Tiba-tiba blog Reenaonline jadi statik tak pasal-pasal. Apa sudah jadi? Merajuk kah? Letih kah? Atau bosan kah? (Ok, part bosan tu adalah sikit-sikit. Kehkehkeh). Eh, bukan bosan dengan korang tau (jangankan sikit, banyak pun takde. Serius! Cuba tengok muka suci i ni. Hehehe). Tapi terasa macam bosan hadap rutin harian sama hari-hari yang sepanjang masa penuh dengan kesemputan (erk!) Standardlah manusia... Mana pernah tak bosan. Buka Facebook pun kadang-kadang boleh jadi bosan tau. Betul tak? Tapi dalam bosan-bosan tu adalah jugak skodeng status orang lain jugak. Eh.... kantoi di situ. Hehehe...
Jadi jalan terbaik untuk melegakan perasaan bosan i dengan rutin harian, i kenalah korbankan sebahagian dari masa keperluan i berblogging untuk penuhi waktu rehat i bersama keluarga (of course suami dan anak-anaklah yang paling utama). Lagipun ramai antara korang yang sedia maklum, i banyak kendalikan urusan keluarga bersendirian (atau bersama hubby) ditambah pulak dengan urusan kerja di pejabat. Nak tak nak i kenalah wujudkan sikit ruang pernafasan untuk diri sendiri (fuh-fuh-fuh)... Rasanya working mom (especially yang takde maid) yang bekerja di Kuala Lumpur boleh rasai kot macam mana kecohnya kehidupan harian yang i lalui (gila tak stress... hehehe).
Anyway terima kasih tak terhingga untuk korang yang masih sudi jenguk-jenguk dekat sini (hai! Kawan-kawan baru... nampak tak tangan i yang melambai-lambai ni?) Ada sekali tu, i approve comment sampai 80 lebih bila dah dua bulan tak buka blog (mak aihhh... terasa glamour sekejap diri yang tak berapa glamour ini. Hehehe). Ada sesetengah komen buat i rasa tersenyum, ada sesetengah tu buat i rasa dihargai dan ada sesetengah tu, i perasan soalan yang dikeutarakan tu dah terang-terang i dah cerita details dekat entry tu. Haaa... tak baca habis lah tu ye? Heppp... biasa dia ni. Hehehe... Cuma tak bestnya part blogging ni i terasa macam susah nak jawab komen-komen yang korang utarakan dekat sini. Maksud i, kan best kalau blogger boleh buat notification untuk iphone. Dalam pada masa yang sama bolehlah buat i alert wujudnya comment korang semua dekat dalam blog, i boleh approve dalam sekelip mata then terus jawab pakai iphone je.
Bukanlah tak nak open comment macam tu je untuk korang semua, cuma i takde keyakinan untuk terima semua bentuk comment yang mungkin 'tak syok' untuk dibaca (ish... taknak-taknak-taknak... bak kata Professor Izi... hehehe). Yang kelakar tu, i siap terfikir nak buat fanpage Reenaonline supaya korang semua boleh share idea / sembang-sembang / drop comment dekat situ. Eh, part kelakarnya tu part mana eh? Part nak buat fanpage lah... budget retis lah sangat Senah oiii... hahaha! Kesudahannya, takpelah... biarlah i hidup secara low-profile macam gini (tapi kalau korang insist nakkan i buat fanpage Reenaonline, insya-Allah i cuba pertimbangkan. Eh, nak ke?)
Agak-agak ada private comment / message nak tanya tu... korang boleh je emel dekat i. Tapi bila emel tu, i harap ejaan tu biarlah ejaan dalam buku sekolah ye kawan-kawan (tak kisah Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris ke). Lepas tu, ayat tu biarlah yang boleh i faham. Kadang-kadang tu i perasan salam takde, isi kandungan pun tak pasti apa sebenarnya yang nak sampaikan, tiba-tiba terus wujud soalan. Lagilah makcik ni pening. Apa sebenarnya yang korang nak ni? Huhuhu... maklumlah i ni 'orang tua' (yang tak berapa tualah sangat) tak reti nak translate ejaan-ejaan dan ayat-ayat pelik ni. Keep it simple and easy to understand. Bila i happy jawab soalan then korang pun mestilah happy dapat reply dari i. Ye tak?
Sebagai permulaan entry setelah lama berehat panjang dari blogging, korang nak tahu apa aktiviti baru bila i bosan dengan rutin harian (sebab asyik ulang-ulang buat benda sama je hari-hari... nangis...) Taraaa... shopping lego dan main cantum-cantum dengan anak-anak i. Hobi yang i akui menerbangkan RM (huwaa... bye-bye RM) tapi sedikit-sebanyak menggembirakan diri pembeli yang bernama Reena ni. Tak percaya? Korang cubalah beli pulak. Eh, hehehe... terhasut pulak.
Teringin nak tengok koleksi lego i... korang bolehlah melawat page Instagram i ---> iamreena. Ada antara korang peminat-peminat lego jugak, ada idea macam mana nak kemas / susun atur lego korang atau nak show-off dekat i koleksi lego korang yang jenis rare ke. Meh-meh kita share info dan gambar-gambar. Sekarang ni, dengan rasminya i dah jadi group member Brickfan Of Malaysia (BOM). Seronok, bersembang lego dengan dorang semua dekat dalam ni. Kiranya satu bahasa lah, taklah terasa macam ayam cakap dengan itik... hehehe... Yang paling best kadang-kadang tu i siap dapat beli lego dengan harga lagi murah daripada harga pasaran tau. Inilah kelebihan bila kita dapat kenal dengan ramai orang (ewahhh...) Apa yang penting kenalah respect each other. Tak mahu... gaduh-gaduh.
Damien pun happy dengan Lego.... (cuba kalau letak gambar mama buat pose macam ni, sure over... Hehehe) |
Sebahagian dari kotak lego yang dah dibuka... Ni baru sebahagian... gulp! |
p/s : Ok, i nak masak untuk berbuka. Happy sangat sebab dapat bersembang dengan korang semua. Walaupun baru tiga bulan macam dah bertahun pulak lamanya i tak jenguk blog ni. Rindu dekat korang semua. Nanti kita sembang lagi k.
salam reena, at last yang ditunggu..i wondering napa la reena tak post something..lama dah..kita cuba cari facebook reena tapi tak jumpa plak :(..
ReplyDeletewelcome back..:)
nak tanya sikit, selalunya reena beli set lego kat mana ye. saya baru nak introduce pada anak anak tentang mainan lego ni
Hi & salam dear thenunu (alololo... comels je nama Nunu gitu)
DeleteMacih sebab sudi tunggu kita kembali. Yeay! I'm back... hehehe... Wah! Jom-jom share minat bersama-sama. Selalunya saya beli dekat kawan-kawan facebook (chinese). Alhamdulilah, dorang semua memang best dan baik. Nanti saya buat entry perkenalkan penjual-penjual Lego tegar ni nak?
oh yes...paham sangat kebizian ibu2 yang bekerja yg tiada maid....
ReplyDeletekkdg rasa tak tahu nak capai apa dulu hehehehehe...
buat lah apa yang terdaya kan sis....
nak nak sekarang bulan posa ni....
rasa cepat sangat masa berlalu :)
wahhhh banyak tul lego2 u sis....
minat yang leh dishare wif kids kan sis...
wahhh reena dan kembali.. rindu ketat ketat.. huhuuu..
ReplyDeleteanak2 kecik lagi, tak pandai sayang mainan.. tuhari beli lego kereta shell tu byk yg dh pecah2.. huhuu.. mama pulak yg terlebih sayang kat kete diaorang tu.. kalau beli set lego mcm anak2 reena ni mau nangis tgk diaorang hilangkan..
ya la reena.. apa fb reena?
Salam kak reena..hah muncul pon..rindu akak..nak introduce gak kt my daughter tp fulus tak berapa byk la.hihi..
ReplyDelete