Blogger templates

Apr 2, 2012

Melatih Anak ke Tandas / Potty Training

Kalau dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2009/09/potty-problem.html, i pernah ceritakan masalah potty atau senang cakap masalah belajar buang air kecil dan air besar (atau lagik best dalam bahasa pasarnya, kencing dengan berak lah tu. Hehehe) masa anak i yang sulung, Danish berumur 3 tahun. Alhamdulilah masalah tu selesai tak sampai sebulan lepas i pening kepala macam mana nak latih Danish ke tandas. Daripada pengalaman melatih Danish ni, sedikit sebanyak. I dah boleh kendalikan (handle) anak i yang kedua dan yang ketiga. Apa yang i belajar daripada pengalaman i sebelum ni, sebagai ibu bapa kita kena jangan putus asa (give up) dan yang paling penting kena banyak bersabar, sabar dan sabar. Hahaha... siapa yang belum kahwin bila baca entry ni, dah mula kerut-kerut dahi. Jeng-jeng-jeng, bukan senang nak jadi ibu bapa ni. Banyak tanggungjawab nak kena pikul bermula mereka dilahirkan ke dunia lagik tau (phewww...)

Sebenarnya i pernah dengar, ada sesetengah ibu bapa yang dah melatih dan ajar anak dorang buang air kecil / besar bermula dua minggu pertama dilahirkan. Eh, ye ke? Macam mana tu? Caranya ialah, setiap awal pagi, petang dan malam (bergantung dari kekerapan bayi korang minum susu), korang bukakan lampin /  diapers. Pegang bayi korang sambil dudukkannya di dalam timba atau tab mandi untuk beberapa minit. Dan biarkan bayi korang merasa selesa untuk buang air kecil / besar dengan sendirinya. Sekiranya bayi korang menangis dan tidak memberi sebarang tindak balas untuk buang air kecil / besar. Jangan paksa mereka dan cepat-cepat angkat mereka. Apa yang korang perlu ingat ialah jangan biarkan bayi korang terlalu lama tanpa pakaian, takut dikhuatiri selsema / batuk.

Walaubagaimanapun teknik ni tak pernah pun diguna pakai oleh i selama ni, sebab sepanjang waktu berpantang, i menguruskan sendiri anak-anak i dan diri i sendiri. Jadi rasanya, macam memenatkan pulak nak kena tunggu lama-lama dalam tandas ditambah dengan keadaan diri i yang tak berapa sihat lagik. Sebab tu lah, i fikir waktu yang paling baik melatih anak-anak i ialah bila mereka mula memasuki usia 3 tahun. Pada umur 3 tahun kebiasaannya kanak-kanak dah mula memahami apa yang kita perkatakan dan menerima tunjuk ajar. Apa yang kita perlu buat ialah menjadikan acara masuk ke tandas ni sebagai acara yang menyeronokkan (alahai... seronoklah untuk dorang tapi untuk mama papanya pulak... Pengsan nak kena cuci. Hehehe).

I paling tak suka nak latih anak i buang air kecil / besar dengan gunakan tandas latihan / training potty. Walaupun tandas training potty ni comel-comel warnanya. Suka jugaklah i belek tandas ni, bila pergi ke pasaraya / shopping complex. Apa yang buat i tak suka atau tak sanggup nak menghadapi tandas ni, bab nak cuci lepas dorang guna. Mak aihh... terus takde selera nak makan sebulan jadinya. Hehehe... Jadi latihan ke tandas untuk anak-anak i banyak melibatkan pengaruh psikologi, ganjaran (reward) dan emosi. Yelah... bila ada ganjaran barulah bersemangat sikit nak dengar cakapkan? (Seronok betul jadi budak kecik kan?)

NAK TAHU TIPS / CARA I MELATIH ANAK KE TANDAS? JOM BACA...

Pengaruh psikologi yang i maksudkan dekat sini ialah mencantikkan keadaan tandas, sediakan foot stool / bangku kaki, tempat gantung tuala yang senang dicapai, bib tap / pancur air paip yang mudah untuk dorang pegang dan gunakan serta bekas sabun yang mudah ditekan untuk mencuci tangan selepas menggunakan tandas. Nak tengok gambar / rupa tandas dekat bilik anak i selepas ditampal pelekat / sticker mickey / minie mouse, korang boleh belek dekat entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2009/02/jom-tantekkan-toilet-anda.html.

Manakala untuk reward pulak, selalunya i akan belikan underpants / panties yang comel-comel untuk dorang pakai. Macam si abang, Danish, i akan belikan gambar kartun kegemarannya, Ben 10. Untuk Ariana pulak, tak lain tak bukan ialah Hello Kitty. Tapi terpulanglah untuk korang nak hadiahkan reward yang macam mana. Janji anak korang berbahagia. Hehehe...

Untuk emosi pulak, lebih tertumpu sewaktu di awal latihan dorang ke tandas. Waktu ni, korang kenalah kerap / berkali-kali ulang soalan yang sama kepada dorang, "nak kencing ke?" atau "nak berak ke?" atau "nak pergi tandas tak?" Bunyi soalan ni memang ringkas tapi cukup annoying kepada dorang. Bila dah kerap ditanyakan / disuruh untuk pergi ke tandas, secara automatik dorang akan terbiasa pergi ke tandas tanpa disuruh. Jangan korang pulak yang rasa tak larat nak ulang soalan yang sama, sudah. Hehehe... Malah i tunjukkan jugak cerita kanak-kanak macam Monster Inc sebagai contoh terbaik kalau dorang boleh pergi ke tandas sendiri (ada bahagian dalam cerita ini waktu Boo (kanak-kanak perempuan yang comel) pergi ke tandas dengan sendirinya. Selain tu, i explain / terangkan dekat dorang yang diapers hanya digunakan oleh bayi bukan untuk kanak-kanak yang nak pergi ke sekolah. Jadi kalau nak pergi sekolah, dorang kenalah belajar berdikari buang air kecil / besar di tandas.

Ikutkan tips ni simple je dan senang untuk korang apply / gunakan ke atas anak-anak korang. Cuma macam i katakan di awal entry, korang kena selalu banyak bersabar menghadapi kemungkinan yang tak dijangka. Contohnya kalau tiba-tiba carpet / permaidani korang basah gara-gara air hujan yang tak disangka-sangka. Huhuhu... Awal-awal memanglah macam tu, nak buat macam mana kan? Berilah dorang peluang untuk belajar daripada kesilapan sebab dari kesilapanlah dorang tahu mana yang baik dan mana yang buruk (tapi kalau dah tua bangka umur 17 tahun buat perangai macam gini, memang dah takde peluang dah ni. Eh, hehehe).

Gambar bawah, korang boleh tengok i dan hubby sediakan pancur air untuk mencuci dan foot stool untuk memudahkan anak-anak i turun dan naik sewaktu gunakan tandas dan cuci tangan di sinki. Bila dah sediakan segala kemudahan ni dekat tandas, anak-anak i boleh pergi ke tandas sendiri tanpa bantuan mama papanya (yeay!)





p/s : Jagalah kebersihan tandas. Teringat slogan dekat emel yang i pernah dapat "anak kucing, anak tikus, lepas kencing, tolong jirus". Kadang-kadang tu, i pelik jugak dekat perangai sesetengah orang yang tak reti bersihkan tandas lepas gunakan. Dekat rumah sendiri pun agaknya dia buat perangai macam gitu kot. Euwww...

20 comments:

  1. mesti jaga kebersihan..kuar masuk tandas msti cuci tgn cuci kaki
    mmg x mudah nk potty training ni tp lama kelamaan biasa jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... apa-apa hal pun, yang penting kita kena didik anak kita bermula dari rumah kan dear?

      Delete
  2. susahnya nak bagi anak2 belajar buang sendiri sisi. takut juga bila dah kawen n ada anak nanti mcm mana lah kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tulah kunci jadi ibu bapa yang berjaya ialah kesabaran dear. Tettt... dah takut dah eh? Hehehe....

      Delete
  3. i same like u sis...
    terus jer guna toilet...
    no potty walopun cute camner pun...
    reason sama cam u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... walaupun poo poo tu budak kecik yang punya, tapi benda tu still poo poo jugak. Takut sambil cuci potty, sambil tu jugak kita muntah kak. Hehehe.. Lagik senang terus ajar masuk toilet. Papehal boleh flush je :)

      Delete
  4. bagusla tips ni....yelah kena train dari kecik...kalau tak bersih tu yg jadi cam tandas awam...eee geli!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sape yang buat kotor dekat tandas awam ni kurang didikan toilet ni waktu kecik, kan Posh? Hehehe

      Delete
  5. bagus.. tp anak semua masih tandas bergerak.. (dalam pampes dia.. ) hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi... one day kena jugak belajar masuk toilet dear. Hehehe...

      Delete
  6. good² advise..
    bleh apply kat Dania tahun nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caiyok-caiyok... usaha tangga kejayaan Ta :) Hehehe

      Delete
  7. umo 3tahun mmg sesuai sgt utk potty training..setuju juga kena selalu tanya dan ulang soalan tanya anak nak kencing ke?ni mmg sy buat dekat aiman..

    baru tahu yg baby lg dh ada org ajar anak cara gunakan tandas.sy tak sanggup kot nak buat.haha..aiman umo dua tahun lebih sy ajar n Alhamdulillah sekali je dia kencing dlm seluar pastu pandai cakap nak ke tandas dah..

    *mana ada rahsia.mungkin juga rezeki.hehe sila join GA yg agak boleh menang macam menghasilkan sesuatu secara kreatif.klu lucky draw mmg klu bertuah je akan dpt..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh... pasal baby kecik dah belajar masuk tandas ni saya pernah terbaca dekat satu blog orang Jepun. Masalahnya cuba carik balik link blog dia tapi dah tak ingat dah pulak.

      Puan Kutu, awak memang rajin tau join GA. Agak-agak kalau banyak dapat hadiah, transfer lah sikit dekat saya ye? Hehehe... (tak malu betul...)

      Delete
  8. setuju dgn reena..klu nk taw urg tu pembersih..pi tgk tandas umah urg tue...hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kadang-kadang tu sesetengah orang tandas rumah bukan main lagi jaga. Masuk public toilet terus jadi hampeh! Euwww... Hehehe...

      Delete
  9. bagusla tips ni...sy tengah training anak sy skg ni...insyaAllah berjaya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks awak :) Insya-Allah. Harap dipermudahkan segala-galanya.

      Delete
  10. Okay nak try . Tapi kalau anak yang hntr rumah baby sitter mcm mn? Ada cadangan tak? Susah nak tune sebab anak mcm confius. Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr... susah nak cakap sebenarnya sebab bergantung jugak dengan cara baby sitter samada boleh sama-sama bantu tak untuk latihkan anak sekali. Macam saya, alhamdulilah baby sitter memang banyak sangat membantu untuk mudahkan dorang belajar ke toilet :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)