Blogger templates

Feb 12, 2011

KLIP VIDEO / YOUTUBE CARA-CARA MEKAP (MAKE-UP) ALA-ALA PELAKON KOREA & JAPAN

Entry aku sebelum ni pasal Tips Solekan ala-ala Korean / Japanese nampaknya mendapat sambutan, sampaikan ada yang marah *sorry dah kena delete dah :P* dekat aku sampai cakap,

"Alahhh~ setakat bagi tips macam gini semua orang tau."

Eh, yeke? haha~ tak kisahlahkan, mesti orang yang bengang dengan aku ni, dah terror tahap profesional pakai mekap. Eh, tapikan kenapa nak cari tips lagi. Tak pun dia ni dah tau pakai mekap tapi tak cukup comel lagik *hehe~* Takpelah, aku rasa dia tak boleh nak bayangkan cara-cara aku bermekap kot kalau just baca je (ya, blog aku ni banyak memerlukan pembacaan di tahap imaginasi yang tertinggi. Kalau blur jugak memang tak dapek den nak nolong lah :P)

Hmm~ so demi tak menghampakan Hamba Allah ini dan kengkawan blogger kesayangan aku. So, aku pun meng'google'lah YouTube sampai terjumpa satu video ni yang rasanya boleh explain cara-cara untuk bermekap yang korang boleh practice nanti. Dah comel nanti, jangan sombong-sombong eh, sebab kecantikan dalaman tu lagik menyerlahkan kecomelan korang daripada kecantikan luaran semata-mata :) betul tak? Untuk boyfriend dan suami yang teringin nak tengok girlfriend ke, isteri dia nampak comel. Suruhlah dorang cuba. Tak rugi wooo~ korang akan nampak lagik handsome gitu!

Sorrylah sebab aku terpaksa tepekkan video YouTube orang lain dari video YouTube sendiri *hehe~jangan paksa aku. Aku takmoooo, segannnnnlah hoi! *. Biarlah Cikgu Shida (blogger jugak tuh sekarang ni ----> cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com) sorang je yang glamour. Aku glamour sikit-sikit sudahlah. Taknaklah sampai satu Malaysia kenal aku :P *bahaha~*


Cantik, cute & comel kan dia? Korang pun boleh jugak *kenyit mata*

4 comments:

  1. hai... da tgk korean makeup video tu.. tp x sesuaiiii la kot ngn saya coz saya gelap..leh tnjuk how 2 choose the colour 4 bg nk ttpu muka tembam n gelap saya ni..hihihi..ahakkss.TQ!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak... mekasih sudi jengah blog saya :)

      Hmm... saya rasa sama je cara untuk apply kan mekap atas tona kulit cerah atau gelap. Yang penting pemilihan warna bedak compact / foundation pada wajah. Contoh: untuk dapatkan bedak compact / foundation yang sesuai dengan warna kulit. Awak buat ujian pada bahagian kulit tangan awak (iaitu belakang telapak tangan). Dapatkan warna yang seiras dengan kulit tangan dan itulah warna yang sesuai dengan wajah awak. Untuk kurangkan tembam di pipi, apply kan warna yang sedikit terang (contoh : kalau foundation awak berwarna coklat, dapatkan warna yang gelap sedikit (sedikit je tau) daripada warna coklat tadi. Kalau pilih color pink, pilih color pink yang gelap sedikit daripada light pink) Sapu dengan berus blusher pada tulang pipi dengan cara sapuan dari tengah pipi ke atas berhampiran dengan mata (sapuan secara serong, cuba tengok balik youtube ni untuk memahami cara sapuan yang saya maksudkan).

      Saya harap dapat membantu :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)