Blogger templates

Mar 17, 2013

Petua / Produk Hilangkan Lingkaran Hitam / Gelap Bawah Mata

Hai uols... ceria gitu kan? Bila ada je cerita pasal kecantikan wajah ke, tubuh ramping ke atau awet muda ke. Kemain korang, semua laju berpusu-pusu nak tahu. Gitulah... mana ada perempuan yang tak nak jadi cantik Senah oiii... Kalau tanya 100 orang confirm 98 orang nak nampak cantik. Yang lagi 2 orang tu saja je tu, tunjuk jiwa brutal. Tapi dalam hati penuh taman jua (ewah! Hehehe...)

Melalui entry Tips / Rutin Harian Ibu Bekerja yang i ceritakan sebelum ni. Kebanyakan korang mesti dah sedia maklum yang i tak pernah dapat tidur 8 jam yang cukup setiap hari (fuhhh... nikmatnya kalau boleh tidur lebih 8 jam. Paling best bila dapat tidur sambil peluk bantal busyuk. Harum! Hehehe). Kadang-kadang tu siap rindukan zaman sekolah lagi bila dapat tidur berlebih-lebihan berbanding sekarang (untunglah sesiapa yang dapat tidur banyak tu. Hehehe...) Tapi bila dah berpeluang dapat tidur banyak, mata i pulak dah macam ada alarm melekat. Cukup je masa automatik dah terjaga. Kalau sambung je tidur balik semula, hambik kau! Terus terbabas sampai pukul berapa tah. Hahaha, melampau betul! Kesimpulannya bila dah terjaga dari tidur, i tak nak lengah-lengahkan diri untuk bangun. Nanti tak pasal-pasal satu rumah tak pergi kerja dengan sekolah. Maklumlah, semuanya mengharapkan mama jugak yang bangun dulu (termasuklah papa) Adehhh.... kesabaran jelah mama jadinya. Piat tinge sorang-sorang baru tau! Hehehe...)

Gara-gara rutin tidur i yang hardcore, ramai yang tak percaya macam mana mata i tak nampak langsung lingkaran hitam atau tanda-tanda sembab tak cukup tidur (wahhh... pelik ni... pelik ni... Hehehe...) Apa rahsianya? (Hah... dah agak dah soalan macam ni...) Kalau cakap takde rahsia, ramai yang tak puas hati dengan jawapan i. Kang bila dah bagitahu, ramai nanti yang akan kata hah... ye ke, boleh jadi ke buat macam tu? Hahaha... macam-macam tau korang ni. Habis tu nak tahu ke tak nak ni? Tengok, tak pasal-pasal i pulak yang jadi confused. Hehehe...

Takpelah, demi korang. I bagitahu jelah, sharing tu tandanya caring (gituuu...) Kalau korang nak tahu, selain amalkan minum air masak lebih 8 gelas sehari macam yang i ceritakan dekat entri yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/tips-penjagaan-muka-dan-produk-pilihan.html. I sapukan Clinique All About Eyes Rich untuk pastikan lebam hitam bawah mata tak kelihatan. Harga yang i beli tak sampai pun RM30.00 untuk 5ml. Ikutkan dah 3 bulan i pakai produk ni dan i puas hati sangat-sangat dengan keputusannya. Sebelum ni pun lebam bawah mata i bukanlah dalam kategori mata panda (ni kalau bunyi cute). Untuk bunyi yang lebih seram pulak kategori Hantu Kak Limah Balik Rumah. Jadi sebab tulah mungkin, tak sampai seminggu i dah nampak effect nya yang best. Kalau senyum tu, mata dah boleh bukak besar berbanding dulu. Takdelah sampai terpejam tertutup dek bengkak / sembab mata. Hehehe... Warna kulit bawah mata pun jadi sekata dengan kulit muka (yeay!)



Untuk apply / memakai produk penjagaan mata ni sebenarnya ada cara / teknik yang korang kena lakukan tau. Bukan main tonyoh je dekat keliling mata janji pakai (jahanam! Hahaha). Nak pastikan hasilnya yang berkesan korang kena buat urutan dekat sekeliling mata sewaktu letakkan produk penjagaan mata ni (tak kiralah apa jenama pun). Selain daripada dapat menghilangkan lingkaran hitam bawah mata, urutan ni berupaya mengurangkan kesan kedut pada mata (hah! Syok kan?) Jom tengok macam mana nak buat urutan mata yang sebenar-benarnya.


Simple je caranya kawan-kawan.

1. Korang mulakan menyapu dengan jari dari sudut bawah mata dan bawakannya ke arah hidung.
2. Kemudian untuk atas mata (gambar ke-3), dari bahagian hidung dan korang sapukannya terus ke arah sudut luar, di bawah kening mata.
3. Lakukannya beberapa kali. Korang akan terasa segar lepas urutan ini dibuat (trust me!)

olahan : Reenaonline


Selain daripada berhabis duit untuk beli produk, korang juga boleh jugak amalkan cara / petua tradisional untuk hilangkan lingkaran gelap / hitam bawah mata (cara ni, sah memang jimat gila!) Cuma part keberkesanannya tu i tak pastilah ambil masa berapa lama. Hehehe... Tapi kalau ada antara korang yang biasa buat, bolehlah share dengan i.


Petua Hilangkan Lingkaran Hitam / Gelap Bawah Mata :-

1. Korang suka minum teh, hah... pastikan uncang teh yang korang gunakan tu jangan dibuang terus dalam tong sampah tapi korang sejukkannya dalam peti sejuk. Dan gunakannya dengan menekapkan pada mata. Selain daripada uncang teh, korang jugak boleh gunakan hirisan timun, kentang dan tomato.

2. Untuk alternatif lain, korang juga boleh letakkan 2 sudu logam di dalam peti sejuk dan gunakannya setiap hari dengan meletakkan belakang sudu pada mata.

3. Gunakan bantal tinggi sewaktu tidur. Disebabkan kita berbaring selama beberapa jam sewaktu tidur dalam kedudukan mendatar dan kemudiannya berdiri, cecair di bawah mata tiba-tiba ditarik oleh graviti. Keadaan ini akan menyebabkan bengkak di bawah mata. Oleh itu, cara untuk mengurangkannya ialah dengan mengangkat kepala semasa tidur supaya cecair tersebut tidak kelihatan apabila bangun.

4. Kurangkan pengambilan garam berlebihan.

5. Perbanyakan makan makanan seperti pisang, kismis, kubis dan jus.

6. Bersenam untuk meningkatkan peredaran cecair dalam badan.

7. Minum banyak air sebelum tidur dan selepas bangun.

8. Penggunaan alkohol dan tembakau boleh menyebabkan mata bengkak. Secara tak langsung akan menjejaskan tidur dan kitaran hormon. Senang cakap jangan minum arak dengan merokok (bukannya elok pun. Merosakkan badan lagik adalah).

sumber : WikiHow


*Disebabkan ada yang tertanya-tanya, betul ke mata i tak nampak dark circle? Oklah i tepekkan satu gambar mulus (tanpa mekap) waktu wedding adik i untuk tatapan korang. Eye bag tu ada tapi taklah ketara sangat kan? Ok, terasa kelakar bila tengok gambar sendiri dengan aksi candid*

Itu saja tips kecantikan i untuk hari ini. Selamat bermata cantik semua (kelip-kelip mata). Maklumlah bak kata orang-orang tua, daripada mata turun ke hati (gituuu...)


p/s : Tengah dok usha-usha produk Tabita (dah macam adik-beradik Nobita pulak bunyinya) yang heboh diperkatakan hebat oleh officemate i. Nak try takut pulak sebab tengok side effect dia, sampai ada yang kata 3 minggu seram nak tengok cermin. Tapi sikit-sikit tu adalah terpengaruh jugak. Keh-keh-keh. Anyway, any comments dari korang?

16 comments:

  1. reena betul ke ok.. sy nak try la.. mata ku dh kategori seram tu Hantu Kak Limah Balik Rumah.. huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii... seram sangat tu FAR. Hehehe... alhamdulilah so far serasi je dengan saya FAR :)

      Delete
  2. nk try jugak la beli... eye bag ni terpaksa di cover dengan memakai spek.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesian dia, tapi pakai spek pun antara faktor yang boleh sebabkan mata cepat jadi sembap tau. Banyakkan berehat k :)

      Delete
  3. hi reena, i baru terjebak dengan blog u sejak i google cari info ttg dslr nikon5100. i baru beli. kikiki... ketinggalan betul kan. thanks 4 sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... pengguna baru Nikon D5100 lah ni ye? Hehehe... Best tak sejak ada kamera DSLR? Anyway your welcome :)

      Delete
  4. ituu lah kak reeena, saya pun tengah usha produk tabita ni. ramai yg kata baguss tapi takut nak try sebab effect dia tu mcm horror jugakk hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa macam tak jadi nak cuba kot Sarah, bukan apa daripada muka takde masalah sangat terus jadi masalah. Hehehe :) Takut!

      Delete
  5. salak akak, nak tanya, kat mna nak cari produk tu yer??

    ReplyDelete
  6. salam akak, saya nak tanya, kat mana boleh dpt kan produk ni??

    ReplyDelete
  7. akak, harga krim tu mmg rm 30 ke?clinique kan?saya try tanye kat clinique harga die lbh kurang 100 lbh..ke silap product salesgirl tu promote..hehe

    ReplyDelete
  8. saya pon nak...saya sggup hbs duit kalo nak bg mata ni xnmpk hitm..da malu nk bertentang mata ngn org bila bercakap...mana ye dpt yer kak...

    ReplyDelete
  9. Serius ke berkesan nie ? Eerr mata sy truk dah x tau nk wat cam na g dah

    ReplyDelete
  10. betul ker harga RM30 sis. I tgk harga more than RM100

    ReplyDelete
  11. thanks. google brings me here :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)