Blogger templates

Feb 4, 2013

Pantai Cherating

Pantai Cherating terletak kira-kira 47 km dari bandar Kuantan dan lebih kurang 260 km dari Kuala Lumpur terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan asing sebagai pantai perkelahan dan riadah terkemuka di Pahang (pinjam ayat dari Utusan. Kihkihkih...)

Sejak kali pertama memilih untuk bercuti dekat Cherating bersama anak-anak. I rasa macam nak adakan aktiviti tahunan untuk datang bercuti ke Cherating selalu. Ikutkan dulu-dulu waktu habis belajar di UiTM, i lah 'kepala' yang anjurkan gathering bersempena graduation kita orang dekat sini. Sempoi je waktu tu, ala-ala backpackers pun ada jugak. Apa taknya ramai-ramai jalan kaki turun naik bas, lepas tu kita orang sewa chalet, sumbat penuh-penuh (adehhh... bila mandi semua berebut toilet. Hahaha!) Student lah katakan, mana mampu nak duduk hotel berbintang-bintang. Janji kita orang happy.

Wahhh... apa yang best sangat pasal Cherating ni? Terus-terang i cakap, i ni bukanlah jenis orang yang suka berjemur tengah-tengah pantai atau pun laut untuk beraktiviti. Tak kiralah even mandi pantai sekalipun (takut golap lettew... Hehehe... kantoi!) Tapi bila ada anak dan anak-anak pulak dah suka dengan pantai, asyik-asyik merengek nak buat sand castle. Permaisuri lilin akhirnya terpaksa tunduk jugak dengan permintaan putera-puterinya. Standard lah kan, bila jadi mak-mak ni. Apa saja yang membuatkan anak-anak gembira automatik mak-ayah pun sanggup bertukar jadi matahari (ingat tak dialog iklan ni dulu-dulu, "ibu pun macam matahari." Alololo... suka tau ambik hati ibu...)

Eh, tak habis bagitahu apa yang best pasal Cherating tadi. Hehehe... suka tau lencong sana-sini (sorry bos!) Memandangkan perjalanan Kuala Lumpur - Cherating sekarang ni cuma ambil masa 3 jam sahaja untuk kadar speed normal, ada banyak tempat  makan best yang boleh test-try-ngap, boleh shopping keropok bawa balik untuk jiran tetangga serta ahli keluarga lain, keadaan pantai Cherating yang bersih, selesa untuk mandi-manda, boleh kutip shell / kerang dan ada macam-macam aktiviti berkeluarga yang boleh dilakukan membuatkan Cherating termasuk dalam senarai pertama yang muncul dalam kepala i. Yelah... kalau setakat pergi pantai motif semata-mata nak mandi-manda je, lepas tu ternganga tak tahu nak buat apa. Boring jugak. Baik pergi satu tempat tapi boleh buat macam-macam benda yang kita suka. Itu baru namanya best! Betul tak kawan-kawan? Hehehe...

Gambar ni semua fresh baru keluar dari iPhone 5 (ewah! Guna iPhone 5 je tangkap gambar laut). Walaupun percutian Cherating kali ni kurang happening sebab Abang Long dan Kak Ngah tak berapa sihat dekat Cherating. Kak Ngah pulak sampai hari ni demam dia masih on off, tak pasal-pasal mama papa rabak mata waktu cuti tak cukup tidur gara-gara menjaga dorang. Tapi overall percutian kali ni masih dalam kategori ok (psstt... kita orang siap bercuti dengan family bos i gitu. Kau mampu? Haha!)

Untuk pengetahuan korang, semua gambar-gambar dekat bawah ni kita orang gunakan protection Dicapac untuk iPhone. Siapalah sanggup nak jahanamkan handphone bawa masuk dalam air (lainlah kalau memang tokey iPhone. Hehehe).











iPhone 5
Cherating | 1-3 Feb 2013 | Photo by Reena and Encik Ahmad


p/s : Nak cuti lagik!

12 comments:

  1. Amboi sronoknye!!! Cantik ank2 awok.

    ReplyDelete
  2. hye reena? blog ni dh laen..tapi isi entry ttp sma...

    ex- uitm caw. mne ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain ke Uchi? Rasanya lain tang header je kot. UiTM mana? Rahsia. Hahaha!

      Delete
  3. As salam Reena,

    Wah..seronok anak2 main korek2...hehe

    Ambe selalu lintas jer depan Cherating, belum berhajat nak singgah...

    Nampaknya, nak jugak kena masukkan dalam pelan perancangan tahunan utk singgah kat sini...

    thanks Reena berkongsi gambar yg awesome! Cantik tu walaupun guna iPhone...terbaaaaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hafizmd :)

      Eee... rugi gila setakat main lintas-lintas je, kena singgah baru tahu best ke tak.

      Delete
  4. sy pun suke Cherating..nk pulak makan best...mmg terjah satar aje..hihihi

    ReplyDelete
  5. alahai seksi nya di gegel tu.. hihii..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)