Hai korang! Dah khatam tak cerita Legoland Malaysia i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/legoland-malaysia-kami-di-sini.html dan yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/legoland-malaysia-miniland.html (hamboi... kemain siap suruh khatamkan lagikan? Hehehe... Peace!)
Jadi untuk hari ini, kita sambung ronda-ronda lagi dalam Legoland Malaysia nak? Tapi kali ni i nak cover story pasal makanan pulak. Agak-agak siapa yang kuat makan (macam i), tempat-tempat makan ni memang memainkan peranan penting dalam menambahkan tenaga berjalan dan menyelamat mood daripada muncung sedepa akibat kelaparan. Anyway, korang jangan risau, setiap kawasan dalam Legoland Malaysia memang ada menyediakan pelbagai jenis restoran, stall dan mesin air (untuk senarai tempat makan di Legoland Malaysia. Korang boleh picit sini ---> http://www.legoland.com.my/Explore/Foods-Drinks/). Cuma harga makanan dan minuman dekat sini takdenya lah kategori harga kedai mamak. Mestilah dalam rate oversea gitu. Bila i dah sebut harga oversea mesti korang dah fahamkan. Takdelah semurah mana, mahal 'sikit' je dari biasa (eceh, hehehe...) Tapi macam mana pun, terus-terang i cakap, harga yang ditawarkan sebenarnya memang setimpal dengan perasaan waktu menikmati makanan dekat sini. Memang sedap dan dalam portion yang banyak. Yang best nya, kesemua makanan yang disediakan di dalam Legoland Malaysia memang dimasak fresh dekat situ.
Lepas dah penat meronda kawasan Miniland, i sekeluarga bergerak patah balik ke The Beginning untuk makan di restoran The Cafe. Kononnya, kita orang tak nak makan, makanan yang berat-berat (macam pasta atau nasi). Bukan apa, takut lepas makan terus tak larat nak bawa perut berjalan-jalan. Sedangkan banyak lagi kawasan dalam Legoland Malaysia yang tak cover lagik.
Dekat sini (The Cafe), pilihan makanannya lebih tertumpu kepada jenis roti, pastri, sandwich, pau, kek dan lain-lain. Hah... kiranya sesuailah kan dengan keinginan i tadi. I dan anak i yang sulung makan Tuna Sandwich (RM12.50). Manakala hubby i makan Turkey Sandwich (RM12.50). Walaupun bunyi makanannya cukup simple tapi percaya tak korang, mengah gila i nak habiskan. Ada dua kawasan tempat makan yang disediakan di restoran The Cafe. Satu di bahagian dalam (ada penghawa dingin) dan satu lagi di bahagian luar. Cuma untuk makan di dalam area yang ada aircond tu bergantung dengan nasib korang. Maklumlah, dengan cuaca panas terik, i perasan ramai yang macam berat punggung je nak bangun walaupun makanan depan mata terang-terang dah habis. Yang kelakar tu, siap ada yang pandang sipi-sipi mata (buat-buat macam tak nampak) bila i berdiri dekat sebelah (haishhh... nasib badan. Hahaha!)
Apa-apa hal jom tengok gambar kami dekat bawah dan senarai harga makanan di Restoran The Cafe, Legoland Malaysia.
The Cafe, Legoland Malaysia. Terletak bersebelahan dengan The Brick Shop. |
Makanan Lunch kami yang simple. |
Tuna Sandwich yang sedap! |
Suasana dalam restoran The Cafe (untunglah siapa yang dapat duduk dalam aircond tu). |
p/s : terima kasih untuk yang sudi drop komen. I hargai sangat-sangat. Insya-Allah i cuba blogwalking sorang-sorang k. Keadaan streamyx i dah macam kura-kura sekarang ni (lepas tu selalu putus-putus). Kadang-kadang update satu entry dan gambar dalam blog je dah makan 3 - 4 jam masa. Haishhh...
Hye Dear,
ReplyDeleteVery informative. Boleh tahan kan harga2 makanan kat situ. Bawak bekal boleh? hahaha
Hahaha... tak boleh bawa bekallah awak. Nanti kena tangkap :)
DeleteHaih. Bile nak pg nih??? Nampaknye kami yg belum ada anak ni kene tunggu habis cuti skolah la :)
ReplyDeleteTulah... siapa suruh postpone pergi sini lambat-lambat :) kan dah tak dapat nak pergi sekarang. Hehehe
Deletehuhu.. kena bawak duit satu guni ni kalau nak gi sini..
ReplyDeleteHah... tu memang sesuai, lepas tu belanja kita orang satu family sekali :) hehehe
Deletenasi2 takde ke kak? hohoho
ReplyDeleteTak sure pulak akak... Hmmm... takpe nanti akak check bila pergi sana nanti k :)
Deletenak pegi lagi ke kak? haha
Deletekalau jalan2 memang tak sah kalau tak ada aktiviti makan kan..
ReplyDelete