Hari ni, i nak berkongsi mengenai tips kesihatan dengan pengambilan beberapa makanan tambahan dalam diet korang. Tapi sebelum tu, awal-awal i nak bagitahu dekat korang yang i bukanlah doktor perubatan mahupun doktor sakit puan ya. Hehehe... Jadi kalau ada yang nak tanya pendapat i pasal nak ubat penyakit ke, kurangnya vitamin ke atau lain-lain lagi. I memang surrender. Tak tahu langsung apa-apa. Nanti i bagi ajaran sesat kang, tak pasal-pasal bertambah-tambah penyakit / masalah korang pulak.
Kalau korang nak tahu sejak kecil lagi, ibu dan ayah memang dah terapkan pasal kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan yang berkhasiat dekat i. Korang bayangkanlah, dulu-dulu waktu kecil (rasanya umur 4, 5 tahun) i dah mula makan Scott's Emulsion (bukan yang perisa oren, tapi yang original hokeh. Sampaikan setiap kali makan, i kena tutup hidung sebab tak tahan dengan bau 'harum' nya), telur separuh masak, madu dan beberapa vitamin tambahan setiap kali pergi sekolah dan sebelum tidur. Jadi bila i dah sambung belajar ke Universiti, bekerja, kahwin dan ada anak-anak. Rutin harian untuk makan kesemua makanan tadi memang i masih teruskan. I rasa bertuah sebab ibu dan ayah i perkenalkan ke semua makanan ni sejak i kecil lagi (mekasih ibu dan ayah!) Walaupun waktu tu pernah jugak i protes, kenapalah nak kena makan benda-benda ni semua. Bukannya sedap pun. Tapi bila dah besar dan faham mengenai khasiat daripada kesemua makanan ni, i jadi bersyukur dan bangga sangat-sangat. Yelah, kesihatan nikan harta yang paling bernilai untuk semua orang. Jadi jom kita amalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan kesihatan yang sempurna.
Di bawah ini adalah artikel yang i jumpa melalui Bahtera Yubalam dan nak kongsikan dengan korang mengenai khasiat madu / kelebihan madu / fungsi madu dalam kesihatan / penggunaan madu dalam rawatan dan petua kesihatan. Madu adalah antara makanan tambahan yang i ambil setiap hari. Cara pengambilan madu yang sebetulnya ialah dengan menggunakan sudu plastik dan diambil bersama-sama air suam. Untuk memastikan madu kekal lama, JANGAN simpan madu di dalam peti ais. Setiap kali menggunakan madu lebah, mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi Junjungan sebanyak 3 kali. Gunakanlah dengan penuh yakin.
Eh, lupa nak bagitahu dekat korang, sebenarnya i suka minum teh (teh yang uncang tu. Biasanya i beli brand Lipton atau Cameron Valley perisa Strawberry) dicampur dengan 1 sudu besar madu dan air suam-suam panas. Fuhh... best sangat minum waktu selsema. Cepat je baik tau. Cubalah!
Nak tahu dekat mana i beli madu dekat atas. Boleh baca dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/kok-lim-strawberry-farm.html |
FUNGSI MADU DAN PERANANNYA
1. Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
2. Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah daripada serangan anemia.
3. Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi.
4. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
5. Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
Nota :
Madu merupakan sumber laxative yang natural dan lembut. Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan kesihatan.
Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.
KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI
A) MENGEKALKAN KEKUATAN TUBUH BADAN
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH
1. Memulihkan kembali pembekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah agar darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuatkan jantung menjadi aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
KELEBIHAN MADU KEPADA :
1. BAYI / KANAK-KANAK
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuhkan dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik (fewitt...)
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI
a) Kelihatan lebih muda dan tampan (ehemm...)
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS)
6. UNTUK SEMUA
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan daripada letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila kedatangan haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu menerangkan mata.
CARA MENGGUNAKANNYA :
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman harian.
3. Campurkan madu di dalam masakan atau sewaktu membuat kuih. Keharuman madu akan menyedapkan lagi masakan.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu besar madu. Jangan dicampur dengan ais.
5. Untuk memulihkan tenaga seksual, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak. Kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata. Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
SAPULAH MADU JIKA ANDA :
a) Kemalangan ke atas luka - memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit kulit.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN :
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Digunakan sebagai bahan membuat kuih / kek.
c) Menyapu madu pada ayam untuk tujuan menggoreng atau memanggang ayam.
KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU :
A) IBU MENGANDUNG :
1. Memberi tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
B) ANAK DALAM KANDUNGAN :
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat kerana terdapatnya vitamin C di dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR :
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan (sukatan untuk bayi : berikan hanya sedikit sahaja madu).
2. Membersihkan perut bayi dari najis hitam yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna dan terhindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK :
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka di dalam perut atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
PETUA KESIHATAN DENGAN PENGAMBILAN MADU BAGI :
1. Batik - madu dicampurkan dengan perahan limau nipis.
2. Menguatkan minda - madu dimakan dengan kismis.
3. Menguatkan tulang - madu dicampur dengan susu anlene.
4. Menyembuhkan luka dan melecur - sapukan pada luka.
5. Lelah dan sesak nafas - madu dicampurkan dengan lobak putih yang diparut dan diperah.
6. Pembersih muka - putih telur dicampurkan dengan perahan limau nipis bersama-sama dengan madu.
7. Pelembap muka - kobis dicampurkan dengan madu.
8. Melangsingkan badan - madu dicampur dengan pati kunyit (minum seminggu sekali).
9. Tenaga seksual - 1 sudu besar madu dicampurkan dengan 3 biji lada hitam, 1 ulas bawang putih dan kuning telur.
10. Wanita mengandung - 1 sudu teh madu dimakan 2 kali sehari.
p/s : badan sihat, otak pun cerdas (eceh... hehe)
aha lah kak madu banyak khasiatnya. Ayah jannah selalu suruh makan madu tiap hari tapi tekak tak leh nak telan. manis sangat!
ReplyDeleteSebenarnya kan Jannah cara yang sebetulnya makan madu ialah dengan masukkan satu sudu besar madu ke dalam air suam. Kemudian minum. Hahh... barulah tak rasa manis. Hehehe
DeleteI mmg amalkan dulu madu khaula....mmg bagus pastu stop....yg ni u jual ker...baper hengget yer...tgh mencari2
ReplyDeleteAlemak dear, kita tak jual pun madu ni. Saja cerita pasal khasiat madu ni lebih-lebih lagi untuk kita yang semakin muda ni. Hehehe... Madu ni i beli satu set, maksudnya ada 2 botol madu plus 1 pollen. Semua sekali harga RM50.00
Deletekite tak boleh telan madu kak. manis sgt tp kdg2 kene paksa telan la jugak huhu
ReplyDeleteTulah ramai orang sangkakan makan madu ni susah sebab telan terus daripada sudu. Sebenarnya boleh je minum madu dengan air suam tau dear :)
Deletei mmg surrender nak telan madu nie...
ReplyDeletesbb manisss sgt tak tertahan...
tapi surrender blakang anak2 hehehehe...
so kids ingat ibunya dah makan...
dorang pun makan lah hehehehe...
Hahaha... pandainya ibu main ngelat eh... Hehehe... Kakakku, takut makan madu ngalahkan budak kecik. Minum madu pakai air suam lepas ni ok :)
Deleteemak saya selalu pesan amalkan bagi anak minum madu.. bancuh buat air.. sedap dan bagus..
ReplyDeletepssttt.. i tag u : http://farmys.blogspot.com/2012/03/megagiveaway-by-penmerahcom.html
jgn mare..
A'ah betul tu, saya pun kadang-kadang letak dalam bekas air masak dorang. Suka je dorang minum sebab manis. Hehehe...
DeleteEh, ada tag eh? Dah baca tag tu tapi tak paham nak kena buat macam mana? Kena join contest tu eh maksudnya?
*blur betul (duhhh)
br tau minum teh ngn madu leh cpt ilang sesema..next time kna cuba
ReplyDeleteA'ah best je tau dear... Kalau sakit tekak pun boleh buat macam gini. Tak sampai dua hari dah lega :)
DeleteKelihatan lebih muda dan tampan (ehemm...) <----OH BEGITU KE?
ReplyDeletereena...klu ai minum tak ensem mcm aaron siap !!! bhahaha..
Bahaha! Adehh... ensem sangat ke Aaron tu Uchi? Takpe, kau cuba amalkan 2 tahun. Lepas tu cuba ambil gambar hari-hari. Insya-Allah mesti hensem. Hehe
Delete2 thn? erk..sejuk kepalaku...blm beli lagi ler...adeh mcm mane nk ensem klu mcm ni adoi...
DeleteSaya baru amalkan smggu, dada rasa panas la kenapa ya? Saya mkn 2 sudu bsr setiap pagi. Saya mmg ada sakit ulu hati ngan gastrik tp da lama kurang sakit.
ReplyDeleteMungkin ini reaction biasa :) Lagipun awak baru seminggu amalkan kan? Insya-Allah lepas beberapa minggu mungkin reaction ni akan hilang.
DeleteSaya baru seminggu mengamalkan madu tualang giant b, dada rasa panas la knp ya? Saya amalkan 2 sudu bsr setiap pagi sebelum sarapan.
ReplyDeleteMemang ada kesan macam kepanasan sikit kalau tak tak biasa minum madu. Macam mana pun kalau masih berterusan baik kurangkan sukatan jadi 1 sudu besar sahaja :)
Deleteakak, betul ke minum madu just blh guna sudu plastik?xleh guna sudu biasa tu?
ReplyDeleteakak, btl ke minum madu just boleh guna sudu plastik je?yang logam tu x blh guna ke?
ReplyDeleteIye betul tu awak :)
Deletebaru nk mula makna madu setiap pagi...n amalkan pakai kat muka jgk...hehhehe
ReplyDeletesblm ni pn kalo ank batuk mmg bagi madu je...anyway thanks utk info yg berguna ni....:-):-)
Alhamdulilah bagus untuk kesihatan tau. Your welcome :)
Delete