Blogger templates

Showing posts with label Tips Anak Terjatuh. Show all posts
Showing posts with label Tips Anak Terjatuh. Show all posts

Sep 19, 2016

Bila Anak Mengalami Pendarahan Pada Kepala

Sempena Hari Raya Korban dan cuti sekolah bulan September sepanjang minggu lepas. I dan suami ambil peluang untuk balik ke Utara, kampung cik abe ku. Memang kebiasaannya bila balik ke Utara, kita orang memang dah sedia maklum dengan keadaan trafik yang tak pernah tak sesak bila time-time cuti camgini. Kalau tak sebab penuh dengan lori yang lenggang kangkung, accident, tak pun ada kereta / lori rosak tepi jalan, tak pun jammed sebab nak 'tengok' jalan arah yang lagi satu accident. Yelahhh.... mana tahu boleh viral kan ke... (Duhhh!) Dan parent-in-law i pun memang dah tahu yang kita orang jenis tak suka nak kelam-kabut tak tentu pasal. Selalunya bila jammed atas highway, kita orang lari masuk ikut jalan lama, tak pun ronda-ronda cari makan. Boring ikut jalan lama, kita orang masuk balik highway, sangkut lagi atas highway, keluar lagi masuk jalan lama sampailah kita orang selamat tiba. Hahaha! Betul-betul santailah. Kau bawak kereta Ferrari laju macam mana pun, bila dah jammed meter kau tetap bergerak 20km/j tau. Jadi toksah nak kelam-kabut sangat bila waktu-waktu jammed ni. Buat tambah serabut kepala je kalau nak tension-tension... hehehe... Kesudahannya pukul 8:00 pagi kau terpacak depan rumah parent-in-law setelah bertolak pukul 8:30 malam dari Kay Ell. Kihkihkih... Santailah katakan!

Manakala, perjalanan balik ke Kay Ell taklah sesantai macam pergi ke Utara. Dalam tempoh 4 jam setengah je kita orang selamat tiba di rumah (serius macam tak percaya jugak ni... hahaha... sebab kita orang ikut jalan lama dan tetap keluar masuk highway). Ingatkan lepas makan malam, bolehlah lepak-lepak ready nak membuta (hehehe), apataknya penat atas jalan masa balik kampung hari tu pun tak habis lagi. Tiba-tiba tengah bersembang dengan hubby, kita orang terkejut dengar bunyi 'gedeguk' dekat steel frame door bilik kita orang. Ok, anak i Damien terhantuk kepala waktu main lari-lari dengan Miko (kucing gebus kita orang).

Mula-mula tu takdelah panik sangat, biasalah budak-budak main lari-lari then terhantuk (ayat biasa tu ayat sedapkan hati ye...) Sambil buat muka terkejut dan pegang bahagian kepala dia yang sakit, Damien masuk ke bilik kita orang. Selalunya, bila terhantuk, i akan gosok kepala dia dan slow-slow tiup, sambil kata "ok... nanti cepat baik k". supaya dia rasa tenang. Dan kalau ada benjol sekalipun, kita orang akan tekapkan ais then sapu minyak. Tapi kali ni i minta tolong hubby buatkan bagi pihak i. Korang tau apa jadi, bila Damien mula alihkan tangan dia dari bahagian terhantuk tu, tiba-tiba menyembur darah mengalir sampai basah satu muka dan baju. OMG! Dah macam cerita movie zombie dah... I dahlah jenis yang penakut darah, terus rasa macam i pulak yang nak pitam. Cepat-cepat i ambil kain dan pass kan pada hubby untuk tekapkan pada bahagian luka berdarah tu. Waktu tu, risau kalau luka dia terkoyak besar, darah tak nak berhenti atau tetiba dia pengsan. Tapi Alhamdulilah, tak sampai 5 minit darah dekat kepala Damien stop dengan sendirinya lepas kita orang baringkan dia. Paling power, superhero mama papa tak meraung pun (alooo... terharu mama tau sebab dia kuat sangat), keluar air mata pun sebab dia panik je awal-awal tu.

Lepas darah dah stop, i ambil peranan sebagai drebar dari pukul 11:30 malam sampailah 4:30 pagi bawa Damien ke Medical Centre dekat area rumah then berkejar pergi ke Sime Darby Medical Centre dekat Subang Jaya, kemudian lepas surgery balik ke rumah semula. Kesian pulak dekat hubby i sebab dia kena kerja pagi tu jugak, so kenalah give and take dan korbankan kesedapan tidur yang diharapkan dari sampai rumah tadi. Kau ingat senang jadi parent? Kehkehkeh... Adventure gila tau! Waktu dekat Emergency Room, Sime Darby Medical Centre, doktor kata luka Damien quite dalam dan akan ada parut kekal kalau tak treat dengan baik so doktor suggestkan untuk buat plastic surgery. Wohh! Plastic surgery hokeh... Memang mama papa dah tak boleh nak fikir apa dah waktu tu, harap dia cepat baik je. So, kita orang setuju. Tetiba lepas setuju, rasa berdebar-debar pulak. Yelah... selalu dekat tv tengok plastic surgery ni kena cucuk sana-sini bius sebelum operation. Harap sangatlah Damien ok.

I tak masuk untuk tengok sebab tak berani, kang tak pasal-pasal Damien menggelabah kalau tengok air muka i berubah berkerut sebab takut (walaupun sebelum tu kemain bagi kata-kata semangat dekat Damien, "Damien is strong boy. Strong boy shouldn't cry kan? Kena tahan sikit walaupun sakit.") Nasib baiklah hubby i jenis tenang so dialah yang temankan Damien sambil i duduk dekat luar tunggu ngauman / jeritan dari Damien. Dalam 20 minit menunggu, i tak dengar bunyi apa-apa pun. Eh! Senyap je... Tiba-tiba terpacul Damien bersama papa dengan senyuman. Wahh! Pelik pulak i rasa, tak sakit ke kena jahit? Siap tersengih-sengih lagi. Hahaha! Yang i tahu, doktor dan nurse sampai puji Damien sebab langsung tak nangis dan menggelabah. Betapa coolnya superhero mama papa ni.

Kadang-kadang apa terjadi dekat kita ni tanpa disangka-sangka, tengah-tengah elok seronok main dan mama papa cuma dapat rest 10 minit tiba-tiba semuanya boleh bertukar dalam sekelip mata (walaupun hakikatnya dah tertulis pun) so hadapilah dengan tenang (selagi boleh). Bila ada antara kawan atau orang yang kita kenal ditimpa musibah, kalau takde ayat-ayat yang baik untuk dikatakan cukuplah sekadar doa supaya semuanya ok. Sebab hari ni mungkin hari dia, esok lusa mana tahu hari kita pulak. Yelahh... siapa yang nak perkara buruk berlaku, kalau boleh semua nak yang best-best je. Betul tak?

Tapi dalam setiap benda buruk yang terjadi, ada hikmahnya... Hikmahnya tak sangka boleh jumpa balik member baik waktu UiTM yang terpisah dekat 15 tahun, waktu hantar Damien untuk follow-up check-up di Sime Darby Medical Centre. Sebelum tu ada perasan dia dekat Tanjung Malim tapi tak sempat nak tegur dan takut salah orang. Tak sangka kali ni waktu tengah tunggu turn doktor, dapat bersua muka, cium pipi kiri kanan dan bersembang dengan dia macam zaman belajar dulu-dulu. Haishh... banyak betul ketidaksangkaan yang berlaku dalam hidup i sejak akhir-akhir ni.

Ok, this week nak kena bukak stitches. Harap Damien terus kekal handsome. Cepat aminkannn... Hehehe....





Dec 8, 2012

Anak Terjatuh

Assalamualaikum, apa khabar semua? Sihat ke? Hehehe... dah macam gaya ayat-ayat pengacara tv pulak bunyinya kan? Takpelah jadi pengacara untuk blog sendiri je mampu. Jadi pengacara real, confirm pengsan sambil pegang microfon kui-kui-kui. Kalau korang nak tahu untuk beberapa hari ni, kesihatan i dan keluarga tak berapa mengizinkan. Lepas sorang demam, sorang pulak batuk, lepas tu sorang pulak selsema. Then berpusing balik semula macam acara marathon. I sendiri pun dah dua kali demam dalam bulan yang sama. Agaknya demam nak pergi bercuti kot... haishhh... Untunglah siapa yang jadi cikgu ke, lecturer ke atau kerani sekolah ke. Bila cuti sekolah, seronok dia orang... Sebab boleh bercuti sekali (cemburu ke???... Iyelaa... adalah sikit... Kihkihkih).

Takpelah, nak buat macam mana. Rezeki masing-masing kan? Yang penting kena think positive dan fikirkan cara untuk capai kehidupan yang lebih baik. Amin...

So, apa cerita terbaru? Hmmm... cerita sedih yang menimpa anak lelaki i yang ketiga pada dua hari lepas. Kelopak mata anak i (berdekatan dengan bahagian kening) terkoyak disebabkan tergelincir dan terhantuk pada bucu meja dekat rumah pengasuh. Rasa macam separuh diri i melayang bila dapat tahu berita ni dari hubby waktu di pejabat. Sepanjang balik dari pejabat, i cuba tenangkan fikiran dan berdoa semoga kecederaan anak i boleh diubati. Walaupun hati i sendiri rasa macam nak pecah menahan perasaan. Hati ibu manalah tak rasa sedih bila sesuatu musibah, dugaan atau kemalangan tu berlaku dekat anaknya. Kalau boleh gantikan diri sendiri untuk tempat anaknya pun dia sanggup. Betul tak?

Jadi sesampainya di rumah pengasuh, i bawa anak ketiga i ke klinik untuk dressing (cuci bahagian luka dan tampal / jahit bahagian luka yang terbuka). Kalau korang tanya i, samada wujud ke perasaan marah i pada pengasuh atas apa yang terjadi? Terus-terang i mengaku perasaan marah tu memang ada, tapi dalam pada masa yang sama perasaan marah i tu bertindih dengan segala jasa, kebaikan dan kasih sayang yang pengasuh tu berikan untuk anak-anak i selama ni (dah hampir 6 tahun pengasuh ni jaga kesemua anak i). Takpelah... setiap orang ada kesilapan masing-masing. I maafkan, mungkin pengasuh i sendiri pun tak nak perkara macam ni terjadi. Lagipun apa yang berlaku dah pun berlaku. I anggap ni semua ujian dari Allah SWT. Apa yang perlu i lakukan, cari jalan untuk pulihkan kecederaan anak i.

Kata doktor, bahagian luka yang terkoyak pada bahagian kelopak mata anak i quite dalam tapi i bersyukur sangat sebab luka tu tak melibatkan mata anak i. Jadi selepas doktor tampalkan bahagian yang terkoyak tu dengan gam (sekarang dah tak payah nak jahit-menjahit lagi), doktor ingatkan i supaya jangan dedahkan luka ni pada air dan pastikan anak i tak lasak sangat. Ini kerana bahagian yang digam tu boleh terbuka balik (duhhh...) Lagi satu, doktor juga bagitahu i yang keesokan harinya seluruh bahagian mata anak i akan mula bengkak dan jadi biru. So, doktor harap yang i jangan panik melampau kalau tengok mata anak i membengkak sebesar bola pingpong (Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini). Berkemungkinan juga akan ada parut pada luka anak i nanti (alahaiii... kesiannya anak mama papa, kuranglah hensem macam oppa Aaron Aziz... Oppss...). Jadi lepas luka anak i sembuh, doktor akan berikan ubat parut untuk kurangkan kesan parut yang ada (fuh... harap-harap berkesanlah ubat parut tu)

Ini antara tips yang i nak kongsikan dengan korang bila anak terjatuh pada bahagian kepala tapi bukan melibatkan kejadian jatuh yang menyebabkan terkoyak / terbelah. Kalau serius cepat-cepat bawa ke klinik. Anyway tips ini i pernah kongsikan pada entri lama i.

1. Tekapkan ais dekat kepala anak anda untuk mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan.
2. Pastikan kepala anak anda tegak dan tekap dengan serapat-rapatnya.
3. Sapukan alcohol swab untuk membersihkan luka yang ada.
4. Sapukan ubat luka sekiranya pendarahan tersebut berhenti.
5. Reaction seperti muntah atau lemah menandakan anak anda dalam keadaan yang merbahaya.
6. Bawa ke klinik yang berhampiran dengan segera.


Mama harap kecederaan anak mama cepat pulih, tak sanggup rasanya tengok keadaan anak mama yang masih boleh tersenyum dan bergelak tawa walaupun sebelah mata bengkak tak boleh buka (haishhh...) Jangan nakal-nakal dan lasak sangat lagi ye sayang?

Kalau korang ada ubat parut yang berkesan, harap bolehlah share-share dengan i tau (macih semua!)



Pirate kesayangan mama papa!

p/s : Take care semua!