Blogger templates

Jun 6, 2012

Garrett Popcorn Malaysia

Kalau sebut perkataan popcorn, tak sah kalau tak terfikirkan sekali panggung wayang kan? Yelah, selalunya popcorn ni paling laku kalau dekat panggung wayang atau tempat-tempat yang penuh kegembiraan macam dekat taman tema Genting Highlands. Cuba kalau pergi tempat lain, feel nak makan popcorn tu macam tak sampai langsung dekat tekak. Tapi kalau korang berdepan dengan Garrett Popcorn lain pulak ceritanya. Korang yang akan datang menyerah diri di depan kedai Garrett Popcorn gara-gara penangan bau popcorn caramel nya yang super sedap! Cuma kegembiraan nak membeli tu... macam ada sedikit perasaan serba-salah bila terpandang harga yang terpampang. Automatik, ayat korang akan berbunyi macam ni, "Gila kau, harga memang tak boleh blah!" Apa tidaknya makan popcorn yang kecil molek pun harga RM16.00, nak lagik sedap tambah bayar jadi RM19.00 (makan KFC pun harga tak sampai RM10.00 kan?... ish.... marah ni... marah). Kata-kata ni melantun-lantun dalam sanubari jelah. Nak cakap dekat situ jugak, confirm lah tak berani (ada berani?) Hehehe...

Orang kata kalau dah mengidam nak makan kena teruskan juga, nanti anak bila lahir air liurnya meleleh sebab hajat nak makan tak sampai (uikss... tu kalau orang mengandung!) Kalau orang tak mengandung, 'anak tekak' lah yang tension sebab kena telan air liur banyak-banyak kali. Hehehe... kesian anak tekak. Nilah antara situasi peperangan dengan diri sendiri yang akan korang alami gara-gara Garrett Popcorn (dahsyat-dahsyat). Sekali-sekala nak cuba, test, try, tengok, kunyah apa salahnya kan? Mampu nak beli hari-hari pun takde salahnya.

Ada macam-macam perisa / pilihan popcorn yang korang boleh dapati dekat Garrett Popcorn ni antaranya Buttery or Plain (ni biasa je... tak best! Hahaha), CaramelCrisp (ni best!), CheeseCorn (makan ni je cepat muak) dan Macadamia CaramelCrisp (super sedap!) Korang jugak boleh nak gabungkan antara perisa-perisa popcorn ni. Tapi macam i cakap awal-awal  tadi, nak lagik sedap kenalah 'hulur' duit kertas tu lebih sikit. Harga popcorn yang kecil antara RM9.00 hingga RM19.00, saiz sederhana antara RM13.00 hingga RM36.00, saiz besar antara RM19.00 hingga RM46.00 dan untuk saiz jumbo yang paling mahal ialah RM229.00 (perghh... kau mampu? Pitam!)

Setakat ni cuma ada dua cawangan Garrett Popcorn di Malaysia.
Alamat Garrett Popcorn ialah :-

SURIA KLCC
Lot C151, Concourse Floor
Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur

ONE UTAMA
Lot G139B, Ground Floor
1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama
47800 Petaling Jaya, Selangor

Nak tengok lokasi peta sebenar Garrett Popcorn, korang picit dekat sini ---> http://www.garrettpopcorn.com/malaysia-locations/

Nak tahu perkembangan terkini mengenai Garrett Popcorn sambil menikmati kelazatan popcorn yang super yummy! Jom kita LIKE ramai-ramai http://www.facebook.com/GarrettPopcornShopsMY


Teringin nak tengok rupa sebenar Garrett Popcorn, sudi-sudilah tengok gambar dekat bawah (nasib baik gambar ni semua tak boleh keluarkan bau best caramelcrisp popcorn, kalau tak... kecur air liur).

sumber gambar harga Garrett Popcorn dari EatDrinkKL.Blogspot

Caramelcrisp Popcorn (oyeah!!)
Model Popcorn berbayar popcorn. Hehehe...

Love is Messy :)


p/s : Sebab korang kawan-kawan i yang best (selalu jengah i dekat sini), i belanja korang sorang sebutir popcorn boleh? Hehehe...

18 comments:

  1. sebutir je?
    mane cukup..hehe
    klu popcorn msti nk caramel lah kan baru sedap je lalu kt tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi banyak-banyak nak habis. Kehkehkeh...

      Delete
  2. tula cite kt kazaa pn dia ckp ah popcorn je belas2 bkn kenyang pun haha. tp nak kene try jugakla nanti buat rasa je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyang taklah sangat Cha tapi akak rasa macam muak kot. Hehehe...

      Delete
  3. wah...dah lama nak try, tp tak pernah sempat nak pegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe... lepas ni pergi try k :)

      Delete
  4. Agak mahal jugak tuu heheh tapi sekali sekala apa salahnya. Reward utk anak2 dgn mak anak2. hehehe

    ReplyDelete
  5. hermm nasib baik kt SP xder garret ni..so takyah la susah payah pikir nak beli ke tak...huhuhu

    ReplyDelete
  6. " saiz jumbo yang paling mahal ialah RM229.00 " Errr... beli yg rm9 tu je la..wuwuwuu~

    ReplyDelete
  7. macam pernah dengar tapi tak pernah jumpa pulak. hehehe. lagi pon x berapa minat pop corn sangat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Popcorn ni makan sekali-sekala best kan Wana. Tapi bila dah banyak rasa muak sebenarnya :)

      Delete
  8. ahakz popcorn dgn movie mmg tak bisa dipisahkn reena oiit!

    erk sebutir je? okeh bah klu ko..lagi pula sya kurg mamam popcorn tapi klu eksrim jgn ajak...pasti sepaket nda cukup,kurg2 3 pcs.. bhahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eceh... kalau macam tu tak payah bagilah. Hahaha...

      Delete
  9. aku yg hari hari jg pengunjung tetap klcc ni slalu tak sempat nk beli. dah habis. dah ptg kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula aku pun pelik, punyalah orang menggila sampai boleh sold out popcorn ni kan Hanie.... pheww...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)