Blogger templates

Showing posts with label Kisah Anak Kecil. Show all posts
Showing posts with label Kisah Anak Kecil. Show all posts

Dec 10, 2009

Danish & Katun

 

Abang long *Danish* sorang nih memang suke tengok cite katun...
Yang geramnye sejak dia dah kenal angka 1 sampai 10 tuh...
selamba je dia bole bukak sendiri channel feberet 613 dia tuh...
Dan tiap-tiap hari gakla aku dengan hubby telah DIPAKSA tengok cite HIGGLYTOWN HEROES, HANDY MANNY, THOMAS & FREN, CHUNGGINGTON, DIBO...
hah...tuh.. tuh..korang tengok... tak pasal-pasal
berita kol 8 malam dah jadi cite
MICKEY MOUSE
tapi gara-gara katun nih gak...
korang jangan tak caya kalo aku cakap
Danish lagik fasih cakap OMPUTEH daripada mama papa dia...
yang jadik problemnye bile balik kampung...
haha.. trokla ATUK dia kena buli cakap omputih...
sebab ade masenye Danish tak paham dalam bahasa melayu....
haha... tuh yang aku kengkadang panggil Danish OMPUTEH CELUP...
cakap melayu slang omputeh... cehhh.... hihi...

Sep 6, 2009

Potty Problem


Entry kali nih kalo korang tengok pic kat atas cam ke'busyuk'an sket... ahaks...
Tapi bab ke'busyuk'an nihla yang menjadi problem aku & hubby aku.

Gini storynye... ikutkan Danish dah pon masuk umo 3 tahun, tahun nih.
*dah kecoh cakap dengan mama papa dia nak pegi school lagik*
Tapi... kita orang dah ajar dia berkali-kali-kali dan kali
*aku dah tak tau bape ribu kali tah aku cakap benda yang sama dengan dia*
"kalo Danish rase nak 'beyak' Danish bagi tau mama papa k"
Dan macam biase jawapan yang diterima,
dijawab oleh Danish dengan sopan-santunnye...
"k...."
Tetapi hah... yang buat kita orang rase ke'tensen'an melampau tuh...
Setiap kali kejadian 'beyak' tuh berlaku...
Tak penah pon dia bagitau kita orang...
Walopun 'benda alah' tuh dah setengah jam berdamping dengan punggung 'tuuutttt' dia.
Kalo kita orang tak buat smelly check...
hah... bertuahla tah jadi stem roll 'benda alah' nih pon dia bole buat selamba dek...
Bile aku buat-buat tak tau , lepas tuh tanye dia
"Danish beyak ke?"
Tau tak, dia buat ape...
buat muke innocent sambil macam kompius dengan soklan aku tanye tuh...
Duhhh.... kalo sekali sehari kejadian 'beyak' nih,
aku tak ler marah...
Ini lebih 3 kali sehari...
Mau tak tensen aku dengan hubby aku.
Especially time kita orang pegi shoppin' complex... perghhh...
kesabaran impak maksima kita orang jadinya...
Agak-agak.. korang ade solution tak cane aku nak buat ek?
Jangan kata, nak suruh dia stay dekat toilet... hah tuh pon kita orang dah cuba,
takdenye nak kuar pape pon...

p/s : huwaaa... kalo 'benda alah' tuh ngupenye chomel jek plus bau perfume, aku tak kesah....

Nov 19, 2008

Bayi Maut di Nurseri

Comelkan budak nih?
Tapi sayangnya dia dah 'takde' lagik
gara-gara kecuaian dekat nurseri.

Bayi maut tersedak susu

PUTRAJAYA: “Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat jasad anaknya terbaring kaku sedangkan pada sebelah pagi dia kelihatan gembira ketika bermain dengan bapanya,” luah Adelina Christine Awent Jon Abdullah, 28, ibu kepada seorang bayi empat bulan yang maut dipercayai tersedak susu di nurseri.Malah, kata Adelina, dia masih ingat arwah seolah-olah melambai tangan ke arahnya ketika meninggalkannya di nurseri sebelum ke tempat kerja. Mangsa, Abrahaem Noah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bayi malang itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke situ. Dia dan suami, Mohamad Najib Rosli, 29 dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka oleh seorang penjaga nurseri di Istana Kehakiman di sini, kira-kira jam 2.30 petang, sebelum bergegas ke hospital. Malangnya, Abrahaem sudah tidak bernyawa.Menurut Adelina, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, apatah lagi Abrahaem berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri.Malah, anaknya itu tidak mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.“Saya amat terperanjat dengan kejadian ini. Kami sudah kering air mata...kalau bayi kami sakit tak apa, tetapi dia berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri. Itu yang menyebabkan kami terkilan. “Lebih menyedihkan, kami tidak dimaklum awal mengenai kejadian itu, sebaliknya mengetahui selepas satu jam berlaku. Walaupun pihak nurseri meminta maaf tetapi kami perlukan penjelasan mengapa kami lewat dimaklumkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.Ketika ditemui, Adelina Christine yang juga seorang pegawai di Kementerian Kewangan kelihatan sugul.Dia ditemani Mohamad Najib dan ibunya, Rani Ibot, 50.Beliau berkata, berkata Abrahaem didaftar ke nurseri itu sejak dua bulan lalu selepas mendapati ia terletak tidak jauh dari pejabatnya dengan bayaran RM250 sebulan manakala pekerja adalah warga tempatan.“Terdapat antara lima hingga enam bayi berusia bawah setahun dan lebih 10 yang berusia lebih 10 tahun serta beberapa kanak-kanak lain di nurseri terbabit,” katanya.Berikutan kejadian itu, pasangan terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada hari sama akibat tidak berpuas hati dengan jawapan pihak nurseri.Ini untuk memastikan kejadian terbabit disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.“Kami terima takdir Ilahi, tetapi tidak mahu ada lagi bayi tidak berdosa menjadi mangsa akibat kelalaian. Kami tidak mahu apa yang kami tanggung ketika ini menimpa ibu bapa lain,” katanya.Adelina berkata, kini hanya rakaman gambar dan video Abrahaem di telefon bimbit milik mereka berdua menjadi kenangan untuk melepaskan rindu kepada anak tunggal kesayangan pasangan yang berasal dari Sarawak itu.“Saya sering merakam gambar dan video Abrahaem setiap hari. Saya tidak menyangka ia akan menjadi kenangan selepas arwah meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.Dia dan suami turut meluangkan masa setiap hari menziarahi kubur arwah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini, Sabtu lalu.

Sedih sangat aku rase, bila terbaca laporan berita nih semalam.
Sebenarnya kejadian nursery nih buat aku teringat
tentang apa yang terjadi dekat Danish sebelum nih.
Korang boleh baca entry pasal nursery yang aku tulis dekat sini.
Cuma syukur alhamdulilah, Danish pulih kembali lepas
dapat treatment di hospital.
Maybe sebelum nih, aku tak dedahkan nursery mana yang aku
hantar Danish tapi demi keselamatan anak-anak korang
aku rase memang patut aku bagitau apa nama nursery tuh
dan di mana.
Nama Nursery : Taska Ummieku
Location : Jalan Dedap 9, Saujana Utama 2
Sungai Buloh Country Resort.
Inilah nursery yang nyaris-nyaris meragut nyawa Danish.
Cuma silapnya gara-gara panik dengan keadaan Danish,
aku tak buat laporan polis pasal kejadian nih.
Sebenarnya kerajaan ambil ke tindakan dengan nursery-nursery
yang bermasalah ini?
Ada sesape tau??
Agak-agak kalo terjadi dekat korang perkara nih
apa korang nak buat?

Aug 18, 2008

Baby oh...Baby

Malam tadi, start pukul 1:00 am hingga 3:00 am aku pass tugas menjaga baby Ariana pada hubby aku. Oklah tu kan, hubby aku dah dapat banyak tenaga sebab dia dah tertido dari pukul 9:00 pm lagi. So kiranya take turn lah, aku pun nak rest jugak. Barulah hubby aku terasa kepayahan yang aku handle tiap-tiap hari selama 24jam sehari. Walaupun nampak macam senang je jaga baby ni. Konon-kononnya kalau baby menangis, sumbat je susu gerenti dia tidur balik tapi baby ni ada macam-macam ragam. Kalau dia panas/sejuk sangat pun dia menangis, kalau dia sakit perut pun menangis, kalau dia terkencing/terbuang stool pun dia nangis, kalau ada orang ganggu tidur dia pun dia nangis, kadang-kadang tanpa sebab pun dia nangis.

Aku dengar juga ada nada-nada kelam-kabut ditambah dengan si abang yang dah terjaga gara-gara adiknya menangis. Kesian dekat hubby aku sebenarnya tapi aku sengaja berdiam-diri sebab nak tengok hubby aku boleh handle or not that situation. Sekurang-kurangnya dia merasa macam mana yang aku rasa. Kira oklah tu kan, baru 3 jam aku bagi handle cuba satu hari suntuk, hubby aku sanggup ke tidak.