Blogger templates

Showing posts with label KLCC. Show all posts
Showing posts with label KLCC. Show all posts

Apr 4, 2013

Pepper Lunch Express Malaysia

Hari ni i nak kenalkan dengan korang makanan baru yang simple, lain dari yang lain dan yang paling penting ianya mestilah sedap untuk dihadamkan oleh perut dengan jayanya. Selalunya, setiap kali bila makan dekat Food Court Rasa Food Arena KLCC. I selalu tertanya-tanya makanan apa yang dorang makan sampai ada kertas dekat keliling pinggan makan dorang ni. Punyalah rahsia sangat gayanya. Gara-gara menonjolkan aksi kepoh semacam dekat makan orang lain, tak pasal-pasal i jadi mangsa muka tak puas hati dorang. Hahaha! Alamak, malunya saya. Ala... kita nak tahu je, bukannya nak rembat makanan dia pun.

Sehinggalah pada satu hari tu, i ajak hubby untuk try-test-rasa makanan yang penuh rahsia kerajaan ni. Maklumlah kalau tiba waktu lunch, Food Court Rasa Food Arena KLCC akan penuh memanjang dengan orang ramai yang kelaparan dan tak reti-reti bangun dari tempat duduk. Jadi bila dapat peluang makan dekat sini dalam keadaan lengang dan tenang. I memang tak lepaskan peluang langsung. Takde masa dah nak toleh kiri kanan lagik, terus menuju ke target utama kedai makan yang jadi perhatian i selama ni (yes!)

Entah macam mana bila sampai je dekat kaunter untuk buat order. Secara tiba-tiba i dan hubby jadi blur. Hahaha! Tadi bukan main lagik beriya-iya nak makan. Yelah, selalunya intai makanan orang lain, tu pun nampak sipi-sipi je. Kali ni bila dah nampak terang-terang depan mata, langsung tak sure mana satu yang paling best. Cari tanda 'recommended' dekat menu makanan tak nampak pulak (adeh! Dilema habis kita orang jadinya). Akhirnya i pilih makanan yang nampak paling menarik combination nya dekat dalam gambar. Dan tak sangka sangat inilah pilihan makanan yang paling meletop! Habis dah i promote dekat member-member office lain.

Seronok sebenarnya makan dekat Pepper Lunch Express ni tau kawan-kawan. Konsepnya lebih kurang, macam korang masak sendiri makanan korang atas iron plate panas. Motif kertas yang ada dekat sekeliling plate yang i ceritakan tadi dekat korang lebih bertujuan sebagai pelindung atau warning yang iron plate tersebut memang panas tahap dewa-dewa. Jangan korang pandai-pandai sentuh pulak kang melecur satu badan (eh! Ada orang sentuh pakai badan ke? Dah macam gaya buat stunt guling-guling atas iron plate gamaknya ni. Hahaha).


Latar belakang / Sejarah Pepper Lunch

Merupakan antara restoran makanan Jepun yang mempunyai rangkaian terbesar lebih 250 cawangan / outlets di seluruh Asia Pasifik. Meliputi negara seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan dan China. Pepper Lunch memberikan satu pengalaman yang cukup menarik untuk dicuba.

Rahsia kelazatan Pepper Lunch ini ialah terletak pada penggunaan plat panas / iron plate yang direka khas dan dipatenkan. Malah ianya mampu dipanaskan dengan suhu 260ºC selama 70 saat melalui periuk elektromagnet. Suhunya akan kekal panas sehingga 80ºC untuk 20 minit dan menjadikan makanan lebih enak untuk dinikmati. Keadaan plat panas / iron plate ini juga memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap hidangan yang ingin disediakan bergantung bagaimana cara masakan yang anda kehendaki.

sumber : Laman Web Pepper Lunch Malaysia
olahan : Reenaonline


Alamat Pepper Lunch Express Suria KLCC :
Gerai 13A, Rasa Food Arena, Level 4
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-4010 1054

Antara lokasi Pepper Lunch yang lain di Malaysia ialah di Pavillion (i dah pernah try makan sini jugak), Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan One Utama.

Nak tahu alamat lengkap cawangan Pepper Lunch yang lain, peluang pekerjaan, tawaran menarik atau pun nak selak menu makanan yang disediakan. Apa kata korang jengah sendiri laman web / website Pepper Lunch Malaysia (confirm teruja).

Facebook : PepperLunch-Malaysia


Cuma i rasa part tak best nya pasal Pepper Lunch ni ialah tang harganya. Bila tengok dari jenis hidangannya, takdelah complicated sangat. Setakat ada nasi, daging, jagung, keju dan semangkuk kecil sup. Ni kalau ada iron plate sendiri dekat rumah pejam mata pun boleh buat (ewah! Hehehe). Tapi sebab takde iron plate dan tak tahu dekat mana boleh beli iron plate. Sedap punya pasal, ku hulurkan jua duit walaupun mahal (tunjuk muka redha).

Harga dan pilihan menu hidangan i di Pepper Lunch.

Curry Beef Pepper Rice with Cheese  - RM12.50 (very recommended)
Spicy Beef Pepper Rice with Mushroom - RM12.50


Jom tengok gambar yang sempat i dan hubby snap di Pepper Lunch Express, KLCC nak?









p/s : Agak-agak korang, ada ke jual iron plate (ala-ala pun jadilah) yang boleh i beli dekat mana-mana ?

Jun 6, 2012

Garrett Popcorn Malaysia

Kalau sebut perkataan popcorn, tak sah kalau tak terfikirkan sekali panggung wayang kan? Yelah, selalunya popcorn ni paling laku kalau dekat panggung wayang atau tempat-tempat yang penuh kegembiraan macam dekat taman tema Genting Highlands. Cuba kalau pergi tempat lain, feel nak makan popcorn tu macam tak sampai langsung dekat tekak. Tapi kalau korang berdepan dengan Garrett Popcorn lain pulak ceritanya. Korang yang akan datang menyerah diri di depan kedai Garrett Popcorn gara-gara penangan bau popcorn caramel nya yang super sedap! Cuma kegembiraan nak membeli tu... macam ada sedikit perasaan serba-salah bila terpandang harga yang terpampang. Automatik, ayat korang akan berbunyi macam ni, "Gila kau, harga memang tak boleh blah!" Apa tidaknya makan popcorn yang kecil molek pun harga RM16.00, nak lagik sedap tambah bayar jadi RM19.00 (makan KFC pun harga tak sampai RM10.00 kan?... ish.... marah ni... marah). Kata-kata ni melantun-lantun dalam sanubari jelah. Nak cakap dekat situ jugak, confirm lah tak berani (ada berani?) Hehehe...

Orang kata kalau dah mengidam nak makan kena teruskan juga, nanti anak bila lahir air liurnya meleleh sebab hajat nak makan tak sampai (uikss... tu kalau orang mengandung!) Kalau orang tak mengandung, 'anak tekak' lah yang tension sebab kena telan air liur banyak-banyak kali. Hehehe... kesian anak tekak. Nilah antara situasi peperangan dengan diri sendiri yang akan korang alami gara-gara Garrett Popcorn (dahsyat-dahsyat). Sekali-sekala nak cuba, test, try, tengok, kunyah apa salahnya kan? Mampu nak beli hari-hari pun takde salahnya.

Ada macam-macam perisa / pilihan popcorn yang korang boleh dapati dekat Garrett Popcorn ni antaranya Buttery or Plain (ni biasa je... tak best! Hahaha), CaramelCrisp (ni best!), CheeseCorn (makan ni je cepat muak) dan Macadamia CaramelCrisp (super sedap!) Korang jugak boleh nak gabungkan antara perisa-perisa popcorn ni. Tapi macam i cakap awal-awal  tadi, nak lagik sedap kenalah 'hulur' duit kertas tu lebih sikit. Harga popcorn yang kecil antara RM9.00 hingga RM19.00, saiz sederhana antara RM13.00 hingga RM36.00, saiz besar antara RM19.00 hingga RM46.00 dan untuk saiz jumbo yang paling mahal ialah RM229.00 (perghh... kau mampu? Pitam!)

Setakat ni cuma ada dua cawangan Garrett Popcorn di Malaysia.
Alamat Garrett Popcorn ialah :-

SURIA KLCC
Lot C151, Concourse Floor
Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur

ONE UTAMA
Lot G139B, Ground Floor
1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama
47800 Petaling Jaya, Selangor

Nak tengok lokasi peta sebenar Garrett Popcorn, korang picit dekat sini ---> http://www.garrettpopcorn.com/malaysia-locations/

Nak tahu perkembangan terkini mengenai Garrett Popcorn sambil menikmati kelazatan popcorn yang super yummy! Jom kita LIKE ramai-ramai http://www.facebook.com/GarrettPopcornShopsMY


Teringin nak tengok rupa sebenar Garrett Popcorn, sudi-sudilah tengok gambar dekat bawah (nasib baik gambar ni semua tak boleh keluarkan bau best caramelcrisp popcorn, kalau tak... kecur air liur).

sumber gambar harga Garrett Popcorn dari EatDrinkKL.Blogspot

Caramelcrisp Popcorn (oyeah!!)
Model Popcorn berbayar popcorn. Hehehe...

Love is Messy :)


p/s : Sebab korang kawan-kawan i yang best (selalu jengah i dekat sini), i belanja korang sorang sebutir popcorn boleh? Hehehe...