Bila sebut pasal senaman ni macam fobia je bunyinya kan? Lebih-lebih lagi bila dah berkeluarga dan ada anak. Fobianya bukan sebab takut nak buat senaman tapi jawapan standard ibu-ibu atau bapa-bapa zaman sekarang ialah takde masa nak buat senaman. Kelakarnya bila baju yang dipakai dah nampak berlapis macam rupa daging burger atau seluar yang nak dikancing sampai menggigil minta nyawa. Mulalah panik merungut. Arghhh! Dah gemuk rupanya aku, nampak gaya kena beli baju baru atau seluar baru. Aik?! Seluar dengan baju yang dirisaunya. Sepatutnya tang rupa badan yang pelik tulah yang kena ambil berat. Haish... payah sebenarnya nak terapkan kehidupan dan makanan sihat dalam diri sendiri sebab dah biasa manjakan diri dengan macam-macam makanan yang menarik, tertarik dan memang da boom! Lepas tu bila dah reti tak tolak makanan sedap-sedap, tak reti pulak nak buat senaman untuk bakar kalori yang masuk sebesar lori sampah tu (erk!)
Ya, i pun sama juga. Selalu jugak miss atau skip buat senaman dekat rumah sebab bangun je dari tidur, otak terus ligat fikir, nak kemas rumah, basuh baju, uruskan anak-anak dan nak masak apa (untunglah sesiapa yang ada pembantu rumah. Eh! Hehehe... yelah kan, at least takdelah hari-hari nak kelam-kabut macam i). Tapi takpe, i suka dengan rutin harian i sebab dah terbiasa kelam-kabut dan sibukkan diri dekat rumah. Jadi semua tugas i rasa cepat je siap (kehkehkeh, kononnya expert lah tu. Eceh!) Kelakarnya bila dah siap kerja rumah, tak jugak nak bersenam ke atau bersenang-lenang depan tv tapi pergi cari resepi baru pulak untuk cuba. Tengok, memang tak reti duduk diamkan? Dan apa yang buat i rasa bertuah ialah sebab hubby sama-sama membantu untuk uruskan rumah (alhamdulilah).
Macam mana pun dengan hanya buat kerja rumah semata-mata takkan menjanjikan bentuk badan yang ideal. Nak tak nak kena juga buat senaman. Pada i kurus tak semestinya tubuh badan dah sempurna. Sempurna maksud i dari segi stamina, paras kalori dalam badan dan jauh dari sebarang penyakit. Tahukah korang orang kurus pun berisiko menghadapi penyakit darah tinggi dan kencing manis. Errr... takut kan? Apa yang i perasan bila usia menginjak 30-an, berat badan lagi senang untuk naik tapi payah betul nak kurangkan (haishhh, boleh tahan kepala batu juga lemak ni kan?) Walaupun berat badan i tergolong dalam kategori normal (index berat badan i ialah 20.57, korang juga boleh check dekat sini ---> http://herbalifeku.trinunggal.net/index_berat_bad) i kena buat sesuatu untuk pastikan kecerdasan badan dan mungkin kecilkan sedikit bahagian abdomen perut ke bawah (biasanya inilah antara tempat persembunyian lemak tepu yang suka bermaharajalela). Bukanlah nak harapkan sangat supaya bentuk badan jadi ala-ala retis tapi pada i, lebih kepada kesihatan untuk hari tua. Dah tua-tua baru nak terfikir pasal kesihatan, tak guna jugak. Waktu badan masih boleh diharapkan nilah kita kena buat sesuatu (ye tak?)
Dalam memikirkan senaman apa lagi yang sesuai untuk i lakukan? (Kebiasaannya kalau korang nak tahu alat senaman yang i biasa gunakan dekat rumah, korang boleh tengok dekat link ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/09/tips-kekal-ramping-elak-perut-buncit.html). Apa-apa hal pun i lebih prefer untuk buat senaman yang hanya memerlukan ruang kecil (macam dekat rumah), takde melibatkan kos yang banyak (contoh: nak bayar untuk register dekat gym ke), takde melibatkan alatan-alatan senaman yang besar dan berat serta takde jugak melibatkan masa yang lama tapi yang paling best memberikan kesan yang lebih cepat (hamboi... kemain kan? Bersenam pun nak demand macam-macam. Hahaha). Jadi i cuba minta pertolongan Google yang baik hati. Menariknya i terjumpa satu laman web yang menepati kehendak i. Bersenam dengan cara murah, cepat dan menyeronokkan! Yang penting hasilnya memang buat korang teruja. Kalau selama ini senaman yang i buat hanya ambil masa sekitar 15 hingga 30 minit je. Rupa-rupanya i baru tahu bagi mendapatkan hasil yang cukup membanggakan (ewah!) Sebaik-baik senaman adalah selama sejam dengan pengambilan air sebanyak 3 hingga 4 liter sehari dan lakukan 5 hingga 6 kali seminggu. Apa yang penting, korang banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Senaman ni dipanggil pilates (ok, serius i tak tahu sebutan dia macam mana. Hahaha!) Ianya lebih menumpukan kepada bahagian abdomen perut dan ke bawah dan secara automatik membentuk tubuh badan yang korang idamkan (kemain statement i kan? Tapi kalau malas buat takde maknanya tubuh idaman tu nak terbentuk. Hehehe).
Buat masa ni, inilah laman web yang paling rajin untuk i datang singgah sambil bersenam --->
Pemilik laman web ini ialah Cassey Ho. Dia merupakan Pilates and Fitness Instructor. Nak berkenalan dengan Cassey Ho? Korang klik sini ---> http://www.blogilates.com/about-me. Cara penyampaiannya memang fun dan korang mesti rasa tertarik nak cuba dekat rumah especially bila tengok Youtube PSY Oppa Gangnam Style Cardio Dance Workout dekat bawah ni (fuhhh... berpeluh i tengok Cassey bersenam. Sendiri buat entah-entah semput jadinya. Kihkihkih). Abaikan keseksian Cassey Ho yang super duper pergh! Yang penting kita ambil sikap positif untuk kekalkan kesihatan. Tapi kalau korang nak bergaya seksi dekat rumah korang takde salahnya kan? Hehehe...
Anyway, banyak youtube Cassey yang boleh korang ikuti untuk bersenam (yeah, cayalah Cassey! Buat i bersemangat je ni. Hehehe)
Selain tu, Cassey juga ada sediakan printables poster senaman secara PERCUMA (baikkan Cassey ni?) untuk memudahkan korang gunakan sebagai panduan bersenam di mana sahaja korang berada (alahai bestnya!). Dekat bawah ni adalah antara printables poster senaman dari laman web Cassey. Klik pada gambar untuk tumbesaran dan print untuk simpanan korang.
Nak dapatkan keseluruhan printables poster senaman Cassey, korang pergi sini ok --->
Macam mana excitednya i untuk bersenam dengan cara Cassey, i harap korang pun sama jugak. Sekarang ni, Cassey adalah merupakan sumber inspirasi i (thanks Cassey!)
p/s : terima kasih untuk korang (korang lah tu!) yang sudi join Giveaway yang i adakan. Tapi sedihnya guru besar tak berkesempatan lagik nak ucapkan good luck personally dekat korang. Tunggu ye!
u dah selim melim pun still exercise kan...
ReplyDeletebagus lah...
i respek tul kat u....
anak 3 tapi cam anak dara!
phewwwiiittt leh berkenalan hehehehehehe...
muah muah...
good luck to the participants of your GA :)
Hahaha... meh sini nak cubit akak meh :P
Deletesgt suka dengan poster diaaa!!!!..stanby utk lepas pantang..hahaa..mintak hubby printkan cun2 =)..tq n3 ni sgt best!
ReplyDeleteYour welcome. Lepas ni mesti lagik cun kan? :)
Deletenice info reena! tambah excited lh i nk selalu bersenam camni :)
ReplyDeleteThank you awak :)
DeleteTah payah tengok body instructor ni tengok tuan punya blog ni pun Kak Anis rasa semua semangat nak bersenam...
ReplyDeleteHahaha... iyelah tu Kak Anis ni. Cubit nak? :P
Deletebadan aku pun dah macam lori sampah besarnye.. kahkahh.... baju keje pun dah sendat sana sini... harapan aku dapat la kiranya info ni membantu aku mengikis lemak tepu dalam badan... ^_^
ReplyDeleteGood Luck Ita :)
Deleteuhhh.. bila tgh bgn reena mcm bersemangat nak buat, tgk body instuctor pulak mcm tak de harapan je nk slim mcm zaman muda mudi dulu.. tolong la sedut lemak ni.. huhuhuuu
ReplyDeleteHahaha... kalaulah boleh sedut lemak sesuka hati. Kita pun suka awak :)
Deletevavavaa kena try la lepas ni. Thanks ya, Reena!
ReplyDeleteYour welcome Kak Lin :)
DeleteLama x jenguk blog ko tgh sarat ni mmg aku pun da start cari senaman masa pantang nnt.thanx la reena. Patut la aku rasa nk jenguk je sini
ReplyDeleteYour welcome Ida, selamat berpantang ye nanti :)
Delete