Blogger templates

Dec 20, 2012

Resepi : Lasagna

Semalam i dah bercerita pasal Cheese a.k.a Keju (dekat entri yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/rsmy-house-of-real-beriani.html). Dan hari ni i nak bercerita sekali lagi pasal makanan yang ada kaitan dengan Cheese jugak. Amacam suka tak korang? I tahu kalau sebut je perkataan Cheese confirm semua tunjuk muka teruja dalam kelaparan. Walaupun Cheese tu sebenarnya adalah penyumbang kepada tumBESARan, semua pakat buat-buat macam tak perasan je ayat tumBESARan tu. Keh-keh-keh... Cuma yang bestnya kali ni, kisah Cheese yang akan i ceritakan akan disertakan sekali dengan step-by-step memasak. So, demi Cheese... moh la kita ke dapur berperang dengan kuali bagai. Kiranya lepas kita bakar lemak, kita ternak balik semula lemak tu siap bagi triple extra large lagi. Heee...

Kalau korang nak tahu Resepi Lasagna ni i selidik dari Kak Ana (thanks Kak Ana) tapi i gubah sikit-sikit supaya jadi lebih simple / ringkas. Lagipun pada i, bila kita cepat habis masak, cepatlah kita kerjakan hasil masakan kita tu atau dalam erti kata lain yang kurang sopan, cepatlah kita melantak makanan tu (oppss... hehehe). Dah-dah, tak nak bebel banyak-banyak jom belek resepi lasagna simple yang super duper sedap dekat bawah ni. Good luck korang. Majulah perut demi lasagna tercinta. Sekian.

Bahan-bahan (untuk 3 hingga 4 orang makan) :

Bahan untuk Dicelur :

7 keping instant lasagna (dari jenama San Remo)

Bahan untuk Menggoreng :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang
1 bungkus daging cincang 400 gram (i guna jenama Azmy)
2 biji tomato
Suku bahagian lobak merah diparut (kalau suka lebih, boleh lebihkan)
Beberapa helai daun sup
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar perencah pati ayam (i guna jenama Tumix)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Bahan untuk Sos Putih :

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2½ cawan susu (i guna susu Dutch Lady Full Cream)
2 keping keju cheddar (i guna keju jenama Chesdale)
Sedikit garam

Bahan Tambahan Wajib untuk Menyedapkan Lasagna :

Sedikit Lada Hitam / Black Pepper yang ditumbuk kasar atau beli yang dah siap dalam botol
Sedikit Oregano (jenama McCormick)
1 bungkus Parutan Keju Mozzarela / Shredded Mozzarela (jenama Emborg)


Cara-cara :

1. Celurkan kepingan lasagna dengan air panas (yang baru lepas mendidih). Pastikan kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas tersebut. Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.

2. Cincang bawang merah, bawang putih, cendawan butang, tomato dan daun sup. Manakala lobak merah diparut halus.

3. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cendawan butang, tomato dan daun sup yang dicincang tadi bersama dengan lobak merah dan daging cincang. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila masak (pastikan ianya tidak terlalu kering). Ketepikan.

5. Cara membuat sos putih. Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.

6. Keluarkan kesemua kepingan lasagna yang dicelur. I gunakan sudip rata untuk elakkan lasagna daripada terkoyak.

7. Sediakan bekas untuk membakar lasagna. I gunakan bekas kaca berukuran 6" x 9" x 2.5". Untuk pengetahuan korang, bahan-bahan yang disediakan di atas akan menghasilkan 3 layer / lapisan lasagna.

8. Lapisan pertama : Susun 2-3 keping lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Ratakan bahan yang digoreng di atas permukaan lasagna. Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging. Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.

9. Ulang sekali lagi langkah 8 bagi lapisan kedua, begitu juga untuk lapisan ketiga.

10. Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 180ºC  selama 35 hingga 40 minit.

Peringatan :

Lasagna yang baru dikeluarkan kebiasaannya memang lembik dan susah untuk dipotong. Jadi kalau nak kekalkan shape / rupa paras lasagna supaya lebih kemas bila dipotong, korang biarkan dahulu lasagna supaya sejuk.

Tips atau Nota Tambahan :

I ingat lagi, pengalaman pertama memasak lasagna boleh dikatakan fail dan tak menjadi. Frustnya... i rasa waktu tu, apa taknya kepingan lasagna yang i buat bukannya jadi lembut tapi keras. Lepas tu bahan-bahan untuk daging cincang pun, punyalah masin dan masam. Haishhh... pelik juga, sedangkan i ikut sebiji-sebijan resepi yang ada pada kotak San Remo lasagna instant tu.

Akhirnya barulah i faham, untuk menghasilkan lasagna yang lembut, sos putih memainkan peranan penting dalam kehidupan lasagna (eh, kehidupan ke? Hehehe). Maksudnya lagi banyak sos putih, lagilah menjamin kelembutan lasagna (auwww...) Tapi macam mana pun i suka cara Kak Ana supaya celurkan terlebih dulu lasagna sebelum dibakar. I rasa ini adalah cara yang lebih selamat. Sebab lasagna ni quite degil jugak nak lembut walaupun pada kotak arahan ada dinyatakan yang kepingan lasagna tak perlu dibuat apa-apa sebelum dibakar (ahhh... i tak nak percaya lagi instruction dekat kotak tu...)

Lagi satu, kenapa bahan-bahan daging cincang yang i buat dulu jadi terlampau masin dan masam? Sebenarnya step untuk membuat bahan-bahan daging cincang sebelum ni, kebanyakan i olah semula dari cara i memasak sos untuk spaghetti bolognese (resepi yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2008/09/aku-ni-kalo-malas-sangat-nak-masak.html). Rupa-rupanya i silap, kemasaman tomato puree bila berlawan dengan cheese, jadikan lasagna yang i buat terlampau masam dan masin. Belajar dari kesilapan, i tak gunakan lagi puri tomato tapi i gantikan dengan original tomato (sebagaimana resepi yang korang tengok sekarang ni). So, usaha tangga kejayaan. I pun tak payah lagi nak order beef lasagna dekat Domino's Pizza sebab dah terror buat lasagna sendiri (ecehhh!)


Anyway kalau ada sesiapa yang kurang faham dengan cara-cara yang i tunjukkan dekat atas. Korang bolehlah belek gambar dekat bawah ye.












Lapisan ketiga / terakhir.
Woww!!! Nyam-nyam lasagna.
Bismillahirrahmanirrahim ... jemput makan semua.

p/s : Bulan ni je dah dua kali buat lasagna. Punah diet!

22 comments:

  1. ingatkan instant lasagna ni dh siap sume just masuk dalam oven je kak. tak rupanya eh. ok boleh try wiwiwiw :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kalau beli instant lasagna yang dah siap dengan segala isi dalamnya Cha :)

      Delete
  2. banyak tips berguna u bagi ni. nnt I nak try la ur recipe macam menarik. Psttt tadi I buat naan, terliur tengok gambar yg u tempek semalam. hadoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... wahhh... apa khabar naan u tu dear? :)

      Delete
  3. awal pg jenguk cni..perut dh terasa lapar....leh cuba nnti respi ni...

    ReplyDelete
  4. betul2 memeng punah diet...=)
    tapi yang penting mengiurkannnn....

    ReplyDelete
  5. tak pernah wat lasagna ni...ingat ptg ni nak g Secret Recipe la tapau lasagna...penangan tgok Reena's Online punye lasagna...hihi

    ReplyDelete
  6. walaaaaa... cheese lagi...! hye cheese!!

    ReplyDelete
  7. teringinnya nak makan bila tgk lasagna Reena ni..tahniah coz pandai:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah coz pandai?? Hahaha... iye tq Atie :)

      Delete
  8. comfirm lepas ni saya cuba ni plak.. hahahah saya kan suka je ikut resipi western akak!! yeahhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... alololo comelnya dia suka belajar masak eh sekarang ni? Lepas buat tag akak tau!

      Delete
  9. Sedap nih! Leh cubaaa..tq for d resipi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat tau Intan :) Sedap! (eh, terpuji masakan sendiri) Anyway your welcome.

      Delete
  10. dulu nk lasagna mesti gi pizza, suka yg pedas2 sikit tu, chicken lasagna kot namanya kalau x silap.. skrg x de laa. ada yg seafood je, yg putih tu.. huhuuu

    adakah perlu ku buat sendiri? ohhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlulah FAR... Nah amik resepi ni. Hehehe

      Delete
  11. sedapnya..nak minta Reena kirimkan hehehe..
    suka makan lasagna tp x pandai buat..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)