Blogger templates

Showing posts with label Korean Style. Show all posts
Showing posts with label Korean Style. Show all posts

May 9, 2012

Sinopsis You're Beautiful / He's Beautiful

Sekarang ni i tengah habiskan cerita Korea, My Princess. Entahlah, i tak pasti samada cerita ni, cerita baru ke atau cerita lama (takpe nanti i check info dekat internet) tapi disebabkan hero dan heroinnya comel-comel belaka (penting ni! Tihihi) jadi automatik membangkitkanlah semangat untuk terus tengok dan tengok lagi . Memandangkan i baru je mula tengok 3 episod jadi tak boleh nak cerita dekat korang lagik sinopsis / jalan cerita My Princess ni. Setakat ni apa yang i nampak ialah kecomelan, kesweetan, kekelakaran dan sangat-sangat dicadangkan untuk korang join sama-sama tengok dengan i.

Macam mana pun apa yang i nak ceritakan dekat sini pasal cerita Korea yang lain, cerita You're Beautiful (atau tajuk lainnya ialah He's Beautiful). Cerita ni i baru habis tengok hujung tahun lepas. Makan masa 2 bulan jugaklah nak khatam cerita ni. Apataknya semua cerita-cerita Korea ni, kalau korang nak tahu i cuma dapat curi masa untuk tengok pun bila tiba waktu lunch dan 20 minit lepas habis waktu kerja. Tu pun sebelum hubby i buat panggilan ready untuk balik. Kalau nak copy untuk bawak balik rumah, jawabnya memang confirm terperam terus dalam komputer i. Sebab apa? Sebab dekat rumah ada hero dengan heroin yang i nak kena layan drama dorang pulak. Hehehe...

Macam biasa untuk korang yang sukakan elemen-elemen comel, sweet, kelakar dan yang penting sekumpulan hero-hero yang handsome (kofkofkof) hehehe... Korang kena tengok cerita ni. Untuk lelaki yang suka berfesyen dan takde idea nak buat fesyen apa untuk rambut dan pakaian pun boleh jugak tengok cerita ni. Tapi sorry sangat-sangat i rasa macam tak minat je tengok gaya lelaki macam gini kalau dalam real life (Tak macho langsung hokeh. Kihkihkih).


Tolong jangan buat rambut leper macam gini boleh tak? :P

Ni lah heronya Hwang Tae Kyung a.k.a Jang Geun Suk

Agak-agak kalau korang dah tak tahu cerita Korea apa lagik yang best untuk penuhkan koleksi korang. Ini adalah salah satu contoh cerita siri drama Korea yang best.

Sinopsis You're Beautiful / He's Beautiful

Kisahnya bermula bila Go Mi Nyu yang sedang menjalani latihan untuk menjadi sister di gereja didatangi oleh Pengurus Go Mi Nam yang meminta beliau untuk menggantikan tempat abangnya di dalam kumpulan A.N.JELL (atau sebutannya ANGEL). Go Mi Nam merupakan abang kembar kepada Go Mi Nyu tetapi mengalami kemalangan sehingga perlukan pembedahan segera di luar negara. Pada mulanya, Go Mi Nyu menolak permintaan Pengurus Go Mi Nam tetapi kemudiannya bersetuju apabila memikirkan ini adalah salah satu cara untuk beliau mencari ibunya semula yang dah terpisah sejak dulu lagi.

Dengan berpakaian lelaki dan menyamar sebagai Go Mi Nam, Go Mi Nyu terpaksa melalui kehidupan dengan kumpulan A.N.JELL yang terdiri daripada Hwang Tae Kyung (watak ni dilakonkan oleh Jang Geun Suk, i minat dengan dia sejak tengok filem Baby and I), Kang Shin Woo dan Jeremy. Pada mulanya, Hwang Tae Kyung tidak suka dengan kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu kerana menganggap Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyusahkan dirinya. Berlainan dengan Kang Shin Woo yang menerima baik kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu, begitu juga dengan Jeremy.

Keadaan bertambah sukar bila Hwang Tae Kyung mengetahui rahsia penyamaran Go Mi Nam / Go Mi Nyu dan menggugut untuk mendedahkannya. Kemudian, munculnya Yoo He Yi, seorang pelakon 'jahat' yang turut mengesyaki Go Mi Nam ialah seorang perempuan. Salah seorang anggota A.N.JELL iaitu Kang Shin Woo juga telah menyedari dari awal lagi bahawa Go Mi Nam adalah seorang perempuan tetapi mengambil langkah untuk menyimpan perasaan beliau.

Memandangkan cuma Hwang Tae Kyung sahaja yang mengetahui identiti sebenar Go Mi Nam, Go Mi Nam lebih selesa menceritakan pelbagai perkara dan menghabiskan masa dengan Hwang Tae Kyung. Walaupun hakikat sebenar Hwang Tae Kyung ni jenis garang dan tak suka dengan perempuan. Gangguan daripada Yoo He Yi, menyebabkan Hwang Tae Kyung selalu melindungi Go Mi Nam. Tujuannya hanyalah untuk menjaga nama baik A.N.JELL dan album yang akan dikeluarkan nanti. Tetapi lama kelamaan mereka menjadi rapat. Dalam pada rapat tu, Hwang Tae Kyung tetap keras hati tak nak mengaku yang dia sebenarnya sukakan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Konflik demi konflik berlaku dalam hidup Hwang Tae Kyung dan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Sikap Hwang Tae Kyung yang 'kasar' dan tak endahkan perasaan Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyebabkan Go Mi Nam keluar dari kumpulan tu selepas Go Mi Nam yang sebenar pulang ke Korea.

Hwang Tae Kyung yang baru menyedari perasaan cintanya terhadap Go Mi Nyu terasa bersalah dan mula mencari Go Mi Nyu. Akhirnya mereka pun luahkan perasaan masing-masing (eceh!) Senang cakap kisah percintaan dorang ni, macam main tarik tali. Kejap nak, kejap tak nak. Geram je tengok (eh-eh emosi pulak. Hehehe...) Apa-apa hal soundtrack lagu dalam cerita ni pun sedap-sedap semua.


p/s : Sorry korang, tak sempat nak buat blogwalking dan jawab soalan korang semalam. Insya-Allah malam ni kita settlekan ok. 사랑해 (sarang hae) <--- pergi cari apa makna ni? Hehehe...

Jul 30, 2011

Ingin Kelihatan Seperti Gaya Korea / Jepun?

Sesapa yang kenal aku in real life, dalam twitter, dalam FB atau dalam blog. Rasanya ramai dah tau yang aku memang suka benda-benda yang comel dan suka jugak menjadi comel *haha~comel ke?*

Untuk menjadi comel tak semestinya korang kena beli atau pakai barang-barang yang ada karektor kartun. Just be yourself je dan yang penting kena senyum selalu. Betul tak?
Kalau muka dok serius memanjang tang mana lah nak keluar comelnya tu.
Asyik nampak semua orang ada je yang tak kena.
Nampak orang tu nak komplen, nampak orang ni pun dia nak komplen.
Itu bukan comel tapi Joyah namanya. Hihi.
Cuba tanya orang-orang comel yang lain, manade dorang nak sakit-sakitkan hati orang.
Baik dia kumpul Hello Kitty lagik best!

Mengikut research yang aku buat. Kebanyakan gaya comel Korea / Jepun memerlukan korang:-
  1. Mekap secara natural (boleh tengok tutorial sini) jangan gunakan color yang terang-benderang *korang nak suluh apa?*
  2. Color rambut mesti color cokelat atau hitam.
  3. Potong rambut depan jadi fringe hair. Ikat rambut biar nampak kemas. Kalau nak lepaskan rambut. Pastikan rambut tak kusut-masai. Selalu pakai moisturizer setiap kali lepas shampoo atau pun buat treatment untuk pastikan rambut korang tak kering. Pakai headband bercorak simple atau tiada corak untuk menampak illusion rambut korang penuh terbahagi dua bahagian antara fringe dengan rambut belakang.
  4. Anak mata kena nampak besar. Untuk jadikannya besar, korang memerlukan pertolongan contact-lens geo-lens hehe~
  5. Lentikkan bulu mata, kalau nak senang pakai je bulu mata palsu macam Che Wan Rozita tu, kan senang.
  6. Pakaian biarlah loose dan simple. Rasanya sekarang ni banyak blog-blog yang jual baju-baju korea.
  7. Jangan pakai aksesori banyak sangat. Contoh, kalau pakai anting-anting biar anting-anting yang simple dan kecil. Rantai pun tak payah pakai jurai-jurai besar *kecuali korang nak tukar gaya Korea / Jepun jadi datin-datin. Hehe*. Gelang atau jam sudah memadai.
  8. Handbag atau beg tangan biar yang jenis tote. Pilih corak-corak simple dan warna-warna pastel.
  9. Pilih kasut yang terbuka maksudnya macam sandal tapi biarlah bertumit sedikit. Jangan pakai kasut terlalu rata atau leper.

Feb 12, 2011

KLIP VIDEO / YOUTUBE CARA-CARA MEKAP (MAKE-UP) ALA-ALA PELAKON KOREA & JAPAN

Entry aku sebelum ni pasal Tips Solekan ala-ala Korean / Japanese nampaknya mendapat sambutan, sampaikan ada yang marah *sorry dah kena delete dah :P* dekat aku sampai cakap,

"Alahhh~ setakat bagi tips macam gini semua orang tau."

Eh, yeke? haha~ tak kisahlahkan, mesti orang yang bengang dengan aku ni, dah terror tahap profesional pakai mekap. Eh, tapikan kenapa nak cari tips lagi. Tak pun dia ni dah tau pakai mekap tapi tak cukup comel lagik *hehe~* Takpelah, aku rasa dia tak boleh nak bayangkan cara-cara aku bermekap kot kalau just baca je (ya, blog aku ni banyak memerlukan pembacaan di tahap imaginasi yang tertinggi. Kalau blur jugak memang tak dapek den nak nolong lah :P)

Hmm~ so demi tak menghampakan Hamba Allah ini dan kengkawan blogger kesayangan aku. So, aku pun meng'google'lah YouTube sampai terjumpa satu video ni yang rasanya boleh explain cara-cara untuk bermekap yang korang boleh practice nanti. Dah comel nanti, jangan sombong-sombong eh, sebab kecantikan dalaman tu lagik menyerlahkan kecomelan korang daripada kecantikan luaran semata-mata :) betul tak? Untuk boyfriend dan suami yang teringin nak tengok girlfriend ke, isteri dia nampak comel. Suruhlah dorang cuba. Tak rugi wooo~ korang akan nampak lagik handsome gitu!

Sorrylah sebab aku terpaksa tepekkan video YouTube orang lain dari video YouTube sendiri *hehe~jangan paksa aku. Aku takmoooo, segannnnnlah hoi! *. Biarlah Cikgu Shida (blogger jugak tuh sekarang ni ----> cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com) sorang je yang glamour. Aku glamour sikit-sikit sudahlah. Taknaklah sampai satu Malaysia kenal aku :P *bahaha~*


Cantik, cute & comel kan dia? Korang pun boleh jugak *kenyit mata*