Blogger templates

Oct 22, 2012

Resepi : Telur Separuh Masak

Resepi telur separuh masak? Aik, setakat buat telur separuh masak pun tak reti ke? Ish... tak baik cakap macam gitu tau kawan-kawan. Siapa kata senang nak buat telur separuh masak ni? Kalau tak reti nak seimbangkan suhu dan tempoh masa untuk menghasilkan telur separuh masak, silap-silap bila pecahkan, telur still mentah lagik. Nak tak nak, terpaksalah ubah menu telur separuh masak jadi telur mata kerbau. Takkanlah nak buang pulak kan. Membazir nanti.

Sekarang ni pun sebenarnya banyak alatan untuk hasilkan telur separuh masak tanpa perlu bersusah-payah. Memandangkan i ni jimat-cermat orangnya (hahaha! Yelah... buat apa nak bazirkan duit semata-mata beli alatan macam ni sedangkan takdelah susah mana pun nak buatnya). Jadi i lebih suka gunakan cara tradisional sebelum kewujudan alatan untuk telur separuh masak (macam berkurun lamalah sangat bunyinya! Hahaha).

Senang je kawan-kawan nak buat telur separuh masak ni. Jom ikut masuk dapur i.

Cara-cara :

1. Sediakan periuk sederhana kecil bersesuaian dengan kuantiti telur ayam yang akan korang masukkan nanti.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Pastikan sukatan / anggaran air boleh menenggelamkan telur.
3. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Ingat! Jangan masukkan telur lagi sewaktu proses mendidihkan air.
4. Selepas mendidih, tutup api periuk dan masukkan telur ke dalam periuk yang berisi air mendidih tadi. Tutup periuk dengan penutup serapat-rapatnya. Dan mulakan kiraan selama 10 minit dari tempoh korang menutup periuk.
5. Selepas 10 minit, angkat telur dan sejukkan dengan air paip dalam beberapa saat bagi mengelakkan jari-jemari korang melecur sewaktu proses pecahkan kulit telur.
6. Sedia untuk dimakan bersama kicap dan lada sulah (nyam-nyam!)

Betul tak i cakap, senang je kan nak buat telur separuh masak ni. Pagi-pagi breakfast dengan telur separuh masak, lepas tu cicah dengan roti Gardenia fuhhh... memang best!

Apa Khasiat Telur Separuh Masak ?

Masa zaman kecik-kecik dulu, tiap-tiap pagi ibu mesti hidangkan telur separuh masak untuk i sebelum pergi ke sekolah. Tension jugak bila hari-hari hadap telur separuh masak je (biasalah budak-budak kalau tang makan benda berkhasiat memanjang semuanya tak best. Hehehe). Kata ibu, telur separuh masak bagus untuk tumbesaran dan tambahkan berat badan. So, betullah kata ibu tu. Telur kan sumber protein yang baik untuk tubuh badan terutama sekali untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Yang penting korang pilihlah telur yang ada Omega ok. Tapi untuk orang-orang tua (i maksudkan orang dewasa. Kira tualah tu kan? Hehehe) tak boleh banyak sangat makan kuning telur ya, kolestrol jadinya.






p/s : Malam nanti i akan announce untuk pemenang Giveaway. Jeng-jeng-jeng!

10 comments:

  1. Hello Reena, I have yet to make the perfect telor separuh masak.
    I love to have it for breakfast, 3 eggs with 3 slices of toast, margarine and 3 fruit marmalade.
    I must try out your way.
    I love this posting.....something simple yet not easy.
    Have a nice day, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Sy rebus telor selama 3-4 min dalam air mendidih..confirm jd telor 1/2 masak tu..hehe

    ReplyDelete
  3. sebenarnya, saya tak reti masak telur separuh masak. pasal tak penah masak. skrang dah tau resepinya, nnt leh buat ala-ala kopitiamnya breakfast. thanks reena

    ReplyDelete
  4. Memang sedap..makan telor separuh masak nie.. bila dah letak kicap dan lada sulah..nyum2.. TQ sharing cara2 u tu :)

    ReplyDelete
  5. nie paberet si sapphire....
    kalo memula buat dulu...
    rasa cam simple tapi tak menjadi...
    but now ok dah slalu buat kan hehehehehe...
    a simple but delicious breakfast :)

    ReplyDelete
  6. hubby, aku n nur iman dania mmg teramat suka makan telur..heheee aku guna cara yg sama tuk sediakan telur separuh masak ni utk hubby breakfast.. ^__^

    ReplyDelete
  7. dulu masa2 mula2 try selalu tak jadi.. mula2 mentah, try lagi jd telus rebus.. hehhe..

    ReplyDelete
  8. dah lama tak dtg sini. renduuuuu

    sy paling tak suka benda ni la kak. kdg2 tgk punt erbantut selera haha tp husband suka selalu jugak masakkan utk dia :D

    ReplyDelete
  9. Salam, tengah mencari2 cara nk buat telur sepruh msak tetiba trjumpa blog yg comel ni + tuan dia pon comel. Pagi td try msak ikut cara awk, sgt mnjadi. Feveret sy. Slalu buat jd mentah kdg2 terlebih msak plak. Hehe. Terima kasih.

    Jemput lah singgah di blog sy yg humble ni. Sy baru brjinak2 jd blogger n suka blog walking. http://mamalapanpuluhtujuh.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  10. Lama betul 10 min, dah jadi telur rebus huhuhu

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)