Blogger templates

Sep 29, 2016

PERKONGSIAN CERITA SERAM

Assalamualaikum... saje nak share dekat korang pasal satu cerita yang i baca dekat satu website ni. Cerita dia pada i quite interesting plus mengandungi unsur-unsur seram yang melampau jugaklah sampai terfikir punyalah dahsyat betul pengalaman penulis ni lalui. Kalau betul-betullah yang dia lalui macam apa yang dia ceritakan, i tabik spring sebab dia boleh stay lagik dekat situ sampai 3 hari. Walaupun terang tak payah bersuluh, memang sah-sah kau sengaja cari pasal. Kalau imaginasi pun kira power jugaklah apa yang dia bayangkan. Confirm pecah panggunglah kalau buat cerita dia ni, serious kalah cerita Train to Busan tu tau. Hehehe...

Tapi sebelum korang baca cerita penulis ni, i nak ingatkan yang ini adalah hanya perkongsian dari penulis je dan kebetulan pulak, i memang ada berhajat nak pergi Langkawi sejak dari bulan Julai lagi. Tapi sampai sekarang masih lagi tercari-cari tempat penginapan yang sesuai untuk kita orang stay satu family. I harap kalau korang ada cadangan tempat yang best, tiada unsur-unsur 'keseraman', dekat dengan lokasi pemakanan yang menyelerakan, silalah suggest dekat i. Dah lama bebeno ni tak pergi Langkawi. Hehehe....

Anyway enjoy the story (enjoy ke? Jengjengjeng);

KONDO BILIK 1107, LANGKAWI 
Maaf sebab aku tak de niat untuk nak jatuhkan perniagaan sesiapa atau menakut kan sesiapa. Biarlah jadi pengajaran pada korang sebelum pergi mana mana rempat tempat baca review dahulu. 
16 Ogos 2016. Aku bersama seorang pensyarah lelaki (Dr Idham), 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan (termasuk aku) ke Langkawi untuk buat kajian lapangan di sekitar Gunung Raya dan Pantai Chenang. Kesemua kami adalah pelajar separuh masa geografi sebuah ipta. Aku diberi tanggungjawab untuk mencari tempat penginapan sepanjang berada di sana. Aku telah memilih sebuah kondo yang pada hemat aku sangat berpatutan harganya dan berdekatan dengan tempat makan. Aku berurusan dengan seorang agen untuk menempah dua bilik selama 3 hari 2 malam. Agen itu jugak adalah rakan lama aku ketika di sekolah menengah. 
Kami tiba di kondo tersebut jam 1:30pm, 16 Ogos 2016. Kawasan parkir kereta yang di penuhi lalang dan tumbuhan menjalar. Bumbung parkir pecah seperti tidak diselenggara. Bangunan kelihatan usang dan berlumut. Aku menghubungi agen untuk maklumkan ketibaan kami. “Okay selamat datang, kunci ada di dalam bilik masing- masing. Bilik 1107 dengan 1005”, kata agen melalui telefon. 
Sebaik memasuki pintu utama lobi kondo, kami tergamam. Semua memandang aku dengan satu soalan. “Betul ke kondo ni? Atau kita salah kondo?”, tanya Syauqi. Yelah sebab aku yang pilih tempat ni. Sungguh ku tak sangka rupanya indah khabar daripada rupa. Lobi kosong, tak ada kaunter pendaftaran pertanyaan, tak ada penyambut tetamu. Yang ada hanyalah chandelier yang hampir jatuh menyembah lantai, lantai yang berhabuk di penuhi dengan daun kering, tampalan iklan memenuhi ruang dinding lobi dan tak ada manusia lain selain daripada kami di situ. Keadaan sangat berbeza ketika aku survey di website dan agoda. 
“Tak apa lah, kita naik tengok bilik dulu”, kata Dr Idham nak sedapkan hati kami. Sebelum ke pintu lif kami terpaksa melalui kolam renang di sebelah kiri. Keadaan kolam yang kotor berlumut, daun kering berselerak, lalang memenuhi sekitarnya. Di sebelah kanan laluan terdapat sebuah gym. Kelihatan sudah tutup dan tidak digunakan lagi. Keadaan gym yang berselerak, di penuhi daun kering dan habuk yang tebal. Di sebelah lif terdapat sebuah cafe yg sudah lama di tinggalkan. Cermin cafe sangat kotor, kerusi meja berselerakkan, daun kering memenuhi ruang lantai cafe. Macam mana daun kering ada dalam cafe dan gym sedangkan pintu dan cermin berkunci dan tertutup rapat?
Lif sangat usang dan hanya berhenti di tingkat yang tertentu. Mungkin rosak dan tidak diselenggara. Kami ke tingkat 10 untuk melihat bilik 1005. Biliknya jauh daripada lif dan koridor akan gelap pada waktu malam kerana tidak mempunyai lampu. Aku dan rakan perempuan yang lain sepakat untuk memilih bilik 1107 tingkat 11 kerana biliknya berhampiran dengan lif. Sebaik memasuki bilik 1107, bau bilik sangat ‘welcoming’ hingga aku tak dapat nak agak bau apakah ini. Bau bunga cempaka diselangi bau hanyir ikan yang agak meloyakan. Lantai bilik yang sangat berhabuk seperti tidak ada orang yang pernah menginap sebelum kami. 1107 mempunyai 1 master bedroom dan dua bilik tidur bersaiz sederhana. Lengkap dengan dapur dan dua bilik mandi tapi ada blood stain dalam tab mandi. 
Hari pertama sepatutnya kami dah mula kajian lapangan di Gunung Raya. Tapi pensyarah batalkan dan tunda pada keesokkan hari. Di kedai makan, sejujurnya kami tak sedap hati dengan kondo tu. Masing- masing sepakat untuk cari tempat penginapan lain. Motel di kawasan sekitar sudah penuh. Hotel- hotel lain juga turut penuh sedangkan ketika itu bukan cuti sekolah. Akhirnya terpaksa akur untuk bermalam di situ.
7:30pm kami sampai di kondo, ternampak seorang makcik sedang siram rumput dan lalang di kawasan parkir kereta. Aku tak dapat lihat wajah makcik tu, tapi kenapa dia siram lalang? Dr Idham pesan jangan tegur, biarkan saja. Pukul 9:00pm kami berjanji berkumpul di parkir kereta untuk makan malam. 
Dari tingkat 11 untuk ke lobi, lif berenti di setiap tingkat. Setiap kali pintu lif terbuka aku nampak koridor di setiap tingkat gelap dan tak ada orang. Yang peliknya kenapa lif berenti di setiap tingkat tapi tiada orang seolah olah ada seseorang sedang bermain dengan butang lif itu. Lif tiba di tingkat 6, nampak makcik siram lalang tu berdiri depan lif sambil pegang sabit. Aku cam makcik tu sebab baju yang dia pakai.
Aku x dapat lihat wajah dia disebabkan keadaan koridor yang sangat gelap dan hanya ada cahaya dari dalam lif, dia hanya menundukkan muka. “Going down?”, tanya Kamila kat makcik tu. Tapi makcik tu tak jawab. Dia diam ja. “Makcik nak turun bawah ke?”, aku tanya. Makcik tu diam jugak. Tiba- tiba dia angkat tangan yang bersabit tu terus meluru ke arah kami. Tapi pintu lif tiba- tiba tertutup. Ghaaammmmmmmm… satu bunyi kuat dari luar lif. 
Sumpah memang kecut perut sebab kiteorang rasa makcik tu tetak pintu lif. Sampai je kat lobi, kami lari keluar dari lif sambil menjerit hingga ke parkir.
Sampai je parkir dah nampak group lelaki dan pensyarah kat kereta. Dorang tanya kenapa lari sambil menjerit. Kiteorang cakap nanti nak cerita. Kiteorang makan sekitar dataran helang. Sementara tunggu makanan sampai, Dr Idham tanya kenapa lari sambil menjerit tadi. Kamila pun mula cerita apa yang jadi masa nak turun ke lobi. Aku nampak riak muka Dr Idham berubah. “Kami juga kena benda yang sama”, kata Syauqi
Aku dah tak rasa nak makan malam tu. Tiba tiba rasa kenyang. Apa yang ada dalam fikiran kiteorang masa tu macam mana nak tidur situ, dan kenapa motel- motel lain full house di saat yang macam ni. “Tak apa kita balik kondo kita rest, esok pagi pagi kita dah nak mula kajian lapangan. Balik karang jangan lupa solat sebelum tidur”, kata Dr Idham. 
Malam tu aku dengan yang lain sepakat tido depan tv kat ruang tamu ramai ramai. Dalam pukul 12:30am tu boleh dikatakan masing masing dah berdengkur kecuali aku dengan Shida hanya pejam mata tapi tak tidur. Pukul 2:00am tiba tiba aku dengar air paip singki dapur terpasang. Yang aku tahu dorang semua ni dah tidur. Shida cuit jari aku dan aku cuit jari shida. Masing masing takut nak buka mata. “Kau dengar tak bunyi air?”, bisik Shida. Aku cuma jawab aku dengar dengar nada suara berbisik. “Makcik tu la wey kat singki”, bisik Shida sambil genggam tangan kanan aku. Aku buka mata sedikit dan lihat ke arah singki melalui hujung hujung anak mata saja. Sah!!! Memang makcik bersabit tadi tengah berdiri kat singki sambil air paip singki tu terpasang. Untuk pengetahuan korang, ruang tamu dan dapur bersambung.
Jadi kalau korang duduk depan tv, dapur berada di sebelah kiri korang. 
Aku terus pejam mata sambil genggam tangan Shida. Ketakutan buat aku makin berpeluh malam tu. Tiba tiba air paip singki tu berhenti dan aku dengar tapak kaki berjalan dari sinki dapur menuju ke pintu utama. Selepas tu aku dengan shida dah tak dengar apa apa bunyi pelik dan kiteorang tak buka mata sampai ke pagi. Kira tidur pun tidur tidur ayam. Tidur yang tak nyenyak. Pagi selepas subuh aku dengan Shida tanya Kamila dengan yang lain lain sama ada dorang ada dengar apa apa tak malam tadi. Dorang cakap dorang dengar tapi tak berani buka mata. Kamila sorang je yang tak dengar dan tidur mati. Bersyukur sebab tak ada sebarang histeria. 
Hari kedua di Langkawi, kamj fokus dengan kerja kerja lapangan. Masa terluang aku call agen iaitu kawan lama aku sendiri untuk tanya apa kena dengan kondo tu. Aku nak jumpa dia tapi dia bagi alasan dia sibuk memandangkan dia tour guide di Langkawi. Jadi kami bersembang dalam telefon saja. Dia minta maaf atas kejadian yang menimpa dan dia offer kami bilik lain di tingkat 6. Aku tak setuju memandangkan kami jumpa makcik bersabit di tingkat 6. Aku tolak tawarannya dengan baik.

Selesai kerja lapangan sekitar jam 5:00pm. Dr Idham bagi cadangan supaya kami bungkus makan malam dan makan di dalam bilik sahaja. Jadi tak perlu keluar semula untuk makan malam. Kami bersetuju memandangkan masing masing sangat letih. Kami sampai di kondo sekitar jam 6:00pm. Kebetulan depan kondo tu ada orang jual durian. “why not kita makan durian depan tu sebelum naik ke bilik, esok dah nak balik”, Azizi bagi cadangan. Cadangan tu di persetujui oleh semua orang. Selesai makan durian sekitar jam 7:15pm, kami menuju ke pintu utama lobi kondo. Tiba tiba ternampak seorang budak lelaki sekitar 5 tahun tengah menangis kt tangga lobi.
Dr Idham tegur kenapa nangis. Dia cakap mak dia tinggal dia Dan dia tak tahu nak guna lif macam mana. Kami tanya dia tinggal tingkat berapa dan kami akan hantar kan. Dia cakap dia tinggal di tingkat 6. 
Tingkat 6 okay. Tingkat makcik bersabit tu. Kami 13 orang sepakat nak hantar budak tu balik ke bilik mak dia. Kami risau dia terserempak dengan makcik bersabit tu. Dalam lif ke tingkat 6 kami sembang sembang macam biasa dengan budak tu. Sampai je kat tingkat 6, Syauqi tanya budak tu bilik nombor berapa. Guess what?? Budak tu dah tak ada. Toleh kiri kanan depan belakang memang budak tu dah tak ada. Tiba tiba saja bau busuk sekitar kiteorang. Aku tak tau nak describe bau tu macam mana. Tapi sangat busuk. Dari tingkat 6 kami naik tangga ke tingkat 10 untuk ambik barang barang group lelaki sebab Dr Idham nak kongsi bilik dengan group perempuan since benda pelik makin kerap jadi. Kiteorang naik tangga sebab lift stuck kat tingkat 13. 
Selesai solat isya berjemaah, group lelaki cakap dorang tido depan tv group perempuan tido kat master bedroom. Aku pun ok kan saja. Pukul 11:30pm semua orang tengah syok layan cite hindustan kat tv2 tiba tiba blackout. Gelap gelita. Ruang tamu tiba tiba saja bau wangi bunga melur. Bau tu sangat kuat tapi tak ada siapa pun bersuara. Orang tua tua cakap bau wangi wangi ni selalunya pontianak. 6 hingga 7 minit bergelap tiba tiba pintu utama di ketuk kuat. Tombol pintu digoncang. Ketukan tu sangat kuat macam nak roboh pintu. 
Kami tak buka pintu sebab sepanjang kami di kondo tu, kami tak pernah jumpa sesiapa pun atau berselisih dengan sesiapa pun kecuali makcik sabit dengan budak kecik ghaib tu je. Kereta di kawasan parkir sentiasa penuh tapi kami tak pernah nampak manusia lain selain kami saja disitu. 
Ketukan pintu tu berterusan selama lebih kurang 20 minit kemudian diikuti dengan bunyi sesuatu yg di seret di luar. Bunyinya sangat membingitkan telinga. Seolah olah seperti besi yang di seret di luar bilik kami. Syauqi intai di lubang intai yang ada pada pintu untuk lihat apa yang berada di luar. Guess what?? Makcik bersabit tengah seret sabit dia depan pintu bilik kami. Makcik tu seret sabit dia dari depan pintu lif ke depan pintu bilik kami. Bunyi sangat mengilukan. Aku dan yang lain lain dah takut dah mula nangis. Dr Idham cakap jangan menjerit. Kalau takut tutup telinga pejam mata. Lepas bunyi seret seret tu hilang tiba tiba ja pintu sliding balkoni kat ruang tamu terbuka. Angin menderu masuk. Angin tu bawa bau yang sangat busuk. Bau kuat bunga melur tadi terus hilang. Azizi terus tutup pintu slide tu. Memang pintu tu tak boleh kunci sebab rosak. 
Selepas itu bunyi bunyi ketuk pintu bagai tu hilang macam tu je. Malam tu memang kami tak tidur, bergelap sebab blackout. Semua berkumpul kat ruang tamu berjaga. Geng perempuan ada yang tertidur kat sofa. Aku ingat semua gangguan dah reda. Rupanya tak. Pukul 3:00am air paip singki dapur terpasang. Dalam gelap gelita bersuluh cahaya telefon bimbit, nampak kelibat manusia berdiri di singki. Aku mampu nangis dan hanya ingat nak balik rumah cepat cepat. 
Dr Idham pesan kalau takut jangan jerit tutup mulut, nak nangis jangan ada suara. Bau bunga melur tu datang balik. Azizi tiba tiba bangun dan azan. Kelibat tu tak berganjak tak bergerak hingga habis azan. Air paip masih terpasang. Tengah semua mata tertumpu pada kelibat di singki, tiba tiba tombol pintu utama di goncang dengan kuat di selangi dengan ketukan pintu yang sangat kuat. Saat genting macam ni memang dah tak ingat bacaan surah atau doa doa pelindung. 
Aku dah macam orang pakinsen terketar bibir tangan sejuk beku sebab terlalu takut.
Syauqi buka yotube bacaan alquran 30 juzuk. Gangguan tu tetap tak hilang. End up Dr Idham cakap dia nak pergi buka pintu tu nak tengok siapa yang ketuk. Dia cakap kita berserah pada Allah dan kita tawakal. Yess dia memang pergi buka pintu yang di ketuk bagai nak roboh tu. Sebaik pintu di buka, tak ada sesiapa pun tapi angin yang menderu masuk dengan daun kering serta bau yang sangat busuk. Guess what?? Air paip singki tiba tiba berhenti sendiri dan dah tak ada gangguan lagi selepas tu. Kami tak tidur sampai ke subuh. 
Selepas solat subuh matahari dah terpacak, kami kemas barang barang, bersihkan diri nak check out. Pukul 8:00am macam tu kiteorang buka pintu nak keluar, dengar suara riuh rendah suara kanak kanak mandi kat kolam renang. Aiikk ramai pulak orang. Sebelum ni tak de meriah macam ni pun. 
Kiteorang turun ke lobi dan aku call agen untuk tanya kat mana nak drop kunci bilik sebab kiteorang nak balik dah. Agen cakap letak je kat dalam bilik. Dah sepasal pulak nak kena naik letak kat bilik puaka tu pulak. Azizi dengan kawan dia suka rela nak letak kunci tu kat bilik. Sementara tunggu dorang, kami lepak kat lobi. Memang ramai orang masa tu kat lobi. Tiba tiba ada pakcik sekitar umur pertengahan 50an tegur. “Awak semua dari mana? Baru sampai harini ke? Tak penah nampak pun”. Dr Idham jawab yang kami kat sini dah 3 hari 2 malam tinggal kat bilik 1107 dengan 1005. Pakcik tu terkejut sebab dia kata dia yang jaga tempat ni tapi dia tak nampak kami pun selama 3 hari yang kami sebut tu dan bilik 1107 tu dah lama tak ada orang sewa sejak kondo ni disita dan ditutup. Lepas tu kondo ni di buka semula tapi dah jadi hak persedirian. Memang dah tak ada siapa nak selenggara tempat ni. 
Pakcik tu berkeras yang dia memang tak nampak kami sepanjang 3 hari yg kami cakap kan tu. Malah tempat parkir kereta yang kamj parking tu pun dia cakap dah seminggu orang tak parkir situ sebab ada batu bata yang tak di alihkan. Pagi ni dia cakap batu bata tu mungkin dah di alihkan dan dia baru nampak kereta kami disitu pagi ni. Sebab itu dia sangka yang kami baru sampai situ pagi ni. Dr Idham sempat tanya tentang makcik yang siram lalang tu. Pakcik tu ketawa dan dia cakap mustahil orang nak siram lalang. 
Selepas azizi dengan kawan dia turun ke lobi kami cerita pada azizi. “Kalau pakcik tu tak nampak kita, pakcik jual durian tu mesti nampak kita. Jom tanya pakcik jual durian depan tu” Kata azizi. Kami lintas jalan dan tanya pakcik yang jual durian tu. Pakcik durian tu cakap dia memang nampak kami tapi masa kami datang masa maghrib kemarin, dia cakap bau kami sangat wangi dan dia sangka itu minyak wangi yang kami pakai. Tapi selepas kami selesai makan durian dan balik ke kondo, bau wangi tu masih kekal ada di situ mengalahkan bau durian. Dan dia berhenti meniaga awal kemarin kerana tak sedap hati. 
Sampai je rumah aku baca review review blogger tentang kondo yang kami sewa ni. Ternyata banyak bad review dan ada kisah mistik sejak kondo tu disita. So korang nak check in mana mana make sure baca review dulu. Takut kat website nampak cantik tapi depan mata macam bangunan tinggal.


0 Say (s):

Post a Comment

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)