Cuti-cuti hujung minggu macam ni apa yang korang buat? Kemas rumah? Cuci kereta? Bayar tidur yang tertunggak sepanjang 5 hari bekerja? Study? *tu pun kalau ada exam, kalau tak kompom takde maknanya haha~* Belajar memasak?
Kalau tanya aku pulak, kegiatan/jadual hujung minggu aku memang penuh sentiasa. Kadang-kadang sampai aku tak sedar yang aku ni tengah bercuti hujung minggu. Tau-tau je dah masuk hari Isnin *huhuhu~memang tak cukup kaki tangan aku rasa*. Yang kelakar tu, sampai aku boleh terfikir yang hari-hari bekerja tu lagik relax dari hari bercuti *ish-ish-ish*
Macam mana pun sekarang ni aku cuba curi-curi masa nak belajar Adobe Photoshop CS5 dengan Adobe Illustrator CS5. Even dulu-dulu waktu study pernah godek-godek benda-alah ni, tapi ilmu ni macam dah berkarat bila nak cuba buat balik *aduhh~tua gila aku rasa. Uhh, shadap! haha~* Ni apahal nak belajar benda-benda ni pulak? Belajar buat resepikan lagi bagus. Haha~amboi-amboi mentang-mentang dah jadi mama, nak kena duduk dapur jelah! Entah pada aku, bila dah jadi mama kenapa aku nak ubah diri jadi kolot pulak *haishh~tak berkembang ok!* Aku rasa dari bujang sampai dah kahwin ni aku tak pernah tinggalkan semua hobi yang aku biasa buat dulu. Masalahnya bila dah ada anak makin aktif pulak nak cuba macam-macam benda baru. Makin seronok kumpul barang-barang cute, try buat resepi baru, dan berkreatif *walawehh~haha~sila jangan buat muka hairan* Aku rasa sebab sumber inspirasi aku ni datangnya dari orang-orang yang aku sayang *off course hubby aku dan anak-anak aku* serta sumber gaji aku dan hubby aku muahaha~ Jadi perasaan tu makin bersemangat hari demi hari *chewahh~*
Dah-dah meh story pasal Adobe Photoshop dengan Illustrator ni pulak. Tau tak? Berhempas-pulak hokeh aku nak install benda alah ni dekat dalam MacBook Pro aku tu *ceh-ceh! Hehe* Habis dah beli software pirate lagi nak complain macam-macam pulak. Pirate-pirate pun satu CD harga dia RM 30.00, serious kerut-kerut dahi aku dibuatnya waktu nak bayar *huhuhu~* Dah berjaya beli, installation dia pening gila aku nak buat. Ingatkan main download macam tu aje, rupanya kena masuk Terminallah, tukar Coding dekat dalam Terminal tulah dan Deactivatekan. 1st time, 2nd time buat, aku dah macam give-up. Mulalah rasa macam nak buat carutan-carutan comel. Masalahnya, tak menjadi langsung instruction yang cina tu bagi. Last-last aku search google 'How-To-Crack-Adobe-Photoshop-CS5-Using-Mac'. And taraa~ aku jumpa cara-cara nak install Adobe Photoshop & Illustrator ni dekat Torrent's Site. Yang best tu, siap banyak comment-comment yang membantu dekat dalam tu. Mulalah senyuman manis aku terpancar semula bila dah berjaya buat :) *tihihi~*
Dah habis cerita kesusahan men'download'. Kesusahan nak belajar pulak muncul. Apa lagik terkedek-kedeklah aku lagik sekali meng'google' tutorial dekat dalam internet *orang tak terrorlah katakan kenalah kedek-kedek eh, google-google ni hihi~* So, nilah antara Website yang berjaya membuat aku meloncat dengan lebih tinggi *yippie*. Jom jenguk website dorang yang ajar Tutorial Edit foto dengan menggunakan Photoshop dan Illustrator ni. Pandai-pandai dorang ni kan?
Photoshop Tips and Tutorial from Hongkiat [dot] com *tabik spring mamat ni macam-macam ada! best melampau!*Tutorial and Tips from Illustration Info *ada ajar macam mana nak buat cute doodle*500+ Fun and Creative Doodle Art Brushes for Photoshop *jerit suka ramai-ramai!*Tutorial from Chris Spooner *i love his work! easy to learn*Tutorial Illustrator from Graphic Mania *terbaek!!*
p/s : Kalau korang tau any website yang menarik lagik. Bagitau aku tau! Love :)
rm30?!! huiyooo..
ReplyDeletehah, skang dah 2012, dah terrer dah ? :D
Still tak terror lagik, camne tu? Hahaha... Kita jarang practice pun :)
Delete