Blogger templates

Jul 23, 2011

Q-dees Where Great Young Minds Meet

Ikutkan dah 7bulan Danish bersekolah dekat Q-Dees.
Eeee~lambat betul tau mama dia buat posting ni kan?
Nak buat camne mama ada dua tangan je yang nak kena buat macam-macam benda *adeh*.
Kang kalau banyak sangat tangan dah jadi macam sotongla pulak *errr~scary*.
Patutnya iphone kena buat satu application khas untuk blogger supaya senang nak hapdet dekat mana-mana. Tapi payah jugak nanti tak berenti ngadap iphone aje. Kompom semua keje tak berjalan *ish..payoh-payoh*
Dah-dah senang camgini, ada masa hapdet takde masa korang hadap jelah kisah-kisah lama. Hihi. Kejam gilos.

Eh, tadi nak cite pasal Q-dees ni sudah jadi kerepek dah, eh, merepek daaa.

Sebenarnya sebelum nak masukkan Danish dekat Q-dees ni, aku dah buat macam-macam survey dekat area rumah kita orang ni. Memula macam nak masukkan dekat Little Caliph tapi setiap kali lalu depan sekolah Little Caliph tu, jarang bebeno nampak cikgu dengan bebudak sekolahnya. Agaknya aktiviti semua dekat dalam kelas ke? Lepas tu, terjumpa sekolah montessori. Dekat pulak tu dengan rumah pengasuh anak aku. Ramai jugak yang kata elok pegi montessori ni sebab nanti anak-anak fasih cakap omputih. Tapi bila tengok ownernya non-muslim, tetiba rasa cam berat hatila pulak. Bukan apa, takut bab makanan yang dia hidangkan time rehat nanti. Mungkin memang halal tapi bila hati dah jadi was-was, kompomlah kena cancelkan? So, tah macam mana terjumpalah banner Q-Dees. Ok, hati excited. Maka tanpa berlengah kita orang pun pergilah cari Q-dees ni dekat mana sebabnya tak pernah nampak pun sebelum ni kewujudan Q-Dees dekat sini. Rupa-rupanya school Q-dees ni dekat fasa yang lain area rumah kita orang. Kiranya jauh sikitlah. Bila call Q-Dees dan dapat jumpa sendiri owner/principalnya "Kak Emy" *dia pun ada blog jugak tau, sila klik dekat nama dia* lagiklah aku rasa inilah sekolah pilihan kita orang untuk Danish.

Macam manapun mula-mula tu aku risau/takut jugak Danish dah tak reti cakap omputih sebab aku perasan teacher dan student kebanyakkannya melayu *amboi mama dia ni haha*. Sampaikan aku selalu ingatkan Danish supaya "Please speak in english at school. And ask your friend and your teacher to speak in english too." Tapi alhamdulilah, sepanjang 7bulan bersekolah dekat Q-Dees, english Danish memang bagus. Dia dah boleh baca beberapa buah buku lagik. Sebutan dia pun slang abes. Adakah disebabkan Q-Dees atau kartun Ben 10? haha~ Macam mana pun aku puji sangat effort semua teacher Danish dekat Q-Dees. Semua bagi yang terbaik untuk student mereka. Dan yang penting teacher Danish memang speak in english at school. Haha~

Baiklah, mari kita bercerita sambil melihat gambar pulak.

Gambar bawah ni di ambil selepas beberapa minit principal Danish hantar baju uniform ni ke rumah kita orang. Baikkan principal Danish ni? Siap datang rumah semua student dia untuk hantar barang-barang school sebelum school start open tomorrow (3th January 2011).

Dengan baju berbau kedai lagik. Danish pun jadi bersemangat nak testing uniform baru dia setelah diexcitedkan oleh mama dia. Hihi. Mama over tau, maklumlah anak mama dah besar. Kena pegi sekolah dan start buat homework *nanges*.

Alahai hensemnya anak mama. hiii~

Q-dees school taknak ambil saya jadi model baru ke? Ho-ho-ho

Selain dapat uniform dekat atas ni, Danish dapat sekali gym-wear dan cap. Eee~ macam nak join Danish pegi sekolah je besok. Hehe.

Danish buat muka suspen. 1st day lah katakan.


Ingat nak ambil macam-macam pic Danish dekat dalam kelas dia ni. Tapi selain aku, ramai lagik ibu-ibu yang excited jugak. Dah macam paparazzi kita orang jadinya. Aku nak shot angle yang menarik pun payah *hamboiii~haha*. Tapi so far so good, kejap je aku dekat kelas Danish. Lepas teacher bukak lagu untuk dance, Danish jadi happy join kawan-kawan dia yang lain. So, untuk hari pertama je aku tunggu Danish dekat school. Besoknya Danish dah terror stay sendiri *yeay*.


Ok, semua harapan anak bangsa tengah beratur nak balik :)
Belajar rajin-rajin. Jangan nakal-nakal. Nanti mama babap :P


p.s: i miss my childhood's day ;')



0 Say (s):

Post a Comment

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)