Blogger templates

Apr 7, 2013

Pokok Kaktus / Cactus #1

 Jeng-jeng-jeng dengan kekobaran yang membuak-buaknya nak jugak tunjuk dekat korang semua, hasil rembatan i sewaktu short holiday kita orang dekat Cameron Highlands pada 6 April 2013 (Sabtu) semalam (untuk kisah short holiday i ni nanti i story dekat korang ok). Wah... Semangat tak i? Hehehe... Ikutkan sebenarnya banyak benda nak kena buat lepas update blog ni. Maklumlah besokkan hari Isnin, hari bekerja dan bersekolah (huwaaa!)

Duh... lepas berseronok sakan jalan-jalan makan angin tiba-tiba kena tune balik mood, paksa diri bekerja semula besok hari (bluerghhh... tension nya jiwa raga). Hahaha... Aik, emosi nampak? Takpelah, nak buat macam mana, kena bersyukur sekurang-kurangnya ada kerja. Kalau takde kerja, nak makan apa? (psycho hati cakap ulang-ulang think positive, think positive, think positive... 5 juta kali).

Korang ingat lagik tak entri i berkaitan Home Sweet Home / Rumahku Syurgaku #1. Dekat entri tersebut, i ada tunjukkan dekat korang antara pokok hiasan bunga yang ada dalam rumah i. Sekarang ni yang best nya pokok hiasan bunga i nampaknya dah dapat kawan baru (yeay!) Cuma kawan baru dia ni ganas sikit sebab ada duri (punk lah tu kononnya. Haha!)

I teringat waktu duduk bujang dengan kawan-kawan serumah i. Kita orang berkongsi hobi yang sama - bela pokok kaktus. Seronok sangat bila tengok balkoni rumah penuh dengan macam-macam jenis pokok kaktus. Pulak tu, yang best nya kita orang sama-sama tolong jagakan kaktus antara satu sama lain (alahai, tiba-tiba i rindu sangat dekat housemate). Sampaikan bila dah berkahwin, i teruskan lagi minat membela kaktus, cuma taklah serancak macam waktu i bujang dulu-dulu. Mungkin sebab komitmen yang bertambah, tak pasal-pasal banyak pokok kaktus i terbiar macam tu je (huhuhu...) Jadi, mulai hari ni, i ingat nak mulakan balik hobi lama i yang tergendala. Harap-harap i berjaya (fuh! buat genggaman tangan).  Korang doakan ye, mana tahu banyak idea-idea menarik yang i boleh kongsikan dekat korang pasal Pokok Kaktus.


Apa itu Kaktus?

Kaktus merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada Cactaceae yang berasal dari Benua Amerika, berbatang hijau, berisi, dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. Hampir semua tumbuhan batang berduri adalah kaktus. Kaktus telah berevolusi bermula dari jenis primitif yang hampir seakan bunga mawar sehinggalah ke yang berbentuk glob dan lajur seperti yang dikenali sekarang. Contoh nenek moyang kaktus yang masih ada lagi adalah Pereskia.

*perghhh... kagum gilakan bila tahu yang kaktus sebenarnya dah wujud sejak zaman dulu kala lagik*

sumber : Wikipedia


Buat sementara waktu, pokok kaktus ni semua i letakkan di dapur. Buat peneman i waktu masak-masak (jangan termasuk dalam masakan sekali, sudah!) Jom tengok macam mana rupa pokok kaktus yang hubby i belikan (mestilah hubby belikan, i cuma tukang tunjuk-tunjuk mana yang nak je. Keh-keh-keh). Ada tujuh jenis semua sekali. Rasanya sama je kot macam pokok-pokok kaktus yang biasa korang jumpa kan? Lainlah kalau i beli pokok kaktus dekat oversea, memang confirm 200% lain dari yang lain. Ye tak? Hehehe... Tak kisahlah, walaupun sama. I tetap nak document kan dalam blog.

Kalau korang nak tahu, nama semua pokok kaktus ni rahsia. Kenapa rahsia? Sebab i pun tak tahu apa nama sebenar dia (hahaha!)









p/s : Tak sabarnya nak tunggu bunga dekat kaktus tu berkembang.

7 comments:

  1. comelnya.. hehehe. tak reti sangat nak jaga kektus ni. sebab selalu mati je.

    ReplyDelete
  2. dulu pun selalu beli, tapi hangat2 taik ayam jer..
    pastu semua mati.. kikii..

    ReplyDelete
  3. comel letak kaktus ni dekat sudut rumah. rasa hidup rumah kalau ada tumbuhan ni. orkid pun comel gak, tambah2 kalau berbunga lagi naik seri. :)

    ReplyDelete
  4. suka lak tengok yg ada bunga pink tu sis...
    kalo dah berbunga nanti amik gambar and tunjuk tau...
    i kalo bela kaktus fail...confirm mati lah pokok tu ;(

    ReplyDelete
  5. Comel sangat kaktus tu cam tuan dia....cute...(",)

    ReplyDelete
  6. mun pun dulu letak cactus kat dapur..de 3 pasu kecik kecik dalam cawan comel..tp entah kenapa tetiba mati pulak..sedih rasanya...akibat sedih sampai sekarang mun biar pasu tue kosong tak berganti pokok

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)