Blogger templates

Showing posts with label Nursery. Show all posts
Showing posts with label Nursery. Show all posts

Nov 19, 2008

Bayi Maut di Nurseri

Comelkan budak nih?
Tapi sayangnya dia dah 'takde' lagik
gara-gara kecuaian dekat nurseri.

Bayi maut tersedak susu

PUTRAJAYA: “Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat jasad anaknya terbaring kaku sedangkan pada sebelah pagi dia kelihatan gembira ketika bermain dengan bapanya,” luah Adelina Christine Awent Jon Abdullah, 28, ibu kepada seorang bayi empat bulan yang maut dipercayai tersedak susu di nurseri.Malah, kata Adelina, dia masih ingat arwah seolah-olah melambai tangan ke arahnya ketika meninggalkannya di nurseri sebelum ke tempat kerja. Mangsa, Abrahaem Noah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bayi malang itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke situ. Dia dan suami, Mohamad Najib Rosli, 29 dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka oleh seorang penjaga nurseri di Istana Kehakiman di sini, kira-kira jam 2.30 petang, sebelum bergegas ke hospital. Malangnya, Abrahaem sudah tidak bernyawa.Menurut Adelina, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, apatah lagi Abrahaem berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri.Malah, anaknya itu tidak mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.“Saya amat terperanjat dengan kejadian ini. Kami sudah kering air mata...kalau bayi kami sakit tak apa, tetapi dia berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri. Itu yang menyebabkan kami terkilan. “Lebih menyedihkan, kami tidak dimaklum awal mengenai kejadian itu, sebaliknya mengetahui selepas satu jam berlaku. Walaupun pihak nurseri meminta maaf tetapi kami perlukan penjelasan mengapa kami lewat dimaklumkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.Ketika ditemui, Adelina Christine yang juga seorang pegawai di Kementerian Kewangan kelihatan sugul.Dia ditemani Mohamad Najib dan ibunya, Rani Ibot, 50.Beliau berkata, berkata Abrahaem didaftar ke nurseri itu sejak dua bulan lalu selepas mendapati ia terletak tidak jauh dari pejabatnya dengan bayaran RM250 sebulan manakala pekerja adalah warga tempatan.“Terdapat antara lima hingga enam bayi berusia bawah setahun dan lebih 10 yang berusia lebih 10 tahun serta beberapa kanak-kanak lain di nurseri terbabit,” katanya.Berikutan kejadian itu, pasangan terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada hari sama akibat tidak berpuas hati dengan jawapan pihak nurseri.Ini untuk memastikan kejadian terbabit disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.“Kami terima takdir Ilahi, tetapi tidak mahu ada lagi bayi tidak berdosa menjadi mangsa akibat kelalaian. Kami tidak mahu apa yang kami tanggung ketika ini menimpa ibu bapa lain,” katanya.Adelina berkata, kini hanya rakaman gambar dan video Abrahaem di telefon bimbit milik mereka berdua menjadi kenangan untuk melepaskan rindu kepada anak tunggal kesayangan pasangan yang berasal dari Sarawak itu.“Saya sering merakam gambar dan video Abrahaem setiap hari. Saya tidak menyangka ia akan menjadi kenangan selepas arwah meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.Dia dan suami turut meluangkan masa setiap hari menziarahi kubur arwah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini, Sabtu lalu.

Sedih sangat aku rase, bila terbaca laporan berita nih semalam.
Sebenarnya kejadian nursery nih buat aku teringat
tentang apa yang terjadi dekat Danish sebelum nih.
Korang boleh baca entry pasal nursery yang aku tulis dekat sini.
Cuma syukur alhamdulilah, Danish pulih kembali lepas
dapat treatment di hospital.
Maybe sebelum nih, aku tak dedahkan nursery mana yang aku
hantar Danish tapi demi keselamatan anak-anak korang
aku rase memang patut aku bagitau apa nama nursery tuh
dan di mana.
Nama Nursery : Taska Ummieku
Location : Jalan Dedap 9, Saujana Utama 2
Sungai Buloh Country Resort.
Inilah nursery yang nyaris-nyaris meragut nyawa Danish.
Cuma silapnya gara-gara panik dengan keadaan Danish,
aku tak buat laporan polis pasal kejadian nih.
Sebenarnya kerajaan ambil ke tindakan dengan nursery-nursery
yang bermasalah ini?
Ada sesape tau??
Agak-agak kalo terjadi dekat korang perkara nih
apa korang nak buat?

Aug 25, 2008

Nursery

Kalau sebelum ni aku cerita pasal pengalaman aku mempunyai maid dan fobia dengan nama maid, sekarang aku nak story pasal nursery pulak. Aku hantar Danish ke nursery genap umurnya 2 bulan. Memang for the beginning, seboleh-bolehnya aku tak nak hantar dia ke nursery. Lebih-lebih lagi bila dengar pelbagai cerita kurang menarik pasal nursery ni. Pulak tu, cerita pasal baby yang terhumban keluar dari buaian di nursery tengah hot ketika itu, lagilah bertambah-tambah risau aku jadinya (agaknya apa cerita pasal baby tu sekarang ni kan?). Tapi nak buat macam mana, aku takde pilihan lain. Pernah jugak aku hantar Danish ke kampung aku di Johor tapi bertahan 2 minggu aje. Apataknya setiap kali balik dari kerja terpandangkan pakaian dan mainan Danish aku menangis (aduh... susah jadi ibu ni... sensitif memanjang). Sudahnya aku bawa Danish balik ke Kuala Lumpur sebab tak tahan rindu. Pada aku biarlah susah atau senang kita orang bersama-sama, tak payahlah susahkan orang lain.

Tapi bila hantar ke nursery, bermulalah kehidupan Danish dengan ubat. Hampir setiap minggu ada sahaja penyakit singgah. Kalau tak selsema, demam, kalau tak demam, batuk, kalau tak batuk, demam balik. Begitulah keadaannya berulang-ulang kali. Berat Danish pun selalu tak menentu, sekejap naik 1 kilo sekejap turun, kadang-kadang tu 2 bulan berat dia maintain. Kena lecture dengan doktor tak payah ceritalah. Setiap kali datang buat check-up doktor, aku dah boleh hafal dialog doktor, "Better you jangan hantar baby you ke nursery". Habis kalau tak hantar ke nursery, doktor boleh tolong jagakan ke? Nak aje aku suarakan macam tu dekat doktor tapi nak buat macam mana kan. Hanya diri kita sendiri aje yang tahu masalah yang kita tanggung. Orang hanya boleh cakap, 'kesiannya', 'bersabarlah ya', tapi tolongnya hmm... Bukan aku tak cuba cari baby sitter, aku dah cuba. Tapi takde siapa pun yang nak jaga baby bawah setahun. Mahu atau tidak nursery jugaklah pilihan yang aku ada.

Kalau bab masuk hospital, 3 kali Danish di masukkan ke hospital. Kali pertama waktu umurnya 3 bulan. Aku tengok dah lebih dari 2 minggu batuk dan selsemanya tak surut-surut. Bila aku bawa jumpa pediatrician di SJMC. Pediatrician cakap lung dia dah banyak kahak so Danish kena buat proses suction untuk sedut kahaknya. Fuh... selama 3 hari duduk di hospital memang aku tak sampai hati nak tengok proses suction tu. Cuma apa yang aku boleh cakap Danish anak yang tabah. Mama dia aje yang tak tabah (menangis lagik... duh...).

Kali kedua pulak, waktu danish nak masuk umur 5 bulan. Ni gara-gara diarhoea, demam dan muntah-muntah. Aku sangkakan setakat tukar susu Danish boleh baik dari diarhoea tapi dia muntah setiap kali susu free-lactose tu aku bagi. Risau dengan keadaan Danish tu, aku dan hubby terus bawa dia ke hospital. Mujur selepas 3 hari dia pulih.

Kali ke tiga pula (i hope it's the last time) waktu Danish berusia 11 bulan. Dan untuk kali ketiga Danish masuk ke hospital ni, aku rasa aku dah macam berpatah arang berkerat rotan dengan nursery yang aku hantar Danish ni. Apataknya, aku langsung tak diberitahu/hubungi yang Danish sakit sepanjang dia di nursery. Aku cuma tahu apa yang terjadi bila ambil Danish di nursery selepas balik dari kerja. Itu pun bila seorang penjaga di nursery ni beritahu aku yang Danish muntah-muntah setiap kali dia orang bagi makan atau minum susu. Disebabkan Danish tak nak makan atau minum, dia orang tidurkan Danish sahaja sepanjang hari tu (amboi... senangnya kerja ko). Aku sampai tak terkata apa-apa bila tengok keadaan Danish yang sebenar, tangan dan kakinya dah lembik semacam, mata dia lemah memandang aku dan dia diam tak bersuara bila berada di pangkuan aku. Nursery ni dah gila ke apa, keadaan Danish dah teruk macam ni, dia boleh tidurkan aje Danish. Sekurang-kurangnya kalau tak telefon kita orang pun, apa salahnya kalau dia bawa Danish ke klinik dulu. Waktu awal-awal hantar Danish dulu, bukan main lagi ownernya beritahu aku kononnya dia orang prihatin dengan budak-budak yang sakit. Mana-mana ibu bapa yang tak boleh nak balik awal untuk ambil anak yang sakit kebiasaannya dia orang akan tolong hantarkan ke klinik dulu (pii..rahh... cakap tak serupa bikin). Malas bersoal jawab dengan penjaga Danish dekat nursery tu (lagi pun pada aku, buang masa aje bercakap dengan orang macam tu), aku terus menuju ke klinik. Doktor suggestkan untuk aku refer Danish ke hospital. Memandangkan waktu tu bulan puasa. Jadi aku dan hubby balik ke rumah dulu untuk berbuka sebelum kita orang pergi ke hospital. Sebelum berbuka tu, sempatlah aku berikan Danish susu dan makan. Kesian dia, lapar sungguh aku tengok dari cara dia makan. Apa yang nursery buat agaknya dekat anak aku ni. Alhamdulilah Danish langsung tak muntah sepanjang aku bagi susu dan makan. Melihat dari keadaan Danish yang tak seteruk tadi dan sedikit pulih, aku dan hubby decide untuk ke hospital besok pagi sahaja. Tapi malam tu, lebih kurang pukul 3 pagi, perkara yang tak disangka-sangka terjadi. Danish kena sawan tarik. Ya Allah, aku dan hubby betul-betul tak tahu nak buat apa waktu tu. Panik melihat Danish begitu aku ambil air dan terus sapukan ke mukanya. Tiba-tiba Danish macam terkejut dengan tindakan aku tu dan memanggil "mama". Leganya aku tengok dia dah ok. Tapi kali ni tanpa berfikir panjang aku dan hubby terus bawa Danish ke hospital. Aku tak sanggup nak tengok dia kena sawan sekali lagi. Doktor sendiri tertanya-tanya macam mana Danish boleh kena sawan sebab kalau mengikut history aku dan hubby takde siapa pun yang pernah kena sawan. So, aku ceritakan pada doktor apa yang dah terjadi di nursery. Doktor beritahu kepada aku, kalau mengikut result yang keluar, Danish memang takde sawan tapi kemungkinan apa yang terjadi dekat dia adalah disebabkan kekurangan air mineral dalam badan. Syukur sangat selepas 3 hari di hospital Danish kembali sihat. Dan sementara nak dapatkan penjaga/baby sitter untuk Danish, aku dan hubby terpaksa bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga Danish.

Aku sendiri tak faham dengan kewujudan nursery ni. Betul-betul nak jaga budak ke atau sekadar nak kaut keuntungan semata-mata. Kita dah jadi macam biasa sangat, bila dengar budak-budak yang sering keluar masuk hospital ni kebanyakan yang tinggal di nursery. Tak ada sebarang badan ke atau kementerian yang nak ambil responsibility untuk periksa nursery dekat Malaysia ni. Macam manalah perkembangan anak-anak tak terganggu kalau makanan yang dia orang sediakan pun selalu sebabkan cirit-birit. Kadang-kadang pernah juga aku curi-curi masa tengok keadaan Danish di nursery tanpa diketahui sape-sape. Apa yang aku perhatikan ada budak yang tertidur di depan pintu tanpa seorang pun yang mengangkatnya. Ada yang duduk menangis sorang-sorang dan ada budak yang dah meleleh selsemanya duduk berkongsi makan dengan budak lain (euww...). Cubalah tempatkan situation anak dia orang berada dalam keadaan macam tu, sanggup ke dia orang nak buat macam tu. Tak kesian ke dia orang dekat budak-budak yang tak paham apa-apa lagi ni (duhh...). Inilah gaya nursery di Malaysia, kita memang ada pilihan tapi selalunya pilihan tu terhad. Dan mahu atau tidak kenalah belajar terima situasi macam tu.