Blogger templates

May 27, 2012

Youtube Oh My English

Korang suka tak tengok iklan Oh My English yang Astro dok tayangkan berulang-ulang kali dekat televisyen? Kalau tanya i, i suka sebab banyak adegan dan skrip yang kelakar. Dan i sendiri pernah buat entry berkaitan kepentingan bahasa inggeris, nak baca? Boleh picit sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/buku-belajar-bahasa-inggeris.html.

Walaupun skrip dalam iklan tu sendiri pun bahasa inggerisnya bercampur-aduk dengan bahasa melayu, contohnya macam ada tambahan 'lah' (hamboi... pandai komen pulak dia... Hahaha). Tapi itulah antara salah satu sebab yang menjadikan iklan tu menarik. Yelah, dekat Malaysia ni kebanyakan daripada kita rasanya memang suka cakap campur-campur macam gini (alah... tak payah segan-segan. I sendiri pun samalah. Hehehe...) Tapi pada pendapat i, rancangan ni cuba membantu perbetulkan sesetengah daripada kita yang suka cakap bahasa inggeris sekerat jalan (tak gunakan ayat sepenuhnya), yang suka buat direct translation / terjemahan terus daripada bahasa melayu dan yang suka tambahkan huruf 's' disetiap penghujung perkataan yang digunakan.

Yang seronoknya cara pendekatan yang digunakan dalam rancangan Oh My English ni ringkas, menarik, padat dan part yang paling best, kelakar. Aksi pelakon yang dorang pilih pun memang kena sangat dengan watak masing-masing terutama sekali Harun Salim Bachik (dia ni cakap macam biasa pun i rasa nak tergelak). Sampaikan anak i pun dah minat dengan iklan Oh My English ni. Setiap kali bila tiba iklan Oh My English ditayangkan, dorang penuh kusyuk duduk depan televisyen, siap tergelak-gelak cakap, "Mama, he's said the wrong word." Hamboi kemain kau nak,  mentang-mentang tengok 613 (channel Playhouse Disney) dari pagi sampai malam. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, anak-anak i boleh bercakap dalam bahasa inggeris sebab belajar daripada channel 613 sejak dari bayi lagik. Percaya tak? Yang tak tahan tu, bila bercakap siap ada bunyi 'slang' lagik terutama sekali Danish dan Ariana. Phewww... Jadi nak tak nak, mama papa pun kenalah berusaha cakap bahasa inggeris demi memotivasikan anak-anak berbahasa inggeris. Lagipun ada beberapa perkataan dalam bahasa melayu yang dorang tak paham bila i cakap (adehhh... nangis...)

Jadi, kawan-kawan semua marilah kita bersama-sama enjoy tonton rancangan Oh My English setiap hari Ahad, pukul 10:00 pagi di Astro TVIQ (channel 610). Ikutkan rancangan ni dah mula ditayangkan pada 20 Mei 2012 (minggu lepas). Alahai, i dah tertinggal satu episod. Untuk korang yang tak pernah tengok lagik iklan Oh My English, ini antara koleksi iklan Oh My English yang i jumpa di Youtube (boleh tengok dekat bawah, ok). Korang jugak bolehlah LIKE Facebook Oh My English (<--- picit sini) sebagai tanda sokongan korang untuk bercakap bahasa inggeris dengan betul.












Dan yang ini Youtube / video klip Oh My English yang dinyanyikan oleh Liyana Jasmay dan Altimet.



p/s : tengah get ready nak tengok Oh My English dengan anak-anak i. Hehehe...

22 comments:

  1. Yup...Bahasa Inggeris sgt penting sebab kelemahan berbahasa Inggeris menjadi sebab utama ramai freshly graduates yg gagal dpt kerja not just because lack of experiences semata.Staf2 kat workplace Kak Anis most of them mahir 3rd language sebab dealing dgn expatriates mostly...
    Kat kids akak pun akak tekankan kepentingan BI ni...ikut saranan Tun M

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Anis. Dulu masa saya belajar dekat UiTM selalu merungut dekat kawan-kawan yang masuk U lain sebab dorang belajar dalam BM. Tapi saya, bersusah-payah hafal macam-macam subjek dalam BI especially LAW. Tapi lepas graduate, pergi interview dan bekerja. Saya rasa bertuah sebab dapat masuk UiTM. Kalau tak masuk UiTM agaknya sampai sekarang saya takut-takut nak communicate in english.

      Tun M really my idol too Kak Anis ;)

      Delete
    2. Berbahasa Inggeris tak melunturkan jatidiri Melayu kita...
      Mcm kak Anis org Sabah,Chinese educated,BI seharian tapi bila berbahasa Melayu org tak kenal ingat akak org Johor pure...no slang2 omputih
      Selamat berhari minggu sis...

      Delete
    3. Woww!! Salute to you kak :)

      Lagipun rasanya tak rugi bila dapat belajar lebih daripada satu bahasa. Seronok lagik adalah :) Confirm Kak Anis boleh bercakap 4 bahasa kan? Bestnya!!!

      Delete
    4. Paling best dgr org mengumpat bajet kita tak faham...ha ha

      Delete
  2. Hahaha...ada gak tgk kat youtube hari tu...mmg kelakar tp bagus kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... kelakar tapi bermakna gitu :)

      Delete
  3. Hahaha...ada gak tgk kat youtube hari tu...mmg kelakar tp bagus kan...

    ReplyDelete
  4. i dah jatuh chenta tengok ni....mmg bess & sbb kekadang english pun tak tentu arah...main belasah janji speaking hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pulak kalau dah susun ayat cantik-cantik nak speaking selalunya tah hape-hape perkataan yang keluar. Jadinya lebih suka belasah je apa nak cakap. Hahaha... Takpe Posh yang penting ada bunyi slang BI tu kira ok lah tu.

      Delete
  5. Budak2 mmg cepat dapat ilmu kan..tgk tv ja pun dah blh ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, sebab tu kena ajar dan biasakan dorang mendengar ayat-ayat inggeris since dari baby lagik. Sama jugak caranya macam kita dengarkan baby dengan ayat-ayat al-quran :)

      Delete
  6. ada tgok..memang best..lagi satu kita boleh belajar sekali kan..:)

    ReplyDelete
  7. yang iklan suruh 'chop' paper tu adik kwn i sis haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Cha? Kem salam dia tau. Hehehe...

      Delete
  8. best2. hehehe. belajar dengan cara yang fun kan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, barulah senang nak ingat dalam kepala. Hehehe...

      Delete
  9. oh my english hihihi...dah jadi trending dlm tweet taw reena!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai dah lama tak bukak twitter, banyak dah ketinggalan :(

      Delete
  10. pendekatan yang fun lebij senang diterima dr cara yg serius. bukti nya anak anak ko blajar dr channel disney. hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, pandainya dia... Hehehe... umpama macam kita dapat cikgu garanglah, mana ilmu takut nak masuk dalam kepala. Bila dapat cikgu kelakar, jadi bersemangat nak belajar lagik dan lagik :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)