Sempena Hari Raya Korban dan cuti sekolah bulan September sepanjang minggu lepas. I dan suami ambil peluang untuk balik ke Utara, kampung cik abe ku. Memang kebiasaannya bila balik ke Utara, kita orang memang dah sedia maklum dengan keadaan trafik yang tak pernah tak sesak bila time-time cuti camgini. Kalau tak sebab penuh dengan lori yang lenggang kangkung, accident, tak pun ada kereta / lori rosak tepi jalan, tak pun jammed sebab nak 'tengok' jalan arah yang lagi satu accident. Yelahhh.... mana tahu boleh viral kan ke... (Duhhh!) Dan parent-in-law i pun memang dah tahu yang kita orang jenis tak suka nak kelam-kabut tak tentu pasal. Selalunya bila jammed atas highway, kita orang lari masuk ikut jalan lama, tak pun ronda-ronda cari makan. Boring ikut jalan lama, kita orang masuk balik highway, sangkut lagi atas highway, keluar lagi masuk jalan lama sampailah kita orang selamat tiba. Hahaha! Betul-betul santailah. Kau bawak kereta Ferrari laju macam mana pun, bila dah jammed meter kau tetap bergerak 20km/j tau. Jadi toksah nak kelam-kabut sangat bila waktu-waktu jammed ni. Buat tambah serabut kepala je kalau nak tension-tension... hehehe... Kesudahannya pukul 8:00 pagi kau terpacak depan rumah parent-in-law setelah bertolak pukul 8:30 malam dari Kay Ell. Kihkihkih... Santailah katakan!
Manakala, perjalanan balik ke Kay Ell taklah sesantai macam pergi ke Utara. Dalam tempoh 4 jam setengah je kita orang selamat tiba di rumah (serius macam tak percaya jugak ni... hahaha... sebab kita orang ikut jalan lama dan tetap keluar masuk highway). Ingatkan lepas makan malam, bolehlah lepak-lepak ready nak membuta (hehehe), apataknya penat atas jalan masa balik kampung hari tu pun tak habis lagi. Tiba-tiba tengah bersembang dengan hubby, kita orang terkejut dengar bunyi 'gedeguk' dekat steel frame door bilik kita orang. Ok, anak i Damien terhantuk kepala waktu main lari-lari dengan Miko (kucing gebus kita orang).
Mula-mula tu takdelah panik sangat, biasalah budak-budak main lari-lari then terhantuk (ayat biasa tu ayat sedapkan hati ye...) Sambil buat muka terkejut dan pegang bahagian kepala dia yang sakit, Damien masuk ke bilik kita orang. Selalunya, bila terhantuk, i akan gosok kepala dia dan slow-slow tiup, sambil kata "ok... nanti cepat baik k". supaya dia rasa tenang. Dan kalau ada benjol sekalipun, kita orang akan tekapkan ais then sapu minyak. Tapi kali ni i minta tolong hubby buatkan bagi pihak i. Korang tau apa jadi, bila Damien mula alihkan tangan dia dari bahagian terhantuk tu, tiba-tiba menyembur darah mengalir sampai basah satu muka dan baju. OMG! Dah macam cerita movie zombie dah... I dahlah jenis yang penakut darah, terus rasa macam i pulak yang nak pitam. Cepat-cepat i ambil kain dan pass kan pada hubby untuk tekapkan pada bahagian luka berdarah tu. Waktu tu, risau kalau luka dia terkoyak besar, darah tak nak berhenti atau tetiba dia pengsan. Tapi Alhamdulilah, tak sampai 5 minit darah dekat kepala Damien stop dengan sendirinya lepas kita orang baringkan dia. Paling power, superhero mama papa tak meraung pun (alooo... terharu mama tau sebab dia kuat sangat), keluar air mata pun sebab dia panik je awal-awal tu.
Lepas darah dah stop, i ambil peranan sebagai drebar dari pukul 11:30 malam sampailah 4:30 pagi bawa Damien ke Medical Centre dekat area rumah then berkejar pergi ke Sime Darby Medical Centre dekat Subang Jaya, kemudian lepas surgery balik ke rumah semula. Kesian pulak dekat hubby i sebab dia kena kerja pagi tu jugak, so kenalah give and take dan korbankan kesedapan tidur yang diharapkan dari sampai rumah tadi. Kau ingat senang jadi parent? Kehkehkeh... Adventure gila tau! Waktu dekat Emergency Room, Sime Darby Medical Centre, doktor kata luka Damien quite dalam dan akan ada parut kekal kalau tak treat dengan baik so doktor suggestkan untuk buat plastic surgery. Wohh! Plastic surgery hokeh... Memang mama papa dah tak boleh nak fikir apa dah waktu tu, harap dia cepat baik je. So, kita orang setuju. Tetiba lepas setuju, rasa berdebar-debar pulak. Yelah... selalu dekat tv tengok plastic surgery ni kena cucuk sana-sini bius sebelum operation. Harap sangatlah Damien ok.
I tak masuk untuk tengok sebab tak berani, kang tak pasal-pasal Damien menggelabah kalau tengok air muka i berubah berkerut sebab takut (walaupun sebelum tu kemain bagi kata-kata semangat dekat Damien, "Damien is strong boy. Strong boy shouldn't cry kan? Kena tahan sikit walaupun sakit.") Nasib baiklah hubby i jenis tenang so dialah yang temankan Damien sambil i duduk dekat luar tunggu ngauman / jeritan dari Damien. Dalam 20 minit menunggu, i tak dengar bunyi apa-apa pun. Eh! Senyap je... Tiba-tiba terpacul Damien bersama papa dengan senyuman. Wahh! Pelik pulak i rasa, tak sakit ke kena jahit? Siap tersengih-sengih lagi. Hahaha! Yang i tahu, doktor dan nurse sampai puji Damien sebab langsung tak nangis dan menggelabah. Betapa coolnya superhero mama papa ni.
Kadang-kadang apa terjadi dekat kita ni tanpa disangka-sangka, tengah-tengah elok seronok main dan mama papa cuma dapat rest 10 minit tiba-tiba semuanya boleh bertukar dalam sekelip mata (walaupun hakikatnya dah tertulis pun) so hadapilah dengan tenang (selagi boleh). Bila ada antara kawan atau orang yang kita kenal ditimpa musibah, kalau takde ayat-ayat yang baik untuk dikatakan cukuplah sekadar doa supaya semuanya ok. Sebab hari ni mungkin hari dia, esok lusa mana tahu hari kita pulak. Yelahh... siapa yang nak perkara buruk berlaku, kalau boleh semua nak yang best-best je. Betul tak?
Tapi dalam setiap benda buruk yang terjadi, ada hikmahnya... Hikmahnya tak sangka boleh jumpa balik member baik waktu UiTM yang terpisah dekat 15 tahun, waktu hantar Damien untuk follow-up check-up di Sime Darby Medical Centre. Sebelum tu ada perasan dia dekat Tanjung Malim tapi tak sempat nak tegur dan takut salah orang. Tak sangka kali ni waktu tengah tunggu turn doktor, dapat bersua muka, cium pipi kiri kanan dan bersembang dengan dia macam zaman belajar dulu-dulu. Haishh... banyak betul ketidaksangkaan yang berlaku dalam hidup i sejak akhir-akhir ni.
Ok, this week nak kena bukak stitches. Harap Damien terus kekal handsome. Cepat aminkannn... Hehehe....
0 Say (s):
Post a Comment
- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!
“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)