Blogger templates

Dec 11, 2012

The Forestmen's Hideout - Legoland Malaysia

Mesti korang ingat, i dah habis buat entry untuk Legoland Malaysia kan? Ish-ish-ish tak habis lagik la korang, banyak sebenarnya gambar-gambar yang nak kongsikan dengan korang dalam blog ni. Agak-agak ada masalah kemualan atau keloyaan (sebab banyak sangat entri Legoland Malaysia) hehehe... silalah berjumpa dengan doktor yang berhampiran dengan rumah korang ye.

Kali ni i nak bawa korang ke Lego Kingdoms, tempat favourite anak-anak i, termasuk mama papa dia sekali (oppss... hehehe). Dekat sini korang seakan-akan dibawa masuk ke dalam dunia Merlin gitu (ewah!) Tak tahu Merlin tu apa? Alaaa... dulu-dulu kisah / siri cerita Merlin ni ada ditayangkan dekat 8TV. Merlin ni kiranya ada kuasa sakti / superpower magic dan boleh bercakap dengan naga. Lepas tu, dia juga merupakan orang kepercayaan King Arthur yang handsome tu. Tapi waktu ni, King Arthur belum dapat naik takhta jadi raja lagi (gila kau suka-suka nak naik takhta! Bapak dia hidup lagi tau. Hehehe...) Tapi i rasa bila sebut perkataan handsome serta-merta ingatan korang boleh pulih dengan kisah Merlin ni kan? Hehehe... Nak tahu kisah Merlin selanjutnya silalah google dekat Youtube ye (sorry...)

Kali ni kita sambung semula kisah Lego Kingdoms, selepas diganggu dengan iklan Merlin tadi. Kalau korang nak tahu terdapat 6 aktiviti atau permainan yang boleh korang sertai dekat Lego Kingdoms ni seperti The Forestmen's Hideout, Castle Stage, Dragon's Apprentice, Royal Joust, Merlin's Challenge dan The Dragon. Tapi yang sedihnya hanya 4 aktiviti / permainan je yang dapat kita orang cover di Lego Kingdoms (huhuhu... memang confirm i nak datang sini lagi). Antaranya ialah The Forestmen's Hideout, Castle Stage, Royal Joust dan Merlin's Challenge.

Untuk entry pertama di Lego Kingdoms, i akan tunjukkan korang gambar-gambar kami di The Forestmen's Hideout. Di sini, aktivitinya macam dekat taman permainan yang biasa korang pergi tu cuma yang istimewanya ianya bersuasanakan taman permainan diraja zaman dahulu-kala. Fuhhh... seronok i tengok anak-anak i berlari ke sana-sini dalam kawasan The Forestmen's Hideout. Macam nak join sekali je. Memandangkan fizikal diri-sendiri nanti umpama macam raksasa dalam cerita Jack and The Beanstalk bila join budak-budak ni bermain (errr...) terpaksalah i tengok dari jauh je sambil buat muka hampa (alololo... kesiannya... mama budak ni). Agak-agak sedih tak baca statement hampa i tu? Takpelah nak buat macam mana, jadi photographer pun ok je (tapi serius, perasaan cemburu tu membuak-buak lah jugak. Keh-keh-keh).

Nampaknya jam dah menunjukkan angka ke 1:00 pagi, izinkan tuan puteri beradu dulu ye. Untuk korang, sudi-sudilah tatap kami yang comel ini (oppss!!) Bye...

Teringin nak baca keseluruhan entri Legoland Malaysia di dalam blog reenaonline, silalah klik sini ---> http://www.reenaonline.com/search/label/Legoland%20Malaysia

Happy reading!

Semua berlari keseronokan ke Lego Kingdoms. Yeay!!

The Forestmen's Hideout. I suka betul dengan owl yang bertenggek tu. Rasa macam nak lastik je. Hehehe...










"Boo Cakkk!" Damien sergah anak mat salleh dekat rumah depan. Hehehe...


Kawasan The Forestmen's Hideout berdepan dengan Dragon's Apprentice.
Daripada sini, i boleh dengar suara orang menjerit naik The Dragon (errr...)

p/s : Terima kasih atas doa korang untuk anak ketiga i yang cedera di mata. Alhamdulilah bengkak dekat matanya dah semakin surut. Nanti i blogwalking rumah korang pulak k.

18 comments:

  1. tengok gambar pun mmg terasa nak join budak2 tu skali. I enjoy tengok gambar2 and cerita2 u ni, post la lagi, tak dapat pergi sendiri Lgoland, baca kisah u pun dah cukup buat ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dekat tempat u lagi banyak tempat best boleh pergi kan? :)

      Delete
  2. bestnya..x pernah lg sampai..nak kena g nih one day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah Intan, dalam Malaysia je pun. Hehehe

      Delete
  3. hehe Merlin skrg pun TV3 dah tayang musim baru..Gwen pun dah jd permaisuri Arthur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr... ye ke Atie?? Nampak sangat lama tak follow cerita Arthur ni :)

      Delete
  4. Macam best jeks nok Legoland...Ni yg x sabar nak pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ler best nok, kau tu bila nak pergi?? Hehehe :)

      Delete
  5. if nk tiket legoland leh la follow my blog...i ada tiket murah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... macam mana boleh ada tiket murah ni? :)

      Delete
  6. betul la reena.. best je tgk tempat tu.. bila la nk bwk anak ku ke sana... sob.sob..

    sy suka taw cerita merlin, mlm td baru tgk.. bini dia si Gwen pulak dh jd jahat bersetongkol dgn Lady Morgana nk bunuh laki dia si hensem Arthur tu.. ish3.. semua gila kuasa.. ehh emo pulak i.. ki3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gwen dah jadi jahat??!! Tapi Arthur version baru dah kurang hensem kan FAR... Hehehe

      Delete
  7. wah..bile ckp mcm kat dunia merlin..mmg teruja nk pg... suke giler ngan citer merlin tu..x jemu tgk berulangkali...
    tp bile pkir harganye.....diam skjap..heheheh...
    tgk dlm gamba u je dlu....ntah bile dpt pg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii... sian dia jangan lah cakap camgitu. Sedih baca tau. Takpe... Legoland sampai bila-bila pun ada. Apa kata kumpul duit sikit-sikit :)

      Delete
  8. bestnya Legoland..belum pernah lagi kesana..
    enjoy betul anak-anak Reena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tau Mama Rey, nanti try lah pergi sini :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)