Blogger templates

Showing posts with label Nikon D5100. Show all posts
Showing posts with label Nikon D5100. Show all posts

Apr 10, 2013

Everyday is a Blessing / Setiap Hari Adalah Rahmat #4







I suka ambil gambar candid yang melibatkan expression wajah dan gaya santai anak-anak i (of course lah termasuk gambar hubby i sekali). Tapi kata hubby, kalau gambar candid muka i sendiri mesti nampak 'garang'. Kahkahkah! Ye ke Yang? Kejamnya statement. Macam tak percaya pun ada jugak ni. Actually, i tak pernah tahu pun muka sendiri nampak garang kalau dalam keadaan normal dan tak senyum *tahan gelak*. Lagipun takkanlah setiap masa nak senyum kan, nanti orang ingat dah kenapa?! Don't worry, muka je garang (tu pun kalau tak senyum), tapi kalau senyum dan start bercerita korang pun tak sanggup nak hadap gelak i.

Bila tengok hasil gambar-gambar dekat atas ni semua buat i terkenang balik short holiday kami di Cameron Highland pada 6 April 2013, Sabtu lepas (huwaaa... nak holiday lagik!) Waktu ni, kami semua tengah tunggu lunch order di Restoran Erra, Tanah Rata (tapi frust sebab owner dia bukan Erra Fazira. Eh, hehehe). So far, i tak jumpa lagi tempat makan yang best dekat Cameron Highlands untuk suggest kan dekat korang semua. Makanan dekat sini pun kategori biasa-biasa je. Tapi kalau korang nak cuba, apa salahnya kan? I cuma recommend Mee Hoon Goreng untuk korang test-try-ngap. Lain-lain tu, bolehlah... Janji kenyang. Hehehe....


p/s : Senyum-senyum-senyum (cak!)

Dec 29, 2012

Fotografi Bunga / Flower Photography #1

















Korang agak-agak dekat mana lokasi sebenar gambar bunga yang i dan hubby tangkap ni? Mesti dekat Taman Bunga ni... (ewahhh... menjawab dengan high confident level tu). Tapi silap rupa-rupanya jawapan yang diberikan kawan-kawan (malunya! Tihihi) Kalau korang nak tahu bunga-bunga ni semua berada dekat keliling rumah keluarga mertua i di Kedah. Hah, macam tak percaya kan? Anyway, seronok tau bila rumah penuh dengan macam-macam jenis bunga ni, terasa segar, tenang dan berwarna-warni gitu, feeling dating hari-hari (ehemmm! Hehehe...)

Senarai nama-nama bunga mengikut urutan gambar dari atas ke bawah :-
(thanks to hubby sebab dia memang terror dengan nama-nama pokok / bunga. Kalau korang tanya i, sure hancur...)

1. Light Pink Roses
2. Ixora Sunkist
3. Jasmine Flower
4. Old Leaves (atau dalam bahasa melayunya, daun-daun tua. Hehehe)
5. Oncidium Cebolleta
6. Portulaca Grandiflora
7. Zephyranthes Candida
8. Purple Flowers (sorry, yang ni hubby tak tahu apa nama saintifiknya. Dia dah pening fikir.)
9. Red Anthurium
10. Heliconia
11. Red Bougainvillea
12. Serangga tak bernama (dah macam nama lagu pulak. Hahaha)
13. White Bougainvillea
14. White Flowers (sama kes macam bunga no. 8)
15. Wildflowers
16. Arachis Pintoi

Kesemua gambar dekat atas ditangkap dengan menggunakan kamera Nikon D5100 dan Nikon D7000.


p/s : jom jadi minah / mamat bunga pulak. Hehehe...

Sep 17, 2012

Suasana Hari Raya Johor 2012

I nak kongsikan beberapa keping gambar (belakang tabir) keluarga kecil kesayangan i sepanjang menyambut hari raya tahun 2012 (kalau nak tengok gambar family i saja boleh picit entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/selamat-hari-raya-2012.html). Rasanya tak banyak beza pun kan dengan orang lain? Ringkas, sederhana dan yang paling penting ikatan silaturrahim yang terjalin dapat dieratkan (ewahhh! Hehehe).

Untuk pertama kalinya ada penambahan ahli keluarga baru yang sambut raya bersama-sama keluarga i tahun ni iaitu isteri adik i a.k.a adik ipar i yang baru. I harap tahun depan suasana hari raya keluarga kami bertambah-tambah meriah, mana tahu munculnya baby / anak saudara baru pulak. Weee...

I GUNA KAMERA DAN LENSA APA?
Untuk pengetahuan korang, semua memori ini ditangkap / capture dengan Nikon D5100 (melalui lensa AFS NIKKOR 50mm f1.4G) dan Nikon D7000 (melalui lensa AF-S DX VR Zoom-NIKKOR 18-200mm f/3.5-5.6GII ED). I dan hubby gunakan mode dial AUTO, Potrait dan Program (program tu yang mana satu? Ala... yang ada huruf P tu).

Nak tahu lebih lanjut mengenai fungsi kamera mode dial, korang boleh baca dekat entry i yang ini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kegunaan-mode-dial-mode-dial-function.html

Nak tengok sambutan hari raya di rumah keluarga mertua i pulak, bolehlah pergi sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/suasana-hari-raya-kedah-2012.html


p/s : "Picture explain thousand words" atau dalam bahasa melayunya "Gambar menerangkan beribu perkataan" (gitulah. Hehehe...)

Jul 8, 2012

Nikon D7000

Semenjak i ada kamera DSLR Nikon D5100 ni (nak baca kisah i beli Nikon D5100 bolehlah klik sini ya ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html). I dan hubby banyak belajar sama-sama untuk memahirkan cara / teknik ambil gambar dan mengetahui aksesori yang bersesuaian yang perlu ada bagi menghasilkan gambar yang super cantik. Kalau dulu bila guna kamera compact biasa (dulu i pakai panasonic Lumix), tak pernah pun i ambil tahu pasal lensa, pasal aperture, pasal speed light dan lain-lain lagi. Apa yang i tahu, point and shoot (hala dan tembak) je. Cantik ke tak, belakang kira. Janji ada gambar untuk kenang-kenangan.

Tapi sekarang ni dah tak buat perangai macam tu lagik dah. Seboleh-boleh mungkin nak ambil gambar super cantik yang ala-ala profesional gitu (ala-ala je tau. I tak rasa pun diri i dah sampai lagik tahap profesional). Cuma ada masa-masa tertentu i ketinggalan untuk ambil mana-mana gambar penting disebabkan sibuk nak kawal anak-anak i atau pun bateri kamera dah habis (alaa... part ni memang i frust kalau jadi). Lagipun dengan hanya satu kamera Nikon D5100, i dan hubby terpaksa bergilir-gilir ambil gambar kesukaan kami. Maklumlah, setiap dari kita kan, ada point of view (pandangan) masing-masing bila ambil gambar. Mungkin i nampak biasa je kawasan yang nak ambil gambar tu, tapi hubby pulak nampak luar biasa, begitu jugak sebaliknya.

Jadi, disebabkan terasa macam sukarnya mengharapkan pada satu kamera DSLR je bila nak ambil gambar. Bersempena dengan harijadi hubby i yang ke-39 tahun ni, i hadiahkan satu kamera DSLR untuk hubby (alahai, mama suka sangat tengok muka papa yang super excited bila dapat tahu mama nak hadiahkan kamera DSLR). Apa jenis atau pilihan kamera yang hubby nak, i serahkan pada hubby (birthday boy lah kena buat pilihan, mama tukang bayar aje). Akhirnya hubby pilih Nikon D7000 (yeay, i dah ada geng Nikon. Hehehe...) Ikutkan kamera hubby lagik canggih dari i (kamera Nikon D7000 ni hampir kepada fungsi kamera Nikon D90. Perghhh...). Dan lagik besar daripada D90, D300s dan D5100 (milik i). Kemain kan? Tapi takpe, boring-boring guna Nikon D5100 i boleh pinjam guna Nikon D7000 pulak (keh-keh-keh). Lagipun apa yang best, kedua-dua kamera ni boleh berkongsi lensa sebab dalam format yang sama (DX Format). Hah, kan jimat tu, tak payahlah kita orang beli lensa banyak-banyak.

Bila dah ada kamera masing-masing, nampaknya kamera dah jadi salah satu aksesori yang melekap dekat badan i selain daripada handbag. Haishh... nampaknya kena cepat-cepat cari beg kamera yang comel-comel lepas ni (hehehe...)

Nak baca perbandingan antara Nikon D7000 dengan Nikon D90. Korang boleh tengok dekat sini ---> http://www.dpreview.com/reviews/nikond7000

Manakala kalau nak baca ulasan / review berkaitan Nikon D7000 pulak, klik sini ---> http://www.trustedreviews.com/Nikon-D7000_Digital-Camera_review

Nak tahu harga Nikon D7000, pergi sini ---> http://www.nikon.com.my

Nak tengok brochure Nikon D7000, dekat sini ---> http://www.nikon-asia.com/Brochures/D7000_16p.pdf


Ciri-ciri penting Nikon D7000
  • 16.2MP CMOS sensor
  • 1080p HD video recording with mic jack for external microphone
  • ISO 100-6400 (plus H1 and H2 equivalent to ISO 12,800/25,600)
  • 39-point AF system with 3D tracking
  • New 2016 pixel metering sensor
  • Scene Recognition System (see 2016 pixel sensor, above) aids WB/metering + focus accuracy
  • Twin SD card slots
  • 3.0 inch 921k dot LCD screen
  • New Live View/movie shooting switch
  • Full-time AF in Live View/movie modes
  • Up to 6fps continuous shooting
  • Lockable drive mode dial
  • Built-in intervalometer
  • Electronic virtual horizon
  • Shutter tested to 150K actuations

Ok, jom tengok gambar nak?

Banyaknya handbag ku. Hehehe... 
Hubby tengah setting kamera.
Hari pertama kedatangan Nikon D7000 ke rumah kami.

Bahagian hadapan Nikon D7000.

Bahagian belakang Nikon D7000. Skrinnya tak boleh tutup / terbalikkan macam Nikon D5100 tapi banyak fungsi butang.
Bahagian ni i jelous sebab Nikon D7000 ada skrin kecil dekat atas kamera, Nikon D5100 takde.
Perbezaan saiz kamera dan kedudukan fungsi butang antara kamera Nikon D5100 (kiri) dan Nikon D7000 (kanan)


p/s : Walaupun Nikon D7000 hubby nya best, i tetap suka Nikon D5100 milik i. Sebab apa? Sebab i suka saiz Nikon D5100 yang simple dan kecil tapi hebat untuk ambil gambar.

Apr 22, 2012

Tips dan Cara Simpan Kamera DSLR

Rupa-rupanya i baru tahu, bukan senang rupanya nak membela / menjaga kamera DSLR (Nikon D5100) ni eh? I ingatkan kamera mahal lagiklah tahan lasak berbanding kamera compact biasa yang i pernah ada dulu. Apataknya, kalau kamera Panasonic Lumix i yang dulu tu, takde kisahnya nak simpan macam mana pun. Habis guna, masuk je balik dalam beg kamera yang sedia ada. Tak pernah fikir pun nak kena lap sebelum simpan ke, suhu bilik tempat simpan kamera panas sangat ke, atau nak kena beli gel silika ke. Serba-serbi tak ambil peduli lah waktu ada kamera Panasonic Lumix dulu (alolo... macam anak tiri pulak bunyinya kan? Kesian Lumix yang banyak berjasa) Eh, macam mana pun kan, kamera Panasonic Lumix ni, i masih gunakan sampai sekarang tau. Cuma taklah sekerap dulu. Yelah... bila ada masa-masa / keadaan tertentu yang macam tak sesuai nak ambil / tangkap gambar dengan Nikon D5100, i gunakanlah Panasonic Lumix. Taklah terlalu menonjol sangat macam i nak tangkap gambar.

Bagi memastikan jangka hayat kamera DSLR korang panjang / lama serta berfungsi dengan baik. Di bawah ini, i berikan beberapa tips dan cara simpan DSLR untuk korang praktikkan ke atas kamera korang.

1. Simpanlah di tempat tidak lembap dan tidak terlalu panas. Contoh macam i (boleh tengok gambar dekat bawah), i gunakan bekas plastik kedap udara bersama-sama dengan gel silika. Tujuan gel silika ialah menyerap kelembapan dan mengelakkan kamera DSLR korang ditumbuhi fungus atau kulat pada lensa. Ke semua aksesori bekas plastik kedap udara dan gel silika ni i beli di Daiso. Kalau nak lagi hebat, korang boleh beli camera dry box. Cara i ni, cara berjimat cermat. Hehehe....

2. Bagi memastikan jangka hayat bateri lebih lama dan mengelakkan terjadinya full-discharge, korang keluarkanlah bateri kamera sewaktu menyimpan kamera DSLR. Kalau korang nak tahu, bateri Lithium-Ion atau Li-Ion yang digunakan pada kamera DSLR mengandungi circuit istimewa yang boleh melindunginya daripada overcharged atau pun undercharged. Walaubagaimanapun apabila tenaga bateri menurun hingga ke tahap voltage yang paling rendah, circuit keselamatannya ini akan terbuka dan bateri boleh mengalami kerosakan kekal. Ini terjadi apabila bateri dibiarkan dalam tempoh yang lama di dalam kamera. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai bateri Lithium-Ion atau Li-Ion ini, korang boleh rujuk di sini ---> http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-menjaga-dslr-3-bateri.html.

3. Elakkan kamera DSLR korang daripada terkena sinaran matahari yang berlebihan, air laut dan pasir. Ketiga-tiga perkara ini boleh merosakkan komponen elektronik serta bahagian dalaman kamera DSLR (iaitu punca terjadinya karat dan fungus). Ianya juga melibatkan kos yang mahal untuk diperbaiki.

4. Pastikan tangan korang bebas daripada air, losyen, minyak atau kotoran lain yang boleh merosakkan kamera sewaktu mengendalikannya. Ini kerana kamera DSLR amat sensitif dengan sebarang bendasing yang melekat padanya. Yang penting, bersihkan dan keringkan tangan korang sebelum memegang kamera DSLR.

5. Sentiasa bersihkan kamera DSLR sebelum menyimpannya. Gunakan peralatan seperti kain microfiber (yang biasanya orang gunakan untuk lap cermin mata tu), blower dan marker. Nak tengok contoh peralatan membersihkan kamera yang i gunakan, boleh picit link sini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/tips-apa-yang-perlu-ada-selepas-membeli.html


Inilah bekas kedap udara yang i gunakan untuk menyimpan kamera DSLR dan juga lensa. Simple je kan?



Silica gel ni bila dah habis serap kelembapan, dia bertukar jadi warna merah. Best kan?

p/s : Dah beli benda / mainan mahal ni, kenalah jaga elok-elok sebab bukan mampu beli dua, tiga lagik (huhuhu...)

Apr 7, 2012

Nikon Lens Hood / Nikon Remote Control

I nak ceritakan mengenai dua aksesori / item yang i beli untuk Nikon D5100. Ini antara aksesori kamera yang terawal i beli lepas berjaya memiliki Nikon D5100 (nak baca kisah i beli Nikon D5100, boleh klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html). Aksesori ni ikutkan lebih kepada tambahan kegunaan kepada kamera DSLR korang. Maksudnya nampak macam benda ni tak penting, tapi bila korang gunakannya, korang akan lihat banyak kelebihan untuk kamera DSLR korang sebenarnya (eceh, cara cakap macam profesional gitu. Hehehe...)

Macam biasa nak beritahu korang dulu, yang i hanyalah peminat kamera dan tak pernah pun menghadiri apa-apa kursus mengenai fotografi. I suka mengambil gambar (dan diambil gambar. Hehehe...) Jadi tujuan buat entry ni pun sekadar nak berkongsi cerita dan ilmu ciput yang i ada melalui dari pembacaan, internet dan dari pengalaman sendiri. Kalau korang perasan, i takde teknik / cara / gaya tersendiri pun untuk mengambil gambar. Apa yang i tengok menarik melalui viewfinder, itulah gambar yang akan i tangkap. Cuma apa yang buat i gembira sebab minat atau hobi i ni sama dengan hubby i. Kami sama-sama belajar dan bertukar sebarang pendapat mengenai fotografi. Kadang-kadang dia bagi pendapat dari hasil gambar yang i ambil. Atau kadang-kadang (ikutkan selalu, tihihi...) i pulak yang complain bila tengok gambar yang dia ambil. Nilah namanya belajar sendiri-sendiri je. Kehkehkeh...

Kalau tengok dari gambar i dekat bawah ni, korang nampak macam besar tak lensa (lens) kamera Nikon D5100 ni? Kenapa boleh jadi macam ni? Sebenarnya, i pasangkan lens hood (hud lensa) pada bahagian hadapan lensa kamera. Sebab i ni pantang berjalan-jalan mesti nak ambil gambar tak kira masa dan waktu. I rasa leceh kalau terpaksa buka dan tutup penutup lensa setiap kali nak ambil gambar. Jadi, tujuan lens hood (atau nama sebenarnya ialah Bayonet Lens Hood) ni lebih kepada perlindungan (protection) kepada lensa kamera bila i tak gunakan penutup lensa. Lebih-lebih lagi kalau i terlanggar dinding atau mana-mana permukaan yang tak sepatutnya. Yang paling best, i tak ketinggalan untuk rakamkan segala detik menarik yang melibatkan keadaan sekeliling dan keluarga i. Lagipun, susah nak ambil gambar aksi candid terutama melibatkan anak-anak i. Budak-budak ni kalau disuruhnya bergaya buat kali kedua, takdenya dorang nak layan (duh...)

Selain daripada faktor nampak bergaya ala-ala profesional bila kamera korang dipakaikan dengan lens hood. Lens hood ni jugak berfungsi sebagai penghalang kepada lebihan cahaya daripada memasuki lensa sewaktu cuaca panas terik dan mengelakkan terjadinya lens flare sewaktu gambar diambil. Nak tengok contoh gambar yang disebabkan oleh lens flare dan keterangan lanjut mengenai lens flare. Korang boleh baca dekat sini ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Lens_flare

Kalau korang tengok dekat kedai-kedai kamera, ada pelbagai pilihan bentuk lens hood yang korang boleh beli. Ada yang berbentuk circular hood, tulip-style hood, rectangular hood, chopped tulip hood dan chooped and capped tulip hood. Semua mempunyai fungsi masing-masing dalam menghasilkan gambar supaya kelihatan lebih menarik. Nak dapatkan keterangan lanjut untuk jenis-jenis lens hood, korang klik dekat sini ---> http://toothwalker.org/optics/lenshood.html. Cuma yang tak bestnya untuk original lens hood jenama Nikon, tak banyak pilihan bentuk yang korang boleh beli dekat Malaysia ni. Kebanyakannnya lebih kepada bentuk circular hood je. Tapi jangan risau, kalau korang tak kisah nak beli bukan dari jenama Nikon tapi bersesuaian untuk lensa Nikon, memang ada banyak sangat pilihan. Harga untuk original Nikon HB-45 Snap-On Bayonet Lens Hood yang i beli ni ialah RM85.00.

Kekurangan menggunakan lens hood ni, bila korang halakan kamera untuk ambil gambar secara makro di atas meja atau mana-mana permukaan. Contohnya : nak ambil gambar makanan. Adakalanya, lens hood ni akan menyebabkan timbulnya bayang di atas permukaan gambar. Tips atau cara untuk mengatasinya, jangan rapatkan kamera kepada objek yang korang nak ambil tapi gunakan zoom lens sebagai cara penyelesaian.

Manakala untuk aksesori atau item kedua yang i beli ialah wireless remote control (atau dalam bahasa melayu ialah alat kawalan jauh tanpa wayar). Remote control ni amat berguna kalau korang tak nak hasilkan sebarang gegaran sewaktu mengambil gambar dan mengelakkan gambar korang daripada blur (kabur) terutama sekali bila korang nak tangkap gambar pada waktu malam yang kurang cahaya, nak buat kesan aperture pada gambar atau nak ambil gambar yang bekelajuan tinggi.

Malah dengan adanya remote control ini, ianya turut memudahkan korang bergambar dengan mereka yang lain tanpa perlu terkejar-kejar berlari dihadapan kamera. Silap-silap gambar kaki korang je yang nampak. Tak pun dapat gambar kenangan korang tersungkur depan kamera sambil kena gelak (aduh!) Jadi bila ada remote control ni, korang akan rasa lebih relax (tenang) bila kendalikan kamera dan tripod. Selain tu, i perasan Hana Tajima pun suka ambil gambar dirinya sendiri dengan gunakan remote control. Kalau korang jenis orang yang segan nak bergaya depan kamera bila berdepan dengan orang lain. Rasanya bolehlah gunakan cara Hana Tajima ni. Lagipun i tahu, semua orang suka buat camwhore depan camera handphone sendirikan? Hehehe... Harga untuk Nikon ML-L3 Wireless Remote Controller (Infrared) yang i beli ialah RM59.00.

Lagi satu kelebihan menggunakan remote control ni, walaupun hanya menggunakan handheld (pegangan tangan). Korang masih boleh tangkap gambar dengan terang. Best kan?

Inilah gambar Nikon Lens Hood dan Nikon Remote Control milik i.



Danish bergambar dengan kotak Nikon HB-45 Bayonet Lens Hood Nikon

Nilah rupa Lens Hood bentuk Circular Hood

Dah ada lens hood tak payah lagik pakai penutup lensa


Kotak Nikon ML-L3 Remote Controller (Infrared)

Comel je kan?


p/s : Kalau dulu, susah nak tengok orang bawa kamera DSLR besar gedabak ke sana-sini. Sekarang ni, sana-sini orang dah pakai DSLR kan?


Feb 18, 2012

Kegunaan Mode Dial / Mode Dial Function

Hari ni i nak tunjuk dekat korang, gambar-gambar yang i ambil dengan hanya menggunakan mode dial yang ada pada kamera Nikon D5100. Dan trick (err... ini macam teknik memanipulasikan gambar dengan cara mudah) yang boleh korang buat tanpa perlu menggunakan aperture atau shutter speed.

Pertama sekali sebelum nak teruskan pembebelan i, i nak bagitahu dulu, i bukanlah jurugambar profesional. Manalah tahu, bila buat entry macam gini, ada pulak photographer terasa macam "ek eleh... ini pun kau nak cerita. Budak tadika pun tahulah hoi!". I cuma nak berkongsi cerita je dengan orang-orang yang mungkin sama-sama baru nak belajar gunakan kamera DSLR. Kalau ada sesiapa yang pernah baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/buku-digital-fotografi.html. Korang mesti faham, macam mana i rasa complicated / sukar sangat berdepan dengan kamera DSLR, lebih-lebih lagik nak dapatkan buku fotografi yang betul-betul dapat guide / beri panduan dengan cara yang mudah tanpa perlu memeningkan kepala i. Uishh... serius tau, i tak minat benda-benda yang peningkan kepala ni. Seboleh-bolehnya nak elakkan. Hidup kena happy selalu (eh, dah melalut dari topik).

Mari kita teruskan ye kawan-kawan. Korang tahu mode dial atau camera dial tu apa? Mode dial atau camera dial ni kalau dalam bahasa melayu, i tak pasti dorang panggil apa. Mungkin dail kameralah kot (hehehe...) Tapi senang cakap mode dial ni ialah benda bulat yang berada di bahagian atas kamera korang, terdiri daripada pelbagai jenis mode pilihan untuk scene (babak) tertentu yang boleh korang pilih bagi memastikan gambar yang dihasilkan lebih menarik. Ianya juga menawarkan akses kepada penggunaan setting / tetapan manual. Sekiranya korang tak suka dengan setting mode yang dah ditetapkan pada mode dial tersebut, korang boleh ubah mengikut daya kreativiti korang pada bahagian menu. Di bawah ini adalah rupa sebenar mode dial Nikon D5100.



Sekarang, jom i perkenalkan lima mode yang biasa i gunakan pada mode dial Nikon D5100 untuk mendapatkan effect (kesan) yang lain dari yang lain daripada sekadar menggunakan set auto sahaja. Untuk kesemua contoh gambar di bawah, tiada sebarang editing dilakukan dan i gunakan lensa kamera standard Nikkor AF-S DX 18-55mm f/3.5-5.6G VR.

Yang bentuk icon BUNGA pada mode dial dekat atas tu ialah untuk mode CLOSE UP / MACRO. Bagi mendapatkan hasil seperti gambar dekat bawah ni. Korang tukar mode dial kepada CLOSE UP, zoomkan lensa kamera pada subjek yang ingin di ambil, tekan punat shutter perlahan bagi memastikan subjek jelas kelihatan pada view finder dan kemudian, bila berpuas hati, tekan terus shutter untuk mengambil gambar subjek tersebut.

Mode CLOSE UP / MACRO ini bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
  • subjek kecil yang latar belakangnya dipenuhi subjek besar;
  • subjek yang tidak bergerak;
  • mendapatkan tekstur lengkap subjek;
  • effect (kesan) blurry (kabur) atau out-of-fokus akan terjadi pada pandangan belakang subjek.

I memang suka gunakan macro mode sebab ianya hampir sama dengan style bokeh effect.



Bentuk icon ORANG BERLARI tu pulak ialah untuk mode SPORTS. Bagi hasil gambar seperti di bawah, korang tukar mode dial kepada SPORTS, zoomkan lensa kamera pada satu-satu keadaan atau persekitaran yang bergerak, tekan punat shutter untuk beberapa saat bagi menghasilkan beberapa shoot gambar dan lepaskan punat shutter bila selesai mendapatkan gambar yang diinginkan.

Mode SPORTS ini bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
  • contohnya, air, benda, orang, kenderaan atau apa sahaja yang bergerak pantas;
  • apabila korang inginkan moment atau suasana gambar yang kelihatan lebih hidup dan menarik.

Contoh gambar-gambar lain yang i ambil dengan penggunaan mode sports ada dekat entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/funfair-alor-setar-kedah.html



Manakala bentuk icon KANAK-KANAK PAKAI TOPI pada mode dial ialah untuk mode CHILD. Di mana subjek gambar yang diambil melibatkan kanak-kanak. Sebagaimana kita ketahui, bukan mudah sebenarnya nak ambil gambar kanak-kanak sebab mereka suka bergerak tanpa disangka-sangka. Jadi dengan menggunakan mode CHILD masalah sebegini dapat dikurangkan dan aksi / gambar yang diambil kelihatan lebih menarik. Ini kerana kamera akan memfokus terus kepada muka kanak-kanak tersebut.

Mode CHILD ini bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
  • yang melibatkan kanak-kanak;
  • aksi spontan kanak-kanak.

Tengok i dapat ambil gambar anak i tengah meloncat dengan lebih tinggi dan anak i berlari (yeay!)




Untuk bentuk icon GUNUNG pula pada mode dial, ialah merujuk kepada mode LANDSCAPE. Jadi untuk korang yang suka dengan keindahan suasana satu tempat / lanskap yang menarik dan ingin diabadikan di dalam bentuk gambar, korang pilihlah mode LANDSCAPE. Kebiasaannya mode LANDSCAPE akan menaikkan warna hijau dan biru pada gambar untuk memberi kesan lebih hidup.

Mode LANDSCAPE bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
  • apa jua permandangan yang luas seperti bandaraya, gunung-ganang, pantai, alam sekitar dan lain-lain lagi.



Akhir sekali, untuk bentuk icon WANITA PAKAI TOPI pada mode dial ialah bermaksud POTRAIT. Melalui POTRAIT, gambar subjek yang diambil akan kelihatan lebih outstanding (jelas) di mana ton kulit subjek menjadi lebih lembut dan kelihatan natural. Manakala latar belakang subjek menjadi sedikit kabur (blurry) dan menghasilkan effect seakan-akan makro.

Mode POTRAIT bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
  • yang memberi perhatian kepada wajah / muka subjek.



Ok, itu aje untuk hari ini. I harap dapat berkongsi info dengan korang semua. Kalau korang ada info yang lagik best, jangan segan-segan bagitau i. Mekasih!

p/s : Ambil gambar memang seronok tapi selalu terjadi, muka sendiri yang takde dalam gambar (duhh...)