Blogger templates

Showing posts with label Ikano Power Centre. Show all posts
Showing posts with label Ikano Power Centre. Show all posts

Jun 8, 2012

Moo Cow Frozen Yogurt

Moo Cow Frozen Yogurt ni comel je kan dia punya logo dan style kedai. I memang pantang tengok kedai yang ada ciri-ciri kecomelan ni. Mesti teruja nak datang dekat. Bila dah datang dekat tiba-tiba rasa macam diri terperangkap sebab confirm nak membelinya. Hehehe...

Sebelum nak membelinya wajiblah kita cuba dulu macam mana rasa sebenar Moo Cow Frozen Yogurt ni, kalau best bolehlah rembat satu atau dua mangkuk. Tapi tekak i macam mana pun tak berapa berkenan pulak dengan perisa original Moo Cow Frozen Yogurt ni, duhh... masam gila! Mula-mula dah nak rasa frust dah. Alaa... kedai comel tapi aiskrimnya tak best. Agaknya orang tu nampak air muka i yang macam kelat-kelat masam nak menelan aiskrim perisa original tu cepat-cepat dia offer perisa baru yang ada, perisa blueberries. Serta-merta muka i berubah jadi macam matahari, bersinar-sinar gitu (eceh!) Apa lagik terus order dua mangkuk Moo Cow Frozen Yogurt untuk makan berlima (hoorey!)

Kalau korang nak tahu, Moo Cow Frozen Yogurt ni cuma ada beberapa perisa je. Tak banyak pilihan pun. Satu perisa original yogurt dan dua lagik perisa istimewa yang berbeza-beza mengikut musim dalam tempoh tertentu. Jadi untuk musim ini dipanggil Summer Yogurt yang terdiri daripada perisa Honey Calamansi dan Blueberries (nyam-nyam!). Korang jugak boleh letakkan topping tambahan (extra topping) mengikut citarasa korang. Setiap topping dikenakan bayaran RM1.00 sahaja. Harga Frozen Yogurt perisa original termasuk 1 topping percuma ialah RM9.90. Manakala kalau untuk perisa istimewa, harganya ialah RM10.90 semangkuk.

Setakat ni cawangan Moo Cow berada di Suria KLCC, Sunway Pyramid, Wangsa Walk, Gurney Paragon (Penang), The Gardens, Telawi Bangsar, Publika, Hartamas Shopping Centre, One Utama, Ikano Power Centre dan The Curve. Apa lagik jom kita terjah... hehehe...

Nak dapatkan info lebih lanjut, promosi dan tawaran menarik Moo Cow Frozen Yogurt, jangan segan-segan LIKE Facebook Moo Cow Yogurt.

Ok, kita tengok gambar nak?


Bersemangat betul mama makan aiskrim. Hehehe...
I Love Moo Cow Frozen Yogurt.

i tak faham apa kaitannya lembu dengan ayam, itik, kambing biri-biri dan lain-lain (???)

Nak sikit?... Hepp... tak boleh... Hehehe...
Sedapnya!!! Jerit... Moooo...
Lokasi Moo Cow Frozen Yogurt di Kuala Lumpur dan Selangor.
Wahhh... RM6.90 je untuk kon. Jimat ni.
Tak kisah pun dengan Fakta Nutrisi ni, yang i tahu bila masuk mulut rasa sedap. Hahaha

4 gambar dekat atas ni, sumber dari Facebook Moo Cow Frozen Yogurt *rembat tumpang sini ye*


p/s : Batuk-batuk ni kalau bedal aiskrim Moo Cow Frozen Yogurt. Takpe kan? Hehehe...

Feb 29, 2012

Hiasan Shopping Complex / Pusat Membeli-Belah

Setiap kali berjalan dekat shopping complex (pusat membeli-belah), i suka sangat tengok dekorasi / hiasan dalaman yang biasanya dorang buat untuk sambutan perayaan. Atau pun, semata-mata nak cantikkan suasana shopping complex supaya kelihatan lagik menarik. Selalunya ada je idea-idea dorang ni, yang pada i di luar daya imaginasi kita. Sampaikan i selalu cakap dekat hubby, "Wah, kreatif betullah orang yang cipta ni semua". Kalau suruh dorang ni hiaskan rumah i pun mesti best kan? (kihkihkih... ke situ pulak dia). Kadang-kadang ada hiasan yang dorang buat tu, sampaikan kita tak terfikir boleh jadi cantik macam gitu. Hiasan yang extreme dan pelik-pelik ni selalunya ada dekat pusat membeli-belah Mid Valley Megamall dan KLCC. Ada tu pulak, cuma guna bahan-bahan simple (ringkas) pun, boleh buat hiasan tu jadi menarik sangat-sangat. Contohnya macam dekorasi / hiasan yang i bergambar dekat bawah.

Kalau korang nak tahu, bahan-bahan yang dorang gunakan untuk buat dekorasi ni ialah polisterin (polystyrene) dan kertas je (kecuali kerusi yang i duduk dan beberapa hiasan tambahan). Cantikkan? Sekali imbas mesti korang sangkakan semuanya diperbuatkan daripada kayu kan? I pun macam gitu jugak tau masa mula-mula tengok. Tapi bila i teringin nak bergambar duduk atas tunggul kayu yang ada dekat situ, barulah i tersedar, "laa... polisterin ke benda ni?" Nasib baiklah, i tak terus terjah je sebab excited nak bergambar. Kalau tak, selamatlah satu tunggul kayu dekat situ i kerjakan. Hehehe...

Gambar ni sebenarnya diambil sebelum perayaan Hari Natal (Christmas) tahun 2011 dekat Ikano Power Centre (IPC), Mutiara Damansara. Jadi i rasa konsep dekorasi / hiasan waktu tu menggambarkan suasana perkampungan elf dekat North Pole (elf tu ialah nama gelaran untuk orang-orang kenit yang tolong Santa Claus buat mainan). Eceh, pandai-pandai i aje kan? Hahaha... Takpelah, tak kiralah apa konsep sekalipun yang penting, i kagum dengan orang-orang yang terlibat dengan kerja-kerja kreatif macam gini. Bukan senang nak hasilkan idea-idea yang menarik.






APA YANG I PAKAI UNTUK HARI TU?

Shawl - Jalan Tuanku Abdul Rahman
Cardigan - Cotton On
T Shirt - Esprit
Jeans - Uniqlo
Kasut - Crocs

Anyway, korang perasan tak baju yang i pakai dekat atas warnanya ada iras-iras dengan baju siapa? Ehem... sebenarnya nak bagitahu seiras dengan baju Yuna dalam klip video Memo tau. Ok, thanks bye bye (lari tutup muka. Hehehe).



Youtube Yuna Memo


p/s : Yuna pun antara orang-orang yang kreatif jugak. Sebab dia kreatif, mestilah i admire dengan kebolehan dia.

Feb 19, 2012

The Manhattan Fish Market

Kadang-kadang bila hujung minggu macam gini, i dapat rest / berehat dari memasak. Yelah... bila selalu sangat memasak, kita jadi hilang idea nak masak apa lagik. Sekali-sekala, apa kata kita cuba menu makanan yang lain dari yang lain daripada rumah sendiri. Lokasi favourite yang kebiasaannya jadi pilihan i dan family bila makan dekat luar ialah The Manhattan Fish Market.

Kalau korang nak tahu, restoran The Manhattan Fish Market ini mengambil inspirasi daripada restoran makanan laut yang berada di sepanjang Jalan Fulton di Manhattan, yang menyediakan makanan laut segar gaya Amerika.

Kalau dah nama pun restoran makanan laut. Jadi, kebanyakan makanan di sini mestilah berunsurkan ikan, udang, sotong, kupang dan lain-lain lagi. I ingat lagik, waktu kali pertama makan di The Manhattan Fish Market di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara. I dan hubby pilih menu Manhattan Flaming Seafood Platter (harga untuk set platter ni ialah RM52.90). Terkejut i bila pekerja dekat sini buat aksi ala-ala akrobatik berapi bila dia bakar set makanan tu depan i dan hubby (fuhh... kus semangat). Muka i serius panik habis waktu tu (adeh... kalau ada gambar waktu ni, mesti malu je kan? Hehehe). Walaupun takde kejadian pelik yang berlaku waktu aksi akrobatik dilakukan. Tapi sampai sekarang ni, i tak pernah order sebarang menu makanan dekat The Manhattan Fish Market yang ada nama flaming / berapi ni. Entahlah, i rasa macam fobia sangat. Lagik-lagik kalau bawa anak-anak i makan dekat sini. Takut kalau kejadian yang tak diingini berlaku ke (haishhh... jauhkan sangat-sangat).

Untuk kali ni, kita orang makan lagi di The Manhattan Fish Market di lokasi yang sama. Yang bestnya bila makan di The Manhattan Fish Market ni ialah setiap bulan ada sahaja offer / tawaran menarik untuk menu yang disediakan. Adakalanya menu yang berharga RM100.00 ke atas (cukup untuk makan seramai 3 hingga 4 orang) cuma dikenakan bayaran sebanyak RM75.00 sahaja (best kan?).

Untuk mengetahui sebarang tawaran menarik di The Manhattan Fish Market, korang boleh tengok di sini ---> http://manhattanfishmarket.com/my/cookin.html

Makanan yang kita orang pilih untuk hari tu ialah Manhattan Baked Dory in Garden Herbs harga RM18.90 (i memang syorkan supaya korang cuba. Sedap habis!), Shrimp My Olio harga regular RM18.90 (pun sedap jugak!), Quad Delights harga RM16.90 (best-best-best) dan Garden Salad harga RM9.90 (ni sesuai untuk orang yang tengah diet). Duh... serius, i rasa lapar waktu taip semua nama makanan ni tau. Hehehe.

Untuk korang yang nak tahu harga dan nak cuba menu yang ada di The Manhattan Fish Market, bolehlah klik sini ---> http://manhattanfishmarket.com/my/menu-avenue.html

Banyak sebenarnya menu makanan yang best dekat The Manhattan Fish Market, cuma ada antara cawangan lain restoran ni yang masak macam tak kena aje. Contoh macam yang i pernah pergi ialah dekat Mid Valley Megamall. Makanan yang sampai, sejuk dingin macam dah lama masak. Tepung yang salut semua makanan laut yang i order tu pun dah lembik dan tak rangup. Memang fail sangat rasanya. Macam mana pun hanya dua cawangan The Manhattan Fish Market yang i rasa, tak mengecewakan i setakat ni iaitu di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara dan Sunway Pyramid, Bandar Sunway.

Alamat The Manhattan Fish Market di Ikano Power Centre :-
LG 17, Ikano Power Centre
No. 2, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor

No. Telefon / Faks : [03] 7728 4248

Alamat The Manhattan Fish Market di Sunway Pyramid :-
LL 2.49-50, Sunway Pyramid
No. 3, Jalan PJS 11/15
Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Selangor

No. Telefon / Faks : [03] 7491 3683

Nak tahu ke semua alamat dan nombor telefon restoran The Manhattan Fish Market di seluruh Malaysia seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak. Korang boleh tengok dekat sini ---> http://manhattanfishmarket.com/my/menu-location.html

Waktu operasi : dibuka setiap hari dari pukul 11:00 pagi hingga 10:00 malam.



KEMASKINI / UPDATE TERBARU :

Nak tengok suasana The Manhattan Fish Market, Sunway Pyramid, korang bolehlah klik entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/manhattan-fish-market.html


Ok, dah habis pun cerita. Jom kita tengok pulak gambar i dan family yang seronok makan di The Manhattan Fish Market. Sebab apa? ...  sambungannya dekat p/s ...






p/s : Sebab tak ramai orang makan dekat sini. Best je, nak enjoy makanan...

Oct 16, 2011

Shihlin Taiwan Street Snacks

Agak-agak korang tau tak tempat favourite i lepak-lepak dengan hubby bila balik kerja? Apa Ikea? Haha... tu jelah status update yang korang akan jumpa dekat FB i tepat pukul 6:00pm. Takde, ni takde kaitan dengan Ikea. Ni berkait rapat dengan perut. Huishh~perut? Haha... macam suspen pulak eh? Bak kata orang dulu-dulu, 'Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati'. So, kalau dah sebut perut tu paham-paham je nafsu makan sedang membuas. Aumm!

Nama tempat makan yang i nak perkenalkan dekat korang ni ialah Shihlin Taiwan Street Snacks. Tak payah sampai nak kena pergi Taiwan sebab nak merasa makanan ni. Korang boleh menuju ke Ikano Power Centre, Kota Damansara dekat Level P1, sebelah ATM machine Maybank, RHB dengan CIMB. Bagus sangat location tempat makan ni kan? Takde alasan untuk korang katakan, takde duit atau tak cukup duit (para gadis sunti sila beri perhatian kepada boyfriend masing-masing. Hehe). Kalau korang nak tau, rupa kedai makannya pun macam stall / gerai tepi jalan yang biasa kita tengok. Cuma class sikitlah sebab gerai dia dekat dalam Shopping Complex, siap ada aircond. Haha.

Sebelum ni dah banyak kali i ulang-alik depan kedai Shihlin ni tapi tak pernah pulak teringin nak singgah sini. Sebab apa? Sebab waktu tu macam confuse kedai ni Halal ke tak? Dah tu, tak perasan pulak ada orang melayu makan dekat situ ke tak? Jadi, waktu tu memang tak masuk dalam list favourite kedai makan i lah. Sampailah satu hari tu, i perasan ada orang melayu makan dengan rakusnya dekat situ. I pun tanyalah hubby i, "eh, kedai makan ni halal eh sayang?" Soalan punyalah innocent kan? Lain kali cuba jenguk-jenguk sikit. Kalau dari dulu lagi i tau kedai ni halal, confirm dari dulu jugak i dah jadi regular customer Shihlin ni. Hubby i pun jawab dengan kerut-kerut dahi, "memang halal pun. Sayang baru tahu ke?" (sayang + sayang = lebih sayang. Tetiba keluar formula pulak. Haha. Layan).

Memang sah, ada logo Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam dekat kedai tu. Haishh~ kenapalah i boleh tak perasan selama ni. Lain kali bentang logo besar-besar alam sikit. Senanglah i nak pandang (tak pasal-pasal salahkan logo. Haha). Bila dah tak timbul perasaan ragu-ragu lagik. Jadi, bolehlah i menikmati makanan dekat sini dengan suka hati (yeay!). Barulah kena dengan pepatah orang dulu-dulu yang i cakap tadi.

Antara makanan yang selalu i order dekat sini ialah XXL Crispy Chicken (angkat dua ibu jari kaki eh, tangan. Ayam dia tanpa tulang. Macam ala-ala Chicken Chop tapi lagi best! Tapi jangan pulak korang bayangkan saiz dia macam baju saiz XXL. Ho-ho-ho pengsan!), Sweet Plum Potato Fries (ni pun best. Selalu korang biasa makan kentang goreng kan. Haa, yang ni keledek goreng tapi sama pattern macam kentang goreng), Happy! Rice Box Set (gambarnya korang boleh tengok dekat bawah k. Set ni termasuk dengan air sekali. Save budget gitu) dan Seafood Tempura (kalau orang melayu panggil Keropok Lekor. Haha. Tak percaya, cuba order). By the way kan air soya V-Soy dia sangat lazat dekat sini!

inilah dia, Happy! Rice Box Set. Dap-dap

Belah kiri tulah XXL Crispy Chicken (hamboiii)

Tanda halal ada di gambar tengah, dekat dinding putih

Sweet Plum Potato Fries



Nak tahu menu dan alamat Shihlin Taiwan Street Snacks ni, korang boleh tengok dekat link bawah ni. Selain tu, korang jugak boleh like FB Fanpage Shihlin ni dan jadi dorang punya kipas-susah-mati (die-hard-fan).



p/s: Entry ni di request oleh Uchi. Penat dah cerita ni, kalau dia tak pergi try makan dekat sini. Siaplah... haha...


Sep 12, 2008

Kidz Art 'N' Fun Zone

This is the first time Danish play in here. Selama ni, selalu juga singgah tempat ni tapi tak penah pon bagi Danish masuk . Lagipun sebagai mama yang consent sangat dengan safety anaknya, aku memang risau nak biarkan Danish play with the other kids yang brutal-brutal tu. Maklumlah anak mama ni comel (kecik..) orangnya. But for today (9th September 08~monday) secara kebetulan takde sorang pon budak dekat sini. So, kita orang bagilah peluang dekat Danish tuk' try masuk. Happy nya Danish toksah ceritalah, semua benda yang ada dekat dalam tu, semuanya dia cuba. Memang fun sangat. Dekat situ, ada slide yang tinggi bentuk boat, ada rat hole, ada seek n hide bentuk aquarium, ada tempat reading area, ada small house, ada tempat drawing activity dan macam-macam lagilah. Aku yang tengok Danish main pon ter'enjoy' sama.

Venue :

Kidz Art 'N' Fun Zone
2nd Floor, Ikano Power Center, Kota Damansara
Price :
RM 8.00/person