Blogger templates

Showing posts with label Parenthood. Show all posts
Showing posts with label Parenthood. Show all posts

Sep 19, 2016

Bila Anak Mengalami Pendarahan Pada Kepala

Sempena Hari Raya Korban dan cuti sekolah bulan September sepanjang minggu lepas. I dan suami ambil peluang untuk balik ke Utara, kampung cik abe ku. Memang kebiasaannya bila balik ke Utara, kita orang memang dah sedia maklum dengan keadaan trafik yang tak pernah tak sesak bila time-time cuti camgini. Kalau tak sebab penuh dengan lori yang lenggang kangkung, accident, tak pun ada kereta / lori rosak tepi jalan, tak pun jammed sebab nak 'tengok' jalan arah yang lagi satu accident. Yelahhh.... mana tahu boleh viral kan ke... (Duhhh!) Dan parent-in-law i pun memang dah tahu yang kita orang jenis tak suka nak kelam-kabut tak tentu pasal. Selalunya bila jammed atas highway, kita orang lari masuk ikut jalan lama, tak pun ronda-ronda cari makan. Boring ikut jalan lama, kita orang masuk balik highway, sangkut lagi atas highway, keluar lagi masuk jalan lama sampailah kita orang selamat tiba. Hahaha! Betul-betul santailah. Kau bawak kereta Ferrari laju macam mana pun, bila dah jammed meter kau tetap bergerak 20km/j tau. Jadi toksah nak kelam-kabut sangat bila waktu-waktu jammed ni. Buat tambah serabut kepala je kalau nak tension-tension... hehehe... Kesudahannya pukul 8:00 pagi kau terpacak depan rumah parent-in-law setelah bertolak pukul 8:30 malam dari Kay Ell. Kihkihkih... Santailah katakan!

Manakala, perjalanan balik ke Kay Ell taklah sesantai macam pergi ke Utara. Dalam tempoh 4 jam setengah je kita orang selamat tiba di rumah (serius macam tak percaya jugak ni... hahaha... sebab kita orang ikut jalan lama dan tetap keluar masuk highway). Ingatkan lepas makan malam, bolehlah lepak-lepak ready nak membuta (hehehe), apataknya penat atas jalan masa balik kampung hari tu pun tak habis lagi. Tiba-tiba tengah bersembang dengan hubby, kita orang terkejut dengar bunyi 'gedeguk' dekat steel frame door bilik kita orang. Ok, anak i Damien terhantuk kepala waktu main lari-lari dengan Miko (kucing gebus kita orang).

Mula-mula tu takdelah panik sangat, biasalah budak-budak main lari-lari then terhantuk (ayat biasa tu ayat sedapkan hati ye...) Sambil buat muka terkejut dan pegang bahagian kepala dia yang sakit, Damien masuk ke bilik kita orang. Selalunya, bila terhantuk, i akan gosok kepala dia dan slow-slow tiup, sambil kata "ok... nanti cepat baik k". supaya dia rasa tenang. Dan kalau ada benjol sekalipun, kita orang akan tekapkan ais then sapu minyak. Tapi kali ni i minta tolong hubby buatkan bagi pihak i. Korang tau apa jadi, bila Damien mula alihkan tangan dia dari bahagian terhantuk tu, tiba-tiba menyembur darah mengalir sampai basah satu muka dan baju. OMG! Dah macam cerita movie zombie dah... I dahlah jenis yang penakut darah, terus rasa macam i pulak yang nak pitam. Cepat-cepat i ambil kain dan pass kan pada hubby untuk tekapkan pada bahagian luka berdarah tu. Waktu tu, risau kalau luka dia terkoyak besar, darah tak nak berhenti atau tetiba dia pengsan. Tapi Alhamdulilah, tak sampai 5 minit darah dekat kepala Damien stop dengan sendirinya lepas kita orang baringkan dia. Paling power, superhero mama papa tak meraung pun (alooo... terharu mama tau sebab dia kuat sangat), keluar air mata pun sebab dia panik je awal-awal tu.

Lepas darah dah stop, i ambil peranan sebagai drebar dari pukul 11:30 malam sampailah 4:30 pagi bawa Damien ke Medical Centre dekat area rumah then berkejar pergi ke Sime Darby Medical Centre dekat Subang Jaya, kemudian lepas surgery balik ke rumah semula. Kesian pulak dekat hubby i sebab dia kena kerja pagi tu jugak, so kenalah give and take dan korbankan kesedapan tidur yang diharapkan dari sampai rumah tadi. Kau ingat senang jadi parent? Kehkehkeh... Adventure gila tau! Waktu dekat Emergency Room, Sime Darby Medical Centre, doktor kata luka Damien quite dalam dan akan ada parut kekal kalau tak treat dengan baik so doktor suggestkan untuk buat plastic surgery. Wohh! Plastic surgery hokeh... Memang mama papa dah tak boleh nak fikir apa dah waktu tu, harap dia cepat baik je. So, kita orang setuju. Tetiba lepas setuju, rasa berdebar-debar pulak. Yelah... selalu dekat tv tengok plastic surgery ni kena cucuk sana-sini bius sebelum operation. Harap sangatlah Damien ok.

I tak masuk untuk tengok sebab tak berani, kang tak pasal-pasal Damien menggelabah kalau tengok air muka i berubah berkerut sebab takut (walaupun sebelum tu kemain bagi kata-kata semangat dekat Damien, "Damien is strong boy. Strong boy shouldn't cry kan? Kena tahan sikit walaupun sakit.") Nasib baiklah hubby i jenis tenang so dialah yang temankan Damien sambil i duduk dekat luar tunggu ngauman / jeritan dari Damien. Dalam 20 minit menunggu, i tak dengar bunyi apa-apa pun. Eh! Senyap je... Tiba-tiba terpacul Damien bersama papa dengan senyuman. Wahh! Pelik pulak i rasa, tak sakit ke kena jahit? Siap tersengih-sengih lagi. Hahaha! Yang i tahu, doktor dan nurse sampai puji Damien sebab langsung tak nangis dan menggelabah. Betapa coolnya superhero mama papa ni.

Kadang-kadang apa terjadi dekat kita ni tanpa disangka-sangka, tengah-tengah elok seronok main dan mama papa cuma dapat rest 10 minit tiba-tiba semuanya boleh bertukar dalam sekelip mata (walaupun hakikatnya dah tertulis pun) so hadapilah dengan tenang (selagi boleh). Bila ada antara kawan atau orang yang kita kenal ditimpa musibah, kalau takde ayat-ayat yang baik untuk dikatakan cukuplah sekadar doa supaya semuanya ok. Sebab hari ni mungkin hari dia, esok lusa mana tahu hari kita pulak. Yelahh... siapa yang nak perkara buruk berlaku, kalau boleh semua nak yang best-best je. Betul tak?

Tapi dalam setiap benda buruk yang terjadi, ada hikmahnya... Hikmahnya tak sangka boleh jumpa balik member baik waktu UiTM yang terpisah dekat 15 tahun, waktu hantar Damien untuk follow-up check-up di Sime Darby Medical Centre. Sebelum tu ada perasan dia dekat Tanjung Malim tapi tak sempat nak tegur dan takut salah orang. Tak sangka kali ni waktu tengah tunggu turn doktor, dapat bersua muka, cium pipi kiri kanan dan bersembang dengan dia macam zaman belajar dulu-dulu. Haishh... banyak betul ketidaksangkaan yang berlaku dalam hidup i sejak akhir-akhir ni.

Ok, this week nak kena bukak stitches. Harap Damien terus kekal handsome. Cepat aminkannn... Hehehe....





Aug 17, 2010

Tips Mendisiplinkan Anak Kecil

Orang tua-tua kata Melentur Buluh biarlah Dari Rebungnya.
Tapi bila dah jadi buluh, dah tak boleh lentur lagik. Korang bolehlah buat masak lemang.
Sedap dimakan, perut pun kenyang.
Hoi!! apa engkau merepek ni labu~
Haha~jangan marah daa~
Kalau zaman mak ayah kita dulu-dulu, dorang kata, bila kecil-kecil buat nakal.
Cara nak disiplinkan dorang ialah dengan R.O.T.A.N
Huishh~takut ok dengar perkataan rotan atau sebatan ni, lebih-lebih lagik bila dengar sound effect 'Dushh Syummm' yang keluar dari mulut rotan tu.
Baru dengar macam tu je automatic korang akan rasa macam nak terkucil, betul tak?
*eee~ala-ala scary movie macam tengok hantu jugaklah*
Memang dahsyat sungguh kuasa rotan ini *ish..ish..ish..*

"source from google"

Walaupun aku tak pernah kena rotan *eceh~nak kata aku ni tak pernah buat nakallah tu waktu kecik-kecik,sejuk je perut mak akukan! hihi~*
dan seboleh-bolehnya aku taknak rotan anak-anak aku kalau buat nakal.
Tahla ek, rotan ni aku rasa macam tak praktikal sangat untuk budak-budak kecil moden yang bijak berkata-kata.
Lagi satu, dah macam penderaan. Yelah bila kuasa dah ada dekat tangan, kita akan jadi lupa daratan diri. Konon nak bagi warning tapi kita jadi over acting react *oppss~terlebey sudah*
Cuba bayangkan kalau tetiba korang kena pukul dengan orang yang korang tak kenal tanpa sebab. Tup-tup orang tu mintak maaf kononnya tak sengaja buat macam tu. Korang rasa macam mana?
Nak terima dengan rela hati *ish~tak percaya aku* Confirm korang rasa tak puas hati, betul tak?
So, aku rasa macam tu jugaklah dengan perasaan budak-budak kecil.

Jadi pendekatan secara psychology rasanya lagik berjaya kot dari buat kekerasan melampau.
Memang lambat dorang nak terima apa yang kita cuba explain, tapi lama-lama dorang akan paham dan ikut.

Kalau tanya cara aku mendisiplinkan anak kecil aku yang 3 orang tu.
First, aku memang kena banyak bercakap *eh, bukan membebel k. Membebel tu kategori tak henti-henti bercakap benda yang annoying sampai rasa macam nak cabut telinga sendiri masuk dalam poket seluar~haha~*
Bercakap dekat sini, lebih kepada memberitahu benda yang sama berulang-ulang kali.
Contoh: 'Dah lepas main, please kemas semua mainan tu', 'Dah habis makan, please letak plate dekat sinki', 'Dah ambil barang tu, letak balik dekat tempat asalnya' dan bla.. bla.. bla..
Aku akui formula ni agak slow untuk diterima oleh budak-budak kecil ni sebab dorang senang sangat terlupa apa yang kita ingatkan tu. Tapi percaya tak, kalau aku cakap anak aku yang sulung 'Danish~4tahun' dah boleh diharapkan. Sekarang ni, dia jadi assistant bercakap bagi pihak aku untuk adik-adik dia. Haha~aku panggil dia Hanny Manny Helper *ni pengaruh cerita kartun Hanny Manny yang dekat channel 613 tuhla*

Second, banyakkan pengaruhi anak-anak kecil dengan cerita-cerita yang berfaedah dan bertauladan baik. Walaupun Ultraman tu baik sebab tolong orang ramai bunuh raksasa, tapi part pukul-pukul tu yang aku tak suka. Violence hokeh! Lagik satu, budak jadi confuse, nanti dorang pikir cara nak selesaikan masalah senang je, main pukul-pukul orang macam tu aje. So, aku recommend sangat-sangat korang bukakkan channel 613 untuk anak-anak korang start dari baby lagik. Sebabnya selain men'improve'kan english language dorang, anak-anak korang akan pandai nasihatkan korang pulak. Siap bagitau mana yang elok untuk buat dan mana yang tak elok. Dan cikgu english yang ajar aku dan hubby setiap kali kitaorang tersalah guna satu-satu perkataan english sekarang ni ialah Danish *masalahnya english Danish UK Version, perghh~ Mama Papa dia pulak Manglish Version haha~ kesabaran jelah aku jadinya.*

Third, susun atur rumah pun memainkan peranan penting untuk didik anak-anak kecik ni. Kalau tengok entry aku yang sebelum ni http://www.reenaonline.com/2009/07/rumahku-syurgaku.html korang boleh tengok aku sediakan tempat untuk anak-anak aku bermain, bekas-bekas/kotak mainan untuk simpan semua barang mainan yang dah main, tempat untuk landing tidur bila dah penat bermain, tempat untuk ambil air masak, board untuk conteng-conteng *ni antara cara-cara nak elakkan daripada dinding rumah kita orang jadi mangsa graffiti :P haha~*, meja dan kerusi untuk baca buku/makan/coloring, tempat hanging towel untuk memudahkan anak aku capai lepas keluar toilet dan macam-macam lagik. Sebenarnya dengan cara macam ni, korang dah train anak-anak kecil korang supaya berdikari sendiri. Dan kaedah ni pada aku boleh melebihkan masa untuk diri korang sendiri, takdelah anak-anak nak harapkan mama papanya je sepanjang masa. *Hmm~aku ingat nanti one day nak ajar anak aku lipat bajulah pulak~haha~*

Forth, sediakan jadual waktu untuk anak-anak kecil ni. Contoh : bangun tidur pukul berapa, lepas bangun kena mandi, breakfast, nap, lunch, tengok tv, nap, minum petang, tengok tv, dinner, minum susu dan tidur. Maybe jadual waktu ni adakalanya kurang berkesan untuk anak-anak aku. So bila kena macam ni, sebagai ibubapa korang kenalah ambil peranan jadi tegas lebih sikit. Selalunya kalau kat rumah aku, yang tukang ambil peranan tegas nih akulah orangnya. Haishh~tak taulah kenapa anak-anak aku kalau dengan papa dia selalu tak menjadi. *Agaknya muka mama dia ni, ada iras-iras cikgu besau kot ekekeke~*

Fifth, bila anak-anak kecil buat silap, jangan sesekali dibiarkan macam tu aje. Maksud aku, janganlah korang anggap 'tak apelah, dorang kan kecik lagik'. Hah~nihla yang selalunya mewujudkan ke'spoil'an perangai anak-anak korang bila dah besar nanti. Contoh: kalau anak-anak tak sengaja pecahkan pasu bunga korang yang comel-lote tu, korang nasihatkan dengan elok. Cakap je lain kali, taknak main dekat dengan pasu mama. Kalau jatuh dekat kaki ke, atau terkena serpih pasu tukan merbahaya. Dan kalau perkara tu disengajakan even dah diberi warning bersound mulut sampai 3 kali. Korang tepuk jelah tangan anak korang tu sebagai tanda yang dia dah buat silap, jangan lupa explain sekali dekat dia yang tujuan korang buat macam tu sebab korang taknak sesuatu yang tak elok jadi, selalulah membiasakan diri memberitahu anak-anak, yang korang sayang dekat dia. Insya-Allah anak-anak korang akan paham dan percayalah, mereka akan lebih respect korang sebagai ibubapa.

Sixth, jadikan diri anda contoh terbaik untuk anak anda ikuti bila mendisiplinkan anak-anak. Yelah, janganlah pulak tang anak-anak kita marah bila buang sampah merata-rata tapi sebenarnya kita pun 2x5 jugak selamba campak tisu keluar dari kereta. Kalau korang kena marah tak pasal-pasal macam ni pun, mesti korang kata 'alahh~cakap tak serupa bikin'. Mulalah nak jadi pemberontak dalam senyap, rasa tak puas hati je. So, yang penting, korang pun kena belajar untuk berdisiplin jugak. Takpun cuba letak situasi korang dalam diri anak-anak anda. Sekurang-kurangnya korang akan lebih memahami perasaan anak-anak korang. Macam aku pulak, bila anak aku menangis aku pun tak pasal-pasal rasa macam nak nangis sama huhu~sedangkan dorang nangis sebab aku jugak yang tak bagi beli apa-apa yang dorang nak, contohnya : beli gula-gula. Haishh~nak buat macam mana, gula-gula tak bagus untuk tumbesaran gigi kanak-kanak hokeh! :)

Seventh, disiplinkan anak-anak kecil dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat. Aku memang fussy bab-bab makanan ni. Sebab tulah aku sentiasa kekal langsing menawan *eh, jangan perasan hokeh, ni pasal anak-anak kecil* Yelah, yelah tak bagi chance langsung~haha~ Kebanyakan makanan anak aku memang habis dicatu oleh aku. Kiranya makanan yang boleh dimakan oleh anak aku mesti dapat approval dari aku dulu. Kalau tak, pengawas tua ini akan sembunyikan makanan tu, untuk dimakan sewaktu semua anak-anak tengah tidur *kejam sungguh~tihihi~* Nihla antara senarai makanan yang tak mendapat sijil pengiktirafan dari aku : gula-gula, jajan/cikedees *makanan ringan*, chocolate, makanan yang mengandungi unsur pewarna, garam berlebihan *atau ajinomoto berlebihan*, gula berlebihan, air berkarbonat/bergas/berais, kesemua air-air manis kecuali vitagen, yogurt atau yakult dan makanan terlebih minyak *selalunya terjadi kalau beli ayam goreng dekat pasar malam*. Percaya tak, bila mereka tak dibiasakan dengan makanan-makanan yang pelik macam ni, even dioffer oleh orang lain contoh terdekat rakan seusia mereka. Mereka confirm akan menolaknya.

Eighth, faktor suara pun boleh mempengaruhi cara mendisiplinkan anak-anak kecil tau. Bunyi macam kelakarkan? Tapi serius menjadi hokeh sebabnya anak-anak kecil mudah keliru dengan apa yang kita perkatakan. Kiranya bila kita marah tapi suara macam nak ajak main gurau-gurau *aku pun confused kalau macam tu, kau ni nak marah ke nak ajak bergurau* So, bila bercakap dengan anak-anak tu, korang gunakanlah nada-nada yang berasingan. Contohnya, bila anak berjaya buat sesuatu, korang keluarkan suara excited yang korang happy dengan kejayaannya. Bila korang tak bagi dia buat sesuatu macam bermain depan kipas ke atau pasu bunga ke. Memula tu korang keluarkanlah suara amaran biasa untuk mengingatkan dorang yang perkara tu merbahaya. Dan kalau suara amaran biasa tu, tak diterima sampai 3 kali, barulah korang keluarkan suara amaran besar sebagai tanda yang korang betul-betul serius dengan apa yang korang perkatakan. Kalau boleh taknak dia ulang perbuatan yang sama.

Aku mengaku bukan mudah bertitlekan ibu bapa ni. Besar tanggungjawabnya, serius kadang-kadang timbul jugak rasa give-up bila anak-anak tak dengar cakap kita. Tapi tuhla dia, tuhan selalu cakap banyak ganjaran untuk orang-orang yang bersabar. Bersabarlah k, tak rugi mana pun~ Dalam mendisiplinkan anak-anak ni, bagilah mereka peluang jugak untuk menikmati dunia kanak-kanak. Kesianlah pulak, kalau semua benda dorang tak boleh buat. Dah macam duduk dekat camp militarylah pulak gayanya hehe~

Oklah, guru disiplin dah ngantuk nak tidur. Bye semua :)


Dec 8, 2009

Koleksi Buku Pa&Ma Semasa Mengandung


Membaca menambahkan ilmu pengetahuan... *chewah*...
Kalo korang nak tau nihla collection buku Pa&Ma yang paling aku chenta skali...
Buku nih complete la sesangat... apetaknye korang tak payah nak membazir duit beli
magazine yang kuar tiap-tiap bulan tuh semate-mate nak dapat info pasal peknen atau
hal-hal orang dah kawen nih, termasukla hal anak-anak korang...
Semuanye dia dah cite kat dalam nih...
Beshkan??... Rege dia pon okie jer... tak sampai pon 15 hinggit pon satu buku...
Dolu-dolu mase first time peknen aku banyak refer buku mek saleh
sebelom tau kewujudan buku nih...
Tapi pengpaham jela mek saleh punye buku nih kengkadang ade yang tak sesuai dengan
culture kite lebih-lebih lagik bab masa confinement...
Cume beshnye buku mek saleh tuh pic baby dorang semua chomel-chomel belaka...
ala... anak melayu pon chumey gak hape... hihi... tan gitu...

Buku nih actually aku beli kat kedai magazine tapi slalunye aku perasan
laris macam goreng pisang panas...
So, kalo korang teringin nak order buku nih...
aku rase better korang tanye kat KARANGKRAF

*See... see... time peknen nih rase romantik gitu...*
Dalam buku nih... dia cite semua pasal perkembangan baby dalam penyut dan alahan yang kite alami

 
*owhh... sexy btol terase bile time peknen*
Yang nih pulak, complication yang mungkin kite akan dapat time peknen

*nyam... nyam... sedapnye*
Buku nih besh sangat sebab ade resepi untuk kanak-kanak start dari 6 bulan....
Apetaknye... dolu-dolu Danish susah btol aku nak bagi makan...
maybe boring asek-asek kena makan bubur kot.... haha...
So... lepas mama dia masak macam-macam pattern makanan untuk dia....
bukan main sronok dia...

*kalo.. anda gembira tepuk tangan*
Buku nih ajar kite macam mane nak tackle perangai budak-budak kecik yang pengpaham jela...
banyak bebeno karenah dia...

*sweet kan pic buku nih?*
Hah... yang nih buku yang paling besh skali... sebab buku nih ade terangkan cane cara nak dapatkan baby boy @ baby gurl, masalah yang kite hadapi time peknen... cth: macam susah tido, diabetes, sembelit & kesan regangan. panduan membeli barangan baby, proses kontraksi, faktor sebabkan overdue, jaundis, senaman, cara penyusuan untuk kembar, teknik dukung bayi... dan macam-macam lagikla...

So, kengkawan... cane?? beshkan buku nih??


Nov 19, 2008

Bayi Maut di Nurseri

Comelkan budak nih?
Tapi sayangnya dia dah 'takde' lagik
gara-gara kecuaian dekat nurseri.

Bayi maut tersedak susu

PUTRAJAYA: “Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat jasad anaknya terbaring kaku sedangkan pada sebelah pagi dia kelihatan gembira ketika bermain dengan bapanya,” luah Adelina Christine Awent Jon Abdullah, 28, ibu kepada seorang bayi empat bulan yang maut dipercayai tersedak susu di nurseri.Malah, kata Adelina, dia masih ingat arwah seolah-olah melambai tangan ke arahnya ketika meninggalkannya di nurseri sebelum ke tempat kerja. Mangsa, Abrahaem Noah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bayi malang itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke situ. Dia dan suami, Mohamad Najib Rosli, 29 dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka oleh seorang penjaga nurseri di Istana Kehakiman di sini, kira-kira jam 2.30 petang, sebelum bergegas ke hospital. Malangnya, Abrahaem sudah tidak bernyawa.Menurut Adelina, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, apatah lagi Abrahaem berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri.Malah, anaknya itu tidak mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.“Saya amat terperanjat dengan kejadian ini. Kami sudah kering air mata...kalau bayi kami sakit tak apa, tetapi dia berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri. Itu yang menyebabkan kami terkilan. “Lebih menyedihkan, kami tidak dimaklum awal mengenai kejadian itu, sebaliknya mengetahui selepas satu jam berlaku. Walaupun pihak nurseri meminta maaf tetapi kami perlukan penjelasan mengapa kami lewat dimaklumkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.Ketika ditemui, Adelina Christine yang juga seorang pegawai di Kementerian Kewangan kelihatan sugul.Dia ditemani Mohamad Najib dan ibunya, Rani Ibot, 50.Beliau berkata, berkata Abrahaem didaftar ke nurseri itu sejak dua bulan lalu selepas mendapati ia terletak tidak jauh dari pejabatnya dengan bayaran RM250 sebulan manakala pekerja adalah warga tempatan.“Terdapat antara lima hingga enam bayi berusia bawah setahun dan lebih 10 yang berusia lebih 10 tahun serta beberapa kanak-kanak lain di nurseri terbabit,” katanya.Berikutan kejadian itu, pasangan terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada hari sama akibat tidak berpuas hati dengan jawapan pihak nurseri.Ini untuk memastikan kejadian terbabit disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.“Kami terima takdir Ilahi, tetapi tidak mahu ada lagi bayi tidak berdosa menjadi mangsa akibat kelalaian. Kami tidak mahu apa yang kami tanggung ketika ini menimpa ibu bapa lain,” katanya.Adelina berkata, kini hanya rakaman gambar dan video Abrahaem di telefon bimbit milik mereka berdua menjadi kenangan untuk melepaskan rindu kepada anak tunggal kesayangan pasangan yang berasal dari Sarawak itu.“Saya sering merakam gambar dan video Abrahaem setiap hari. Saya tidak menyangka ia akan menjadi kenangan selepas arwah meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.Dia dan suami turut meluangkan masa setiap hari menziarahi kubur arwah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini, Sabtu lalu.

Sedih sangat aku rase, bila terbaca laporan berita nih semalam.
Sebenarnya kejadian nursery nih buat aku teringat
tentang apa yang terjadi dekat Danish sebelum nih.
Korang boleh baca entry pasal nursery yang aku tulis dekat sini.
Cuma syukur alhamdulilah, Danish pulih kembali lepas
dapat treatment di hospital.
Maybe sebelum nih, aku tak dedahkan nursery mana yang aku
hantar Danish tapi demi keselamatan anak-anak korang
aku rase memang patut aku bagitau apa nama nursery tuh
dan di mana.
Nama Nursery : Taska Ummieku
Location : Jalan Dedap 9, Saujana Utama 2
Sungai Buloh Country Resort.
Inilah nursery yang nyaris-nyaris meragut nyawa Danish.
Cuma silapnya gara-gara panik dengan keadaan Danish,
aku tak buat laporan polis pasal kejadian nih.
Sebenarnya kerajaan ambil ke tindakan dengan nursery-nursery
yang bermasalah ini?
Ada sesape tau??
Agak-agak kalo terjadi dekat korang perkara nih
apa korang nak buat?

May 12, 2008

Fahami Fitrah Kanak-Kanak


Ramai ibu bapa amat ghairah menekankan pendidikan akademik kepada kanak-kanak sehingga terlupa bahawa kanak-kanak memerlukan kebebasan untuk bergaul dan bermain bersama rakan-rakan.
Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak-anak supaya menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang berbeza taraf hidup dan kedudukan.
Sikap mengurung anak-anak di rumah kerana ingin menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dalam umur yang begitu muda adalah bertentangan dengan fitrah ciptaan kanak-kanak.
Kebijaksanaan dan kecemerlangan seseorang adalah berdasarkan kepada pendedahan dan pengalaman hidup sejak dari alam kanak-kanak sehingga dewasa. Jika anak-anak dididik dan dibesarkan dengan ilmu akademik dan tidak didedahkan kepada alam persekitaran, keagamaan dan pergaulan dengan rakan-rakan maka beliau tidak mampu untuk menyesuaikan diri apabila terdedah kepada suasana yang begitu bebas dan tidak terbatas.
Psikologi kanak-kanak perlu difahami oleh kedua-dua ibu bapa jika mereka ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Cara Rasulullah SAW mendidik dan memelihara Aisyah, isterinya yang termuda perlu dijadikan panduan oleh umat Islam. Apabila baginda berkahwin dengan Aisyah, umurnya ketika itu baru menjangkau tujuh tahun dan masih bermain dengan anak patung.
Baginda memberi kebebasan kepada Aisyah bergaul dengan rakan-rakannya sehingga bunyi riuh-rendah dalam rumah baginda kerana Aisyah ghairah bernyanyi bersama rakan-rakannya. Apabila Abu Bakar melalui rumah Rasulullah beliau mendengar Aisyah dan rakan-rakannya menyanyi dan membuat bising lalu beliau masuk ke rumah baginda dan memarahi Aisyah. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar bahawa Aisyah berhak menunaikan haknya sebagai kanak-kanak dan bergembira bersama rakan-rakannya.
Kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya sekadar dalam akademik sahaja. Pemikiran kanak-kanak akan berkembang secara sihat dan cemerlang apabila mereka didedahkan kepada persekitaran.
Ketika ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengasuh kanak-kanak memahami erti kehidupan dalam konteks alam kanak-kanak. Imam al-Ghazali menggalakkan umat Islam supaya mendidik anak-anak memahami perasaan rakan-rakan mereka.
Anak-anak orang kaya perlu bergaul dengan anak-anak orang miskin supaya mereka dapat memahami bahawa dalam dunia ini ada manusia yang memerlukan pertolongan.
Melalui pergaulan seperti ini kanak-kanak akan membesar secara sihat dan bijaksana. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan masyarakat bukan untuk mengaut kekayaan kerana jiwa mereka telah sebati dengan jiwa masyarakat.
Ibu bapa yang tidak bergaul dengan masyarakat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap didikan anak-anak di rumah sehingga anak-anak tidak bebas bergaul dengan rakan-rakan di luar rumah adalah bertentangan dengan konteks kehidupan umat Islam.
Mereka hanya berjaya mendidik anak- anak menjadi cemerlang dalam akademik sehingga mengagumkan orang lain. Hakikatnya, mereka tidak menyedari bahawa sikap mereka boleh menyebabkan anak-anak menghadapi kejutan budaya apabila terdedah kepada alam sekular yang terlalu bebas.
Sikap terlalu mengutamakan pelajaran akademik sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan adalah bertentangan dengan konsep kemanusiaan kerana manusia dicipta sebagai 'makhluk yang hidup bermasyarakat' .
Alam kanak-kanak adalah satu alam yang indah di mana kanak-kanak sama ada miskin atau kaya terlalu gembira apabila dikerumuni oleh rakan-rakan.
Apabila kanak-kanak tidak dibenarkan bergaul dan bergembira bersama kanak-kanak lain maka kehidupan mereka berada dalam alam yang derita. Perasaan demikian tersemat dalam hati nurani mereka.
Ketika mendapat kebebasan dan di luar kawalan ibu bapa, mereka gagal untuk mengimbangi kehidupan sosial dengan kehandalan ilmu akademik yang dimiliki oleh mereka. Ini adalah dilema yang dihadapi oleh Sufiah Yusof yang terkenal sebagai gadis pintar.
Dalam keadaan sedemikian adalah sukar untuk umat Islam dari negara lain mencampuri urusan peribadi Sufiah kerana beliau merupakan rakyat Britain. Perlembagaan Britain memberi kebebasan sepenuhnya kepada remaja berumur lapan belas tahun menikmati hak kebebasan mereka.
Ibu bapa tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan peribadi mereka. Pelacuran merupakan salah satu sumber pendapatan yang diiktiraf oleh perlembagaan British.
Bagi Sufiah yang tidak mempunyai pendidikan dan kesedaran agama melibatkan diri dalam pelacuran merupakan sumber pendapatan baginya. Beliau tidak merasai bersalah kerana kegiatan tersebut merupakan sesuatu yang lumrah dilakukan oleh pelajar wanita di negara Barat.
Kegiatan tersebut juga telah menular ke negara ini. Terdapat pelajar-pelajar wanita dari universiti tempatan juga menjadikan kegiatan pelacuran sebagai sumber pendapatan untuk kehidupan mewah dan bergaya.
Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hak untuk mencampuri sebarang urusan peribadi rakyat British mengikut perlembagaan negara tersebut. Adalah sukar bagi sebuah kerajaan Islam mencampuri urusan peribadi rakyat Britian.
Bagi masyarakat Britian yang sekular, wang dan harta merupakan matlamat hidup individu. Oleh itu kerajaan Malaysia perlu menghormati perlembagaan negara tersebut tanpa mengeruhkan keadaan lantaran untuk membantu seorang wanita pintar yang menghadapi kejutan budaya.
Urusan Sufiah sepatutnya diuruskan oleh persatuan-persatuan Islam di Britian dengan menggunakan pendekatan secara hikmah. Proses pemulihan beliau memerlukan masa yang lama kerana sistem pendidikan yang dihadapi oleh Sufiah adalah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Oleh itu umat Islam perlu memahami bahawa kebijaksanaan dalam akademik tidak boleh dijadikan ukuran terhadap kejayaan seseorang individu jika sistem pendidikan tidak diimbangi dengan pendidikan kerohaniaan dan keagamaan

Oleh SAODAH ABD. RAHMAN