Blogger templates

Jul 22, 2013

Jelly Bunny

Dengar nama pun dah cute kan? Hah, apa kata korang cuba jenguk shop / kedai Jelly Bunny pulak. Mesti mata korang bertukar jadi galak sambil hati jerit cute ulang-ulang dan automatik terloncat-loncat macam bunny (hahaha!). Apa taknya, semua kasut yang dipamerkan dekat Jelly Bunny memang sweet umpama gula-gula. Warna kasutnya yang ceria dengan corak yang menarik terus rasa feel jatuh cinta pandang pertama (ewah!) Paling best, harganya kurang daripada RM50.00 sepasang. Macam i sendiri dapat beli kasut ni waktu ada diskaun 30%. Terus rasa tak tentu arah nak pilih yang mana satu. Hahaha! Punyalah teruk... Tu baru dapat diskaun. Cuba kalau dapat free. Mahu tak nak balik rumah jadinya sebab nak pilih yang betul-betul berkenan dengan hati.

Apa yang uniknya pasal kasut Jelly Bunny ni ialah buatannya yang lain dari yang lain. I panggil kasut ni, kasut plastik. Hehehe... Sebab bila sarung dekat kaki dan pakai untuk berjalan dia jadi licin dan macam nak tertanggal. Mungkin sebab ianya plastik, kuasa grip pada kaki jadi kurang tak macam kasut-kasut yang lain. Oleh itu, i cadangkan untuk korang yang teringin nak beli kasut ni pastikan korang cuba dekat kaki korang dulu. Jangan sekadar cuba yang tester punya takut saiz kasut tester dah mengembang dan takkan sama dengan saiz kasut baru. Cuma satu je kekurangan pada kasut Jelly Bunny ni ialah kaki senang melecet bila pakai terlalu lama untuk bergerak. Jalan terbaik, bawalah kasut spare bila korang nak bergaya dengan kasut Jelly Bunny ni ye. Hehehe... tapi so far apa yang i perasan bila dah pakai selalu, kejadian melecet macam dah takde pulak sekarang ni. Agaknya kaki i dah immune kot dengan kasut Jelly Bunny. Wahhh... lepas ni bolehlah i tambah koleksi lagi (hamboi-hamboi-hamboi!)

Lokasi kedai Jelly Bunny yang berada di Malaysia boleh didapati di Suria KLCC, Mid Valley Megamall, One Utama, Sunway Pyramid, Dataran Pahlawan Melaka dan Queensbay Mall Penang. Nak tahu lokasi tepat kesemuanya, bila sampai dekat shopping complex i nyatakan tu. Korang carilah directory sebagai panduan ye. Jangan malas-malas... nanti rugi tak dapat melaram dengan kasut Jelly Bunny untuk Hari Raya (saje je kan sebut perkataan Hari Raya sebagai pembakar semangat... hehehe).

Nak tengok pattern kasut Jelly Bunny yang lain (selain dari kasut i yang dekat bawah ni), korang bolehlah melawat website Jelly Bunny atau LIKE kan aje page Jelly Bunny dekat sini ---> https://www.facebook.com/jellybunnyshoes

Happy shopping you all! Toink... toink... (buat gaya lompatan bunny sambil dua jari telunjuk letak atas kepala).






p/s : Psssttt... Tudung Aidijuma tengah buat sale 50% sekarang ni. I dah selamat dah borong dalam website. Jom serbu sini ---> http://www.aidijuma.com .... Heehuuu....

2 comments:

  1. yeay akhirnya kak update pun blog hahah

    comel la kasut akak. nak beli kasut raya jugakla nak camni sebijik boleh tak? hahah

    ReplyDelete
  2. tak penah tau ada brand ni. giler cute lahh

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)