Dua minggu lepas, kita orang pergi ke Ikea untuk mendaftar dan aktifkan kad Ikea Family yang baru. Kalau mengikut entry i yang ini http://www.reenaonline.com/2012/04/restoran-ikea-ikea-restaurant.html, i ada ceritakan serba ringkas keistimewaan menjadi salah satu ahli atau dipanggil Ikea Friends dengan membuat permohonan kad kredit melalui Alliance Bank Berhad. Tapi sekarang ni (bermula bulan Jun 2012) korang dah tak payah nak mohon kad kredit untuk mendapatkan keistimewaan sebagai ahli Ikea. Yeay! Bestnya... tapi nak kena buat macam mana? Hah... meh i bagitahu nak?
BAGAIMANA CARA UNTUK MENJADI IKEA FAMILY / MOHON KAD IKEA FAMILY YANG BARU?
Ikea Family terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu pendaftaran dibuat dan mempunyai nombor talian handphone.
Korang cuma perlu pergi ke Ikea dan mendaftar terus sebagai Ikea Family melalui kiosk yang disediakan. Kemudian, korang akan terima satu kad sementara (temporary card) untuk digunakan bagi mendapatkan mata ganjaran (bonus point) dengan serta-merta serta menikmati diskaun untuk pembelian barangan tertentu. Untuk pemegang kad sementara, korang berpeluang untuk mendapatkan kupon kopi percuma dan kupon diskaun hidangan Family (Family meal coupun) dengan cara swipe / layarkan kad korang pada mesin yang disediakan di Ikea. Walaubagaimanapun ianya hanya terhad pada hari pendaftaran sahaja.
Sebagai pemegang kad sementara, korang dikehendaki berbelanja sekurang-kurangnya RM200.00 dalam jangkamasa setahun bagi mengaktifkan kad Ikea Family dan menikmati kemudahan sebagai ahli Ikea Family yang sebenar sepenuhnya. Bagi memastikan setiap transaksi yang korang buat, direkodkan ke dalam sistem. Korang jangan lupa tunjukkan Ikea Family temporary card korang tu di bahagian pembayaran (cashier). Kegagalan berbuat demikian akan merugikan diri sendiri (eceh! Hehehe...) Agak-agak kalau tak faham mengenai cara permohonan untuk menjadi Ikea Family ni. Korang jangan risau, ramai staf Ikea yang sudi membantu korang dekat situ.
TAPI BAGAIMANA PULA UNTUK MEREKA YANG SEMEMANGNYA ADALAH AHLI IKEA FRIENDS?
Sesiapa yang merupakan ahli Ikea Friends, rasanya korang dah tak perlu risau lagik sebab Ikea dengan pantasnya dah hantar kad Ikea Family ke alamat korang dan maklumkan mengenai pendaftaran sebagai ahli Ikea Family dengan log in di laman web Ikea ---> http://family.ikea.com.my/membership/Family-LogIn.aspx. Yang best nya, sesiapa yang sememangnya ahli Ikea Friends, korang secara automatik kini bergelar Ikea Family dan menikmati ganjaran sebagai ahli sepenuhnya. Untuk mereka yang masih belum menerima kad Ikea Family pula, korang hubungi Ikea serta-merta bagi mendapatkan bantuan atau terus datang ke Ikea bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI IKEA FAMILY
1. Membeli barangan tertentu pada harga rendah.
2. Menikmati bonus ganjaran dan penebusan baucer dengan nilai RM5.00 bagi 500 mata ganjaran yang dikumpulkan (setiap mata ganjaran hanya boleh dikumpulkan selama 2 tahun sehingga 31 Disember).
3. Menerima kupon minuman kopi percuma (terhad hanya 10 kali setiap tahun) dan diskaun ke atas hidangan Family.
4. Jemputan ke Pembukaan Jualan Murah (Sale Preview) dan sebarang acara istimewa yang diadakan di Ikea.
5. Menerima Ikea Family newsletter.
Nak dapatkan info dengan lebih lengkap mengenai Ikea Family, korang boleh pergi dekat link sini ---> http://family.ikea.com.my/images/welcome/Ikea-Family-Welcome-pamphlet-EN.pdf
Kalau sebelum ni ada diantara korang tak berpeluang menjadi Ikea Friend (sebab permohonan kad kredit Ikea Friends korang di Alliance Bank Berhad tak diluluskan), i rasa inilah saat-saatnya yang korang nantikan. Cuma i perasan, keistimewaan sebagai ahli Ikea Family tak sebest macam jadi ahli Ikea Friends dulu-dulu (huhuhu...) Terutama sekali bila boleh dapat kupon minuman kopi percuma setiap hari dan boleh buat pelan bayaran ansuran tanpa faedah (0% interest) bagi barangan tertentu selama 36 bulan (kan tak best kan? Sebab dua-dua nilah punca utama i selalu pergi dan beli barangan dekat Ikea. Hehehe). Takpelah, walaupun keistimewaan dah dikurangkan, i tetap sayang Ikea.
Ok, jom tengok gambar nak?
Posing dengan pamphlet Ikea Family depan Uncle Lim (model pamphlet kehkehkeh) |
p/s : Thanks for reading, malam ni i jengah korang ok.
best2 ...tq reena bg info ikea yg best!
ReplyDeletesebelum ni mmg agak "malas" sket nak apply sbb link dgn kad kredit ... huhuhu ... rasanya dulu penah ada kawan citer BNM mmg skrg ketatkan syarat utk pemegang kak kredit terhad kepada 2 bank je .. ntah le...hehehee...
Ohh... ye ke patutlah ada yang lepas dan ada yang tak lepas apply Ikea Friends dulu-dulu :) Anyway your welcome mak encik.
Deletewah dh senang nak apply. b4 ni memang susah sbb nak kena apply kad kredit bagai. thanks 4 the info.
ReplyDeleteYour welcome awak :)
DeleteIkea jauh dari rumah sy..huhu..
ReplyDeleteAlahai siannya dia :( meh pindah dekat dengan rumah saya meh. Hehehe
Deletei memang dah jadi ikea fren sebab mendaftar dengan alliance 10 tahun lepas tapi sejak kes BNM mcm mak encik cakap tu, gamaknya kad kredit i dah kena cancelled kot... ha ha ha... pastu dah malas nak amik pusing..lagipun dah malas nak pegi IKEA sebab kalau pegi situ konon nak beli satu barang, last2 terbeli banyak barang... ha ha ha... ada je menda yang nak diambil...
ReplyDeletei memang peminat ikea sebab rumah i 99% perabut dan segala mala all from ikea...
Wahhh... seplah kita NP. Rumah jadi ala-ala showroom gitu kan? Hehehe
Deleteu memang duta sejati ikea kan sis...
ReplyDeletememang sesuai utk u apply keahlian tu...
i lak jarang-jarang gi sana...
Hahaha... tulah kak, since belajar lagik dah gila dengan Ikea :)
Deletei luv ikea..
ReplyDeletewalaupun jarang pegi, tapi sekali pegi borong sakan.. hahaaa..
ikea jiran adik i, kalau g rumah dia kompom singgah..
Ikea jiran adik u Far?? Wahhh... mesti sakan adik u shopping dekat sana kan? Seronoknya!!!
DeleteHai Reena, lama dah saya tak aktif blogging dan lama jugak dah tak jengok blog you ni, nampaknya blog ni dah happening... Thumb up!
ReplyDeleteAlahai, macih Kak Ni. Terharu tau! Hehehe... alhamdulilah sejak anak-anak dah besar sikit, boleh curi-curi masa berblog :)
Deletebelum lagi redeem voucher ikea family ni...harus pi sebelum expired
ReplyDeletePosh, shopping apa dekat Ikea tu? Hehehe
Deleteakak pun sukaaa sgt dgn ikea..brg2 rumah pun byk dari ikea..;) tp ni mcm dh agak lama lah x cuci mata dan poket kat sana..bila nk pegi lg ni ye? huhu
ReplyDeleteBila-bila pun boleh pergi Kak Eja. Saya kalau setakat cuci mata confirm nak jugak rembat satu-dua. Geram rasa macam ada je nak beli hari-hari. Hahaha!
Deletesis nape lama tak dtg visit kita :( renduu
ReplyDeleteCak!! Hehehe... datang tapi slow-motion sikit :) Sowiii dear!
Deletehehekkk.... jaja suke g ikea.. tp slalu g cuci2 mata je atau beli barang kecik2.. nk borong furniture tkleh..takde umah sndiri lagi...hihi
ReplyDeletekak reena..nk tempah crochetttt..da tkleh ke ke ke?
Alahaiii... sowi awak.... dah tak cukup tangan dan masa nak buat crochet sekarang ni :( Insya-Allah next time k :)
Deleteade kad ikea family tue...mmg duta ikea lah reena ni (^_^)
ReplyDeleteHahaha... alahai... semua orang boleh apply kad Ikea ni Uchi.
Deleterindu meatball ikea !! :(
ReplyDeleteAkak baru je lepas makan Ikea Meatball last week tau. Weee....!!
Deletekite pon suka gile pi ikea..pi satu keluarge juga, dgn mak ayah, kakak n abg ipar..angkut semua heeee..pastu makan karipap besar kat ikea same2 heeee..ikea mmg best utk jln2 ngn family :)
ReplyDeleteKan? Memang sesuai untuk trip keluarga Ikea ni. Hehehe
Deleteok to be honest, aku sgt suka giler g ikea tp disebabkan jauh dr tmpt aku tinggal, adala dlm baru 2x aku mjejakkan kaki di sana. Tiap kali beli barang, mesti ade satu lam tangan haha
ReplyDeleteOklah tu Jue, nanti kumpul lama-lama dapat jadi 100 barang. Hehehe :)
Deleteikea boleh ke beli sacara ansuran?
ReplyDeleteTak boleh tapi kalau guna kad kredit pun dah macam beli secara ansuran jugak kan? :)
Delete