Hari tu i ada upload gambar Cendawan Goreng dekat Facebook i untuk snack makan malam depan tv. Sambil tu acah-acah tanya kengkawan i samada dorang nak resepi ke tak? Ramai pulak yang bagi komen 'nak'. Sambil tu share jugak dekat group page masak-masak yang i join, beriya nak share ramai pulak yang complain kata tak boleh nak tengok! Hukalohhh! Hahaha! Patutlah dorang tak boleh tengok. Rupa-rupanya i terlupa nak tukar privacy untuk posting Resepi Cendawan Goreng i dekat Facebook tu daripada private kepada public. Tihihi sowiii...
Nak beli dekat luar pun boleh tahan mahal Cendawan Goreng ni kan? Kengkadang tu, bila dah beli... punyalah sejuk dingin nak makan. Hadoiii... buat keciwa je. Ni, i beli Cendawan Tiram ni waktu offer dekat Tesco cuma RM1.99 je satu paket. Apalagi... terus borong 5 paket. Kemain tamaknya! Hahaha! Biar puashati goreng puas-puas.
So, untuk kengkawan blog i. I letakkan Resepi Cendawan Goreng Rangup ni special untuk korang pulak k. Yang penting masak sedap-sedap. Hehehe... Kalau best, sharelah dekat kengkawan lain. Takmo copy paste tau! Berdosa!
RESEPI CENDAWAN GORENG RANGUP
Bahan-bahan :
2 paket cendawan (diracik guna tangan)
2 biji telur (dipukul)
1 kotak tepung jenama Kentucky atau tepung serbaguna jenama Nona
Cara-cara :
1. Panaskan minyak pada kuali.
2. Tuang telur yang dipukul pada cendawan yang diracik tadi. Gaulkan perlahan-lahan dan ketepikan.
3. Masukkan sedikit cendawan yang bergaul telur pada bekas lain. Gunakan penyepit. Tuangkan sedikit demi sedikit tepung Kentucky/tepung serbaguna pada cendawan tersebut supaya ianya bersalut sekata.
4. Kemudian, gorengkan pada minyak yang panas. Ulang proses no. 3 sampai semua cendawan habis digoreng.
Selamat mencuba.
0 Say (s):
Post a Comment
- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!
“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)