenapa dia tak biarkan anak-anak penyu tu lepas bebas.
9. Kawasan dekat sini memang bersih dan terjaga elok (yang ni, i memang puji).
10. Untuk rating, hmm... i bagi 2.8 bintang daripada 5 bintang. Oklah, walaupun tak berapa menarik tapi sekurang-kurangnya tempat ni berikan serba-sedikit pengetahuan untuk anak-anak i. At least anak-anak i kenal macam mana rupa sebenar turtle.

Insya-Allah i nak datang lagi ke sini untuk bawa anak-anak i tengok penyu bertelur pulak. So, i harap Santuari Penyu Cherating akan lebih menarik di masa akan datang.

Kalau korang nak dapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan sebenar Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, bolehlah klik sini ---> http://mynewshub.my/2012/09/23/pusat-santuri-penyu-cherating-perlu-dana/ (kesian pusat ni kan?)




















p/s : Bila tengok penyu dekat sini teringat cerita kartun Ninja Turtle yang suka makan pizza tu. Hehehe...

Dec 26, 2012

Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng

Kita sambung lagi kisah i berjalan-jalan dekat Pantai Timur masa bulan Julai 2012 nak? Walaupun kisah ni dah terbabas lebih dari 5 bulan (start dari entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/holiday-villa-cherating.html) tapi i tak pedulik tetap nak masukkan jugak dalam blog sebagai kenang-kenangan. Nilah padahnya kalau selalu lengah-lengah masa nak update. Tak pasal-pasal kena hidangkan cerita outdated.

Ikutkan sebenarnya dah bersusun entri outdated lain yang ada dalam draft post i ni hah... (oppss... terpecah rahsia pulak. Hehehe). Tinggal nak karang cerita je. Apa kata korang tolong karangkan boleh? Kadang-kadang tu boleh kematu jugaklah idea nak bercerita. Ish, bukan senang jadi blogger ni tau (ecehhh...) Ni kalau cikgu Bahasa Melayu i baca mesti dia tenyeh mata. Budak yang karangan bahasa melayu dia tah hape-hape waktu sekolah boleh giat bercerita dalam blog. Yelah cikgu, setakat karangan merepek memang 'budak' ni pandai! Karangan yang macam cikgu suruh buat je tu dia jadi blur. Keh-keh-keh.

Eh, dah melalut, kita tukar topik asal. Memandangkan sepanjang cuti sekolah bulan Disember 2012, i dan hubby tak rancang sebarang vacation untuk bawa anak-anak pergi jalan-jalan (musim hujanlah katakan) jadi cerita outdated ni kiranya penyelamat kepada blog i daripada berbunyi cengkerik. Hehehe, pandai tak i?

Kali ni i nak buat review mengenai Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng yang terletak di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. So far, i tak pernah lagi jejakkan kaki ke sini. Nilah first time nak merasa. Selalu dengar cerita dari kawan-kawan atau baca dari blog orang lain je pasal keenakan kopi dan roti bakar yang ada dekat sini. Apa yang membuatkan Hai Peng Kopitiam famous sangat dekat Terengganu? Jom kita selidik (ewah... Macam penyiasat pulak).


Latar belakang / Sejarah Hai Peng Kopitiam Sdn Bhd

Berusia 95 tahun, Wong Sang Hai atau juga dikenali sebagai Uncle Wong adalah merupakan nama kepada pemilik Hai Peng Kopitiam. Beliau telah meninggalkan Pulau Hainan di China ketika berusia 17 tahun, menuju ke Singapura. Sebelum menyambung perjalanan ke Chukai pada 1937 dan membuka kedai kopi tidak jauh dari tapak bangunan milik keluarganya sekarang.

Sejak itu, Uncle Wong, yang berkahwin dengan gadis Cina berasal dari Kuala Terengganu dan dikurniakan lapan orang anak telah meneruskan perniagaannya di situ sehingga berpindah ke bangunan baru yang lebih besar dan selesa kira-kira 20 tahun lalu.

Antara perubahan yang dilakukan oleh Elaine, anak bongsu Uncle Wong yang sebelum ini menetap di Kanada ialah membuka cawangan Kedai Kopi Hai Peng di Kuantan dan menjadikannya antara pelopor kopitiam moden di kebanyakan bandar besar negara ini sekarang. Malah, Hai Peng juga ada mengeluarkan pakej bungkusan kopi berdasarkan resipi tradisionalnya untuk dibawa pulang.

Sehingga kini, Kedai Kopi Hai Peng masih mengekalkan tradisinya sejak dulu lagi iaitu ditutup pada waktu sembahyang Jumaat serta memastikan semua bahan minuman dan makanannya halal untuk orang Islam. Malah kesemua pekerja termasuk pembancuh kopi di sini adalah dari kalangan orang melayu.

Olahan oleh : Reenaonline

Alamat Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng :-

3753, Jalan Sulaimani
Chukai
24000 Kemaman
Terengganu

No. Telefon : 09 - 859 7810
Emel : haipeng40s@yahoo.com

Waktu operasi : dari pukul 6:45 pagi hingga pukul 6:00 petang.


Apa pendapat i tentang Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng?

1. Kopi dan roti bakarnya sedap (tapi tekak i kata sama je rasa macam dekat mana-mana kopitiam yang lain).
2. Harga roti bakar dengan kaya paling murah dekat sini iaitu cuma RM1.00 je satu.
3. Servis biasa-biasa je, mula-mula geram jugak sebab takde siapa pun yang datang layan kita orang nak ambil order (huhuhu).
4. Harga makanan dan minuman kopinya sama macam standard rate dekat KL (agak-agak korang mahal ke murah?)
5. Paling i suka gaya telur separuh masak yang dihidangkan (old-skool habis!)
6. Nasi lemak, nasi dagang dan kuih-muih yang disediakan dekat tengah-tengah kedai, kena self-service ambil sendiri ye.
7. Minuman kopi ais (tak kiralah apa jenis kopi) disediakan terus dalam bekas plastik. Agak-agak tak habis boleh terus angkut bawa balik rumah. Bagus idea ni.
8. Rasa makanan dekat sini, biasa je takde speciality. Senang cakap takdelah sedap sangat. Hehehe...
9. Keadaan dalam kedai dan susun atur agak sesak tapi i suka tengok barang-barang lama yang digunakan sebagai hiasan. Klasik sangat!
10. Kebersihan ok (tak nampak lagi benda yang scary).
10. Takde tandas dekat sini.
12. Keseluruhan i bagi 3 bintang daripada 5 bintang.


Nota tambahan :

Untuk sesiapa yang bertanyakan tanda halal dari Jakim untuk Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng, terus-terang waktu i makan dekat sini, i sendiri tercari-cari tanda halal yang dipamerkan tapi tak jumpa (tak pasti kalau Hai Peng Kopitiam memang ada sijil sah halal Jakim yang i tak tahu). Tak nak timbul keraguan, memandangkan ramai orang melayu Islam yang makan dekat situ. I yakinkan diri dan tak nak fikir yang pelik-pelik. Macam mana pun sejak baca artikel dari Metro berkenaan Tiada Kopitiam di Terengganu Miliki Sijil Halal: JHEAT. Ok, hati i dah timbul rasa was-was. Bila dah jadi macam ni maksudnya sorry Hai Peng Kopitiam, i akan singgah lagi bila awak dah ada sijil Halal yang sah ye.













Antara senarai harga makanan dan minuman di Kedai Kopi Hai Peng.

p/s : Ada sesiapa yang biasa makan dekat sini?