Blogger templates

Showing posts with label Tips Anak Kecil. Show all posts
Showing posts with label Tips Anak Kecil. Show all posts

Sep 19, 2016

Bila Anak Mengalami Pendarahan Pada Kepala

Sempena Hari Raya Korban dan cuti sekolah bulan September sepanjang minggu lepas. I dan suami ambil peluang untuk balik ke Utara, kampung cik abe ku. Memang kebiasaannya bila balik ke Utara, kita orang memang dah sedia maklum dengan keadaan trafik yang tak pernah tak sesak bila time-time cuti camgini. Kalau tak sebab penuh dengan lori yang lenggang kangkung, accident, tak pun ada kereta / lori rosak tepi jalan, tak pun jammed sebab nak 'tengok' jalan arah yang lagi satu accident. Yelahhh.... mana tahu boleh viral kan ke... (Duhhh!) Dan parent-in-law i pun memang dah tahu yang kita orang jenis tak suka nak kelam-kabut tak tentu pasal. Selalunya bila jammed atas highway, kita orang lari masuk ikut jalan lama, tak pun ronda-ronda cari makan. Boring ikut jalan lama, kita orang masuk balik highway, sangkut lagi atas highway, keluar lagi masuk jalan lama sampailah kita orang selamat tiba. Hahaha! Betul-betul santailah. Kau bawak kereta Ferrari laju macam mana pun, bila dah jammed meter kau tetap bergerak 20km/j tau. Jadi toksah nak kelam-kabut sangat bila waktu-waktu jammed ni. Buat tambah serabut kepala je kalau nak tension-tension... hehehe... Kesudahannya pukul 8:00 pagi kau terpacak depan rumah parent-in-law setelah bertolak pukul 8:30 malam dari Kay Ell. Kihkihkih... Santailah katakan!

Manakala, perjalanan balik ke Kay Ell taklah sesantai macam pergi ke Utara. Dalam tempoh 4 jam setengah je kita orang selamat tiba di rumah (serius macam tak percaya jugak ni... hahaha... sebab kita orang ikut jalan lama dan tetap keluar masuk highway). Ingatkan lepas makan malam, bolehlah lepak-lepak ready nak membuta (hehehe), apataknya penat atas jalan masa balik kampung hari tu pun tak habis lagi. Tiba-tiba tengah bersembang dengan hubby, kita orang terkejut dengar bunyi 'gedeguk' dekat steel frame door bilik kita orang. Ok, anak i Damien terhantuk kepala waktu main lari-lari dengan Miko (kucing gebus kita orang).

Mula-mula tu takdelah panik sangat, biasalah budak-budak main lari-lari then terhantuk (ayat biasa tu ayat sedapkan hati ye...) Sambil buat muka terkejut dan pegang bahagian kepala dia yang sakit, Damien masuk ke bilik kita orang. Selalunya, bila terhantuk, i akan gosok kepala dia dan slow-slow tiup, sambil kata "ok... nanti cepat baik k". supaya dia rasa tenang. Dan kalau ada benjol sekalipun, kita orang akan tekapkan ais then sapu minyak. Tapi kali ni i minta tolong hubby buatkan bagi pihak i. Korang tau apa jadi, bila Damien mula alihkan tangan dia dari bahagian terhantuk tu, tiba-tiba menyembur darah mengalir sampai basah satu muka dan baju. OMG! Dah macam cerita movie zombie dah... I dahlah jenis yang penakut darah, terus rasa macam i pulak yang nak pitam. Cepat-cepat i ambil kain dan pass kan pada hubby untuk tekapkan pada bahagian luka berdarah tu. Waktu tu, risau kalau luka dia terkoyak besar, darah tak nak berhenti atau tetiba dia pengsan. Tapi Alhamdulilah, tak sampai 5 minit darah dekat kepala Damien stop dengan sendirinya lepas kita orang baringkan dia. Paling power, superhero mama papa tak meraung pun (alooo... terharu mama tau sebab dia kuat sangat), keluar air mata pun sebab dia panik je awal-awal tu.

Lepas darah dah stop, i ambil peranan sebagai drebar dari pukul 11:30 malam sampailah 4:30 pagi bawa Damien ke Medical Centre dekat area rumah then berkejar pergi ke Sime Darby Medical Centre dekat Subang Jaya, kemudian lepas surgery balik ke rumah semula. Kesian pulak dekat hubby i sebab dia kena kerja pagi tu jugak, so kenalah give and take dan korbankan kesedapan tidur yang diharapkan dari sampai rumah tadi. Kau ingat senang jadi parent? Kehkehkeh... Adventure gila tau! Waktu dekat Emergency Room, Sime Darby Medical Centre, doktor kata luka Damien quite dalam dan akan ada parut kekal kalau tak treat dengan baik so doktor suggestkan untuk buat plastic surgery. Wohh! Plastic surgery hokeh... Memang mama papa dah tak boleh nak fikir apa dah waktu tu, harap dia cepat baik je. So, kita orang setuju. Tetiba lepas setuju, rasa berdebar-debar pulak. Yelah... selalu dekat tv tengok plastic surgery ni kena cucuk sana-sini bius sebelum operation. Harap sangatlah Damien ok.

I tak masuk untuk tengok sebab tak berani, kang tak pasal-pasal Damien menggelabah kalau tengok air muka i berubah berkerut sebab takut (walaupun sebelum tu kemain bagi kata-kata semangat dekat Damien, "Damien is strong boy. Strong boy shouldn't cry kan? Kena tahan sikit walaupun sakit.") Nasib baiklah hubby i jenis tenang so dialah yang temankan Damien sambil i duduk dekat luar tunggu ngauman / jeritan dari Damien. Dalam 20 minit menunggu, i tak dengar bunyi apa-apa pun. Eh! Senyap je... Tiba-tiba terpacul Damien bersama papa dengan senyuman. Wahh! Pelik pulak i rasa, tak sakit ke kena jahit? Siap tersengih-sengih lagi. Hahaha! Yang i tahu, doktor dan nurse sampai puji Damien sebab langsung tak nangis dan menggelabah. Betapa coolnya superhero mama papa ni.

Kadang-kadang apa terjadi dekat kita ni tanpa disangka-sangka, tengah-tengah elok seronok main dan mama papa cuma dapat rest 10 minit tiba-tiba semuanya boleh bertukar dalam sekelip mata (walaupun hakikatnya dah tertulis pun) so hadapilah dengan tenang (selagi boleh). Bila ada antara kawan atau orang yang kita kenal ditimpa musibah, kalau takde ayat-ayat yang baik untuk dikatakan cukuplah sekadar doa supaya semuanya ok. Sebab hari ni mungkin hari dia, esok lusa mana tahu hari kita pulak. Yelahh... siapa yang nak perkara buruk berlaku, kalau boleh semua nak yang best-best je. Betul tak?

Tapi dalam setiap benda buruk yang terjadi, ada hikmahnya... Hikmahnya tak sangka boleh jumpa balik member baik waktu UiTM yang terpisah dekat 15 tahun, waktu hantar Damien untuk follow-up check-up di Sime Darby Medical Centre. Sebelum tu ada perasan dia dekat Tanjung Malim tapi tak sempat nak tegur dan takut salah orang. Tak sangka kali ni waktu tengah tunggu turn doktor, dapat bersua muka, cium pipi kiri kanan dan bersembang dengan dia macam zaman belajar dulu-dulu. Haishh... banyak betul ketidaksangkaan yang berlaku dalam hidup i sejak akhir-akhir ni.

Ok, this week nak kena bukak stitches. Harap Damien terus kekal handsome. Cepat aminkannn... Hehehe....





Jun 3, 2012

Tips / Cara Menguruskan Rumahtangga

Bila baca tajuk entry dekat atas terasa macam diri sendiri dah bertukar profesion jadi pakar kaunseling rumahtangga pulak rasanya (kihkihkih). Nanti tak pasal-pasal Dato' Dr Fadzilah Kamsah tak boleh cari makan (eh, joking je lah. Ampun Dato' hehehe...) Sebenarnya tips ni diminta oleh seorang Anonymous dalam ruangan komen i dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-membeli-di-ebay.html. Dan soalannya adalah seperti di bawah :-

salam,

blh bg tips mcm mn nk uruskan rumahtangga dgn anak dgn bekerja? i ada 3 org anak.. tlg, kdg2 rasa mcm tak tahu nk buat mana satu dahulu.. tqvm

Sebenarnya i rasa situasi Anonymous ni lebih kurang sama je dengan keadaan diri i. Sama part yang mana satu? Part bekerja, ada anak 3 orang dan takde pembantu rumah domestik (maid lah tu. Hehehe...) Sebab apa i kata dia takde maid, sebab boleh nampak kecelaruan nak uruskan yang mana satu (mak aihh... ayat mengandungi unsur-unsur seorang kaunselor yang tak bertauliah gitu. Memang dah boleh apply ni Hehehe...).
Ikutkan dulu masa ada anak sorang pun i dah rasa kelam-kabut. Rutin tidur, waktu nak bersantai depan televisyen, nak pastikan rumah dalam keadaan kemas dan lain-lain lagi banyak yang berubah dalam sekelip mata. Bayangkanlah dengan baju kerja, i balik dan terus memasak di dapur, bergilir dengan hubby tidurkan anak i sambil bagi susu, bergilir makan malam sebab anak i tak boleh tinggal sorang-sorang, basuh baju yang bertimbun, lipat, kemas barang-barang anak i untuk bawa ke nursery, gosok baju dan kadang-kadang tertidur depan televisyen sebab keletihan (ya, ini kisah benar. Hidup i bukanlah umpama puteri raja yang disediakan segala-galanya tapi lebih kurang macam Cinderella kot. Eceh-ceh... Hehehe). Tapi bila dah lahirkan anak kedua sedikit demi sedikit i belajar macam mana nak mengawal situasi. Kalau boleh, i tak nak umur i tua sebelum waktunya. Hahaha... yelah, terlampau kusyuk buat macam-macam benda dekat rumah sampai tak sedar yang anak-anak i semua dah besar. Lagipun sesiapa yang bekerja di Kuala Lumpur (atau bandar-bandar besar), rasanya korang sedia maklum dengan rutin kerja yang memeningkan dan kesesakan lalu lintas yang tak pernah surut. Jadi dari situ, korang dah boleh agak betapa kacau-bilau nya kehidupan sebenar i.

Jadi dekat bawah ni i berikan beberapa Tips / Cara Menguruskan Rumahtangga versi i sendiri. Yang penting urusan rumahtangga ni boleh jadi mudah kalau dapat kerjasama daripada pasangan masing-masing dan anak-anak. Lagi satu jangan tension-tension. Enjoy every moments' happened sebab lepas ni mungkin kita tak laluinya lagi.

1. Bahagikan tugas kerja di rumah. Contohnya, kalau memasak, uruskan anak-anak dan mengemas rumah dilakukan oleh kaum ibu. Kaum bapa pula ditugaskan untuk urusan pakaian samada mencuci, menyidai dan melipat. Nak lagi seronok dan cepat, lakukan bersama-sama. Cepat siap kerja, cepat boleh relax dan habiskan masa bersama dengan anak-anak (ye tak?)

2. Sentiasa pastikan urusan anak diutamakan dulu sebelum memulakan tugas rumah. Contoh, kalau bangun pagi-pagi, tukar lampin anak dulu, berikan susu, suruh mereka ke tandas, berikan makanan dan bukakan rancangan kegemaran di televisyen. Jadi mereka tak kan ganggu sewaktu kita sedang mengemas.

3. Tetapkan jadual dalam menguruskan segala-galanya. Contoh rutin harian i bila hari bekerja (boleh tengok sini jugak ---> http://www.reenaonline.com/2013/03/tips-rutin-harian-ibu-bekerja.html). Bangun pagi, sediakan susu untuk anak yang kecil. Siapkan anak yang bersekolah terlebih dahulu. Sediakan sarapan ringkas seperti cornflakes bersama susu. Persiapkan diri untuk pergi ke kerja. Suami pula mengambil tugas memasukkan barang-barang yang ingin di bawa ke nursery atau rumah pengasuh ke dalam kereta. Mengangkat anak-anak yang sedang tidur. Bertolak ke destinasi masing-masing. Balik rumah, buatkan susu untuk anak yang kecil. Sediakan bahan-bahan masakan dan masakkan nasi terlebih dahulu. Bersihkan diri dan solat. Memasak bersama suami, makan bersama-sama dan berehat bersama ahli keluarga sambil memastikan kerja sekolah anak diselesaikan. Lipat pakaian dan menyusun kesemua barangan keperluan anak-anak untuk di bawa ke nursery atau rumah pengasuh berhampiran dengan pintu rumah. Begitu juga dengan bekalan dan beg sekolah. Sediakan susu untuk anak dan gosok pakaian sebelum tidur.

Bila rutin ini kerap dilakukan, semua kerja akan jadi lebih pantas dan mudah.

4. Disiplinkan anak-anak untuk lakukan sendiri kerja-kerja seperti mengemas mainan, meletakkan kembali pinggan makan yang kotor di dalam sinki, membasuh tangan selepas makan atau ke tandas. Sebaik-baiknya sediakan satu ruang untuk meletakkan semua barangan mainan mereka. Pastikan ada stool berhampiran dengan sinki atau pun tandas dan sabun untuk mencuci tangan. Kebiasaannya i dah disiplinkan mereka sejak dari bayi lagik. Antara tips untuk disiplin anak-anak, korang boleh rujuk entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/tips-mendisiplinkan-anak-kecil.html dan cara i melatih mereka ke tandas ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/melatih-anak-ke-tandas-potty-training.html.

5. Kanak-kanak mudah lapar dan mudah juga letih selepas seharian bermain. Jadi biarkan mereka cuba menguruskan diri mereka sendiri. Apa yang penting, korang sediakan makanan di dalam bekas plastik kedap udara yang mudah dicapai, botol minuman, bantal dan tilam berhampiran dengan tempat bermain atau berdekatan televisyen. Jadi sekiranya korang di tingkat atas sedang mengemas bilik anak-anak, korang tak perlu untuk naik dan turun tangga semata-mata nak dapatkan keperluan anak-anak.

6. Masak makanan yang ringkas dan lakukan kerja dapur dengan pantas. Bagaimana? Boleh tengok tips i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2008/09/cara-mudah-memasak-di-rumah.html.

7. Tak perlu sampai rasa tertekan bila menguruskan rumah. Bila rasa letih. Berhenti buat kerja dan buat apa yang korang rasa gembira. Macam cari resepi baru ke, bersembang dengan anak-anak dan pasangan serta buka rancangan TV kegemaran. Jangan rasa tertekan dengan keadaan rumah yang bersepah. Biarkan anak-anak menikmati waktu gembira mereka, bila dorang dah tak nak main. Minta dorang kemaskan balik ke tempat asal. Dan yang paling-paling penting, jangan wujudkan konflik emosi dalam diri sampai nak marah-marah pada anak dan pasangan. Cuba bertenang. Bila semua dalam keadaan positif, semua orang gembira buat tugasan masing-masing dalam rumah. Macam mana pun ketegasan tu penting. Tegas tak semestinya kena membebel marah-marah tau. Hehehe... Tegas macam mana? Kenalah baca entry i yang ini sampai habis ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/tips-mendisiplinkan-anak-kecil.html.

Ok, inilah antara Tips Menguruskan Rumahtangga yang dilakukan oleh i. I harap Anonymous dan kawan-kawan yang lain berpuas hati ye. Tips ini tak boleh selesaikan semua kerja rumah dalam sekelip mata, macam buat magic (kalau betul-betul ada, i pun nak superpower magic macam gini). Hehehe... tapi sekurang-kurangnya dapat membantu korang bagaimana nak menguruskan masa di rumah dengan berkesan. Di samping dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan pasangan dan anak masing-masing. Ingat, enjoy every moments' happened, family is number one!

RUMAHKU SYURGAKU



Takpe... sekali-sekala buat sepah... takpe... (urut dada)...
Demam-demam ni mama lepak dengan Care Bear 'I Love You' ajelah.

p/s : Adehhh... besok dah hari Isnin ke? (muka tension) Hahaha...

Apr 2, 2012

Melatih Anak ke Tandas / Potty Training

Kalau dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2009/09/potty-problem.html, i pernah ceritakan masalah potty atau senang cakap masalah belajar buang air kecil dan air besar (atau lagik best dalam bahasa pasarnya, kencing dengan berak lah tu. Hehehe) masa anak i yang sulung, Danish berumur 3 tahun. Alhamdulilah masalah tu selesai tak sampai sebulan lepas i pening kepala macam mana nak latih Danish ke tandas. Daripada pengalaman melatih Danish ni, sedikit sebanyak. I dah boleh kendalikan (handle) anak i yang kedua dan yang ketiga. Apa yang i belajar daripada pengalaman i sebelum ni, sebagai ibu bapa kita kena jangan putus asa (give up) dan yang paling penting kena banyak bersabar, sabar dan sabar. Hahaha... siapa yang belum kahwin bila baca entry ni, dah mula kerut-kerut dahi. Jeng-jeng-jeng, bukan senang nak jadi ibu bapa ni. Banyak tanggungjawab nak kena pikul bermula mereka dilahirkan ke dunia lagik tau (phewww...)

Sebenarnya i pernah dengar, ada sesetengah ibu bapa yang dah melatih dan ajar anak dorang buang air kecil / besar bermula dua minggu pertama dilahirkan. Eh, ye ke? Macam mana tu? Caranya ialah, setiap awal pagi, petang dan malam (bergantung dari kekerapan bayi korang minum susu), korang bukakan lampin /  diapers. Pegang bayi korang sambil dudukkannya di dalam timba atau tab mandi untuk beberapa minit. Dan biarkan bayi korang merasa selesa untuk buang air kecil / besar dengan sendirinya. Sekiranya bayi korang menangis dan tidak memberi sebarang tindak balas untuk buang air kecil / besar. Jangan paksa mereka dan cepat-cepat angkat mereka. Apa yang korang perlu ingat ialah jangan biarkan bayi korang terlalu lama tanpa pakaian, takut dikhuatiri selsema / batuk.

Walaubagaimanapun teknik ni tak pernah pun diguna pakai oleh i selama ni, sebab sepanjang waktu berpantang, i menguruskan sendiri anak-anak i dan diri i sendiri. Jadi rasanya, macam memenatkan pulak nak kena tunggu lama-lama dalam tandas ditambah dengan keadaan diri i yang tak berapa sihat lagik. Sebab tu lah, i fikir waktu yang paling baik melatih anak-anak i ialah bila mereka mula memasuki usia 3 tahun. Pada umur 3 tahun kebiasaannya kanak-kanak dah mula memahami apa yang kita perkatakan dan menerima tunjuk ajar. Apa yang kita perlu buat ialah menjadikan acara masuk ke tandas ni sebagai acara yang menyeronokkan (alahai... seronoklah untuk dorang tapi untuk mama papanya pulak... Pengsan nak kena cuci. Hehehe).

I paling tak suka nak latih anak i buang air kecil / besar dengan gunakan tandas latihan / training potty. Walaupun tandas training potty ni comel-comel warnanya. Suka jugaklah i belek tandas ni, bila pergi ke pasaraya / shopping complex. Apa yang buat i tak suka atau tak sanggup nak menghadapi tandas ni, bab nak cuci lepas dorang guna. Mak aihh... terus takde selera nak makan sebulan jadinya. Hehehe... Jadi latihan ke tandas untuk anak-anak i banyak melibatkan pengaruh psikologi, ganjaran (reward) dan emosi. Yelah... bila ada ganjaran barulah bersemangat sikit nak dengar cakapkan? (Seronok betul jadi budak kecik kan?)

NAK TAHU TIPS / CARA I MELATIH ANAK KE TANDAS? JOM BACA...

Pengaruh psikologi yang i maksudkan dekat sini ialah mencantikkan keadaan tandas, sediakan foot stool / bangku kaki, tempat gantung tuala yang senang dicapai, bib tap / pancur air paip yang mudah untuk dorang pegang dan gunakan serta bekas sabun yang mudah ditekan untuk mencuci tangan selepas menggunakan tandas. Nak tengok gambar / rupa tandas dekat bilik anak i selepas ditampal pelekat / sticker mickey / minie mouse, korang boleh belek dekat entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2009/02/jom-tantekkan-toilet-anda.html.

Manakala untuk reward pulak, selalunya i akan belikan underpants / panties yang comel-comel untuk dorang pakai. Macam si abang, Danish, i akan belikan gambar kartun kegemarannya, Ben 10. Untuk Ariana pulak, tak lain tak bukan ialah Hello Kitty. Tapi terpulanglah untuk korang nak hadiahkan reward yang macam mana. Janji anak korang berbahagia. Hehehe...

Untuk emosi pulak, lebih tertumpu sewaktu di awal latihan dorang ke tandas. Waktu ni, korang kenalah kerap / berkali-kali ulang soalan yang sama kepada dorang, "nak kencing ke?" atau "nak berak ke?" atau "nak pergi tandas tak?" Bunyi soalan ni memang ringkas tapi cukup annoying kepada dorang. Bila dah kerap ditanyakan / disuruh untuk pergi ke tandas, secara automatik dorang akan terbiasa pergi ke tandas tanpa disuruh. Jangan korang pulak yang rasa tak larat nak ulang soalan yang sama, sudah. Hehehe... Malah i tunjukkan jugak cerita kanak-kanak macam Monster Inc sebagai contoh terbaik kalau dorang boleh pergi ke tandas sendiri (ada bahagian dalam cerita ini waktu Boo (kanak-kanak perempuan yang comel) pergi ke tandas dengan sendirinya. Selain tu, i explain / terangkan dekat dorang yang diapers hanya digunakan oleh bayi bukan untuk kanak-kanak yang nak pergi ke sekolah. Jadi kalau nak pergi sekolah, dorang kenalah belajar berdikari buang air kecil / besar di tandas.

Ikutkan tips ni simple je dan senang untuk korang apply / gunakan ke atas anak-anak korang. Cuma macam i katakan di awal entry, korang kena selalu banyak bersabar menghadapi kemungkinan yang tak dijangka. Contohnya kalau tiba-tiba carpet / permaidani korang basah gara-gara air hujan yang tak disangka-sangka. Huhuhu... Awal-awal memanglah macam tu, nak buat macam mana kan? Berilah dorang peluang untuk belajar daripada kesilapan sebab dari kesilapanlah dorang tahu mana yang baik dan mana yang buruk (tapi kalau dah tua bangka umur 17 tahun buat perangai macam gini, memang dah takde peluang dah ni. Eh, hehehe).

Gambar bawah, korang boleh tengok i dan hubby sediakan pancur air untuk mencuci dan foot stool untuk memudahkan anak-anak i turun dan naik sewaktu gunakan tandas dan cuci tangan di sinki. Bila dah sediakan segala kemudahan ni dekat tandas, anak-anak i boleh pergi ke tandas sendiri tanpa bantuan mama papanya (yeay!)





p/s : Jagalah kebersihan tandas. Teringat slogan dekat emel yang i pernah dapat "anak kucing, anak tikus, lepas kencing, tolong jirus". Kadang-kadang tu, i pelik jugak dekat perangai sesetengah orang yang tak reti bersihkan tandas lepas gunakan. Dekat rumah sendiri pun agaknya dia buat perangai macam gitu kot. Euwww...

Aug 17, 2010

Tips Mendisiplinkan Anak Kecil

Orang tua-tua kata Melentur Buluh biarlah Dari Rebungnya.
Tapi bila dah jadi buluh, dah tak boleh lentur lagik. Korang bolehlah buat masak lemang.
Sedap dimakan, perut pun kenyang.
Hoi!! apa engkau merepek ni labu~
Haha~jangan marah daa~
Kalau zaman mak ayah kita dulu-dulu, dorang kata, bila kecil-kecil buat nakal.
Cara nak disiplinkan dorang ialah dengan R.O.T.A.N
Huishh~takut ok dengar perkataan rotan atau sebatan ni, lebih-lebih lagik bila dengar sound effect 'Dushh Syummm' yang keluar dari mulut rotan tu.
Baru dengar macam tu je automatic korang akan rasa macam nak terkucil, betul tak?
*eee~ala-ala scary movie macam tengok hantu jugaklah*
Memang dahsyat sungguh kuasa rotan ini *ish..ish..ish..*

"source from google"

Walaupun aku tak pernah kena rotan *eceh~nak kata aku ni tak pernah buat nakallah tu waktu kecik-kecik,sejuk je perut mak akukan! hihi~*
dan seboleh-bolehnya aku taknak rotan anak-anak aku kalau buat nakal.
Tahla ek, rotan ni aku rasa macam tak praktikal sangat untuk budak-budak kecil moden yang bijak berkata-kata.
Lagi satu, dah macam penderaan. Yelah bila kuasa dah ada dekat tangan, kita akan jadi lupa daratan diri. Konon nak bagi warning tapi kita jadi over acting react *oppss~terlebey sudah*
Cuba bayangkan kalau tetiba korang kena pukul dengan orang yang korang tak kenal tanpa sebab. Tup-tup orang tu mintak maaf kononnya tak sengaja buat macam tu. Korang rasa macam mana?
Nak terima dengan rela hati *ish~tak percaya aku* Confirm korang rasa tak puas hati, betul tak?
So, aku rasa macam tu jugaklah dengan perasaan budak-budak kecil.

Jadi pendekatan secara psychology rasanya lagik berjaya kot dari buat kekerasan melampau.
Memang lambat dorang nak terima apa yang kita cuba explain, tapi lama-lama dorang akan paham dan ikut.

Kalau tanya cara aku mendisiplinkan anak kecil aku yang 3 orang tu.
First, aku memang kena banyak bercakap *eh, bukan membebel k. Membebel tu kategori tak henti-henti bercakap benda yang annoying sampai rasa macam nak cabut telinga sendiri masuk dalam poket seluar~haha~*
Bercakap dekat sini, lebih kepada memberitahu benda yang sama berulang-ulang kali.
Contoh: 'Dah lepas main, please kemas semua mainan tu', 'Dah habis makan, please letak plate dekat sinki', 'Dah ambil barang tu, letak balik dekat tempat asalnya' dan bla.. bla.. bla..
Aku akui formula ni agak slow untuk diterima oleh budak-budak kecil ni sebab dorang senang sangat terlupa apa yang kita ingatkan tu. Tapi percaya tak, kalau aku cakap anak aku yang sulung 'Danish~4tahun' dah boleh diharapkan. Sekarang ni, dia jadi assistant bercakap bagi pihak aku untuk adik-adik dia. Haha~aku panggil dia Hanny Manny Helper *ni pengaruh cerita kartun Hanny Manny yang dekat channel 613 tuhla*

Second, banyakkan pengaruhi anak-anak kecil dengan cerita-cerita yang berfaedah dan bertauladan baik. Walaupun Ultraman tu baik sebab tolong orang ramai bunuh raksasa, tapi part pukul-pukul tu yang aku tak suka. Violence hokeh! Lagik satu, budak jadi confuse, nanti dorang pikir cara nak selesaikan masalah senang je, main pukul-pukul orang macam tu aje. So, aku recommend sangat-sangat korang bukakkan channel 613 untuk anak-anak korang start dari baby lagik. Sebabnya selain men'improve'kan english language dorang, anak-anak korang akan pandai nasihatkan korang pulak. Siap bagitau mana yang elok untuk buat dan mana yang tak elok. Dan cikgu english yang ajar aku dan hubby setiap kali kitaorang tersalah guna satu-satu perkataan english sekarang ni ialah Danish *masalahnya english Danish UK Version, perghh~ Mama Papa dia pulak Manglish Version haha~ kesabaran jelah aku jadinya.*

Third, susun atur rumah pun memainkan peranan penting untuk didik anak-anak kecik ni. Kalau tengok entry aku yang sebelum ni http://www.reenaonline.com/2009/07/rumahku-syurgaku.html korang boleh tengok aku sediakan tempat untuk anak-anak aku bermain, bekas-bekas/kotak mainan untuk simpan semua barang mainan yang dah main, tempat untuk landing tidur bila dah penat bermain, tempat untuk ambil air masak, board untuk conteng-conteng *ni antara cara-cara nak elakkan daripada dinding rumah kita orang jadi mangsa graffiti :P haha~*, meja dan kerusi untuk baca buku/makan/coloring, tempat hanging towel untuk memudahkan anak aku capai lepas keluar toilet dan macam-macam lagik. Sebenarnya dengan cara macam ni, korang dah train anak-anak kecil korang supaya berdikari sendiri. Dan kaedah ni pada aku boleh melebihkan masa untuk diri korang sendiri, takdelah anak-anak nak harapkan mama papanya je sepanjang masa. *Hmm~aku ingat nanti one day nak ajar anak aku lipat bajulah pulak~haha~*

Forth, sediakan jadual waktu untuk anak-anak kecil ni. Contoh : bangun tidur pukul berapa, lepas bangun kena mandi, breakfast, nap, lunch, tengok tv, nap, minum petang, tengok tv, dinner, minum susu dan tidur. Maybe jadual waktu ni adakalanya kurang berkesan untuk anak-anak aku. So bila kena macam ni, sebagai ibubapa korang kenalah ambil peranan jadi tegas lebih sikit. Selalunya kalau kat rumah aku, yang tukang ambil peranan tegas nih akulah orangnya. Haishh~tak taulah kenapa anak-anak aku kalau dengan papa dia selalu tak menjadi. *Agaknya muka mama dia ni, ada iras-iras cikgu besau kot ekekeke~*

Fifth, bila anak-anak kecil buat silap, jangan sesekali dibiarkan macam tu aje. Maksud aku, janganlah korang anggap 'tak apelah, dorang kan kecik lagik'. Hah~nihla yang selalunya mewujudkan ke'spoil'an perangai anak-anak korang bila dah besar nanti. Contoh: kalau anak-anak tak sengaja pecahkan pasu bunga korang yang comel-lote tu, korang nasihatkan dengan elok. Cakap je lain kali, taknak main dekat dengan pasu mama. Kalau jatuh dekat kaki ke, atau terkena serpih pasu tukan merbahaya. Dan kalau perkara tu disengajakan even dah diberi warning bersound mulut sampai 3 kali. Korang tepuk jelah tangan anak korang tu sebagai tanda yang dia dah buat silap, jangan lupa explain sekali dekat dia yang tujuan korang buat macam tu sebab korang taknak sesuatu yang tak elok jadi, selalulah membiasakan diri memberitahu anak-anak, yang korang sayang dekat dia. Insya-Allah anak-anak korang akan paham dan percayalah, mereka akan lebih respect korang sebagai ibubapa.

Sixth, jadikan diri anda contoh terbaik untuk anak anda ikuti bila mendisiplinkan anak-anak. Yelah, janganlah pulak tang anak-anak kita marah bila buang sampah merata-rata tapi sebenarnya kita pun 2x5 jugak selamba campak tisu keluar dari kereta. Kalau korang kena marah tak pasal-pasal macam ni pun, mesti korang kata 'alahh~cakap tak serupa bikin'. Mulalah nak jadi pemberontak dalam senyap, rasa tak puas hati je. So, yang penting, korang pun kena belajar untuk berdisiplin jugak. Takpun cuba letak situasi korang dalam diri anak-anak anda. Sekurang-kurangnya korang akan lebih memahami perasaan anak-anak korang. Macam aku pulak, bila anak aku menangis aku pun tak pasal-pasal rasa macam nak nangis sama huhu~sedangkan dorang nangis sebab aku jugak yang tak bagi beli apa-apa yang dorang nak, contohnya : beli gula-gula. Haishh~nak buat macam mana, gula-gula tak bagus untuk tumbesaran gigi kanak-kanak hokeh! :)

Seventh, disiplinkan anak-anak kecil dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat. Aku memang fussy bab-bab makanan ni. Sebab tulah aku sentiasa kekal langsing menawan *eh, jangan perasan hokeh, ni pasal anak-anak kecil* Yelah, yelah tak bagi chance langsung~haha~ Kebanyakan makanan anak aku memang habis dicatu oleh aku. Kiranya makanan yang boleh dimakan oleh anak aku mesti dapat approval dari aku dulu. Kalau tak, pengawas tua ini akan sembunyikan makanan tu, untuk dimakan sewaktu semua anak-anak tengah tidur *kejam sungguh~tihihi~* Nihla antara senarai makanan yang tak mendapat sijil pengiktirafan dari aku : gula-gula, jajan/cikedees *makanan ringan*, chocolate, makanan yang mengandungi unsur pewarna, garam berlebihan *atau ajinomoto berlebihan*, gula berlebihan, air berkarbonat/bergas/berais, kesemua air-air manis kecuali vitagen, yogurt atau yakult dan makanan terlebih minyak *selalunya terjadi kalau beli ayam goreng dekat pasar malam*. Percaya tak, bila mereka tak dibiasakan dengan makanan-makanan yang pelik macam ni, even dioffer oleh orang lain contoh terdekat rakan seusia mereka. Mereka confirm akan menolaknya.

Eighth, faktor suara pun boleh mempengaruhi cara mendisiplinkan anak-anak kecil tau. Bunyi macam kelakarkan? Tapi serius menjadi hokeh sebabnya anak-anak kecil mudah keliru dengan apa yang kita perkatakan. Kiranya bila kita marah tapi suara macam nak ajak main gurau-gurau *aku pun confused kalau macam tu, kau ni nak marah ke nak ajak bergurau* So, bila bercakap dengan anak-anak tu, korang gunakanlah nada-nada yang berasingan. Contohnya, bila anak berjaya buat sesuatu, korang keluarkan suara excited yang korang happy dengan kejayaannya. Bila korang tak bagi dia buat sesuatu macam bermain depan kipas ke atau pasu bunga ke. Memula tu korang keluarkanlah suara amaran biasa untuk mengingatkan dorang yang perkara tu merbahaya. Dan kalau suara amaran biasa tu, tak diterima sampai 3 kali, barulah korang keluarkan suara amaran besar sebagai tanda yang korang betul-betul serius dengan apa yang korang perkatakan. Kalau boleh taknak dia ulang perbuatan yang sama.

Aku mengaku bukan mudah bertitlekan ibu bapa ni. Besar tanggungjawabnya, serius kadang-kadang timbul jugak rasa give-up bila anak-anak tak dengar cakap kita. Tapi tuhla dia, tuhan selalu cakap banyak ganjaran untuk orang-orang yang bersabar. Bersabarlah k, tak rugi mana pun~ Dalam mendisiplinkan anak-anak ni, bagilah mereka peluang jugak untuk menikmati dunia kanak-kanak. Kesianlah pulak, kalau semua benda dorang tak boleh buat. Dah macam duduk dekat camp militarylah pulak gayanya hehe~

Oklah, guru disiplin dah ngantuk nak tidur. Bye semua :)


Aug 14, 2010

Bila Berkongsi Dunia dengan Anak Kecil

Dunia anak kecil memang berbeza sangat dengan dunia orang dewasa.
*bila dah mula ayat macam gini, kenalah korang terima kenyataan entry aku kali ni menuju kearah ke'skema'an ibubapa hokeh. Nada dengan ayat kena jadi more serious gitu. Ibu bapalah katakan.. ekekekeke~*

Memandangkan korang pun sedia maklum yang aku ada anak dari umur 4 tahun, 2 tahun dan 1 tahun.
So, sikit-sikit aku dah kumpul macam-macam pengalaman dan melayan macam-macam karenah anak aku yang ada masanya aku rasa, macam nak guling-guling je atas lantai marbles aku tuh. Ingat dorang je boleh buat, aku pun terror jugak tau..haha~

Antara perkara-perkara yang korang kena redha bila dah berkongsi dunia dengan anak kecil ialah:

  1. Segala handphone, komputer, remote-control, DVD player, barang mekap & harta benda anda yang selama ni anda nak beli sampai kena ikat perut 5,6 bulan, dengan perasaan tanpa bersalah boleh dihempas, diketuk-ketuk dan dipicit-picit macam barang tu cuma bernilai RM5.00 je.
  2. Rumah anda tak perlukan Eric Leong untuk didecoratekan. Anak anda sedia membantu mendecoratekan dengan color pencil, stickers, bekas tumpah makanan/air atau buku-buku anda yang dikoyakkan.
  3. Rumah anda juga akan sentiasa meriah dengan suara anak anda, dibantu dengan sound system yang direka khas oleh anda sendiri.
  4. Anda kena belajar cakap ala-ala Rappers, sebab apa? Sebab anak anda suka mendengar ayat-ayat yang berulang-ulang kali diperkatakan oleh anda.
  5. Anda juga kena practise buat kerja yang sama berulang-ulang kali. Contohnya : mengemas rumah tanpa henti, mengelap air/makanan tumpah dan mencuci pakaian.
  6. Kalau nak keluar rumah atau nak shopping-shopping, anda memerlukan masa 1 jam untuk seorang anak disiapkan berserta dengan bekalan dorang yang hendak dibawa. Meaning~kalau macam aku ada 3 orang anak kecil, so 3 jamlah masa untuk kami bersiap. Kalau dah plan nak keluar pukul 10 pagi, aku dah kena budget pukul 7 pagi semua orang dah siap-siap bangun tidur.
  7. Secara automatic bekalan sampah rumah anda akan bertambah, sebab entahlah, tiba-tiba anda akan perasan banyak barang yang sebelum ni elok je, tiba-tiba boleh hilang tangkai, pecah atau terus tak boleh guna.
  8. Anda juga akan menjumpai pelbagai barangan pelik *toys* mereka di setiap pelusuk rumah. Celah langsir, celah kerusi, belakang kabinet tv, bawah meja makan & kadang-kadang tu dalam periuk nasi ataupun handbag anda sendiri!

Itulah antara senarai-senarai yang korang kena terima kenyataan bila dah berkongsi dunia dengan anak kecil. Kalau ada senarai tambahan lain lagik, yang aku terlupa nak sharing, korang tambahlah sendiri k.

Walaupun bunyi macam memenatkan, menyampahan dan menguji tahap kesabaran terlampau, korang janganlah rasa suspen/panik nak ada anak kecik pulak k~anggap ni macam satu adventurous dalam kehidupan korang gitu. Korang kenalah memaksa diri korang tu untuk belajar terima kenyataan, sebabnya korang pun kecik-kecik sebenarnya sama gak macam tu. Suka-suka je membuli mak ayah korang. *Ohh, mentang-mentang dah beso, lupa pulak dia yek? :P*

Kalau tanya macam mana aku & hubby handle semua ni, huhu~jawapan standard aku: Kita enjoy saja !! :)


"Dunia Toys anak aku. Buzz Lightyear tuh korang agak-agak dia boleh hidup tak? Kalau aku jumpa dia boleh jalan-jalan sendiri, aku ajak dia join aku kemas rumah~haha~"

Jun 11, 2010

Tips Mengenali Punca Bayi Anda Menangis

Hye kawan-kawan.... Meh... meh.. hari nih aku rajin sket. Ehh... silap bukan ke hari-hari kena rajin ke?... hihi... actuallly extra rajin sikit. Aku nak show-op pic DAMIEN yang semakin hari semakin membeso nih. Wink-wink mate tak sampai sepuluh kali, eh... eh... aku tengok DAMIEN dah beso...nak masuk 8bulan dah on 22 JUNE 2010 nih ... Ala... anak-anak mama nih semua, bio kecik jeeee sampai bile-bile kan best. Nanti dah beso mama tak bole lagik nak dukung macam sekarang nih, kompom patah pinggang mama nih. Tak bole nak lepak sama-sama sebab semua dah sebuk nak ade gf or bf... haishhh.... gf/bf? Lepas tuh aku dapat menantu... arghhh... taknak cite itu semua... Kompom rase janggal ade besan-besan nih... haha...
"MY HENSEM BOY-DAMIEN"

Tetiba muncul besan-besan nih apehal? Haha... aku nak balik Kedah nih sebenarnye *sekejap je lagik nih*, ade kenduri kawen adek ipar aku a.k.a adik hubby aku. Minggu lepas baru balik Kuala Terengganu, kenduri sebelah pompuan. Tak sempat pon nak meronda lebeh dekat Kuala Terengganu tuh tapi aku baru tau rupa-rupanye Kuala Terengganu nih takde SHOPPING COMPLEX da.... Konon berjanji dengan DANISH nak pegi TOYSRUS haha... so ke Kuala Lumpur ler jugak jawabnya. Ehh.. bukan eksen sebab Kuala Terengganu nih takde SHOPPING COMPLEX taw tapi pengpaham jela anak-anak aku semua tecik-tecik, tak tahan cuaca panas *kulit mahal... tihihi* & aku kalo jenjalan nak tengok-tengok barang nih kurang gemor nak dukung-dukung, nanti dorang tak selesa kalo nak tido bagai. So, kenala bawak stroller. Bawak stroller jalan-jalan kat kawasan PASAR PAYANG, wehhh.... lupakan jela... baek aku duduk dalam bilik hotel.

Kat Kuala Terengganu nih, aku sefamily & family hubby aku stay dekat PRIMULA BEACH RESORT 3 hari, 2malam. Hotel nih betol-betol berdepan dengan pantai & dekat dengan kawasan bandar. Memang cantekla view dia, lagipon bilik aku mengadap btol-btol depan pantai *syok...syok... indah sangat terasa... chewah...* Kalo ade kesempatan lebeh aku upload pic-pic kat sana k...

Time makan bekpes dekat hotel nih, aku nampak satu pasangan, ade sorang anak umo 5 tahun dengan baby baru umo 3 bulan kot. Kenapa tetiba nak cerita pasal dorang nih sebab anak dia yang kecik tak berhenti menanges. Dahla meja makan aku kira bersebelah dengan meja makan dia. Dengar sore anak dia menanges memang annoying sangat, aku cam rase nak ambik je budak tuh, nak tolong dukung dan senyapkan je. Tapi masalahnye mak dia tuh, setiap kali tuh budak tuh menjerit nanges, setiap kali tuh jugak mak dia dok sumbat botol susu dekat mulut anak dia. Meraung-raung tak hingat la budak tuh jadinya. Adehhh... mane bole buat macam tuh, bahaya dan bole buat baby tuh choking k. Aku yang rase serba-salah nih, asek-asek bangun ambik makanan *tak pasal-pasal kena bekpes banyak hari tuh...huhuhu* sebab tak sanggup nak dengar sore budak tuh. Naseb anak-anak aku termasuk DAMIEN, diam tak bersuara, maybe pelik tengok cara budak tuh nanges kot. Risau gak aku kalo tetiba DAMIEN nanges jugak, manela tau DAMIEN ber'communication' dengan baby tuh ke... mau hilang mood mama nak makan jadinya kalo jadi cam gitu... haha...

So, kat sini aku nak bagi tips la untuk ibu-ibu yang baru bergelar ibu ke, atau maybe dah lupe macam mana nak handle baby menanges. Takdela expert sangat tang baby nih tapi aku memang suka membaca & yang beri kelebihan untuk aku tau pasal baby nih sebab anak-anak aku 3 orang tuh semua jarak dekat-dekat so aku banyak belajar dari experience sendiri. Kalo nak tau baby yang hepi ialah baby yang cukup makan, cukup tido & penuh dengan kasih sayang.
Panduan & Tips mengetahui tanda-tanda baby menanges ialah:-

1. Baby tak reti berkomunikasi, so kalo dia menangis tuh tandanya samada dia sakit, tak suke tentang satu-satu perkara macam terlalu panas, sejuk dan nyamuk, tak habis disendawakan, badan tak sihat, buang air beso, pampers dah lebeh muatan, lapar atau letih nak tido. So, setiap kali baby menangis cuba kenali punca-punca tangisan baby anda k.

2. Tolong jangan sekali-kali memberi baby anda susu sekiranya baby tidak menghisapnya tapi terus-terusan menangis. Ini boleh menyebabkan baby anda choking. Sekiranya anda pasti baby anda sememangnya lapar, letakkan baby anda dibahu, urut perlahan-lahan belakangnya dan cuba sendawakan sekali lagik. Kemudian cuba berikan susu untuk baby anda sekali lagi.

3. Pastikan baby dalam keadaan selesa, tidak berbaju terlalu ketat, tebal dan tentukannya berdasarkan keadaan suhu disekeliling anda. Kalo menggunakan aircond gunakan suhu di antara 27c dan 29c. Kalo di tempat-tempat panas, gunakan payung atau tutupkan kepalanya & jangan lupa untuk membawa kipas tangan atas kipas kecil berbateri.

4. Pastikan keadaan susu yang diberikan kepada baby bukan susu lebihan yang dibuat sejam sebelum itu atau keadaan susu yang terlalu panas. Sukatan susu kebiasaannya ada diberikan di tin mengikut tahap tumbesaran baby jadi cara untuk memastikan baby anda menghabiskan susunya setiap kali diberikan ialah apabila baby anda menolak susu selepas separuh diberikan, sendawakannya dan cuba berikan sekali lagi. Sekiranya baby anda menolak sekali lagi bermakna baby anda telah pun kenyang. Berikan baby anda susu setiap 3 jam sekali, walaubagaimanapun bergantung mengikut sukatan baby anda.

5. Sediakan satu bantal khas untuk baby anda. Baby kebiasaannya selesa tido bersama bantal kegemarannya sahaja. Jadi sekiranya baby anda menangis disebabkan mahu tido, berikan bantal tersebut dan baby akan tido dengan lenanya.

6. Prevent better than cure jadi sekiranya anda lihat baby anda menangis disebabkan mempunyai tanda-tanda ruam atau kelihatan demam, sapu dan berikan ubat yang bersesuaian dengan baby anda atau bawa terus ke klinik secepat mungkin. Jangan sekali-kali membiarkan ianya menjadi teruk.

Jadi selamat bermanja dengan baby anda yang chomel itu... muahhhh....





Follow reena_onn on Twitter

May 5, 2010

Tips Sekiranya Anak Mengalami Cirit-Birit


Ini Pic Ariana yang admitted dekat SDMC (Sime Darby Medical Centre) on 1st April 2010 bulan lepas gara-gara diarrhea under Doctor Ali observation. Kalo ingat-ingat balik situation waktu Ariana masuk hospital mase tuh memang kelam-kabut sangat-sangat aku rase. Masalahnye bukan Ariana sorang saje yang kena diarrhea. Danish, Damien termasuk aku sendiri pon terkena serangan diarrhea pada waktu yang sama jugak except untuk hubby aku *he's SUPERMAN :)*

Apa punca? Kate doktor maybe kami semua *alololo mama pon dah termasuk golongan budak kecik skali nih* sensitif dengan air kotor. Maklumla rumah aku waktu tuh blom lagik pasang water filter untuk menapis kotoran terlampau yang mengganggu sistem penghadaman kami *chewahhh~~* owhh tetapi kini, rumah kami sudah ada water filter & air RO aka Reverse Osmosis *yeayyy...*

Camnepon time tuh, aku, Danish & Damien takdela admitted dekat hospital walopun ikutkan doktor dah nak kuarkan letter untuk aku masuk hospital skali. Sebab pikir macam susah pulak untuk hubby aku handle Damien yang still kecik lagik dekat ngumah, aku kena make sure diri aku sesihat yang boleh walopun macam rase nak pitam. Apetaknye, bukan senang nak handle 2 orang anak yang sakit dengan diri aku yang tak berapa sihat. Jangan ditanye berape kali aku berulang-alik dari toilet dengan ruang tamu gara-gara Danish muntah dekat carpet & cirit-birit berulang-ulang kali. Baju kotor jugak secara tak langsung menimbun untuk diberus *perghhh~~* Damien pulak, walopun terkena cirit-birit jugak tapi lepas aku tukokan susu kepada soy-based dia dah bole tido, cirit-birit kurang & bole minum susu soy-based macam biase *alhamdulilah~~* Tak menanges ke aku?? haha... soklan sensitip tuh... siyes rase macam nak nanges tapi sebab PENAT tuh melampau sangat, aku sampai tak sempat nak kuarkan air mate. Dugaan dalam hidup tuh, kite anggap je macam process of life learning. Kalo kite pikir hidup kite susah untuk waktu tuh, ramai lagik yang hidup susah mungkin lagik hebat sampai bertahun-tahun berdepan dengan perkara yang sama. So macam biase, aku try  to be RASIONALE :)

Tapi kenape Ariana aku & hubby masukkan ke hospital? Sebabnye condition Ariana yang btol-btol lemah~dia langsung tak bole bangun, 4 days straight muntah-muntah, demam, tak bole makan ape-ape & cirit-birit non-stop. Ikutkan sebenarnye condition Danish pon lebih kurang sama macam Ariana cume Danish quite stronger than Ariana. Hubby akulah yang temankan Ariana dekat hospital selama 4 hari. Dan aku still jugak drive ke hospital untuk tengok-tengokkan Ariana. Maklumla Ariana memang manja sangat-sangat dengan mama dia yang chomel ini *sempattt lagik tuh~~ haha*.

Minggu yang sedey & cukup EXHAUSTED untuk aku. Sedey sebab suara-suara kecoh 3 orang budak kecik buat rumah kami jadi sunyi & exhausted sebab iyerrrr~~ aku kena bekerja 48jam sehari!

Kat sini, aku bagi tips untuk ibu-ibu atau bapak-bapak yang mengalami situation di mana anak korang ada tanda-tanda cirit-birit, muntah & demam lebih-lebih lagik untuk anak yang di bawah usia 2 tahun:

  1. Hentikan pemberian susu berasaskan lembu atau susu laktosa dengan serta-merta.
  2. Tukarkan kepada susu berasaskan soya atau susu tanpa laktosa sepanjang anak anda mengalami keadaan cirit-birit *jenama susu yang disyorkan ialah isomil ataupun bebelac*.
  3. Sekiranya muntah masih berlarutan, hentikan sebarang pemberian susu selama 2 jam untuk menstabilkan keadaan perut anak anda atau berikan Jus buah *yang biasanye terdapat dalam botol kecil seperti brand gerber atau heintz*. Air masak juga cukup digalakkan untuk mengelakkan anak anda dari mengalami kekurangan air dalam badan *dehydration*.
  4. Sapukan minyak telon ke bahagian perot & tapak kaki anak anda untuk memberikan sedikit kelegaan.
  5. Bawakan anak anda secepat mungkin ke klinik sekiranya masih menunjukkan tanda-tanda lemah & muntah secara berlarutan.

Nov 6, 2009

Ariana Terjatuh (T_T)

Siannn... sayang mama...

 


Huhuhu.... benda yang paling aku takut terjadi gak...
ARIANA TERJATOH & INJURED
 Ariana memang dah lasak sket sekarang nih, maklumla budak kecik dah dapat kaki ler katakan...
Dah tuh... ditambah pulak dengan hasil tunjuk ajar ABANG LONG dia... tuh yang makin menjadi-jadi kelasakan dia sekarang nih...
Ikutkan dari bulan lepas lagik Ariana dah start praktis panjat-memanjat nih...
Dan dah banyak kali gak lerr aku terJERIT-JERIT macam askar pencen bile dia cuba panjat kosi dekat rumah kita orang tuh...

Tapi perkara dah nak jadi ler katakan... so, akhirnya semalam 5/11/2009 Ariana terjatuh jugak terkena bucu meja...

Waktu kejadian tuh, aku kat tingkat atas dok layan si chomel lote Damien...
Ariana plak together-gether dengan mak tok, tok bak & Danish dekat bawah...
Tetiba aku dengar bunyi PANGGG!!, then ditambah plak dengan suara Ariana meraung...
"Huhuhu... somethin' wrong is happen..." hati ke'ibu'an aku berkate-kate...
Cepat-cepat aku turun bawah tengok ape yang jadi...
Atoiii...turun-turun je bawah, aku nampak kepala Ariana berdarah-darah time tuh... Menangis aku tengok dia cam gitu...
Dalam kepala aku dah macam-macam dok pikir, kulit kepala Ariana terkopak ke??
owhhh... NOOOO!!!...
Ikut perangai aku yang jenis tak sabar nih, memang aku rase cam dah nekad je nak bawak kete pegi klinik kalo darah tuh tak benti-benti kuar...

Tengah dok-dok panik tuh sempat gakla aku tepon hubby aku... inform dekat dia... & mintak dia balik...
 Alhamdulilah... canepon tak sampai 10 minit lepas aku sapu alcohol swab dengan ubat luka...
darah kat kepala Ariana pon benti dan Ariana pon dah start tersengih-sengih balik...
Haiii... sayang... dalam dok sakit-sakit pon bole hiburkan lagik hati mama nih yek...

Huhuhu... akibat dari luka kat kepala Ariana tuh, rambut depan Ariana telah selamat ditebas dengan doktor.
Abes... senget-benget rambut Ariana jadinye...
takpelakan... janji Ariana ok...
Seb baek doktor kate luka kat kepala Ariana takde pape, cuma scratch je... dan scalp dia tak terkoyak...
Canepon doktor kate kalo Ariana tunjukkan any reaction yang pelik...
contoh ~ muntah-muntah or dizzy...
Kita orang kenala bawak Ariana cepat-cepat ke klinik..
huisshhh... mintak dijauhkanlah....

"CEPAT SEMBUH K SAYANG" mama baru je pikir nak bawak Ariana pegi photoshot... jawabnye kena tunggu rambut depan Ariana tumbuh lerr...

~ TIPS KALO ANAK ANDA TERJATOH ~
1. Tekapkan ais dekat kepala anak anda untuk mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan.
2. Pastikan kepala anak anda tegak dan tekap dengan serapat-rapatnya.
3. Sapukan alcohol swab untuk membersihkan luka yang ada.
4. Sapukan ubat luka sekiranya pendarahan tersebut berhenti.
5. Reaction seperti muntah atau lemah menandakan anak anda dalam keadaan yang merbahaya.
6. Bawa ke klinik yang berhampiran dengan segera.

Aug 12, 2008

Panduan Nak Beli Barangan Baby

Checklist ni sekadar panduan untuk bakal-bakal ibu atau ibu-ibu yang dah lupa apa yang hendak disediakan bagi baby yang bakal dilahirkan nanti. Antara barang-barang yang aku sediakan sempena kelahiran Danish & Ariana sebelum ini ialah:-
  1. First of all tentulah pakaian. Kebanyakan pakaian untuk baby biasanya aku beli jenis romper. Kalau tak biasa atau takut-takut lagi nak pakaikan baby baju. Better choose pakaian yang ada button atau tali di hadapan. Jangan beli banyak sangat pakaian yang bersaiz New Born sebab baby biasanya cepat membesar. Anggaran 15 helai baju New Born sahaja. Better beli dekat Reject Shop sebab murah & comel sangat.
  2. Mittens & Booties (senang cakap sarung tangan & kaki untuk baby). 7 pasang dah memadai. Kebiasaannya bila baby dah berusia 4 atau 5 bulan, tak perlu pakaikan lagi. Tapi untuk aku pulak, sewaktu Danish 3 bulan aku dah tak pakaikan mittens & booties ni sebab aku nak rangsang tangan dia supaya kuat memegang. Butties aku gantikan kepada stokin biasa je.
  3. Topi untuk baby, memadai hanya 1 sahaja.
  4. Lampin pakai buang. Beli lampin yang ada perlindungan dari geseran pada tali pusat baby. Aku suggestkan untuk size baby melayu, better beli Drypers New Born.
  5. Bengkung perut untuk pusat baby. Tak diperlukan sangat sebab biasanya bila aku pakaikan untuk baby aku, bukan jadi bengkung perut tapi jadi bengkung dada. Lagi leceh bila stool baby terkena pada bengkung tu.
  6. Minyak telon. Ini memang important sangat untuk legakan perut & dada baby. Biasanya aku sapukan pada dada, belakang & kedua-dua belah kaki baby. For sure, baby akan rasa selesa dan tidur lebih lama.
  7. Bedak, Shampoo, Baby Bath, Baby Lotion & lain-lain yang berkaitan. Kalau mengikut experience aku, baik beli yang pek kecil sahaja sebab kebiasaannya orang akan hadiahkan barang-barang ni. So far baby aku takde allergy pada apa-apa brand mandian pun, jadi semua boleh guna.
  8. Nail Clipper, Hair Comb, Thermometer & Nasal Aspirator. Aku guna brand Safety 1st. Nail Clipper memang penting sebab kuku baby yang baru lahir biasanya panjang. Hair Comb especially untuk rambut baby yang lebat jelah. Thermometer untuk check suhu baby. Dan Nasal Aspirator pula digunakan waktu baby menghidap selsema.
  9. Wet Tissue. Beli 2 bungkus sekali sebab more cheaper daripada beli satu sahaja. Ianya untuk emergency purpose, lebih-lebih lagi sewaktu kita bawa baby keluar berjalan-jalan. Mana tau, baby termuntah ke atau something else. Aku suka beli brand Anakku.
  10. Bath Towel & Small Towel. Baik beli 3 helai untuk setiap satu. Kadang-kadang baby mudah terkencing selepas mandi so at least ada extra in case of emergency macam tu. Small towel pula untuk lap punggung baby lepas dicuci. Aku biasanya tak gunakan small towel untuk lap mulut baby andai ada lebihan susu waktu baby menyusu sebab kulit baby ni sensitif sangat. Towel yang tak berapa kasar untuk diri kita tu boleh melukakan mulut baby sebenarnya. Aku lebih suka guna wet tissue je.
  11. Barrier Cream for nappy rash. Kulit baby very sensitive bila kita selalu cucinya. Jenama yang selalu aku guna ialah Johnson & Johnson atau Sebamed.
  12. Feeding Bottle. At least beli 3 botol. Kalau boleh beli botol yang kurang colic pada baby sewaktu menyusu. The best brand so far tentulah Avent. Anak aku yang elder, alhamdulilah tak pernah kena colic.
  13. Berus & Bekas menyimpan botol susu. Aku guna brand Avent untuk berus botol sebab lembut sangat. Bekas simpan botol susu pulak depends nak guna yang macam mana. Bekas tupperware pun boleh guna juga.
  14. Sabun untuk cuci botol. Ada macam-macam brand. Brand yang paling affordable aku tengok cuma brand Pureen.
  15. Pillow, Selimut & Tilam. Beli 1 pillow dah memadai. Pastikan bantal yang dibeli tidak terlalu besar & gebu. Aku guna bantal brand Lollipop (aku rasa brand ni dah takde lagi, diganti dengan brand Bumblebee). Bantal yang aku guna diperbuat daripada latex so safety for baby. Untuk selimut aku beli dekat IKEA & tilam pula aku beli dekat Toy 'r' us. Apa-apa brand tilam pun ok cuma jangan terlalu keras atau terlalu lembut untuk baby.
  16. Bekas untuk air panas. Aku guna brand Thermos, satu yang besar & satu yang kecil (for travel purpose). Beli waktu sale paling elok. Kalau tak silap aku, waktu sale dekat Sogo sebelum ni kalau beli Thermos yang besar dapat free Thermos yang kecil. Kan ke save budget macam tu?
  17. Susu formula. Kalau anda yakin untuk exclusively breastfeeding rasanya tak perlulah beli. Tapi macam aku even aku bagi breastfeeding tapi aku tetap beli susu formula. In case kalau tak larat nak bangun malam-malam hubby aku kenalah take turn. Aku guna brand Snow tapi it's depend atas baby tu sendiri ada baby tak serasi dengan brand ni.
  18. Kapas, Bekas Mandian baby & Changing Mat. Kapas aku beli yang segulung besar kemudian aku cerai-ceraikan jadi bebola kecik. Lagi save kalau beli macam ni daripada beli yang dah siap jadi bebola tu. Bekas mandian baby aku beli brand IKEA, make sure beli yang ada anti-slip. Changing mat apa-apa brand pun ok.
  19. Bottle Warmer. Beli boleh tak beli pun boleh. Kalau nak save, tuang aje air panas dalam satu bekas. Dirikan botol susu dalam bekas tu. Then, siap boleh bagi baby susu yang dah dihangatkan. Untuk bottle warmer aku beli brand Chicco (beli ni pun sebab ada offer).
  20. Sterilizer. Ini untuk ibu-ibu yang consent dengan kebersihan dan kesihatan baby. Lebih-lebih lagi baby mudah terdedah kepada kuman disekelilingnya. Aku guna Electronic Steam Sterilizer from Avent brand. Mahal sikit tapi hanya 6 minit sahaja penggunaannya so jimat masa & tenaga.
  21. Baby monitor. Ini untuk mempermudahkan kita bergerak ke tempat lain andai baby dah tidur. So taklah kita risau sangat tinggalkan baby sorang-sorang. Memang banyak brand yang bagus-bagus sekarang ni untuk baby monitor. Siap yang boleh terus nampak baby pun ada (macam kamera gitu). Tapi aku beli yang biasa aje dari brand Lindam.

May 12, 2008

Fahami Fitrah Kanak-Kanak


Ramai ibu bapa amat ghairah menekankan pendidikan akademik kepada kanak-kanak sehingga terlupa bahawa kanak-kanak memerlukan kebebasan untuk bergaul dan bermain bersama rakan-rakan.
Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak-anak supaya menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang berbeza taraf hidup dan kedudukan.
Sikap mengurung anak-anak di rumah kerana ingin menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dalam umur yang begitu muda adalah bertentangan dengan fitrah ciptaan kanak-kanak.
Kebijaksanaan dan kecemerlangan seseorang adalah berdasarkan kepada pendedahan dan pengalaman hidup sejak dari alam kanak-kanak sehingga dewasa. Jika anak-anak dididik dan dibesarkan dengan ilmu akademik dan tidak didedahkan kepada alam persekitaran, keagamaan dan pergaulan dengan rakan-rakan maka beliau tidak mampu untuk menyesuaikan diri apabila terdedah kepada suasana yang begitu bebas dan tidak terbatas.
Psikologi kanak-kanak perlu difahami oleh kedua-dua ibu bapa jika mereka ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Cara Rasulullah SAW mendidik dan memelihara Aisyah, isterinya yang termuda perlu dijadikan panduan oleh umat Islam. Apabila baginda berkahwin dengan Aisyah, umurnya ketika itu baru menjangkau tujuh tahun dan masih bermain dengan anak patung.
Baginda memberi kebebasan kepada Aisyah bergaul dengan rakan-rakannya sehingga bunyi riuh-rendah dalam rumah baginda kerana Aisyah ghairah bernyanyi bersama rakan-rakannya. Apabila Abu Bakar melalui rumah Rasulullah beliau mendengar Aisyah dan rakan-rakannya menyanyi dan membuat bising lalu beliau masuk ke rumah baginda dan memarahi Aisyah. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar bahawa Aisyah berhak menunaikan haknya sebagai kanak-kanak dan bergembira bersama rakan-rakannya.
Kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya sekadar dalam akademik sahaja. Pemikiran kanak-kanak akan berkembang secara sihat dan cemerlang apabila mereka didedahkan kepada persekitaran.
Ketika ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengasuh kanak-kanak memahami erti kehidupan dalam konteks alam kanak-kanak. Imam al-Ghazali menggalakkan umat Islam supaya mendidik anak-anak memahami perasaan rakan-rakan mereka.
Anak-anak orang kaya perlu bergaul dengan anak-anak orang miskin supaya mereka dapat memahami bahawa dalam dunia ini ada manusia yang memerlukan pertolongan.
Melalui pergaulan seperti ini kanak-kanak akan membesar secara sihat dan bijaksana. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan masyarakat bukan untuk mengaut kekayaan kerana jiwa mereka telah sebati dengan jiwa masyarakat.
Ibu bapa yang tidak bergaul dengan masyarakat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap didikan anak-anak di rumah sehingga anak-anak tidak bebas bergaul dengan rakan-rakan di luar rumah adalah bertentangan dengan konteks kehidupan umat Islam.
Mereka hanya berjaya mendidik anak- anak menjadi cemerlang dalam akademik sehingga mengagumkan orang lain. Hakikatnya, mereka tidak menyedari bahawa sikap mereka boleh menyebabkan anak-anak menghadapi kejutan budaya apabila terdedah kepada alam sekular yang terlalu bebas.
Sikap terlalu mengutamakan pelajaran akademik sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan adalah bertentangan dengan konsep kemanusiaan kerana manusia dicipta sebagai 'makhluk yang hidup bermasyarakat' .
Alam kanak-kanak adalah satu alam yang indah di mana kanak-kanak sama ada miskin atau kaya terlalu gembira apabila dikerumuni oleh rakan-rakan.
Apabila kanak-kanak tidak dibenarkan bergaul dan bergembira bersama kanak-kanak lain maka kehidupan mereka berada dalam alam yang derita. Perasaan demikian tersemat dalam hati nurani mereka.
Ketika mendapat kebebasan dan di luar kawalan ibu bapa, mereka gagal untuk mengimbangi kehidupan sosial dengan kehandalan ilmu akademik yang dimiliki oleh mereka. Ini adalah dilema yang dihadapi oleh Sufiah Yusof yang terkenal sebagai gadis pintar.
Dalam keadaan sedemikian adalah sukar untuk umat Islam dari negara lain mencampuri urusan peribadi Sufiah kerana beliau merupakan rakyat Britain. Perlembagaan Britain memberi kebebasan sepenuhnya kepada remaja berumur lapan belas tahun menikmati hak kebebasan mereka.
Ibu bapa tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan peribadi mereka. Pelacuran merupakan salah satu sumber pendapatan yang diiktiraf oleh perlembagaan British.
Bagi Sufiah yang tidak mempunyai pendidikan dan kesedaran agama melibatkan diri dalam pelacuran merupakan sumber pendapatan baginya. Beliau tidak merasai bersalah kerana kegiatan tersebut merupakan sesuatu yang lumrah dilakukan oleh pelajar wanita di negara Barat.
Kegiatan tersebut juga telah menular ke negara ini. Terdapat pelajar-pelajar wanita dari universiti tempatan juga menjadikan kegiatan pelacuran sebagai sumber pendapatan untuk kehidupan mewah dan bergaya.
Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hak untuk mencampuri sebarang urusan peribadi rakyat British mengikut perlembagaan negara tersebut. Adalah sukar bagi sebuah kerajaan Islam mencampuri urusan peribadi rakyat Britian.
Bagi masyarakat Britian yang sekular, wang dan harta merupakan matlamat hidup individu. Oleh itu kerajaan Malaysia perlu menghormati perlembagaan negara tersebut tanpa mengeruhkan keadaan lantaran untuk membantu seorang wanita pintar yang menghadapi kejutan budaya.
Urusan Sufiah sepatutnya diuruskan oleh persatuan-persatuan Islam di Britian dengan menggunakan pendekatan secara hikmah. Proses pemulihan beliau memerlukan masa yang lama kerana sistem pendidikan yang dihadapi oleh Sufiah adalah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Oleh itu umat Islam perlu memahami bahawa kebijaksanaan dalam akademik tidak boleh dijadikan ukuran terhadap kejayaan seseorang individu jika sistem pendidikan tidak diimbangi dengan pendidikan kerohaniaan dan keagamaan

Oleh SAODAH ABD. RAHMAN