Blogger templates

Dec 24, 2012

Holiday Villa Cherating

Pada 1 Julai 2012 (Ahad), ikutkan i dan hubby takde rancangan langsung nak pergi bercuti ke Cherating, Pahang tapi dalam pada masa kita orang memang dah apply cuti pada hari Isnin dan Selasa (eh, apa yang i cakap ni? Berbelit-belit. Hahaha). Kononnya tujuan ambil cuti (keesokan harinya iaitu hari Isnin dan Selasa) lebih kepada merehatkan minda dekat rumah daripada menghabiskan duit (kekononnyalah kan). Macam mana pun awal-awal pagi Ahad tu selepas solat Subuh, tiba-tiba muncul pulak idea jalan-jalan dalam kepala otak i ni. Alahai, terasa macam rugilah pulak kalau ambil cuti waktu orang lain bekerja dan tak pergi mana-mana. Yelah, selalunya rate / kadar harga hotel lebih murah waktu-waktu macam ni berbanding waktu cuti sekolah (ish... rugi-rugi-rugi!)

Senyap-senyap i survey lokasi hotel mana yang sesuai bercuti (bunyi macam nak buat kerja suspen apa je kan? Siap nak rahsia gitu. Hehehe). Kalau boleh i nak pergi bercuti tepi laut pulak. Saja nak bawa anak-anak pergi mandi tepi pantai. Mesti dorang seronok sebab boleh buat sand castle. Hubby i confirm takkan membantah cadangan yang bakal i usulkan nanti, janji kesemuanya i dah settlekan siap-siap. Especially prepare mana tempat nak tidur, dekat mana nak makan, apa tempat menarik boleh pergi dan macam-macam lagi. Maklumlah dia tahu wife dia ni, memang serba-serbi suka buat susun atur perjalanan kalau pergi mana-mana even last minute sekalipun. Takdenya nak main redah macam tu je. Sampaikan dalam perjalanan dekat dalam kereta pun, sempat lagi google cari info. Iye, sayalah tu orangnya (sambil buat muka sengih kerang bucuk. Heee...)

Macam biasa, untuk dapatkan harga hotel yang murah, i buat perbandingan dari satu laman web / website ke satu laman web yang lain (untuk korang yang nak bercuti last minute jugak boleh tengok tips i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tempahan-hotel-online-hotel-booking.html). Akhirnya, setelah berdiskusi dengan hubby (yang merangkap GM Finance keluarga kami hehehe...), i dan hubby sepakat membawa berkat memilih untuk stay dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating (gitulah...). Harga bilik (deluxe room) untuk tiga hari dua malam ialah RM297.00. Kita orang booking melalui website Latestay. Untuk booking fees, caj yang dikenakan ialah RM45.85. Jadi semua sekali jumlah kos penginapan kami hari tu ialah RM342.85 (erk, tercekik sekejap!) Kalau korang nak tahu, sebelum ni, kita orang dah pernah tidur dekat The Legend Resort Cherating dan Impiana Resort Cherating. Kali ni teringin nak tukar angin cuba tempat penginapan lain pulak. Nanti bolehlah i buat review macam-macam hotel untuk korang semua.

Alamat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating :-

Lot 1303, Mukim Sungai Karang
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Malaysia

No. Telefon : [09] 581 9500
No. Faks : [09] 581 9178
Emel : saleschv@holidayvilla.com.my

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cherating hanya makan masa 2 jam sahaja (terima kasih untuk Lebuhraya Pantai Timur yang mempercepatkan journey kita orang). Untuk sesiapa yang nak pergi ke Cherating sekarang ni dah tak payah nak lalu bandar Kuantan lagi (jimat masa kan?) Korang cuma straight keluar ikut exit Jabur iaitu lebih kurang 12km selepas dari exit Kuantan. Tak susah sebenarnya nak cari Holiday Villa Cherating ni, lokasinya di bahagian sebelah kanan jalan betul-betul bersebelahan dengan The Legend Resort. Yang penting, korang kena beliakkan lebih sikit mata korang untuk tengok papan tanda yang tertulis Holiday Villa. Kalau tak, confirm terlepas.

Macam mana keadaan / suasana dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating? Best ke?

Ini antara review / ulasan berdasarkan pengalaman yang i lalui :-

1. Happy! sebab bilik i paling hujung (tak jauh dari pantai dan tempat makan) serta betul-betul berhadapan dengan swimming pool (kiranya buka je pintu dah boleh terjun). Eh, tak-tak, tipu je. Hehe... Kena menapak dua-tiga-empat langkah baru boleh terjun.
2. Suasana bilik hotel nampak lama dan old-skool (tak sure pulak i tahun berapa agaknya Holiday Villa ni dirasmikan).
3. Jarak antara hotel dengan pantai berdekatan sangat. Seronok... sebab pantainya, private beach so taklah crowded dengan orang luar. Jadi lepas mandi-manda dekat pantai, korang boleh terus bersihkan badan dekat area swimming pool sebelum masuk bilik.
4. Tak banyak aktiviti menarik yang disediakan dekat sini (sesuailah untuk sesiapa yang nak berhoneymoon. Ehem!)
5. Boleh sewa pelbagai jenis basikal dekat sini. Bermula dari RM5.00 hingga RM15.00 sejam mengikut jenis basikal.
6. Banyak kedai makan / restoran yang boleh korang cuba berdekatan dengan hotel TAPI apa-apa hal korang kenalah bawa kereta keluar dari kawasan hotel (sanggup ke nak basah keti? Eh! Hehehe...)
7. Kalau sesiapa ada intention nak shopping keropok lekor dekat Kuala Kemaman, Terengganu. Jarak antara hotel dan bandar Kemaman lebih kurang 20 minit je (yeay!)
8. Kebersihan cawan, sudu dan pinggan dekat cafe / Beach Restaurant sedikit mengecewakan (haishhh... takkanlah hotel berjenama 4 bintang boleh pakai sabun cap ayam je buat cuci pinggan? Tah-tah dorang main celup-celup je pinggan kotor dalam air? Eee... takde kelas betul!)
9. WiFi PERCUMA non hado a.k.a takdelah tu (huhuhu!)
10. Nak seterika / iron baju / tudung, korang kena pergi dekat tempat yang disediakan. Biasanya dia letakkan di satu sudut dekat tingkat bawah (request-request non hado ye...) Ish-ish-ish...
11. Terdapat warning yang mengingatkan adanya sandflies di kawasan pantai (jadi korang kena hati-hati ok?)
12. Yang lain-lain pada pendapat i ok, dan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating i berikan 2.8 bintang daripada 5 bintang. Kalau terdesak takde bilik dekat tempat lain, bolehlah datang sini lagi (eh! Kihkihkih).

Nak tengok gambar, sila scroll ke bawah.






















Nak protect iPhone dari kena air so i gunakan Waterproof iPhone Case.



Jom kita balik sayang.

 p/s : Entry ni delay 5 bulan dari tarikh sebenar (hahaha... tak kisahlah kan?) Nampaknya dah tinggal seminggu je nak prepare barang-barang sekolah. Haishhh... mama pulak yang makin berdebar-debar.

20 comments:

  1. cherating sesuai utk yg nk honeymoon kan. sbb tak byk aktiviti pantai pun private hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaaa... macam Cha sesuailah. Yang dah lama honeymoon dan siap bawak bodyguard ni kurenglah sikit feeling honeymoon nya. Hehehe...

      Delete
  2. reena...bestnya bercuti..tgk muka anak2 ceria je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti memang best dear... Kerja je boring. Hahaha! :)

      Delete
  3. cuti sakan ye.. best je tgk.. jeles i.. ki3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni cuti masa bulan lima Far... dah lama pun... Hehehe...

      Delete
  4. bestnya bila holiday org tak ramai...
    tak yah nak sesak2 kan sis...
    and looks like your kids pun enjoyed their holiday....
    holiday wif family...best moments ever!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu sis... Relax je rasa... Kalau tak mesti rasa kelam-kabut dengan orang ramai.

      Delete
  5. vacation ni masa 1st july dulu ke??? baru post entri ni??? penah lalu kt cni tp x penah stay pun...
    bestnye dpt bercuti cmni sekalisekala..release tensen...... anak2 pun confirm hepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye... dah berkarat dah entry ni Intan... Tapi takpe... one of the good memory to share dan dimuziumkan dalam blog ni. Hehehe...

      Delete
  6. bercuti kat tepi pantai memang best sgt2.. ;)

    ReplyDelete
  7. wah masih ada hotel ni, rasanya I pernah ke sana 12thn lepas (giler tua i skang). Makanan area sana ok, kepok lekor tu yg penting hehhee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mestilah ada MJ takkan dah bankrupt kot. Holiday Villa lah katakan :) I setuju sangat part keropok lekor tu. The best!!!

      Delete
  8. best nye bercuti...dah leme sya tak bercuti tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... siannya dia... Takpe lepas ni ambil cuti puas-puas pergi berjalan-jalan k :)

      Delete
  9. Cantek gmbr permandangan yg akak snap tu.. Mcm postcard :)

    ReplyDelete
  10. sweet gambar 2 beradik yang last tu...=)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)