Blogger templates

Mar 27, 2013

MN Boutique - Tudung Online Store



Gambar oleh Reenaonline
Bawal Pelangi dan Shawl Halfmoon Corak dari MN Boutique

Hari ni i berbesar hati nak perkenalkan dekat korang semua, sponsor / penaja pertama untuk blog Reenaonline iaitu MN Boutique. Perkenalan i dan Izah (pemilik MN Boutique) berlaku hanya melalui emel sahaja. Walaubagaimanapun, cara dan sikap Izah yang mesra serta mudah memberikan kerjasama membuatkan i rasa senang hati mewujudkan collaboration ini (thanks Izah! Happy dapat kenal awak).

Untuk pengetahuan korang, MN Boutique merupakan kedai online yang menjual pelbagai jenis tudung / shawl seperti bawal pelangi, shawl hanin square, shawl jackuard (i like!), shawl corak, syria pelangi dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai pilihan corak menarik yang sesuai untuk korang gayakan samada ke pejabat, berjalan-jalan, menghadiri sebarang majlis mahupun beriadah. Jadi untuk korang yang pentingkan penampilan diri dan inginkan tudung / shawl yang mudah disuaipadan serta yang paling penting dengan harga yang berpatutan bolehlah melawat ke laman web MN Boutique. Bagi pembelian melebihi RM100.00, kos penghantaran adalah PERCUMA (yeay!) Cara pembelian juga ada diterangkan di sini ---> http://www.mnboutique.com/how-to-buy/

Ingin mengetahui status terkini, melihat corak-corak tudung / shawl yang terbaru dan sebarang tawaran yang disediakan oleh MN Boutique. Silalah picit LIKE untuk ---> FACEBOOK MN Boutique.

Selain itu, MN Boutique kini mengadakan tawaran istimewa kepada sesiapa yang melanggan newsletter mereka, di mana korang secara automatik layak menerima baucer / voucher bernilai RM10.00 (wahhh! Best kan?)

So, apa lagik jom tambahkan koleksi tudung / shawl baru nak?


2 comments:

  1. waaaa cayalah sis....
    congrats... dah ada sponsor tu....
    yang pertama....
    lepas ni insya Allah, kedua, ketiga dll...
    hepi for you!

    ReplyDelete
  2. tu namanya rejeki.. rejeki harus dibahagi-bahagiakan.. kikii.. (penah dgr tak dialog tu?..) :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)