Blogger templates

Dec 4, 2012

Tesco-RHB Cards Supermarket Sweep

Seawal 7:00 pagi pada 5 Oktober 2012 (Jumaat) i dan hubby berkumpul untuk menyertai pertandingan / contest Tesco-RHB Cards Supermarket Sweep yang diadakan di Tesco Manjalara. Excited sangat nak join sampaikan i dan hubby sanggup ambil cuti pada hari tu. Hehehe... Sebenarnya yang terpilih untuk pertandingan ini ialah hubby i sebab dialah pengguna tegar kad kredit RHB. I pulak lebih suka pakai kad debit, kononnya perbelanjaan lebih terjamin (kihkihkih... bab hutang kita serahkan kepada suami sebab kalau isteri yang pegang bahaya!)

Lagipun setiap kali hubby gunakan kad kredit, i selalu remind dia untuk bayar terus. Kiranya kad kredit tu lebih berfungsi untuk tujuan kecemasan. Kalau untuk kegunaan biasa tu, tujuan guna hanya sebab nak collect point banyak-banyak. Yang penting habis guna, cepat-cepat cari RHB Cash Deposit untuk clear kan kredit kad. Ikutkan boleh je guna cash money untuk beli barang. Tapi kalau korang nak tahu, banyak kelebihan bila berbelanja dengan kad kredit RHB ni, point yang korang kumpul tu boleh bertukar jadi voucher Tesco (best kan?) So dari situ, kita orang dah jimat beli barang-barang rumah sebab pakai kupon je. Yang kelakar tu, kadang-kadang kita orang cuma belanja RM2.00 je beli barang dekat Tesco, selebihnya pakai voucher. Sampaikan orang yang beratur belakang kita orang pun buat muka pelik. Apataknya barang penuh satu troli, duit yang keluar RM2.00??!! Memang pelik. Hehehe... 

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kredit kad RHB. Korang klik sini ---> http://www.rhb.com.my/cards/credit-card/cc_main.html

Ok, berbalik pasal pertandingan yang kita orang sertai. Pertandingan ni memerlukan setiap peserta menghadiri dengan pasangan masing-masing (maksudnya berdua-duaan). Tak kiralah kawan ke, isteri ke, suami ke, adik-beradik ke, anak ke atau lain-lain. Memandangkan hubby i yang terpilih, mestilah isteri dia yang comel ni dibawanya (eceh... perasan! Hahaha...) Setiap peserta dikehendaki mendapatkan 5 barangan / items wajib yang tertulis pada kertas arahan yang berada di dalam sampul (alaa... lebih kurang macam pertandingan Amazing Race tu). Macam mana pun lepas dapatkan kesemua barangan wajib yang dikehendaki tu, korang boleh tambah barangan lain di dalam troli (kecuali barangan elektronik). Yang penting jumlah harga setiap barangan hendaklah tidak melebihi RM2,000.00. Kalau lebih dari RM2,000.00 automatik disqualified / terkeluar dari pertandingan ini.

Untuk setiap pasangan hanya satu troli sahaja yang diberikan. Tapi kalau nak tambah troli boleh jugak, cuma kena pastikan troli yang diberikan tu penuh dan di bawa ke bahagian cashier. Dan part yang paling mencabar, tugasan untuk mendapatkan barangan wajib serta barangan lain berharga kurang dari RM2,000.00 cuma boleh dilakukan dalam masa 5 minit. Apa 5 minit???!!! Iya kawan-kawan 5 minit je. Jadi, korang boleh bayangkan betapa struggle nya i dan hubby aturkan strategi untuk menang. Bertambah tension sebab kita orang ialah dalam kumpulan yang pertama. Nasib baiklah setiap pasangan diberikan seorang marshal untuk menjaga masa dan menemani kita orang. Lega, sekurang-kurangnya kalau tak tahu apa-apa i boleh refer terus dekat marshal i. Macam mana pun i rasa inilah pertandingan yang cukup happening dan meriah dengan kamera (kihkihkih... glamour sekejap dek non!) Paling best sebab dapat berkenalan dengan peserta-peserta dari Johor, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Terima kasih untuk kawan-kawan Facebook dan Instagram yang sudi ucapkan good luck dekat kita orang waktu tu. Dan disebabkan doa korang, i dan hubby berjaya merangkul tempat ketiga (alhamdulilah... syukur). Setiap peserta yang memenangi tempat pertama hingga tiga, berjaya memenangi voucher dari Tesco dengan nilai yang berbeza, dapat tambahan point dan yang buat kita orang paling happy, semua barang-barang yang kita orang angkut dalam troli waktu pertandingan tu boleh bawa balik (hoorey!) Inilah antara moment manis yang i takkan lupakan. I harap RHB sudi-sudilah pilih hubby i lagi untuk pertandingan tahun depan ye? Hihihi...

Ok kawan-kawan, semua gambar dekat bawah diambil dengan iPhone 4. Nak heret DSLR Nikon D5100 memang tak berlarilah i jawabnya. Hehehe... Enjoy!

Peserta Group A2 Tesco-RHB Swipe & Sweep Contest 
Kusyuk dengar ucapan dari pihak RHB.

Sarapan dan makan tengah hari disediakan. Alhamdulilah... kenyang.
Hubby terpilih untuk Grand Finale. Muah!
Ready nak bawa lari troli. Eceh! Hehehe...
Nilah senarai barangan wajib yang kita orang kena dapatkan.
Pengacara majlis untuk Tesco-RHB Cards Supermarket Sweep. Comel kan?
Hubby berkongsi kemenangan dengan peserta dari Perak, pemegang kad debit. Akak dan husband dia ni memang sempoi!
Nilah marshal kita orang. Comel sangat!
Nilah rupa troli kita orang. Angkut jangan tak angkut. Hehehe...

p/s : Anyway semalam (3 Disember 2012) wedding anniversary i dan hubby yang ke 8 tahun. Alhamdulilah.

22 comments:

  1. wah tahniah2.. dekat dengan rumah je tu.. selalu juga shopping barang anak dekat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr.... yeke? Kalau tak boleh datang tengok kita berlumba dekat sini. Hehehe :)

      Delete
  2. hepy anibeseri..
    moga memal bahagia bersama suami tersayang dan anak anak yang chomel itu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memal tu apa eh? Hehehe...

      Anyway macih aCik Anie :')

      Delete
  3. Tahniah..syoknya masuk contest camni..Happy 8th wedding anniversary dear Reena:)

    ReplyDelete
  4. alaa bestnya kak. paling best dpn bawak balik sume yg akak ambik tu kan. huhu. sy dgn husband takde kredit kad huhu. mmg taknak ada :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada anak memang kalau boleh nak pakai cash money je Cha, tapi sejak ada anak. Kad kredit ni penting bila ada emergency :)

      Delete
  5. Tahniah & hepy anniversary utk Reea & hubby...moga hub.korang bahagia hingga ke syurga...:)

    ReplyDelete
  6. wow..bestnya akak..hehe.congrats

    ReplyDelete
  7. happening nya games mcm ni.. mesti lintang pukang cari benda dlm masa 5 minit..

    tahniah ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... lebih kurang macam lari nampak hantu jugaklah FAR. Alhamdulilah nasib baik menang, kalau tak dapat penat jelah... Hehehe... Anyway macih FAR :)

      Delete
  8. ehh.. hepi anniversary ye reena..

    ReplyDelete
  9. ai suka p shopping kat tesco manjalara..amannnn gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah la dekat sini memang selesa sangat. Kita selalu pergi Tesco Kota Damansara. Maklumlah dekat sana boleh shopping lama-lama sebab tutup pukul 1:00 pagi :)

      Delete
  10. wak pon pakey rhb credit card jugakk.. ehheee, tahniahnyeerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Wak sep dengan husband saya... Hehehe... macih ye Wak :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)