Nak tahu tak? (sambil tunjuk muka excited). Sekarang ni IKEA tengah melancarkan jualan murah (hooyeh, sale!!) secara besar-besaran bermula dari 8hb Mac 2012 sehingga 25hb Mac 2012. Sesiapa yang merupakan peminat setia IKEA (macam i). I cadangkan korang pergilah serbu IKEA waktu ni. Banyak pilihan barang-barang untuk rumah yang korang boleh sambar / grab waktu sale ni. Boleh jadi rambang jugaklah biji mata nak pilih yang mana satu. Bertuah untuk orang-orang yang baru berkahwin sebab korang boleh beli tanpa berfikir panjang. Mana yang nampak berkenan dihati, harga pulak tu murah, terus je beli. Nak letak mana-mana sudut rumah pun boleh sebab barang dekat rumah tak banyak lagi. Macam i pulak, kenalah fikir masak-masak dulu. Ikut nafsu, memang tak boleh tahan. Semua barang IKEA yang sale nak aje i beli (nama pun IKEA addicted kan? Hehehe...) Tapi kalau beli banyak-banyak, buat semak rumah la pulak (uishh... payah-payah).
Kebiasaannya IKEA akan adakan sale sebanyak 3 kali setahun (kalau tak salah i pada bulan Mac, Julai dan Disember), tapi macam mana pun bukan semua sale IKEA tu best. Kadang-kadang bunyi sale tu dah menarik tapi bila pergi. Ala... biasa je rupanya. Yang murah pun cuma barang-barang biasa je. Contoh macam pinggan mangkuk, bantal, lampu dan beberapa barang hiasan rumah yang lain. Tapi sale untuk kali ni (yang sekarang ni lah!) I anggap sale yang best among the best. Sebab kebanyakan yang murah ialah perabot untuk bilik tidur, ruang tamu, ruang belajar dan ruang makan. Oleh sebab i dan hubby sekarang ni memang planning (bercadang) nak tukar perabot ruang makan dan buat tambahan perabot untuk bilik tidur (banyak lagi sebenarnya planning lain untuk rumah kita orang tapi tak boleh cakap sekarang. Tak surprise lah nanti. Hehehe). Jadi, i memang ambil peluang waktu ni untuk cari barang-barang perabot yang kita orang idamkan. Tak sangka akhirnya kita orang jumpa (nak tahu apa yang kita orang jumpa. Jeng-jeng-jeng entry seterusnya i cerita ok. Promise!).
Nak tahu apa yang tengah murah dekat IKEA untuk sale kali ni. Korang bolehlah jenguk dekat sini ---> http://www.ikea.com/my/en/store/damansara/offers. Tapi link ni cuma tunjukkan sebahagian je barang-barang yang sale / murah (serius nampak macam tak best kan?). Ikutkan banyak lagi sebenarnya yang best-best kalau korang pergi ke IKEA terus (percayalah cakap i. Hehehe...)
Apa lagi tawaran menarik yang lain sempena IKEA sale?
Antaranya ialah harga untuk servis penghantaran ke rumah dikurangkan dari RM65.00 kepada RM55.00 sahaja (harga berbeza untuk korang yang duduk di luar Lembah Klang). Manakala untuk servis / upah menjahit, diskaun sebanyak 15% diberikan. Untuk para sahabat IKEA (IKEA Friends) pulak, baucer sebanyak RM10.00 diberikan untuk 1,500 mata (kalau tak selalunya untuk 2,000 mata baru dapat RM10.00).
Nak buat pilihan perabot IKEA untuk rumah korang, korang bolehlah download IKEA Catalogue (Katalog IKEA) dekat handphone korang (iPhone atau Android) dan lihat melalui online. Boleh dapatkan dekat link ni ---> http://www.ikea.com/ms/en_MY/virtual_catalogue/online_catalogues.html
KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak tengok antara perabot IKEA yang i beli sempena jualan murah IKEA dan rupa terbaru ruang makan rumah i, bolehlah klik link ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/interior-ruang-makan-dining-area.html
Sorry tak dapat nak tunjuk korang gambar IKEA banyak-banyak waktu sale sebab tak sempat langsung nak tangkap gambar. Tangan sibuk nak tulis perabot apa yang nak dibeli dengan buat design untuk susun atur rumah.
Dua gambar dekat bawah ni diambil waktu IKEA sale bulan Julai 2010. Hah, macam nilah suasana IKEA sale, kalau korang nak tengok. Meriah!
p/s : Tengah fikir macam nak pergi IKEA lagik ni. Hehehe
Alangkah bagusnya dapat cuci mata kat sana.
ReplyDeleteBest tau kak... bila sale ni lagilah hati meronta-ronta nak pergi hari-hari. Hehehe
Deletesy tak pernah pegi IKEA. batak gila sy nie.kahkah...
ReplyDeleteHahaha... meh datang rumah kita meh. Kita bawak dia jalan-jalan pergi IKEA. Hehehe
Deletehuh bencilah. bulan mac ni mcm2 nak buat, byk band dtg la sale la tulah nilah grrrr
ReplyDeleteCha... rugi kalau tak pergi Cha.... Memang best habis!!
Deletewaaahhh...sis..awal serbu ek..hehe...sy pon suka pergi IKEA...huhu..minggu ni xpegi..balik kedah...hoyeehh...smpai 25hb kan..next wek nak pg IKEA lg....
ReplyDeleteNi memang favourite place akak since belum kahwin lagik tau, dear. Hehehe... Kalau sales untuk IKEA Friends akak kadang-kadang apply cuti gitu. Kalau pergi 25hb tu ngam-ngam last day tu :)
Deletealah paling suka pergi IKEA. kalau lah IKEA nie ada kat JB dah jannah borong semuanya. eecece verangan!
ReplyDeleteHehehe... tak pun Jannah pegi Singapore je. Dah dekat jugak dengan JB :)
Deletemmg kesukaan anda kan reena?
ReplyDeleteA'ah... lokasi wajib lepak ni. Hehehe
Deletepi ikea mmg crazy...jamu mata & makan mmg bess
ReplyDeleteHahaha... Betul tu! Kalau boleh nak duduk je terus dalam tu.
Deletesetuju ngan posh....meatball ikea layan habisss,,,,tp jauh laa,,,,,dngr ade sale ni meronta gak nak g...nak survey something yg boleh buat doorgift utk tetamu sempena ank nak b'tunang xlama lg...
ReplyDeleteIsh... rugi kalau tak pergi tau Kak Mas. Nilah masanya pergi survey sebab tengah murah :)
Deletexpuas tgok gmbr2 enjoy d ikea,bleh tumpg nak mintak tolong buatkn member ikea,psl wang kena claim la kat aku,bleh ker???
ReplyDeleteUntuk jadi member Ikea bukan macam jadi member untuk Jusco. Awak kena apply credit card Ikea (under Alliance Bank Berhad) dan automatik baru boleh jadi member :)
DeleteHi Reena..bila ada sale di Ikea cpt2 buat entry baru tau..hehe..plan nak beli brg utk rumah baru di Ikea gak ni:)
ReplyDeleteBoleh je Atie... saya kan peminat Ikea. Anyway dah dapatkan katalog Ikea 2013 yang baru ke belum. Cepat pergi sebelum kehabisan stok :) Weeee.....
Delete