I perasan ramai yang datang ke blog i semata-mata nak cari resepi untuk kanak-kanak (mekasih banyak-banyak ye). Walaupun setakat ini tak banyak lagi resepi untuk kanak-kanak yang i ceritakan dekat blog i. Tapi i harap korang sudi-sudilah untuk terus jengah ke sini. Bila-bila masa i akan pos dan kongsikan sebarang resepi yang bersesuaian. Tak kira samada untuk bayi ke, kanak-kanak ke even untuk orang tua dewasa sekalipun. Apa yang seronoknya bila buat resepi untuk kanak-kanak ni ialah sebab bahan-bahannya mudah untuk disediakan, senang nak buat dan yang paling best sedap dimakan. Mana tak orang tua pun suka makan. Hehehe... Resepi Hot and Roll ni antara contoh resepi yang sesuai untuk kanak-kanak jugak (yeay!)
Sebenarnya idea untuk resepi Hot and Roll yang i nak kongsikan hari ni ialah datangnya dari Kiosk Makanan Hot & Roll (atau orang melayu panggil Panas dan Gulung. Hehehe). Agak-agak, korang pernah dengar tak nama kiosk ni? Kiosk ni menyediakan makanan berkonsepkan daripada Paratha dan Crispy Wrap / Crepe (satu lapisan tepung yang digoreng rangup). Ada macam-macam pilihan menu yang korang boleh pilih sebagai topping kepada Paratha dan Crispy Wrap korang tu. Harga yang ditawarkan pun berpatutan, bermula dari harga RM2.90 sehingga RM5.90. Untuk topping tambahan pulak, korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Takpe nanti kalau ada masa, i singgah ke Hot & Roll (selalu sebenarnya singgah sini tapi sebab lapar sangat sampai lupa nak ambil gambar) dan buat entry khas untuk Hot & Roll ok.
Macam mana pun untuk korang yang nak sediakan Hot and Roll sendiri dekat rumah je. Jom tengok resepi i ni. Rasa untuk resepi ni pada i, takde beza pun macam makan dekat Hot & Roll dan korang boleh buat lagi sedap daripada kiosk Hot & Roll. Contohnya nak letak aiskrim ke, jem ke atau lain-lain lagi. Ikut kreativiti korang. Resepi ni sesuai dimakan untuk sarapan pagi, minum petang atau supper (makan lewat malam).
Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
1/2 batang lobak merah yang diparut
2 batang sosej / hot dog ayam yang dicincang (pilihan i semestinya jenama Ramly Burger)
2 keping roti canai yang digoreng dengan sedikit minyak (i suka beli jenama Kawan tapi ejaan dekat packaging nya ialah Roti Chanai)
2 keping keju (jenama Cheesedale)
Tambahan hidangan :
Boleh letakkan mayonis, sos, hirisan bawang, cili dan lain-lain lagi
Cara-cara :
1. Taburkan lobak dan sosej di atas roti canai yang siap digoreng. Kemudian, letakkan keju di atas permukaannya.
2. Masukkan, roti canai ke dalam microwave atau oven. Panaskan pada suhu 85ºC hingga 100ºC (ikut suhu panas microwave atau oven masing-masing) selama 2 hingga 3 minit.
3. Siap untuk dimakan. Kalau nak feel rasa macam makan dekat Hot & Roll, korang gulungkanlah waktu nak makan tu.
Senang je kan memasak ni? Siapa kata susah. Yang susah tu untuk orang yang malas basuh kuali dengan pinggan sebenarnya. Kihkihkih... (gurau je).
Untuk penerangan lebih jelas, korang bolehlah tengok gambar dekat bawah.
p/s : mula-mula buat untuk dua keping je, tiba-tiba permintaan terus meningkat jadi 6 keping. Kalau betul-betul makan dekat Hot & Roll ni, takdenya sanggup nak order banyak-banyak. Mahallah katakan.
mkn roti canai versi baru nih
ReplyDeletebila dah melt tu mak aih sedapnye nampakkk..terus lapo
Hahaha... kita pun lapoo sekali :)
Deletesehingga menjilat jari skali dgn pinggan2 nie sis...
ReplyDeletemenggiurkan jer tgk cheese dia tu :)
Cheese ni lah yang buat budak-budak dengan mak pak budak pun melting sekali kak. Hehehe
Deletekalau senang camni I like....buat sendiri lagi berbaloi2...thanks for the resepi!!
ReplyDeleteTulah Posh, makan banyak kali pun takde rasa bersalah. Anyway your welcome :)
Deletecayangggggggggg sis, mcm tau2 ja kami update status kat Fb kata teringin nk mkn hot & roll ni..kekeke.. dulu dh try bt tp xjadi..kikiki
ReplyDeleteHehehe... alahai mekasih dear :')
DeleteNanti lepas ni cuba buat macam akak buat ni k.
terliurnya tengok..turuih rasa lapaq ni..klu kita guna roti pizza pun blh kan??
ReplyDeleteRasanya boleh kot, tapi lagik crunchy kalau guna roti canai dear :)
Deletenk cube buat sarapan esok nie...
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba tau Eita :)
Deletesimple.. tp nmpk mcm sedap jer... bukan kata budak2 je suke.. mak ngan bapak budak sure lg suka ni.. ehehe
ReplyDeleteIshh... bukan macam lagik tapi memang sedap tau dear. Hehehe...
Deleteyahh ! hot and roll sedap sgt2 !!!! eh eh nih hot and roll versi roti canai eh ? hihi . nampak sedapp :)
ReplyDeleteHahaha... a'ah la dear, kalau dekat Hot & Roll versi paratha kan? Takpe kita ubah sikit-sikit je :)
DeleteKita pun suka hot and roll tp suka banana choc tu hee. Mesti anak akak seronok je time makan. Makan best je sume :)
ReplyDeleteSedapnya banana choc!!! :) Memang seronok siap mintak tambah 2 kali tau Cha. Hehehe
Deletepsst,reena pasni updated plak sarapan "jewerx2"? bhahaha
ReplyDeleteHah?? Hahaha... orang jewerx2 buatlah entry sarapan sendiri.
Deletewah idea memasak yg mudah n sgt best.nanti boleh sy cuba.tq ya resepinya..:)
ReplyDeleteYour welcome Puan Kutu :)
Deletekenapa klau saya letak cheesadale, dia x mencair ?
ReplyDeletekenapa klau saya guna cheesedale dia xmencair pun?
ReplyDelete