Blogger templates

Showing posts with label Melatih Anak ke Tandas. Show all posts
Showing posts with label Melatih Anak ke Tandas. Show all posts

Jun 3, 2012

Tips / Cara Menguruskan Rumahtangga

Bila baca tajuk entry dekat atas terasa macam diri sendiri dah bertukar profesion jadi pakar kaunseling rumahtangga pulak rasanya (kihkihkih). Nanti tak pasal-pasal Dato' Dr Fadzilah Kamsah tak boleh cari makan (eh, joking je lah. Ampun Dato' hehehe...) Sebenarnya tips ni diminta oleh seorang Anonymous dalam ruangan komen i dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-membeli-di-ebay.html. Dan soalannya adalah seperti di bawah :-

salam,

blh bg tips mcm mn nk uruskan rumahtangga dgn anak dgn bekerja? i ada 3 org anak.. tlg, kdg2 rasa mcm tak tahu nk buat mana satu dahulu.. tqvm

Sebenarnya i rasa situasi Anonymous ni lebih kurang sama je dengan keadaan diri i. Sama part yang mana satu? Part bekerja, ada anak 3 orang dan takde pembantu rumah domestik (maid lah tu. Hehehe...) Sebab apa i kata dia takde maid, sebab boleh nampak kecelaruan nak uruskan yang mana satu (mak aihh... ayat mengandungi unsur-unsur seorang kaunselor yang tak bertauliah gitu. Memang dah boleh apply ni Hehehe...).
Ikutkan dulu masa ada anak sorang pun i dah rasa kelam-kabut. Rutin tidur, waktu nak bersantai depan televisyen, nak pastikan rumah dalam keadaan kemas dan lain-lain lagi banyak yang berubah dalam sekelip mata. Bayangkanlah dengan baju kerja, i balik dan terus memasak di dapur, bergilir dengan hubby tidurkan anak i sambil bagi susu, bergilir makan malam sebab anak i tak boleh tinggal sorang-sorang, basuh baju yang bertimbun, lipat, kemas barang-barang anak i untuk bawa ke nursery, gosok baju dan kadang-kadang tertidur depan televisyen sebab keletihan (ya, ini kisah benar. Hidup i bukanlah umpama puteri raja yang disediakan segala-galanya tapi lebih kurang macam Cinderella kot. Eceh-ceh... Hehehe). Tapi bila dah lahirkan anak kedua sedikit demi sedikit i belajar macam mana nak mengawal situasi. Kalau boleh, i tak nak umur i tua sebelum waktunya. Hahaha... yelah, terlampau kusyuk buat macam-macam benda dekat rumah sampai tak sedar yang anak-anak i semua dah besar. Lagipun sesiapa yang bekerja di Kuala Lumpur (atau bandar-bandar besar), rasanya korang sedia maklum dengan rutin kerja yang memeningkan dan kesesakan lalu lintas yang tak pernah surut. Jadi dari situ, korang dah boleh agak betapa kacau-bilau nya kehidupan sebenar i.

Jadi dekat bawah ni i berikan beberapa Tips / Cara Menguruskan Rumahtangga versi i sendiri. Yang penting urusan rumahtangga ni boleh jadi mudah kalau dapat kerjasama daripada pasangan masing-masing dan anak-anak. Lagi satu jangan tension-tension. Enjoy every moments' happened sebab lepas ni mungkin kita tak laluinya lagi.

1. Bahagikan tugas kerja di rumah. Contohnya, kalau memasak, uruskan anak-anak dan mengemas rumah dilakukan oleh kaum ibu. Kaum bapa pula ditugaskan untuk urusan pakaian samada mencuci, menyidai dan melipat. Nak lagi seronok dan cepat, lakukan bersama-sama. Cepat siap kerja, cepat boleh relax dan habiskan masa bersama dengan anak-anak (ye tak?)

2. Sentiasa pastikan urusan anak diutamakan dulu sebelum memulakan tugas rumah. Contoh, kalau bangun pagi-pagi, tukar lampin anak dulu, berikan susu, suruh mereka ke tandas, berikan makanan dan bukakan rancangan kegemaran di televisyen. Jadi mereka tak kan ganggu sewaktu kita sedang mengemas.

3. Tetapkan jadual dalam menguruskan segala-galanya. Contoh rutin harian i bila hari bekerja (boleh tengok sini jugak ---> http://www.reenaonline.com/2013/03/tips-rutin-harian-ibu-bekerja.html). Bangun pagi, sediakan susu untuk anak yang kecil. Siapkan anak yang bersekolah terlebih dahulu. Sediakan sarapan ringkas seperti cornflakes bersama susu. Persiapkan diri untuk pergi ke kerja. Suami pula mengambil tugas memasukkan barang-barang yang ingin di bawa ke nursery atau rumah pengasuh ke dalam kereta. Mengangkat anak-anak yang sedang tidur. Bertolak ke destinasi masing-masing. Balik rumah, buatkan susu untuk anak yang kecil. Sediakan bahan-bahan masakan dan masakkan nasi terlebih dahulu. Bersihkan diri dan solat. Memasak bersama suami, makan bersama-sama dan berehat bersama ahli keluarga sambil memastikan kerja sekolah anak diselesaikan. Lipat pakaian dan menyusun kesemua barangan keperluan anak-anak untuk di bawa ke nursery atau rumah pengasuh berhampiran dengan pintu rumah. Begitu juga dengan bekalan dan beg sekolah. Sediakan susu untuk anak dan gosok pakaian sebelum tidur.

Bila rutin ini kerap dilakukan, semua kerja akan jadi lebih pantas dan mudah.

4. Disiplinkan anak-anak untuk lakukan sendiri kerja-kerja seperti mengemas mainan, meletakkan kembali pinggan makan yang kotor di dalam sinki, membasuh tangan selepas makan atau ke tandas. Sebaik-baiknya sediakan satu ruang untuk meletakkan semua barangan mainan mereka. Pastikan ada stool berhampiran dengan sinki atau pun tandas dan sabun untuk mencuci tangan. Kebiasaannya i dah disiplinkan mereka sejak dari bayi lagik. Antara tips untuk disiplin anak-anak, korang boleh rujuk entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/tips-mendisiplinkan-anak-kecil.html dan cara i melatih mereka ke tandas ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/melatih-anak-ke-tandas-potty-training.html.

5. Kanak-kanak mudah lapar dan mudah juga letih selepas seharian bermain. Jadi biarkan mereka cuba menguruskan diri mereka sendiri. Apa yang penting, korang sediakan makanan di dalam bekas plastik kedap udara yang mudah dicapai, botol minuman, bantal dan tilam berhampiran dengan tempat bermain atau berdekatan televisyen. Jadi sekiranya korang di tingkat atas sedang mengemas bilik anak-anak, korang tak perlu untuk naik dan turun tangga semata-mata nak dapatkan keperluan anak-anak.

6. Masak makanan yang ringkas dan lakukan kerja dapur dengan pantas. Bagaimana? Boleh tengok tips i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2008/09/cara-mudah-memasak-di-rumah.html.

7. Tak perlu sampai rasa tertekan bila menguruskan rumah. Bila rasa letih. Berhenti buat kerja dan buat apa yang korang rasa gembira. Macam cari resepi baru ke, bersembang dengan anak-anak dan pasangan serta buka rancangan TV kegemaran. Jangan rasa tertekan dengan keadaan rumah yang bersepah. Biarkan anak-anak menikmati waktu gembira mereka, bila dorang dah tak nak main. Minta dorang kemaskan balik ke tempat asal. Dan yang paling-paling penting, jangan wujudkan konflik emosi dalam diri sampai nak marah-marah pada anak dan pasangan. Cuba bertenang. Bila semua dalam keadaan positif, semua orang gembira buat tugasan masing-masing dalam rumah. Macam mana pun ketegasan tu penting. Tegas tak semestinya kena membebel marah-marah tau. Hehehe... Tegas macam mana? Kenalah baca entry i yang ini sampai habis ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/tips-mendisiplinkan-anak-kecil.html.

Ok, inilah antara Tips Menguruskan Rumahtangga yang dilakukan oleh i. I harap Anonymous dan kawan-kawan yang lain berpuas hati ye. Tips ini tak boleh selesaikan semua kerja rumah dalam sekelip mata, macam buat magic (kalau betul-betul ada, i pun nak superpower magic macam gini). Hehehe... tapi sekurang-kurangnya dapat membantu korang bagaimana nak menguruskan masa di rumah dengan berkesan. Di samping dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan pasangan dan anak masing-masing. Ingat, enjoy every moments' happened, family is number one!

RUMAHKU SYURGAKU



Takpe... sekali-sekala buat sepah... takpe... (urut dada)...
Demam-demam ni mama lepak dengan Care Bear 'I Love You' ajelah.

p/s : Adehhh... besok dah hari Isnin ke? (muka tension) Hahaha...

Apr 2, 2012

Melatih Anak ke Tandas / Potty Training

Kalau dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2009/09/potty-problem.html, i pernah ceritakan masalah potty atau senang cakap masalah belajar buang air kecil dan air besar (atau lagik best dalam bahasa pasarnya, kencing dengan berak lah tu. Hehehe) masa anak i yang sulung, Danish berumur 3 tahun. Alhamdulilah masalah tu selesai tak sampai sebulan lepas i pening kepala macam mana nak latih Danish ke tandas. Daripada pengalaman melatih Danish ni, sedikit sebanyak. I dah boleh kendalikan (handle) anak i yang kedua dan yang ketiga. Apa yang i belajar daripada pengalaman i sebelum ni, sebagai ibu bapa kita kena jangan putus asa (give up) dan yang paling penting kena banyak bersabar, sabar dan sabar. Hahaha... siapa yang belum kahwin bila baca entry ni, dah mula kerut-kerut dahi. Jeng-jeng-jeng, bukan senang nak jadi ibu bapa ni. Banyak tanggungjawab nak kena pikul bermula mereka dilahirkan ke dunia lagik tau (phewww...)

Sebenarnya i pernah dengar, ada sesetengah ibu bapa yang dah melatih dan ajar anak dorang buang air kecil / besar bermula dua minggu pertama dilahirkan. Eh, ye ke? Macam mana tu? Caranya ialah, setiap awal pagi, petang dan malam (bergantung dari kekerapan bayi korang minum susu), korang bukakan lampin /  diapers. Pegang bayi korang sambil dudukkannya di dalam timba atau tab mandi untuk beberapa minit. Dan biarkan bayi korang merasa selesa untuk buang air kecil / besar dengan sendirinya. Sekiranya bayi korang menangis dan tidak memberi sebarang tindak balas untuk buang air kecil / besar. Jangan paksa mereka dan cepat-cepat angkat mereka. Apa yang korang perlu ingat ialah jangan biarkan bayi korang terlalu lama tanpa pakaian, takut dikhuatiri selsema / batuk.

Walaubagaimanapun teknik ni tak pernah pun diguna pakai oleh i selama ni, sebab sepanjang waktu berpantang, i menguruskan sendiri anak-anak i dan diri i sendiri. Jadi rasanya, macam memenatkan pulak nak kena tunggu lama-lama dalam tandas ditambah dengan keadaan diri i yang tak berapa sihat lagik. Sebab tu lah, i fikir waktu yang paling baik melatih anak-anak i ialah bila mereka mula memasuki usia 3 tahun. Pada umur 3 tahun kebiasaannya kanak-kanak dah mula memahami apa yang kita perkatakan dan menerima tunjuk ajar. Apa yang kita perlu buat ialah menjadikan acara masuk ke tandas ni sebagai acara yang menyeronokkan (alahai... seronoklah untuk dorang tapi untuk mama papanya pulak... Pengsan nak kena cuci. Hehehe).

I paling tak suka nak latih anak i buang air kecil / besar dengan gunakan tandas latihan / training potty. Walaupun tandas training potty ni comel-comel warnanya. Suka jugaklah i belek tandas ni, bila pergi ke pasaraya / shopping complex. Apa yang buat i tak suka atau tak sanggup nak menghadapi tandas ni, bab nak cuci lepas dorang guna. Mak aihh... terus takde selera nak makan sebulan jadinya. Hehehe... Jadi latihan ke tandas untuk anak-anak i banyak melibatkan pengaruh psikologi, ganjaran (reward) dan emosi. Yelah... bila ada ganjaran barulah bersemangat sikit nak dengar cakapkan? (Seronok betul jadi budak kecik kan?)

NAK TAHU TIPS / CARA I MELATIH ANAK KE TANDAS? JOM BACA...

Pengaruh psikologi yang i maksudkan dekat sini ialah mencantikkan keadaan tandas, sediakan foot stool / bangku kaki, tempat gantung tuala yang senang dicapai, bib tap / pancur air paip yang mudah untuk dorang pegang dan gunakan serta bekas sabun yang mudah ditekan untuk mencuci tangan selepas menggunakan tandas. Nak tengok gambar / rupa tandas dekat bilik anak i selepas ditampal pelekat / sticker mickey / minie mouse, korang boleh belek dekat entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2009/02/jom-tantekkan-toilet-anda.html.

Manakala untuk reward pulak, selalunya i akan belikan underpants / panties yang comel-comel untuk dorang pakai. Macam si abang, Danish, i akan belikan gambar kartun kegemarannya, Ben 10. Untuk Ariana pulak, tak lain tak bukan ialah Hello Kitty. Tapi terpulanglah untuk korang nak hadiahkan reward yang macam mana. Janji anak korang berbahagia. Hehehe...

Untuk emosi pulak, lebih tertumpu sewaktu di awal latihan dorang ke tandas. Waktu ni, korang kenalah kerap / berkali-kali ulang soalan yang sama kepada dorang, "nak kencing ke?" atau "nak berak ke?" atau "nak pergi tandas tak?" Bunyi soalan ni memang ringkas tapi cukup annoying kepada dorang. Bila dah kerap ditanyakan / disuruh untuk pergi ke tandas, secara automatik dorang akan terbiasa pergi ke tandas tanpa disuruh. Jangan korang pulak yang rasa tak larat nak ulang soalan yang sama, sudah. Hehehe... Malah i tunjukkan jugak cerita kanak-kanak macam Monster Inc sebagai contoh terbaik kalau dorang boleh pergi ke tandas sendiri (ada bahagian dalam cerita ini waktu Boo (kanak-kanak perempuan yang comel) pergi ke tandas dengan sendirinya. Selain tu, i explain / terangkan dekat dorang yang diapers hanya digunakan oleh bayi bukan untuk kanak-kanak yang nak pergi ke sekolah. Jadi kalau nak pergi sekolah, dorang kenalah belajar berdikari buang air kecil / besar di tandas.

Ikutkan tips ni simple je dan senang untuk korang apply / gunakan ke atas anak-anak korang. Cuma macam i katakan di awal entry, korang kena selalu banyak bersabar menghadapi kemungkinan yang tak dijangka. Contohnya kalau tiba-tiba carpet / permaidani korang basah gara-gara air hujan yang tak disangka-sangka. Huhuhu... Awal-awal memanglah macam tu, nak buat macam mana kan? Berilah dorang peluang untuk belajar daripada kesilapan sebab dari kesilapanlah dorang tahu mana yang baik dan mana yang buruk (tapi kalau dah tua bangka umur 17 tahun buat perangai macam gini, memang dah takde peluang dah ni. Eh, hehehe).

Gambar bawah, korang boleh tengok i dan hubby sediakan pancur air untuk mencuci dan foot stool untuk memudahkan anak-anak i turun dan naik sewaktu gunakan tandas dan cuci tangan di sinki. Bila dah sediakan segala kemudahan ni dekat tandas, anak-anak i boleh pergi ke tandas sendiri tanpa bantuan mama papanya (yeay!)





p/s : Jagalah kebersihan tandas. Teringat slogan dekat emel yang i pernah dapat "anak kucing, anak tikus, lepas kencing, tolong jirus". Kadang-kadang tu, i pelik jugak dekat perangai sesetengah orang yang tak reti bersihkan tandas lepas gunakan. Dekat rumah sendiri pun agaknya dia buat perangai macam gitu kot. Euwww...