Blogger templates

Dec 18, 2012

RSMY House of Real Beriani

Agak-agak korang rasa macam familiar tak dengan nama RSMY House of Real Beriani? Hah... kalau korang nak tahu inilah restoran yang menghidangkan Cheese Naan yang super power dekat Kuala Lumpur. Setakat ni mana-mana kedai mamak yang pernah i makan, belum ada satu pun restoran yang boleh challenge kehebatan Cheese Naan dekat sini. Perghhh! Meleleh gua cakap sama lu! Pizza Hut tengok pun meraung (oppss! Hehehe).  Walaupun nama sebenar restoran ni lebih berkait rapat dengan Beriani tapi yang peliknya i tengok majoriti atas meja makan masing-masing penuh dengan roti naan. Nampak sangat nama restoran ni kena ubah jadi RSMY House of Naan kan? Hehehe...

Yang buat i rasa nak tergelak, semua yang datang ke sini, dah siap ready dengan handphone atau kamera bagai semata-mata untuk ambil gambar Cheese Naan yang dorang order (termasuklah yang tukang karang entri ni sekali. Keh-keh-keh). No wonder lah, restoran ni dah cukup famous dekat dalam internet. Memang rugi besarlah kalau ada sesiapa yang belum cuba makan dekat sini. Serius, memang berbaloi-baloi. Pulak tu cheese / keju yang diletakkan dalam roti naan dekat sini taklah kedekut sampai guna Chesdale nipis (yang macam kedai mamak lain biasa buat) tapi yang bestnya dorang uli roti naan tu bersama dengan Mozarela Cheese (seketul-seketul pulak tu). Macam nilah, baru orang puas hati makan. Ye tak? Nak umpat keji pun terus tak jadi sebab mulut dah penuh dengan makanan sedap. Hehehe...

Macam mana pun selain dari Cheese Naan, i kagum betul dengan saiz Ayam Tandoori dekat sini. Besar gila! Lebih dari saiz quater rasanya. Sampaikan i terpaksa bungkus bawa balik rumah akibat kekenyangan melampau. Harga Ayam Tandoorinya pun sama je macam harga Ayam Tandoori dekat kedai mamak lain. Bezanya cuma kedai mamak lain kedekut (kalau boleh nak dikerat-keratnya ayam tu tinggal tulang) tak macam restoran RSMY House of Real Beriani, dengan relaxnya boleh bagi bahagian isi ayam banyak-banyak (statement ikhlas dari perut i. Eh? Hehehe...)

Jom Kita Tengok Berapa Harga Makanan Dekat Sini

Ayam Tandoori satu set - RM10.00
Cheese Naan sekeping - RM5.00
Kuah Kari Dalca - RM2.00

*amacam, ok tak harganya?*

Alamat RSMY House of Real Beriani

No. 11 & 13, Jalan Medan Tuanku
50300 Kuala Lumpur

Nombor Telefon : 03-2697 0700 / 03-2697 1700

Lokasi RSMY House of Real Beriani terletak berhadapan dengan Hotel Lotus dan PUSMA (Unit Pembangunan Usahawan MARA).



RSMY House of Real Beriani yang terletak betul-betul berhadapan dengan Hotel Lotus dan Pusma. 
Yeay, order dah sampai. 
Wajah Cheese Naan yang kelihatan tenang untuk dibedal. 
Perghhh!!!

Alhamdulilah (tepuk perut).


p/s : Entah berapa kali tah i sebut perkataan Alhamdulilah. Melampau betul kenyangnya makan dekat sini. Hehehe...

26 comments:

  1. akak kene try makan cheese naan ni dengan daging cincang dia kak. lg terbaik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... yeke? Memang kena cuba nanti ni :)

      Delete
  2. cheese naan tu cam sedap jerk...nk kene try ni...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan macam lagi awak. Memang sedap... Hehehe

      Delete
  3. mcm sedap jer cheese nan dia tu............

    ReplyDelete
  4. haa ahh daging kima dia sedap, rm10 la sepinggan, hehehe...adoiii ni nk kena repeat lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... Mush pun cakap sedap. Ok confirm akak kena cuba nanti :)

      Delete
  5. Cheeseee !!
    Hye Cheese.. saye peminat setia awak!

    ReplyDelete
  6. wei... wei wei wei. (tak leh nak cakap air liur du merembes jer ni)

    ReplyDelete
  7. penah dgr dr blog len pasl cheese nan kt cni....x tersampai lg lak.... a must go one day...

    ReplyDelete
  8. wahh selerenya mcm pizza tuu .. mane taknye pakat nak snap . haha

    ReplyDelete
  9. Amboeh nan cheese tu macam memanggil2 je kak intan

    ReplyDelete
  10. wah...kecur tgok nye..habis licin terus no...heheheh

    ReplyDelete
  11. mamak stall mmg lah mahal..tapi roti, tandoori n kari dia tak blh lawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kalau dalam portion banyak macam ni, kira ok lagik harganya Kak Nora :)

      Delete
  12. berselera tgk cheese naan tu.. uiii.. mesti sedap tersandar bila makan..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)