Penghujung bulan Disember 2011, i habiskan cuti balik kampung sebelah hubby di Kedah. Seronok sebenarnya bila ada kampung jauh-jauh ni. Baru terasa betul-betul balik kampung bila bercuti. Ditambah pulak i ni orang Johor. Jadilah kita orang macam drama Kutub Utara Kutub Selatan gitu. Hehe...
Biasalah bila balik kampung, kita orang akan ronda-ronda tengok apa aktiviti menarik yang boleh dibuat. Waktu tu ada funfair yang tengah dibuka di kawasan lapang bersebelahan Stadium Darul Aman dan berdekatan dengan food court. Pukul 9:00 malam, i dan hubby bawa anak-anak pergi ke situ. Adik i pun join sekali masa ni. Meriahnya, jangan cakaplah. Penuh orang-orang Kedah datang berkumpul dekat sini (termasuk 2 orang Johor - i dan adik i. Hehe). Macam ada pesta pulak. Yang bestnya, takde sebarang bayaran dikenakan waktu masuk ke funfair tu (free!). Walaupun ini bukan Euro Funfair yang datang dari oversea tapi mainan yang disediakan memang boleh tahan hebatnya (not bad kata omputeh. Hehe). Banyak yang besar-besar dah boleh buat kecut perut jugaklah.
Memandangkan i datang dengan anak-anak jadi kenalah utamakan permainan dorang dari keseronokan sendiri. Dekat sini harga satu token bersamaan RM2.00. Jadi tak boleh nak main banyak game / permainan sebabnya satu game yang simple untuk budak-budak tu pun dia kira satu token untuk satu kepala (1 token per person). Contohnya, kalau naik kapal terbang yang pusing-pusing, walaupun ada dua seat untuk satu kapal terbang tu, korang tetap kena bayar dua token untuk dua orang, jadinya RM4.00 sekali main. Ada juga game lain yang dia charge dua atau tiga token satu kepala. Fuhh... Mahalkan? Confirm satu hari collection untuk funfair ni dapat cecah ribu-ribu (kayo pakcik... Kayo!) Sebagai seorang penjaga kewangan yang bertauliah, i hadkan perbelanjaan untuk main game dekat sini RM20.00 je. Habis token, terus balik rumah. Tak boleh duduk lama-lama walaupun setakat tengok keliling. Bahaya! Hehehe...
Ok, jom tengok gambar macam mana meriahnya Funfair dekat Alor Setar, Kedah. Semua gambar dekat sini i gunakan Nikon D5100 set Auto dan Sport.
|
Belakang i tu, orang beratur nak naik Ferris Wheel. Ramainya.... |
|
Mama teman Damien naik keretapi |
|
Danish dan Arina naik permainan kapal hayun-hayun (eh, macam tu ke namanya? Hehe) |
|
Budak baju hijau belakang Danish, tengah menjerit nangis sambil tutup muka. Danish dan Ariana, cool aje. Hehe |
|
Adik i pun join pergi Funfair |
|
Hubby i kata, "token dah habis. Jom kita balik." Hehe |
p/s : Seronok bila sekali-sekala join kesesakan dengan orang lain. Nilah namanya pengalaman.
wah3..bestnya..
ReplyDeletenak blk kedah jugak T__T
Jom balik Kedah... Hehe...
Deletedah lama tak masuk fun fair free. dulu kecit2 ada jugak masuk fun fair. dah besar blom jejak lagi. heee :)
ReplyDeleteEee... dah besarlah pergi lagik seronok, tengok walaupun akak dah beranak-pinak. Selamba je pergi tau. Hehe
Deleteakak baru jejak fun fair kat jearntut..terpinga2 je sbb dah tua kut, jd felik..hik3
ReplyDelete***nice profile pic ;)
Takde geng nak main kot, bukan sebab dah tua ni kak. Hehehe...
DeleteOhh... mekasih kak :)
hola,
ReplyDeleteAlready follow u hee :)
Nice blog hewwwwww ;p
Helooo... Thanks dear! Very appreciate tau :)
Deleteeh sy selalu balik alor setar tp tak tahu plak ada funfair.haha..
ReplyDelete*suami sy org a.setar gak.dulu sy dok johor mmg feling kutub utara kutub selatan..tp skang dh pindah sg petani..:)
Meriah tau Funfair dekat sini Puan Kutu, rugi kalau tak pergi :)
Delete