Blogger templates

Nov 13, 2012

Legoland Malaysia : Miniland

Untuk entry sebelum ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/legoland-malaysia-kami-di-sini.html, i dah ceritakan serba-sedikit pengenalan mengenai Legoland Malaysia kan? Oleh kerana Legoland ni besar (dengan keluasan 76 ekar), jadi i akan cover cerita satu-persatu k. Kalau letak gambar je tanpa cerita tak best jugak. Hehehe... Maklumlah nanti kalau 'orang kampung' i nak datang sini ke, atau anak-anak i nak kenangkan balik pengalaman bersama mama papa dia waktu kecik-kecik ke, bolehlah selak-selak dekat blog mama dia yang comel ni (opss! Mama comel ke atau blog mama yang comel? Zasss... hehehe).

Miniland (atau dalam bahasa melayu ialah Tanah Mini. Alololo... comel je bunyinyakan? Hehehe...) adalah tempat favourite i di Legoland Malaysia. Geram tengok setiap miniature Lego bangunan, kenderaan, kapal terbang, keretapi, kapal lanun yang tersusun cantik. Terasa macam nak angkut je semua benda dekat sini bawa balik rumah (hahaha!) Punyalah i kagum dengan perincian / detailing setiap kawasan Miniland ni, sampaikan siap berangan, kalaulah boleh kecilkan badan, nak je i shopping dalam miniature KLCC, lepak dalam Star Cruise pergi belayar dan pusing-pusing Miniland naik keretapi (hmmm... indahnya berangan... kihkihkih). Yang bestnya setiap figure dalam Miniland ni ada fungsi interaktif dan kelihatan 'hidup'. Ada bunyi kenderaan, kenderaan bergerak ke sana sini, keluarkan air, orchestra buat persembahan muzik, situasi accident, kapal penyelamat turun naik dan macam-macam lagilah. Mana tak buat i dan hubby sanggup duduk berpanas terik dekat sini lama-lama (Legoland nak request boleh? Please letakkan pokok kelapa Lego besar-besar dekat sini please. Tak puas nak ambil gambar banyak-banyak sebab kamera kita orang kepanasan... Hehehe...)

Memandangkan i dan hubby adalah peminat benda-benda yang berkaitan perincian kecil macam Lego ni dan seboleh-boleh mungkin cuba menghayati satu-persatu rekabentuk yang ada di Miniland. Jadi kita orang terasa sedih jugaklah bila tengok ada antara pagar Lego dan bangunan yang dah runtuh serta rosak gara-gara penangan budak-budak dan orang tua yang sibuk bergambar (tak pun yang gatal tangan nak mengusik) dekat situ. Haishhh ikutkan hati i, rasa macam nak "babap" je tangan dorang ni semua. Anak-anak i yang kecil tiga orang ni pun tak berani nak usik tau. Kesian dekat orang lain yang nak tengok jugak. Jadi, i harap sangat kepada sesiapa yang berkunjung ke Legoland Malaysia, hargailah kawasan Miniland ni sebaik-baiknya. Jangan rosakkan k. Penat orang yang membuatnya cantik-cantik. Bukan sehari-dua nak membuatnya tapi memakan masa selama 3 tahun dengan 30 juta Lego Brick (dahsyat tak?)

Jom ikut i meronda di Miniland, Legoland Malaysia melalui 35 keping gambar yang diambil oleh i dan hubby menggunakan kamera Nikon D5100 dan Nikon D7000 (ikutkan banyak sebenarnya gambar yang kita orang ambil, ni antara koleksi yang dapat i kongsikan bersama. Maklumlah streamyx i ni slow banyaklah yang amat. Hehehe...) Nanti i sambung lagi cerita Legoland Malaysia ok? To be continued....

Miniland dari jauh.
Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Menara Kuala Lumpur dari jauh. Tinggi kan? 
Butang interaktif ni buat kawasan Miniland lebih hidup.
Deretan kedai di Kuala Lumpur.


Suasana bandaraya Kuala Lumpur 
Bangunan KLCC (Kuala Lumpur City Centre). Ni kalau tak kenal, tak tahulah i nak cakap apa. 
Jangan terkejut kalau tiba-tiba orchestra ni bangun dan berbunyi.
Tengoklah Miniature Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pun lagi besar dari I ok (erk!) 
Masjid Putra, Putrajaya 
Jambatan Putra, Putrajaya 
KL Monorail

Merlion (Mermaid campur Lion, eh?!) ialah mercu tanda Singapura berhampiran dengan Marina Bay. 
Siap ada open concert lagik tu. 
Singapore Flyer - Ferris Wheel yang paling besar di dunia. 
Berteduh kejap sambil minum air.


Star Cruises bukan Titanic ye. Hehehe...
Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. 
Kapal lanun tengah dibina.
Kapal lanun Pirates of The Caribbean ke ni?
Angkor Wat, Cambodia.
Patuxai, Laos 
Karaweik Hall, Myanmar. 
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei. 
World Peace Gong, Laos.
Taj Mahal, India
The Forbidden City, China

p/s : Hari ni cuti Deepavali, mesti ramai yang ambil kesempatan sambung cutikan? Happy holiday kawan-kawan.


17 comments:

  1. bestnyaa. dahla sama sebijik dorg buat benda ni. bila la nak sampai ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... bukannya dekat oversea pun Cha :) bila-bila boleh sampai nanti. Hehe

      Delete
  2. aku yg duduk jb nie pun tak berkesempatan nak pg sini... masih berkira² duit dalam poket nak beli tiket dia.. maklumlah anak ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ramainya eh Eita :) Takpelah nanti-nanti boleh jugak pergi. Tak lari mana pun Legoland tu. Hehe

      Delete
  3. perggghhhhh kagum dgn hasil lego nie....
    memang cantik....
    tapi itu model bertudung merah lagi cantik hehehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... model bertudung merah tu bukan part of Lego tau kak :)

      Delete
  4. Assalamualaikum cayang adik akak..windu akak takkk? ahakss..

    Sorry lama akak tak blogwalking..tetiba mcm bizi sesgt..2 bulan senyap ye..huhu..but i'm back in action..ngee..;)

    Akak yg duk johor pun tak pergi legoland lagi..bila dah takde anak kecik jd takde siapa yg sibuk request nak pergi kan..tp tgk gbr ni mcm seronok je..one day nak pergi jugaklah..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam akak cayang!!! Mestilah rindu kak. Hehehe... Dah lama tak baca repekan akak dekat blog. Cepat update selalu tau :)

      Kalaulah saya duduk Johor kak, hari-hari saya nak pergi.

      Delete
  5. kalau hujan, air bertakung.. mesti pekerja² legoland nk kene lap kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tak pernah pulak akak terfikir sampai camgitu. Tapi rasanya selang dua bulan sekali, dorang kena tukar model lego ni selalu kot. Maklumlah cuaca panas hujan je selalu. Confirm Lego pun jadi pudar :)

      Delete
    2. erk, byk tu kak nak kene tukar.. =="

      Delete
    3. Miniland tu ada dia punya saliran air dia sendiri. and lego tak akan pudar sebab ada UV coating tahan dalam 10 tahun before kena coating semula.

      Delete
    4. Alhamdulilah ada orang tolong jawabkan persoalan kita kan Zai :) Thanks ye!

      Delete
  6. Ni aku nak jeles ng ko ni..Ko dah sampai sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je kalau kau tak nak jeles. Apa kata kau pergi sana. Hehehe Jom! :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)