Blogger templates

Dec 17, 2012

Waterproof iPhone Case / Bekas iPhone Kalis Air

Apakah musuh utama kepada barangan gadget korang especially untuk handphone canggih korang? (Walaweh killer question lah sangat bila ada perkataan musuh tu kan? Kehkehkeh). Sah-sah i dah letakkan hint tajuk untuk entri ni berkaitan dengan waterproof / kalis air. Kalau tak dapat agak lagi jawapan untuk killer question i tadi, memang sah korang ni kuat berangan (eh?! Tihihi... gurau je tau). So, jawapan yang tepat lagi sahih semestinyalah AIR. Yelahhh... cuba bayangkan kalau handphone korang tenggelam ke dasar tandas (euwww.... tutup hidung) atau pun terjatuh ke dalam longkang waktu buat photoshoot alam sekitar semata-mata nak publish dalam instagram (alahaiii... nehi... nehi...) atau pun lagi best, korang tergelincir dalam swimming pool bersama handphone dekat poket seluar lepas bergurau-senda main tolak-tolak (alaa... yang macam dalam movie tu). Jangankan nak menangis sambil dendang lagu, waktu tu sampai terkedu perasaan. Kiranya frust bercinta kena tinggal awek tu pun lagi small matter daripada hilangnya handphone (wah... dahsyatnya!).

Jadi, dah kesat hingus dan air mata korang tu. Toksah sedih-sedih lagi. Hari ni i nak perkenalkan dekat korang satu benda yang cukup penting untuk protect / melindungi bukan setakat handphone kesayangan korang sahaja tapi pelbagai alatan gajet digital korang yang lain iaitu Digital Equipment Waterproof Case jenama DiCAPac keluaran dari negara Korea (nak tahu lebih lanjut, boleh klik pada link untuk laman web / website DiCAPac ---> http://www.dicapac.com/main.asp).

Memandangkan i adalah pengguna iPhone jadi hari ni i akan review dan tunjukkan gambar Waterproof iPhone Case DiCAPac milik i dan hubby. Ada 6 warna pilihan sebenarnya yang boleh korang pilih seperti warna biru, pink, hijau, putih, hitam dan kuning. Untuk i dan hubby, kami pilih warna pink dan biru (kalau sebut warna pink tu mestilah untuk i kan, takkanlah untuk hubby i pulak hehehe...) Untuk pengetahuan korang Waterproof iPhone Case ni i tak beli directly daripada laman web DiCAPac tapi daripada laman web ShaShinKi (yang merupakan kedai kamera online terbesar di Malaysia dan paling dipercayai untuk peminat-peminat gadget) pada harga RM85.00 untuk satu Waterproof iPhone Case DiCAPac. Menariknya untuk setiap pembelian RM50.00 ke atas, ShaShinKi akan memberikan perkhidmatan pos secara PERCUMA (yeay!)

KENAPA TAK BELI DEKAT LAMAN WEB DICAPAC JE?
Sebab utama mestilah i tak sanggup nak melebihkan duit untuk pembayaran delivery cost yang berkemungkinan berganda dan penghantaran yang mengambil masa lama untuk tiba ke rumah i (haishhh... tak kose den...)

Macam mana pun sebelum korang teruskan niat untuk membeli barangan DiCAPac, i cadangkan korang periksa pautan / link ni dulu ---> http://www.dicapacmalaysia.com/where-to-buy/. Link ni merupakan nama-nama kedai yang tersenarai dalam Authorised Dealer / Pembekal Yang Diiktiraf bagi barangan keluaran DiCAPac di Malaysia, di mana untuk setiap barangan DiCAPac korang akan memperolehi one to one exchange warranty selama setahun. Bukan apa, ini mengelakkan korang dari tertipu beli barangan fake / palsu yang belum tentu terjamin dari segi kualitinya.


CIRI-CIRI MENARIK WATERPROOF IPHONE CASE DARI JENAMA DICAPAC

1. Terbukti berkesan walaupun berada jauh ke dasar air melebihi 10 meter dalam (so far i tak pernah cuba lagik)
2. Super Clear Lens, membolehkan pengguna mengambil gambar dengan terang dan jelas melalui Waterproof iPhone Case DiCAPac (setuju sangat!)
3. Apabila menggunakan Waterproof iPhone Case DiCAPac, membuat / menerima panggilan boleh dilakukan seperti biasa (yup, betul! Loud and clear gitu)
4. Terjamin selamat dengan adanya waterproof zipper dan Roll & Velcro (walaupun macam kurang yakin mula-mula tu, tapi berapa kali humban iPhone masuk dalam laut (tawakal habis!) takde sikit pun air yang boleh tembus dalam Waterproof iPhone Case DiCAPac (perghh... hebatnya!))
5. DiCAPac telah diuji dengan 8 gred level kalis air / waterproof oleh JIS (Japan Industrial Standards) (wow!!)





Sebelum gunakan handphone sebenar untuk tujuan pengujian, sebagai langkah keselamatan kita gunakan tisu dulu.
See!!! Tak basah pun tisu itu. Hebatkan?

p/s : Lepas ni mungkin i nak beli produk DiCAPac untuk kamera Nikon D5100. Boleh ambil gambar sambil lepak dalam bot laju (ecehhh!)

13 comments:

  1. best ni, boleh la bawak masuk tub sambil badak berendam, sambil beronline nnt wieeeee!!

    ReplyDelete
  2. wak ingatkan magic masukkan dlm baldi penuih air tetiba dapat kuar iPhone baru sejibikk.. iHIikkks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... kalau macam tu Wak confirm dah berhenti kerja sekarang ni bukak kedai handphone je. Hehehe

      Delete
  3. bestnye.. alooo tp x de iPhone.. sob.sob..

    ReplyDelete
  4. semestinya aaaiiirrr...hehehe..
    best ni boleh tangkap pic sambil menyelam

    ReplyDelete
  5. adoi sedih tau .. kita jaga mcm anak sendiri , tetapi emak dan adik ipar tumpahkan air secara tak sengaja , speaker dia di bahagian skrin ada sedikit tak sedap bunyinya .. hurmmmmm ~terlewat tau pasal entri ni nak cari la satu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr... yeke mesti rasa down sekejap kan bila jadi macam tu Puan Bee... tapi saya doakan Puan Bee berjaya dapat iPhone 5 idaman tu :)

      Delete
  6. waa paling penting utk bwk masuk snorkeling. ada lg satu brand kak tu femes sikit tpnya mahal la dalam rm200++ dekat rm300. sebab kawan sy surfer dia mmg guna iphone utk tngkp gambar huhu. nanti sy ingat balik eh brand apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, dah ingat nanti. Jangan lupa bagitahu ye Cha :) Hehehe...

      Delete
  7. reena,

    i jmpe blog u masa tengah cari review dicapac ni,

    so dah test masuk air? ok tak?
    anyway thanks for the info!

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)