Blogger templates

Showing posts with label Blogger Tips. Show all posts
Showing posts with label Blogger Tips. Show all posts

Mar 9, 2012

Widget Instagram Untuk Blogger / Instagram Widget For Blogger

Hello korang! Alahai untuk dua hari ni i sibuk sangat sampai tak sempat nak publish entry pagi-pagi hari. Tapi tak pedulik, i curi-curi jugak masa nak share / kongsi cerita dengan korang. Perasan tak anak panah warna pink dekat bawah tu? (alaa... yang warna pink comel tu). Sekarang ni, kalau korang tilik betul-betul dekat blog i. I dah pasang widget Instagram untuk membolehkan korang tengok hasil gambar yang i tangkap setiap hari. Rasanya mesti ada di antara korang yang dah baca dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/aplikasi-fotografi-kamera-video-untuk.html. Antara aplikasi (application) yang i kerap gunakan dekat iPhone 4 milik i ialah aplikasi Instagram. Sesiapa yang ada iPhone / iPad / iPod Touch i memang galakkan korang install aplikasi ni sebab ianya PERCUMA! Lagipun ada macam-macam picture effect (kesan gambar) yang korang boleh letakkan pada gambar yang korang ambil supaya nampak lebih menarik.



Macam yang korang tahu,  i minat sangat dengan fotografi dan gaya-gaya mengambil gambar yang lain dari yang lain. Mungkin sebab skill (teknik) mengambil gambar i masih lagi ditahap amatur (senang cakap tak terror lagiklah tu). Jadi melalui Instagram ni, i banyak follow (mengikuti) jurugambar-jurugambar dari Jepun dan luar negara untuk mempelajari teknik-teknik dorang. Kalau korang tengok gambar yang dorang ambil korang pun mesti kagum. Kagum bukan sebab dorang pakai kamera canggih DSLR tapi kagum sebab ada diantara mereka hanya gunakan kamera iPhone sahaja untuk hasilkan gambar yang super hebat. Maksudnya gaya, teknik, keupayaan kita mengambil gambar bukan semata-mata terletak pada kamera canggih. Kamera biasa-biasa pun kalau kita tahu macam mana cara nak memanipulasikan sesuatu keadaan gambar tu pun boleh jadikan gambar kita setaraf gambar yang diambil oleh jurugambar profesional (eceh...).

APA ITU INSTAGRAM?

Ohh... ada yang tak tahu apa sebenarnya Instagram eh? Instagram adalah satu perkongsian aplikasi foto percuma yang membolehkan pengguna mengambil gambar dan memanipulasi gambar tersebut dengan menggunakan penapis (filter) digital yang mempunyai pelbagai kesan (effect) pada gambar. Kemudian gambar tersebut boleh dikongsikan bersama penguna lain samada melalui Instagram sendiri, Twitter mahupun Facebook sebagaimana perkhidmatan rangkaian sosial yang lain. Ciri-ciri gambar pada Instagram yang seakan-akan dihasilkan dengan menggunakan kamera Polaroid (bersaiz 4 segi sama) menjadikannya unik, dan membezakan applikasi ini dengan gambar biasa (bersaiz 4:3) yang selalu kita lihat. Instagram hanya boleh digunakan melalui iPhone, iPad atau iPod Touch yang mempunyai IOS 3.1.2 atau ke atas. Ianya diedarkan melalui App Store Apple. Walaubagaimanapun untuk versi Instagram pada Android, ada pengumuman dibuat mengenainya tetapi tiada tarikh keluaran yang disahkan lagi.

Tarikh Instagram dilancarkan di App Store Apple ialah pada 6hb Oktober 2010.

Kemaskini / Update terbaru :
Pengguna Android kini boleh tersenyum gembira sebab Instagram dah boleh digunakan pada telefon Android versi 2.2 dan ke atas bermula 3 April 2012 (suka la tu. Hehehe).

Jom kita tengok macam mana nak pasang widget Instagram pada blog korang (especially pengguna Blogger). Senang je sebenarnya, pertama, korang kena ada akaun dengan Instagram. Cara nak daftar akaun Instagram, korang kena install dulu aplikasi (application) Instagram dekat iPhone / iPad / iPod Touch / telefon Android. Dari situ korang boleh terus mendaftar. Lepas tu, klik link ini http://snapwidget.com/. Korang akan jumpa sama macam dalam gambar dekat bawah. Masukkan butir info yang dikehendaki, kemudian picit GET CODE. Salin code yang diberikan dan paste pada bahagian sidebar korang. Taraa... dah siap, bolehlah korang tayangkan gambar Instagram korang yang comel-comel tu.



Manakala untuk melihat keseluruhan gambar Instagram milik korang atau pengguna yang lain melalui komputer. Korang boleh tengok pada link ini ---> http://instagre.at/ atau link seperti dalam gambar di bawah http://listagr.am/. Amacam, seronokkan Instagram ni?



p/s : Selamat ber'Instagram' kawan-kawan. Kalau suka bolehlah follow Instagram i. Hehehe...


Feb 16, 2012

Aplikasi IPhone dan IPad Untuk Blogger

Semalam i tak sempat nak publish apa-apa entry dan berjalan dekat blog korang (sorry korang... banyak sangat kerja dekat pejabat. Nangis!) Tapi sebelum tidur sempat jugak i baca semua komen-komen korang yang berkunjung dekat blog i dan publish ke blog. Mekasih korang... happy tau bila ada orang sudi datang jengah. Ikutkan hari-hari memang i sibuk dengan kerja pejabat (macam i ada cerita dekat korang hari tu http://www.reenaonline.com/2012/02/crochet-coasters.html). Tapi selalunya i sempat jugak curi-curi masa taip dekat blog. Hah... macam mana i buat tu? Hehehe... Nilah antara kelebihan iPhone dan iPad. Eh, i tak sabotaj smart handphone yang lain tau tapi i tak sure samada handphone android pun boleh buat macam gini ke tak? Tapi rasanya android pun dah ada application yang boleh install kan, macam style iPhone jugak?

Macam sekarang ni (dan sebelumnya) kebiasaannya i akan add post entry dan taip menggunakan samada aplikasi / application BLOGGER menerusi appstore bagi iPhone 4 atau aplikasi BLOGGER Pack untuk iPad. Jangan risau, aplikasi BLOGGER dan BLOGGER Pack ni free aje. Untuk dapatkan application BLOGGER / BLOGGER Pack bagi iPhone dan iPad, apa yang korang perlu buat ialah pergi ke appstore. Taip je BLOGGER / BLOGGER Pack pada bahagian search dan terus install melalui akaun Apple milik korang. Jadi sambil duduk dalam kereta ke atau sambil tengok anak-anak i siapkan homework ke, i taip dulu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran i. Kononnya untuk pastikan blog i sentiasa update / kemaskini setiap hari (woww... semangatnya i kan? Hehehe...) Ni pun gara-gara hubby i dah bising dekat i sebab selalu ngelat nak update blog. Bukanlah dia pembaca setia blog i tapi dialah tukang bayar untuk pastikan domain blog i beroperasi dalam dot com. Jadi demi menjadi blogger tegar eh, isteri solehah. I kenalah dengar cakap hubby i (gitulah...)

Dengan adanya application BLOGGER / BLOGGER Pack ni, tak perlulah korang nak usung lagik laptop ke sana ke mari. Bertambah leceh bila nak kena cari tempat yang sesuai untuk bukak laptop. Kadang-kadang tu, dah bersusah-payah bukak laptop, idea nak mengarang tiba-tiba je melayang pergi tempat lain (duhh... nilah yang selalu terjadi dekat i. Silap-silap tersangkut lama layan shopping online). Jadi bila dah ada application BLOGGER / BLOGGER Pack, korang boleh menaip tanpa mengira masa. Senangkan?

Selalunya i akan biarkan semua entry yang i dah taip disimpan dulu dalam draft di application  BLOGGER / BLOGGER Pack. Bila balik dari kerja, i bukak laptop, edit draft untuk masukkan gambar. Dan terus publish dekat blog. Tak sampai 30 minit, semuanya siap. Betul-betul menjimatkan masa. I pun dapat sambung buat kerja rumah dan bagi perhatian dekat anak i.


Rupa application BLOGGER dalam iPhone 4



Ni pulak application BLOGGER Pack kalau dekat iPad

Satu lagik i nak perkenalkan dekat korang, application yang biasanya i gunakan untuk menyimpan gambar atau sebarang fail seperti word, excel, pdf dan lain-lain lagi bagi tujuan kerja atau peribadi dari komputer pejabat, macbook, iPhone 4 dan iPad ialah melalui application DROPBOX. Application DROPBOX ni pun free jugak tau. Dan yang best mengenai DROPBOX, ianya bukan sahaja untuk pengguna Apple yang memiliki iPhone atau iPad tapi untuk semua jenis komputer dan pemilik smart handphone seperti blackberry dan android. Jadi tak kira apa sekalipun jenis komputer dan handphone korang, korang boleh download / install application DROPBOX. Menarik gila!

Tak faham apa itu DROPBOX?

Senang je sebenarnya kawan-kawan. Meh, i terangkan dengan lebih jelas lagik. Biasanya kalau korang nak pindahkan / transfer gambar daripada handphone ke komputer korang pakai apa? Mesti korang pakai cable USB kan? Korang kena cucuk cable dulu lepas tu baru boleh transfer. Kalau korang nak transfer fail dari komputer ke komputer yang lain pun. Korang gunakan cara yang lebih kurang serupa tapi kali ni korang kena transfer dulu fail tersebut dalam thumb drive / CD / external hard disc. Kemudian buka dan masukkan ke komputer yang lain.

Tapi dengan DROPBOX korang tak perlu gunakan itu semua. Korang cuma perlu download / install DROPBOX dalam handphone / laptop / komputer korang. Secara automatik korang dah boleh buka, pindahkan atau masukkan sebarang gambar atau fail ke dalam DROPBOX. Andaikata korang tertinggal handphone dan komputer. Tapi memerlukan fail menerusi DROPBOX korang, jangan panik... korang masih bolek akses fail DROPBOX korang dengan meminjam daripada mana-mana komputer kawan yang lain. Apa yang korang perlu buat ialah masuk ke website DROPBOX dan log in dengan menggunakan usernama korang. Taraaa... fail korang berjaya dibuka (hebatkan?)

Satu lagik kelebihan DROPBOX ialah korang boleh create folder untuk share / kongsi fail dengan orang-orang tertentu. Contohnya macam i, i ada create kan satu folder atas nama KAMI yang membolehkan i dan hubby bertukar-tukar fail tanpa melibatkan bluetooth, emel dan MMS. Jadi, kalau i ada fail lagu mp3 untuk dikongsi dengan hubby i, i cuma masukkan ke dalam fail KAMI. Dan hubby i boleh mendapatkan lagu mp3 tersebut dengan mengakses pada fail KAMI di akaun DROPBOX nya. Senang tak?

Untuk memiliki DROPBOX, korang boleh dapatkan melalui link di bawah :


Atau, kalau korang nak minta i emelkan link DROPBOX, korang berikan alamat emel korang pada i dekat ruangan komen, nanti i akan invite korang ke DROPBOX.



Rupa bentuk application DROPBOX pada iPad

p/s : Ini adalah antara aplikasi iPhone dan iPad yang terbaik untuk blogger macam korang, nanti i bagitahu apa lagi aplikasi menarik yang biasa i guna untuk iPhone dan iPad. 



Aug 22, 2010

Tutorial Memasang CommentLuv pada Blogspot

Jeng-jeng-jeng, ada nampak perubahan sikit tak dekat blog aku? Tak perasan apa-apa pun? Cess~nampak sangat blog aku nih memang tak glamour pun huhu~huwaaa~ *apa? kau ingat kau artis haha~* Dah-dah usah melalut, actually aku dah pasang komen berbalas a.k.a 'reply comment' dekat blog aku ni. Demi bff blogger tercinta Mala yang berkobar-kobar meng'request' dari twitter mintak aku buatkan tutorial ni, so aku dengan pening-pening lalat cubalah buat tutorial ni haha~ *jangan korang pulak yang pening baca tutorial aku ni sudah hii~*


"rupabentuk CommentLuv di platfom Blogger"


Dulu-dulu aku selalu perasan komen berbalas ni cuma warga Wordpress je yang ada. Kesian dekat warga Blogspot macam aku ni tak boleh nak melaram dengan komen berbalas. Nak balas komen pun nampak tak stylo langsung. So, come on warga Blogspot, meh kita tukar comment box kita supaya jadi lagi kemas dan anggun.

Macam mana pun aku nak ingatkan korang yang cara pemasangan CommentLuv untuk Blogspot adalah melalui IntenseDebate so tak sama macam Wordpress yang boleh secara direct sahaja di website ComLuv. Yang penting sebelum install CommentLuv ni, korang save copy of template korang dulu sebagai backup plan. Kalau jadi apa-apa taklah meraung korang jadinya hihi~ Cara-cara nak save template korang macam biasa pergi ke bahagian atas blog korang yang ada tertera DASHBOARD atau masuk saja link http://www.blogger.com/. Kemudian, klik DESIGN --> EDIT HTML --> DOWNLOAD FULL TEMPLATE. Selesai proses download template korang tu bermulalah proses meng'install' CommentLuv pulak.


STEP ONE
  1. Korang kena register dulu nama korang di ComLuv site. Picit REGISTER URL dan masukkan data-data yang dikehendaki. Abaikan ComLuv site selepas korang membuat  pendaftaran.

STEP TWO
  1. Buka IntenseDebate site pula. Sama seperti ComLuv site juga, korang dikehendaki mendaftar dahulu di website ini.
  2.  Selesai LOGIN di IntenseDebate, korang klik di sini http://intensedebate.com/plugin . CARI COMMENTLUV dan klik ACTIVATE. Selesai activate, klik bahagian atas SITE --> +ADD BLOG/SITE. Masukkan URL blog yang korang nak installkan CommenLuv ini.
  3. Pilih platform BLOGGER bagi pengguna Blogspot.
  4. Manakala bagi bahagian INSTALLATION pula ada  DUA SOALAN yang wajib korang jawab. Untuk soalan pertama, korang pilih jawapan TEMPLATE. Dan soalan kedua, korang pilih jawapan ONLY ON NEW POST *bagi mengelakkan komen lama korang hilang*.
  5. Abaikan perkara-perkara yang tertera di bawahnya dan korang boleh terus pergi ke bahagian bawah sekali yang tertera perkataan BROWSE. Klik pada BROWSE dan cari kembali file template korang yang korang dah save sebagai backup sebelum ni. Klik pada UPLOAD FILE.
  6. COPY KESEMUA HTML CODE BARU di IntenseDebate.
  7. Pergi ke BLOGGER PAGE ANDA, DASHBOARD --> DESIGN --> EDIT HTML --> EDIT TEMPLATE --> TANDAKAN PADA KOTAK EXPAND WIDGET TEMPLATE. PADAM KESELURUHAN HTML CODE DI SITU, dan PASTEKAN HTML CODE BARU yang korang copy di IntenseDebate --> CLICK SAVE TEMPLATE.
Memandangkan di awal installation korang dah pilih yang CommentLuv hanya muncul pada  NEW POST sahaja, jadi korang jangan pulak panik bila tak nampak kelibat CommentLuv pada entry lama.

STEP THREE
  1. Kalau korang nak buat pengubahsuaian sikit untuk rupa bentuk CommentLuv korang. Korang pergi semula ke IntenseDebate site. LOGIN --> klik bahagian atas SITE --> klik NAMA BLOG KORANG --> pergi ke MODERATION klik sama ada bahagian LAYOUT atau COMMENTS.

KELEBIHAN COMMENTLUV
  1. CommentLuv ni merupakan satu cara kita menghargai peminat-peminat mereka-mereka yang rajin memberi komen kepada blog kita *sayang korang* dan dengan menyediakan backlink kepada mereka-mereka ini, secara tak langsung kita turut mempromote entry blog mereka *amacam bestkan? :)*
  2. Memudahkan komunikasi di dalam satu-satu entry / blog bila wujudnya butang reply bukan sahaja antara penulis blog dengan pemberi komen, malah antara pengomen dengan pengomen juga *meaning lagik ramai kawan~yeay!*
  3. Dapat mengelakkan spammer yang penyibuk *biasa dia ni! :P*.
  4. Boleh mengetahui lokasi mereka yang memberi komen *melalui IP Address dorang* dan sebagai satu langkah berjaga-jaga, kalau ada komen-komen yang berunsur ancaman/gangguan.

Selamat install CommentLuv kawan-kawan. Rasanya aku dah habis explain semuanya dekat sini, kalau tak paham juga silalah tanya. Kalau malu, nanti sesat :P


credit to: ariffshah [dot] com


Nov 28, 2009

Auto Publish & Sticky Note Tutorial

Aku tau ramai member-member blogger aku dah terror dah cane cara-cara nak buat tutorial nih maklumla blogger tegar la katakan....
Aku pon dedolu sebelom jadi blogger banyak benda yang aku belaja dan kaji dalam tenet nih...
Sampai kol 5-6 pagila gakla aku dok tercongok depan lappy aku nih
Nih aku rase kalo time exam aku macam gini kompom straight A+ aku dapat... hahaha...

So, untuk budak baru belaja ambil galah tolong jolokkan...
meh sini aku ajar cane nak buat Auto Publish dan Sticky Note.

Sebelom tuh, nak crite sket apekebendanye AUTO PUBLISH dengan STICKY NOTE dulu...
bole kan??

AUTO PUBLISH nih biasenye orang gunakan untuk ngelat hapdet blog...
  hihihi.... bukan ngelat... tapi takde mase nak ngadap dan hapdet tiap-tiap hari...
*macam aku gakla... oppss*
Tapi dalam takde mase tuh tak suke plak rasenye nengok blog kite tuh berabuk...
Apetaknye blog orang laen ade je crite-crite baru
Blog kite dok jadi crite basi...
So, untuk orang-orang yang busy body nih... sesuaila sangat guna AUTO PUBLISH nih sebab walopun tak ngadap lappy pon entry korang kompom kuar kat blog...
Canepon korang kena make sure la dalam satu hari tuh korang kena post 2 atau 3 entry serentak
Kalo tak buat gini memang takde maknenyela nak buat AUTO PUBLISH nih.

STICKY NOTE nih plak... lebih kepada tujuan iklan....
Biasenye orang buat STICKY NOTE nih kalo ade contest ke, nak bagi offer baek punye atau nak inform something spesel sampai ler ke tarikh tertentu...

Ok... dah tau ape tujuan AUTO PUBLISH dengan STICKY NOTE nih...
moh kite belaja cara-caranye yang sonang lerr... teramat...



Untuk AUTO PUBLISH....lepas dah taip new entry korang dekat NEW POST, korang jangan terus tekan PUBLISH
tapi korang klik dulu dekat POST OPTION [step one] dan pegi dekat POST DATE AND TIME [step two]...
Tandakan dekat SCHEDULED AT dan masukkan DATE serta TIME yang korang nak entry korang tuh dipublishkan.
Then picit pada PUBLISH setelah selesai... maka jadilah dia AUTO PUBLISH...

Untuk STICKY NOTE pulak... laen sket caranye
Memula korang PUBLISHkan aje entry korang tuh macam biase...
Lepas tuh, pegi semula dekat bahagian POSTING....
klik EDIT POSTS, pastu klik EDIT entry korang yang nak buat STICKY NOTE tuh...
Buat semula [step one] dengan [step two] mcam AUTO PUBLISH...
cuma untuk kali nih korang kena letakkan sampai DATE bile yang entry korang tuh nak terlekat dekat situ...
Contohnya kalo hari nih 28 Nov 2009 dan korang nak entry korang tuh wujud sampai ke date 31 Dec 2009...
So korang masukkanla.. date 31 Dec 2009...
Camane pon untuk laen-laen entry yang korang publishkan sebelom date 31 Dec 2009 pulak akan bertuko jadi kedudukan no. 2...
dekat bawah entry STICKY NOTE yang korang tepekkan tuh...

So... selamat testing k...


Nov 24, 2009

Signature Tutorial

Lalala... hepinye aku rase... dalam dok ke'busy body'an jaga bebudak kecik kat umah ni dan settlekan satu lagik booking crochet yang ada sempat gakla aku mentantekkan website CUTENESS COLLECTION aku tuh. Cam bowink plak bile guna template orang laen... macam tak kena aje dengan idea-idea chumey aku yang berlambak nih. So, aku pon memulakan operasi buat banner baru, tuko header baru, godek-godek coding yang ade... amboiii macam pindah rumah baru gitu... hihi... sronoknye aku.... dan taraaa... posting aku kat sini pon dah ade signature taw... jangan mare yek..

Sebelom nih dokla jeles tengok sesetengah member-member blog ade signature tapi bile aku try buat dekat sini... alohai signature dia simplela bebeno... senang cakap tak sampai tahap
kechumelan yang aku harapkan...

So sesape yang nak signature style macam aku... senang aje
first, korang kena ade account dengan Photobucket dulu ~free jerr~ untuk upload pic signature korang tuh..
Hah... pastu barula cara-cara nak buat signature plak..
Iyerr... begini yek puan-puan...

Mula-mula bukak program Paint... untuk sesape yang terror guna Photoshop tuh
bolela guna photoshop.. mokcik nih kureng sket guna benda alah layer kat photoshop tuh... hihi...
Pastu click kat Image, carik Attributes...
tukokan attributes korang tuh sesedap rase, yang penting jangan beso sangat...
contoh macam akunye signature = Width : 171 dan Height :  51
Kalo nak senang korang kecikkan aje pakai mouse... tarik lerr... ujung dia tuh
macam dalam pic bawah nih... tengok step 1


Bile dah puas hati, click pada huruf A ~ tengok kat pic atas : step 2 ~ buatlah tulisan signature yang paling menarik pandangan mata anda...
Agak-agak kalo signature yang anda buat tuh senget pada kotak dia... korang click pada step 3 dan tandakan pada keseluruhan signature tuh sambil bawakan dia ke bahagian atas belah kiri.
Maksudnye anda bole movekan signature tuh tanpa rase ragu-ragu gitu...
Bile dah rase-rase signature tuh yang paling cun, anda hendaklah kecikkan lagik kotak yang pada step 1 tuh supaya ngam-ngam dengan signature yang anda buat.
Tujuannye bile dah upload kat posting nampak chomel & ngam aje...

Kalo nak tambah ape-ape pic yang chumey-chumey kat signature anda tuh.
Yang pertama skali anda kenala carik pic-pic yang chumey tuh dan savekan kat komputer.
Biasenye aku suke pegi kat sini...
Bile dah jumpe pic yang berkenan di hati kalbu anda...
Click dekat Edit... then click dekat Paste From... ~ pic yang anda savekan tuh ~
Kecikkan pic anda tuh supaya sama ngam dengan signature anda tuh...

Gunakan skali lagik step 3 kalo pic anda tuh senget...
Dah puashati?? hah... ape lagik Save As... pilih Type PNG...

Phewww... dah siap part signature... then pegi balik kat Photobucket...
Then uploadkan pic signature anda yang cun itu di sana...

Untuk menempekkan signature ini ke blogger anda masing-masing....
First, pegi ke Dashboard, click dekat Settings, pegi dekat Formatting,
carik Post Template
Tepekkan coding ini kat dalam kotak yang disediakan


Tukokan Signature URL pada coding di atas dengan URL pic anda...
Kalo kat Photobucket tuh anda pilih Direct Link..

Ohh.. ye... kalo nak tukokan kedudukan signature korang samada ke kiri *macam aku nye tuh* atau ke tengah... korang just tuko kat bahagian align="right" tuh jadi align="left" atau align="center" ..
Jangan lupe...Save Settings bile dah siap...

Yea!! Tepuk tangan kuat-kuat...
jadi lepas nih, bolela korang show-op signature korang dekat new entry korang...
Chaiyookkk!!

Nov 10, 2009

Free Kawaii Blogspot Template


Mari jerit ramai-ramai... "YEAAYYY.... KAMI SAYANG REENA!!"
Hah... tengok... tengok... ape yang aku jumpe nih.
FREE KAWAII BLOGSPOT TEMPALTE tuhhh...

sape yang teringinkan template nih bole picit --->
untuk dunlod

credit to http://themerious.blogspot.com/2008/08/kawaiiblog-theme-is-available-for.html

"NOTED: HUK ALAAA...  IYE TAK YE... LINK ZIP FILE UNTUK TEMPLATE NIH DAH TAKDE... CESSS... SUDAH KENA TIPU SAME ITU OWNER YANG CREATE TEMPLATE TUH... KENGKAWAN MEH KITE PEGI HENTAM SAME ITU OWNER"
thanks eya sebab bagitau... very keciwa hatiku...
sowiii... geng...

Nov 7, 2009

Link for Free Blogger Template

Ikutkan ramai yang tanye aku link-link untuk dapatkan free blogger template nih,
sebenarnye kalo korang taip FREE BLOGGER TEMPLATE dekat MR GOOGLE SEARCH
tuh pon korang dah bole jumpe macam-macam link untuk macam-macam jenis template yang korang suke.

Sebagai contoh YANMIE CHUMEY pon ade gak bagi aku satu link nih (tenkiu dear... for sharin')

& kalo korang tengok dekat sidebar belah kanan w/site nih jer...
Owner nih dah ade tepek dah link-link laen yang korang bole pegi.
So... jangan fenin-fenin lagik carik FREE BLOGGER TEMPLATE K...

Cane nak tuko template korang tuh... korang just pegi ~
DASHBOARD
LAYOUT
edit HTML
Browse ~ file yang korang dah SAVE tuh
then UPLOAD
Click PREVIEW di bahagian bawah untuk melihat rupa bentuk blog korang tuh
Bile dah puas hati barulah korang SAVE TEMPLATE

"UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU
AKU CADANGKAN KORANG SAVE DULU BLOG LAME KORANG TUH
DENGAN MEMICIT...."
~ DOWNLOAD FULL TEMPLATE pada bahagian edit HTML ~

SELAMAT BERSUKE RIA...  HOHOHO...

Font & Scrapbooking Digital For Free










"chomel tak font nih semua kengkawan??"

Iyerr.. aku tau... mesti ade dikalangan korang yang terase macam rabun ayam
baca blog aku nih gara-gara aku menuko bentuk wajah font aku.
haha... aku tak pedulik aku nak guna jugak font nih sebab aku sukerr...
"owh... kapla aku... ade taruh itu batu jugak"

Tapi aku tau mesti korang tertanye-tanye katne aku dapat font nih kan??
Eleh... toksah tipu la...
Haa canepon... korang patut rase bangga taw dapat KAWAN macam aku nih...
Suke men'sharin' info dengan korang.

Sesape yang teringinkan font-font yang menarik nih bolela dunlod trus di bawah nih.




Dekat w/site nih jugak korang bole dapatkan DIGITAL SCRAPBOOKING secara PERCUME
"yeayyy!!"






Nov 5, 2009

Nak Tambah Menu Tab Blog


Iyer kengkawan... sila pandang ke atas  ade nampak tak perubahan dekat blog aku.
Dah lame aku nak tepek mende alah nih sebenarnye lebih-lebih lgk lepas baca tutorial dekat tempat cik mun cayunk'... tapi tah cane... aku slalu sangat terlupe nak buat mende nih.

Kalo korang pon nak tambah menu tab yang macam aku buat nih... iyer silalah picit
dekat nama cik mun cayunk' tuh yek...
sebab tutorial yang cik mun buat nih dah seabes besh dah...
very easy untuk ditiru diikut... hihi...

tak pon kalo korang nih jenis terer tak hingat, korang bole gak pegi dengan selambanye kat w/site bwh nih
http://www.accessify.com/tools-and-wizards/developer-tools/list-o-matic/

Japanese Smiley

Penah tak korang perasan smiley-smiley kiut dekat bawah yang ade dikalangan kengkawan korang gunakan untuk chattin'.  Tapi bile korang nak tiru macam dorang taip tuh, macam tak reti plak nak create macam mane "kesiannye...." Memandangkan... aku pon di alam percutian dan banyak mase bole browse tenet "yippieeee !! jangan jeles hah..." 

Terimalah dengan ikhlasnye japanese smiley ini... lepas nih bole ler korang show-op balik dengan bangga disamping menambahkan ketumpatan idung korang dekat member-member korang tuh
"padan muke dia.... haha"

(^_^) : happy
(^o^) : glad
(n_n) : smile

(^;_;^) : happy tears
(ñ_ñ) : fake smile
(~_^) : wink
(._.) : uh oh
(=_=) : bored
(-_-) : tired/bored
(9_9) : didn't sleep
m(_ _)m : sleeping on desk
(u_u) : sad
(ú_ú) : blue mood
(;_;) : tears
(T_T) : sad/cry
(/_\) melted/sad
(U_U) : sorry
(xOx) : noooooo
(>x<) : damn
(>>) : weary
((+_+)) : uh...
\\(<.<|>.>)// : Glancing around
(.-.) : shocked
(o|o) : surprised
(O_O) : amazed
w(^o^)W : wow!
(*^*) : astonished
(o_O) : incredulous
(*O*) : incredible
(o_0) : sceptical
(ò_ô) : raised eyebrow
(¬_¬) : yeah right
(~o~) : you're crazy
(ô_ô) : what are you lookin at?
(¬_¬) : mad
(ò_ó) : angry
(¬_¬") : pissed off
(@_@) : dizzy
(p_q) : confused
(?_?) : what?
('_') : serious
(-_-;) : messed up
(*¬*) : drooling
(z_z) : sleepy
(-.-)zzzzz : asleep
(>_<) : ouch
(6.6) : feint
(X_X) : dead
($_$) : money talk
($v$) : greedy
(♥_♥) : in love
(>O<) : yuck
8(>_<)8 : jealous
(n///n) : shy
(^_^)/~~ : bye!
p(^^)q : good luck!
(^-^)V : victory
(^-^)b : congrats
\(*O*)/ : fabuous/great
(^^)// : cheering
\(^o\)(/o^)/ : dancing
(^o^)y : peace
(>*-*>) : hugs
((((((^_^;) : escaping
^(*-*)^ : hands up
(#_#) : beaten up

Dec 17, 2008

How To Backup Your Blogger Blog? (Part 2)

Maybe ade lagik yang fenin-fenin cane nak buat backup blog kan....even kat situ... siap dah ade mention untuk learn more lagik kalo tak paham... Tapi ape-ape hal pon dun worry k... chekgu reena sedia membantu kengkawan semua yang tengah berdepan dengan problem nih (*ihik* baik tak aku? ~ sambil tutup muke malu kiut... ekekeke) sebab chekgu reena paham benda-benda IT nih memerlukan kite terlebih celik... duhhh...

Antaranya yang boleh korang buat ialah :
So, cane...agak-agak terjawab tak pertanyaan/kekompiusan korang sebelum nih??...
mood: perghh.... aku dah macam chekgu IT ler plak 2,3 hari nih... ekekkekee...

Dec 16, 2008

How To Backup Your Blogger Blog?

Hye everybody... arini aku nak jadi chekgu blog jap ek... hehehe... Maklumla ramai kengkawan blogger tercayang bertanyakan kat aku pasal cane nak buat backup untuk blog dia orang nih. Actually senang jek yang... jangan fenin-fenin kepala k.... Gini caranya yek anak murid semua....

Memula log in dekat address nih http://draft.blogger.com/ then masukkan username & password korang. Lepas tuh pilih bahagian Settings. Dan kemudian dalam settings tuh korang pilih Basic. Dekat bahagian Basic tuh korang pegi ke Blog Tools dan korang akan lihat adenya perkataan import blog - export blog - delete blog. So, untuk buat backup nih, korang dikehendaki memicit perkataan export blog bagi men'download' segala isi perut dalam blog korang.... tapi agak-agak kalo cam dah tak cayunk'/nyampah dengan blog korang.... korang bleh gak pilih perkataan delete blog tuh.... then ape jadi lepas tuh.... hah... sendiri mau ingat lerr... hehehe...

So, slamat mencuba k kengkawan semua... sayang tak korang kat chekgu reena nih *ihik*...

Dec 11, 2008

Important : Please Read This

Comment nih aku dapat dari blog sis moralle... aku rase simpati sangat dengan apa yang terjadi dekat blog mommy lily... sedih weiii... kalo blog yang penoh dengan pelbagai kenangan hilang sekelip mata aje... napelah dia orang bole sesuke hati aje removed blog ek??... Yang aku tak paham tuh kite bukannye inactive user pon.... huhhh... kesabaran betol la kalo jadi cam gini....

Mommy Lily said...
hai sishari ni frust sgt bila found out that lilysafiyya.blogspot.com dah kena removed. (termasuk mami punya bisnes blog serisinggahsana.blogspot.com) mami tk tahu knp dan mcmana blh jadi mcm tu.sedih sgt coz semua perkara yg berlaku dalam 1 tahun hilang begitu saje. diari pembesaran lily dah tk ada lagi. cerita daripada lily kecil hingga dah pandai berlari skrg hilang sekelip mata. feel like crying but i'm at the office. very down today.please sis tolong sebarkan e-mail di bawah yg mami jumpa kt blgger punya troubleshooting. e-mail ni org hantar dimana masalah dia sama dgn mami. Rupanya ramai sudah terkena.sebarkan supaya org lain yg sayangkan blog masing2 berbuat sesuatu segera spt back up blog, save copy atau pindah ke free blog host lain atau dptkan dot.com sendiri.belum tahu lagi sama ada mami akan teruskan blogging atau tidak. Thanks mami menumpang di sini.kpd sesiapa yg masih ingin berhubung dgn mami bolehla e-mail me okey. i sayang semuarina.sabree@yahoo.com

thewarblogger View profile Dec 8, 3:52 am
Hi all, I, like many of you, have had my blog locked and removed due to a false spam accusation by Google's flawed spiders/spambots. Having invested a fair amount of time into my blog, I was alarmed, and followed the steps they list to have it unlocked -- almost a week later, no progress. I also did a search on the topic here (you should too), and found out that thousands upon thousands of people have had this issue for the past 6 months, with not one posting back to say their blog was permanently unlocked. Some people have had their blogs locked for months, with no response or action from Google. Others have had it unlocked, just to have it locked again repeatedly. The long and short of it is that many people have lost their blogs permanently, with no recourse and no interest on the side of Google of putting it right. I think the writing is on the wall -- blogger is a broken product. I'm not sure why Google is doing this, but I suspect they are clamping down on any blogs not using their Adwords product, or who aren't turning a profit for them. Now that the economy is turning sour, they're doing whatever they can to chuck people who are using their server space and free accounts without giving them some sort of profit in return. I see no evidence that the spambot is doing anything to reduce spam on their blogs, but I do see it pissing off a bunch of real-life people with real-life blogs, people who invested a lot of personal time and love into their blog, trusted Google with their intellectual property, only to be screwed and locked out. Even Google apologist nitecruzr has stopped responding to these threads -- I'm sure he knows it's hopeless, that Google has essentially screwed the pooch with this one but won't put things right. Just as it is wrong for just one innocent man to be convicted, it is wrong for just one non-spam blog to be shut down in the name of fairly harmless spam blogs, but apparently not to Google, who is "convicting" thousands of us without appeal, without recourse, and with no respect to our rights. This spam thing is a red herring, there is some other reason why they are doing this, because otherwise why piss off so many normal bloggers? I think they don't want the bad PR of revoking a free blog product that they can't afford anymore, so instead, they brand us as "spammers," then use the excuse of "we're so very busy" to not ever reactivate us. Pure BS, and a very transparent excuse I think we can all see through. Don't waste any more of your time on this -- get a new blog somewhere else, there are several free blog hosts out there, including wordpress.com. Unfortunately they don't have the bells, whistles, and flexibility we love with Blogger, but what good is blogger if it just keeps getting locked up and stealing your posts? Spread the word, tell your friends, don't let them suffer like we have. Google reaps what it sows, and they're killing the free blog movement