15 April 2013 (Isnin) genaplah Abang Long berusia 7 tahun. Mama macam tak percaya yang anak sulong mama papa dah makin membesar, dah mula berfikir macam 'orang' besar, dah boleh diharapkan untuk bantu mama papa dan dah boleh berdikari sendiri. Mama papa selalu doakan yang terbaik untuk Abang Long. Semoga Abang Long jadi anak yang bijak, yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat dan selalu mendoakan mama papa ye (amin...) Yang kelakar tu, Abang Long yang beriya ingatkan mama papa pasal harijadinya sewaktu nak pergi sekolah.
Ikutkan planning sebenar nak celebrate birthday Abang Long pada hujung minggu ni (hari nilah). Tapi rasa macam tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan Abang Long yang nakkan hadiah birthdaynya tepat pada harijadinya (alahai... serba-salah mama papa jadinya sebab tak prepare apa-apa langsung untuk Abang Long). Jadi lepas hantar ibu dan ayah mertua ke KLIA, i dan hubby bergegas terus ke Toy R Us di Empire Subang nak dapatkan koleksi Ninja Go yang Abang Long idam-idamkan. Sedihnya, hampir ke semua Toy R Us i dan hubby telefon untuk tanyakan stok Ninja Go tapi kesemuanya sold out (duh...) Masalahnya, hadiah side-kick untuk Kak Ngah dan Adik, mama papa dah dapat dah (standardlah sorang dapat hadiah, lagi dua pun nak hadiah jugak. Hahaha). Yang tinggal sekarang ni hadiah utama untuk birthday boy aje. Lorrr... macam mana ni? Dan-dan lah pulak boleh sold-out Lego Ninja Go ni. Nyesal tak borong Ninja Go waktu pergi Legoland dulu.
Akhirnya i ajak hubby ke Subang Parade (bersebelahan je dengan Empire Subang). Manalah tahu, ada Lego Ninja Go ke dekat Parkson. Kalau takde kenalah buat last-minute plan lain pulak. Tapi nampaknya memang bukan rezeki Abang Long nak dapat hadiah Lego Ninja Go. Tengah i dan hubby pening kepala fikirkan hadiah apa yang sesuai nak belikan untuk Abang Long. I ternampak koleksi Lego Galaxy Squad 70704. "Yes! Inilah hadiah yang Abang Long sukakan". Instinct mama berkata-kata. Tak nak fikir lama-lama i dan hubby terus ambil keputusan hadiahkan Abang Long koleksi Lego yang terbaru. Sebelum balik rumah, i sempat belikan dekat vending machine untuk tambahan koleksi kad Lego Ninja Go favourite Abang Long. Kiranya kad ni sebagai pemujuklah. Yelah, tak dapat real Lego Ninja Go, dapat kad sebagai back-up pun jadilah. Hati birthday boy kenalah jaga. Hehehe... By the way Abang Long memang excited sangat dengan semua hadiahnya. Berkobar pasang sendiri lego sampai lewat tidur.
Kalau korang nak tahu, hadiah side-kick yang i belikan dekat Toy R Us untuk Kak Ngah ialah Paint Your Own Kitty Bank (harga RM25.90) dan untuk Adik pula ialah Mini Dinosaurs dari koleksi Animal Zone (harga RM18.95). Hmmm... janji semua happy dan mama papa pun puas hati.
Love-Love-Love!
p/s : celebrate birthday pakai baju tidur je. Sempoi kan? Hehehe...
happy birtday abg long. tak sangka akak ada anak sekolah dh haha mamanya comel lote je lg :D
ReplyDeleteSelamat hari lahir abang long...(",)
ReplyDeletealolo comei abg long celebrate bday...
ReplyDeleteHepi b'day along.. :)
ReplyDeletehappy birthday jugak untuk abang long. semoga terus sukses dan menjadi anak yang soleh. happy je dapat hadiah tuu hehehe :)
ReplyDeleteSalam dear, lama tak singgah sini. Cepatnya masa berlalu, dah besar dah Danish. Ariana pun jadi anak dara :) Dulu tgk abg long berisi sikit, sekarang dah susut. Dah mula sekolah agaknya kan. Moga jadi anak yg soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat :)
ReplyDeletelama tak dengar cite Reena...rindu...;)
ReplyDeletecepatla REENA update.. :)
ReplyDeletelamanya rehat.. sunyi taw.. hihihii..
reena apa citer skrg??? senyap jer...
ReplyDeleteSelamat Hari Jadi Abang Long. Moga jadi anak yang soleh dan abang yg baik untuk adik2.
ReplyDeletebtw, google2 pasal manhattan fish, Jan jumpa blog reena.. hehe. Baca punya baca, pastu tgk resepi menarik, pastu tgk mama nya comel cute tapi anak dah 3, terus bookmark reena punya blog.. Seronok tgk resepi, dan dah copy pun..ihiks.
Harap boleh berkawan..hehe