Susulan daripada perjalanan kita orang ke Legoland buat pertama kalinya pada 26 Oktober 2012, i tak pernah lagi tunjukkan dekat korang kan? Macam mana rupa 'orang' Lego Minifigures yang Abang Long dan Kak Ngah ciptakan. Tak sangka betul yang anak mama papa ni kreatif orangnya. Cuma yang tak berapa best, Kak Ngah merungut sebab Lego Minifigures untuk gaya perempuan tak banyak pilihan yang dia boleh buat berbanding Lego Minifigures untuk gaya lelaki (untungla... Abang Long. Hehehe).
Macam mana pun disebabkan mama papa dah tetapkan setiap sorang cuma boleh beli tiga 'orang' Lego Minifigures je (harga 1 Lego Minifigures RM9.00, kalau beli 3 Lego Minifigures dapatlah harga RM25.00 untuk 1 set. Darab pulak dengan 2 set sama dengan RM50.00 *terus pengsan*) nak tak nak Abang Long dan Kak Ngah kenalah buat pilihan Lego Minifigures yang paling the best among the best untuk dibawa balik ke rumah.
Teringin nak tengok lain-lain koleksi permainan Lego. Klik sini ---> Permainan Lego
p/s : i masih di kampung, dapat update entry dengan 500MB je (huhuhu.... sorry korang, kena jimat-cermat data seboleh mungkin). Balik nanti i melawat dan jawab soalan korang pulak ok. Oh, by the way lepas ni, i tunjukkan koleksi terbaru Lego Minifigures yang baru i beli. Maklumlah... 25 dan 27 Januari 2013 kita orang berseronok sakan dalam Legoland Malaysia (yes, puas hatiku! Hehehe).
wah syoknya reena pi sana ya...comel minifigures lego n
ReplyDeletemak aih mahal melampo. nama pun Lego kan. hehhee
ReplyDeletewah.. comel2 la Lego Minifigures tuu.. :)
ReplyDeletedh pegi dh? sya masih blm brksmptn nk pi legoland.........
ReplyDelete