Blogger templates

Mar 9, 2012

Widget Instagram Untuk Blogger / Instagram Widget For Blogger

Hello korang! Alahai untuk dua hari ni i sibuk sangat sampai tak sempat nak publish entry pagi-pagi hari. Tapi tak pedulik, i curi-curi jugak masa nak share / kongsi cerita dengan korang. Perasan tak anak panah warna pink dekat bawah tu? (alaa... yang warna pink comel tu). Sekarang ni, kalau korang tilik betul-betul dekat blog i. I dah pasang widget Instagram untuk membolehkan korang tengok hasil gambar yang i tangkap setiap hari. Rasanya mesti ada di antara korang yang dah baca dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/aplikasi-fotografi-kamera-video-untuk.html. Antara aplikasi (application) yang i kerap gunakan dekat iPhone 4 milik i ialah aplikasi Instagram. Sesiapa yang ada iPhone / iPad / iPod Touch i memang galakkan korang install aplikasi ni sebab ianya PERCUMA! Lagipun ada macam-macam picture effect (kesan gambar) yang korang boleh letakkan pada gambar yang korang ambil supaya nampak lebih menarik.



Macam yang korang tahu,  i minat sangat dengan fotografi dan gaya-gaya mengambil gambar yang lain dari yang lain. Mungkin sebab skill (teknik) mengambil gambar i masih lagi ditahap amatur (senang cakap tak terror lagiklah tu). Jadi melalui Instagram ni, i banyak follow (mengikuti) jurugambar-jurugambar dari Jepun dan luar negara untuk mempelajari teknik-teknik dorang. Kalau korang tengok gambar yang dorang ambil korang pun mesti kagum. Kagum bukan sebab dorang pakai kamera canggih DSLR tapi kagum sebab ada diantara mereka hanya gunakan kamera iPhone sahaja untuk hasilkan gambar yang super hebat. Maksudnya gaya, teknik, keupayaan kita mengambil gambar bukan semata-mata terletak pada kamera canggih. Kamera biasa-biasa pun kalau kita tahu macam mana cara nak memanipulasikan sesuatu keadaan gambar tu pun boleh jadikan gambar kita setaraf gambar yang diambil oleh jurugambar profesional (eceh...).

APA ITU INSTAGRAM?

Ohh... ada yang tak tahu apa sebenarnya Instagram eh? Instagram adalah satu perkongsian aplikasi foto percuma yang membolehkan pengguna mengambil gambar dan memanipulasi gambar tersebut dengan menggunakan penapis (filter) digital yang mempunyai pelbagai kesan (effect) pada gambar. Kemudian gambar tersebut boleh dikongsikan bersama penguna lain samada melalui Instagram sendiri, Twitter mahupun Facebook sebagaimana perkhidmatan rangkaian sosial yang lain. Ciri-ciri gambar pada Instagram yang seakan-akan dihasilkan dengan menggunakan kamera Polaroid (bersaiz 4 segi sama) menjadikannya unik, dan membezakan applikasi ini dengan gambar biasa (bersaiz 4:3) yang selalu kita lihat. Instagram hanya boleh digunakan melalui iPhone, iPad atau iPod Touch yang mempunyai IOS 3.1.2 atau ke atas. Ianya diedarkan melalui App Store Apple. Walaubagaimanapun untuk versi Instagram pada Android, ada pengumuman dibuat mengenainya tetapi tiada tarikh keluaran yang disahkan lagi.

Tarikh Instagram dilancarkan di App Store Apple ialah pada 6hb Oktober 2010.

Kemaskini / Update terbaru :
Pengguna Android kini boleh tersenyum gembira sebab Instagram dah boleh digunakan pada telefon Android versi 2.2 dan ke atas bermula 3 April 2012 (suka la tu. Hehehe).

Jom kita tengok macam mana nak pasang widget Instagram pada blog korang (especially pengguna Blogger). Senang je sebenarnya, pertama, korang kena ada akaun dengan Instagram. Cara nak daftar akaun Instagram, korang kena install dulu aplikasi (application) Instagram dekat iPhone / iPad / iPod Touch / telefon Android. Dari situ korang boleh terus mendaftar. Lepas tu, klik link ini http://snapwidget.com/. Korang akan jumpa sama macam dalam gambar dekat bawah. Masukkan butir info yang dikehendaki, kemudian picit GET CODE. Salin code yang diberikan dan paste pada bahagian sidebar korang. Taraa... dah siap, bolehlah korang tayangkan gambar Instagram korang yang comel-comel tu.



Manakala untuk melihat keseluruhan gambar Instagram milik korang atau pengguna yang lain melalui komputer. Korang boleh tengok pada link ini ---> http://instagre.at/ atau link seperti dalam gambar di bawah http://listagr.am/. Amacam, seronokkan Instagram ni?



p/s : Selamat ber'Instagram' kawan-kawan. Kalau suka bolehlah follow Instagram i. Hehehe...


13 comments:

  1. alaaaa, jannah tak pakai iphone.
    setakat dapat tgk gambar2 akak jer la..
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... alahai tetiba rasa terharu sebab dia sudi tengok gambar yang akak ambil pakai Instagram :')

      Delete
  2. oooooo curi masa iye...sile angkat tgn...jgn bergerak...hahaha LOL


    ni mcm pesebuk jugak kan..reena!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... adeh curi masa pun kena jail eh?

      Tak sama, pesebuk tu macam penyibuk je... Hehehe

      Delete
  3. thanks sis. nanti nak buat gakla hee

    ReplyDelete
  4. Skang dah Ada instagram untuk

    android..weeeee

    ReplyDelete
  5. Skang dah Ada instagram untuk

    android..weeeee

    ReplyDelete
  6. tapi nak buh instagram kat wordpress cam susah je. konpius giler >_<
    cam salah tanya je.. tuan tanah lain2 hehe. rasa blogger cam mesra pengguna sket. ntah la.. tapi kalo ada cara nak add instagram kat wordpress leh la share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr... ingatkan wordpress lagik senang nak bubuh coding-coding ni :) Tapi takpe, insya-Allah kalau ada cara untuk wordpress saya share k :)

      Delete
  7. salam..nk tnya la mcm mn kita nk block kwn2 yg mmg kita blog dr fb tgk instagram kita.. ada cara lain x.. saya da private instagram sy.. tp ttp nk hide dr kwn2 yg sy pnh blog.. ada cara x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norlee :)

      Rasanya kalau dah private dan block mana-mana orang tertentu dah tak jadi masalah dah. Orang tu memang tak boleh view insta awak :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)