I merupakan antara huge fan (kipas besar ke? Hehehe...) barangan Macintosh atau Mac. Jadi bersempena dengan jemputan dari Maxis bagi event untuk pelancaran pertama iPhone 5 pada 13 Disember 2012 (Khamis) bertempat di Capsquare Centre. I dengan excitednya nak hadiri event tersebut. Maklumlah event dari Maxis yang merupakan rangkaian terbesar komunikasi dekat Malaysia ni. Mestilah happening kan? Dah tu yang bestnya, i dan hubby sama-sama dapat emel jemputan dari Maxis (weehoo!) siapalah tak teruja.
Alamat penuh event Maxis iPhone 5 Launch :
PIKOM ICT MALL CAPSQUARE
Ground Floor, Capsquare Centre
7, Persiaran Capsquare
50100 Kuala Lumpur
Koordinat GPS : 3.154807, 101.699991
Walaubagaimanapun, situasi perenggan pertama dekat atas ni tak menggambarkan kisah sebenar yang terjadi dan yang paling hampagasnya bukan seindah yang disangkakan pun kawan-kawan (aik??!!) Hahaha... mesti ada antara korang yang dah tunjuk muka confused. Launch event iPhone 5 tak best langsung??!! Biar betul??!! Memang betul kawan-kawan. Truthly, madly, deeply! (fuhhh... urut dada).
Mengikut dari apa yang diperkatakan dekat jemputan emel yang i terima, event iPhone 5 akan berlangsung pada pukul 9:00 malam pada tarikh 13 Disember 2012 (Khamis) dan i boleh tentukan sendiri waktu dan tarikh bagi pengambilan iPhone 5 (pick-up date) dari senarai yang diberikan. Bermula dari terimanya emel Maxis ni, i dah rasa cukup happy. Melambung-lambung jugaklah pujian i berikan dekat Maxis, betapa Maxis betul-betul menghargai pelanggannya (sorry Maxis i tarik balik kata-kata i ini). Lagipun i juga merupakan salah seorang ahli Maxis One Club. For sure lah, i anggap maybe ini antara kelebihan menjadi pelanggan Maxis (kelebihanlah sangat eh?).
Memandangkan i dan hubby dah sepakat, untuk pilih pick-up date iPhone 5 kami pada 14 Disember 2012 (Jumaat) bermula dari pukul 6:00 petang hingga 9:00 malam (bergantung dari availability... Pulak dah...) Jadi i rasa tentu takde masalah kalau i saja-saja nak join acara pelancaran Maxis iPhone 5 pada 13 Disember 2012 (Khamis). Mana tahu dapat free gift ke, jumpa retis ke, lagipun sambil tu boleh update cerita-cerita menarik untuk korang sepanjang berada dekat launch event.
Tepat pukul 7:30 malam, i dan hubby keluar dari pejabat menuju ke Capsquare Centre. Banyak masa lagi, fikir i dalam hati. Event tu pun start pukul 9:00 malam. Sementara tu, bolehlah i ronda-ronda dalam Capsquare Centre cari makanan untuk makan malam. Setibanya kita orang di Capsquare Centre, i tengok ada satu khemah besar warna putih Maxis yang tersergam dekat luar perkarangan Ground Floor, Capsquare Centre. Yang tak syoknya i tengok dah ada orang siap beratur lagi dekat situ. Eh, kata tadi event iPhone 5 launch start pukul 9:00 malam, habis tu walaupun dapat invitation takkanlah sampai kena beratur jugak kot. Hati i dah mula muncul perasaan tak best. Terbantut idea makan malam i, nak tak nak i pun sama-sama beratur dengan orang yang dah mula ramai dekat situ (haishhh...) Sambil-sambil tu i pujuk hati, agaknya manalah tahukan Maxis buat surprise boleh beli iPhone 5 cepat-cepat.
Perut dah mula buat konsert, i terpacak dekat situ dah dekat sejam tapi setakat ni i baru je buat 8 langkah ke hadapan (kerja gila betul!) Berkali-kali jugak i minta hubby jenguk apa sebenarnya yang ada dekat dalam khemah Maxis tu. I perasan ada antara orang-orang dekat situ yang carry beg kertas Maxis. Tapi i dan orang-orang lain (yang kononnya dapat invitation ni!) jangankan dapat beg kertas, takde sorang pun orang-orang Maxis yang explain bagaimana acara ni berjalan. Paling haru, lebih kurang pukul 9:10 malam (lepas hubby belikan i hot chocolate dari Starbuck bila dia tengok muka i dah pucat lesi beratur), barulah kita orang ditawarkan oleh Maxis makanan seperti donut bergula, buah epal dan minuman dalam cup kecil (sedey betul i dengan event Maxis!) Oh, by the way kalau korang nak tahu, orang-orang yang carry beg kertas tu rupanya dari corporate invitation. Invitation biasa-biasa macam kita orang yang beratur ni tak dilayan (ish-ish-ish hinanya terasa!)
Lepas tu, keluarlah radio announcer (juruhebah radio) dari Era fm, My fm dan Hitz fm untuk menggamat suasana (yang sedia kaku). Bila sampainya giliran i masuk ke dalam khemah Maxis, i dah rasa sedikit lega. Rupanya di bahagian dalam khemah ini, ada disediakan lebih kurang 6 kaunter pendaftaran (6 kaunter aje??!! patutlah kura-kura pun lagi laju). Kita orang dikehendaki mendaftar terus dekat sini. Fuhhh... harap-harap mana tahu, iPhone 5 yang i buat confirmation untuk pick-up date pada 14 Disember pukul 6:00 petang boleh terus reserved siap-siap nanti. At least taklah putih mata besok. Selepas selesai pendaftaran di kaunter hadapan, kita orang diminta untuk masuk ke dalam dan isikan borang Maxis bagi tujuan pengesahan pelan Maxis baru. Lepas selesai isi form, kita orang pun terima nano sim card yang baru. Wahhh!! one step closer sebelum dapat iPhone 5 gitu!
I ingatkan perasaan tension i akan berakhir lepas dapat nano sim card. Bolehlah i balik rumah ke, besok datang sini balik ambil iPhone 5. Rupa-rupanya silap sama sekali korang. Kita orang dikehendaki beratur sekali lagi (dalam khemah yang cuma ada air-cond box jenis bergerak dan cramp dengan orang ramai). Then kena tunggu sehingga pukul 12:00 tengah malam untuk dapatkan iPhone 5. Hah??!! Apa guna Maxis buat selection pick-up date kalau i kena juga bersesak dengan macam-macam bau orang, dah tu tunggu hampir dua jam lagi dengan perut yang dah masuk angin dan kepala macam nak pitam. Bila ajukan soalan dekat personnel Maxis yang ada dekat situ pasal selection pick-up date yang diberikan. Takde siapa pun boleh jawab soalan kita orang. Paling best, dia orang boleh kata, kalau i keluar dari queue malam ni jugak belum pasti i akan dapat iPhone 5 pada besok hari. Hmmm... biarlah tak dapat iPhone 5 sekali pun, daripada attending event Maxis yang macam #$%^#@%. Serius i takkan pergi lagi.
Bertambah haru-biru, sewaktu perjalanan balik ke rumah (pukul 10:40 malam) tiba-tiba i dapat sms dari Maxis mengatakan pelan Maxis i dah bertukar kepada pelan baru. Hah, elok sangat lah servis Maxis, iPhone 5 tak dapat lagi, i dah kena commit untuk contract plan baru. Sudahnya besok 14 Disember 2012, i terpaksa datang semula ke Capsquare Centre perbetulkan semula kepada pelan lama. Nasib baiklah waktu i datang ke sini, i jumpa dengan personnel Maxis yang betul-betul bekerja untuk bantu customer (terima kasih kepada Encik anonymous dan Mr Eng). Jadi masalah i dapat diselesaikan tak sampai pun 30 minit. Kecewanya, iPhone 5 32GB yang i nak, dah selamat sold out pada pukul 11:40 pagi (huhuhu.... takde rezeki).
Anyway, untuk sesiapa yang dah beli iPhone 5, i nak ucapkan tahniah untuk korang! Nampaknya i lambat lagilah nak melaram dengan iPhone 5 (huwaaa!!!)
Kiri : Corporate Invitation, Kanan : Invitation orang biasa-biasa |
Retis!!! |
Tak dapat iPhone 5 tapi dapat bergambar je. Huhuhu... |
Orang-orang ni semua tengah tunggu untuk dapat iPhone 5. Untunglah! |
Pengesahan hanya tinggal pengesahan. |
p/s : Tengah survey nak beli iPhone 5 pakai Celcom (dah kecewa dengan Maxis).
ini lah yg dinamakan tragedi buah epal yer dear.. takper, ada la tu rezeki nnt.
ReplyDeleteHuhuhu... tulah dear... rasa macam nak cekik-cekik je Maxis. Hehehe...
Deleteso akak beli ke tak iphone5? jeles please huhu T_T
ReplyDeleteTak beli lagi pun Cha :(
Deletewah...baru je launch..dh nk pakai iphone 5 ye..xpe, bertukarla kpd celcom cpt2 ye..hehhh...mcm sy...nk juga disamakan..:)
ReplyDeletesemoga dapt iphone5 ye!!!
Hahaha... macih awak :)
Deletewow happening betul
ReplyDeleteAikkk... happening ke macam ni? Pening ada la :)
Deleteagak mengecewakan yea maxis,padahal akak juga pguna setia maxis..bband pun guna maxis..hmm
ReplyDeleteHuhuhu... tah hape-hape je event dorang ni kak. Sedey :(
Deletekenapa ada yang kata iPhone 4s dengan iPhone lebih kurang sama je.. hanya lebih pada sokongan LTE je.. yang mana sokongan LTE pun tak support untuk iPhone 5 buat masa sekarang ni.. mcm ada problem.. kita mampu pakai hndphone yang boleh buat baling kucing je.. hehehe
ReplyDeleteSebenarnya senang cakap ciri-ciri iPhone 5 adalah upgrade dari iPhone 4s. Ikutkan tak banyak perbezaan pun tapi takpe apa-apa hal nanti kita buat review.
Deletebestnya iphone5..untungla..hik..btw..salam kenal..pestime dtg umah u ni=)
ReplyDeleteSalam kenal awak :) hehehe... sorry ye lambat jengah awak.
Deleteish x patut taw diaorang..
ReplyDeletepatut reena ckp kat diaoran 'i blogger taw.. nnti i kondem produk u nnti.. baik bg i beratur kat corporate tu..' mesti dia takut.. hihiii.
Hahaha... nanti dia kata, blogger?? I tak kenal pun u... Caneee?? Hehehe
Deletewahh ramai betul beratur untuk tunggu giliran, so berapa jam berada didalam tu admin?
ReplyDeleteDari 7.30 malam sampai 10:30 malam. Tiga jam lah kan? :)
Deletesabar nya lah awak suka sangat dengan iPhone sampai beratur yek .. susah nak dpt kan iPhone 5 ni .. saya tak sanggup beratur ..terima kasih je la ..
ReplyDeleteHahaha... kalau tahu jadinya macam ni takdenya nak pergi beratur pun Puan Bee... :)
Delete