Blogger templates

Showing posts with label Al-Humaira' Contemporary. Show all posts
Showing posts with label Al-Humaira' Contemporary. Show all posts

Jul 13, 2012

Youtube : Tutorial Shawl dari Al-Humaira Contemporary

Bila baca tajuk entry i kali ni mesti korang semua excited kan? Macam yang korang sedia maklum melalui entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/al-humaira-contemporary.html dan ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/07/al-humaira-contemporary.html. I memang merupakan peminat Al-Humaira' Contemporary. Tak tahu kenapa tapi i suka sangat shawl dan inner neck keluaran Al-Humaira Contemporary. Simple, senang nak pakai dan yang paling penting cantik!

Untuk korang yang pernah buat permintaan bagaimana cara i pakai shawl / pashmina, i rasa korang boleh rujuk Youtube dekat bawah. Walaupun bukan 100% cara yang sama macam yang i pakai tapi tetap menarik untuk korang gayakan. Sebenarnya bukan i tak nak buat tutorial sendiri tapi hehehe...  i rasa macam kelakar tengok muka sendiri kalau muncul dalam Youtube (sorry ye korang). Kalau korang nak tahu, kebanyakan shawl / pashmina yang i gayakan, i rujuk melalui gambar dan Youtube kemudian i cuba-cuba sendiri mengikut kesesuaian i. Lagipun i perasan, ada antara tutorial yang ada dalam gambar / Youtube, tak dapat hasil yang sama pun bila i gayakan. Silap-silap, angin tak bertiup pun lagik tiba-tiba shawl yang i pakai dah senget sebelah. Hahaha... Jadi penting untuk korang cuba dulu mana-mana tutorial sebelum melangkah kaki keluar rumah.

Inilah dia koleksi Youtube Tutorial Shawl dari Al-Humaira' Contemporary. Good luck semua!








p/s : i kagum betul dengan orang yang boleh memunculkan dirinya sendiri dalam Youtube especially macam Maria Elena. They know how to act and speak spontaneously without script. Kalau i confirm perkataan 'eeerrrrrr...' lagik banyak daripada apa yang i nak tuturkan. Hahaha...

Jul 9, 2012

Al-Humaira' Contemporary

Sebelum ni rasanya mesti korang dah pernah baca kisah entry i mengenai siapa pemilik / owner Al-Humaira' Contemporary, dekat mana lokasi sebenar Al-Humaira' Contemporary (Kota Damansara) dan website glamour Al-Humaira' Contemporary yang selalu kehabisan stok kan? Oh, ada yang tak pernah baca lagi entry i yang dulu tu ke? Takpe, korang boleh picit link yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/al-humaira-contemporary.html.

Disebabkan entry yang dulu, i tak sempat nak tunjukkan keadaan sebenar dalam butik Al-Humaira' Contemporary. Gara-gara terlampau excited sangat dapat jumpa dan berborak dengan Hani Elia (owner Al-Humaira' Contemporary) secara in-person gitu (eceh... hehehe). Maklumlah sebelum ni, i datang ramai sangat customer / pelanggan yang Hani kena layan. Bila dapat jumpa waktu takde customer lain, tu yang i tak lepaskan peluang.

Maka untuk entry kali ni, i nak ajak korang semua tinjau-tinjau macam mana rupa sebenar butik Al-Humaira' Contemporary. Fuhhh... kemas dan elegant sangat interior / hiasan dalamannya. Confirm korang akan jadi rambang mata macam i bila duduk dalam butik Al-Humaira' Contemporary. Sampaikan tak pasal-pasal i jadi lupa target sebenar nak pilih tudung yang i berkenan aje, tiba-tiba magic ada tambahan tudung lain pulak. Hehehe... Setiap satu tudung dekat sini disusun mengikut jenis masing-masing. Agak-agak kalau korang tengok dekat website / laman web Al-Humaira' Contemporary ada jenis tudung atau warna-warna yang korang suka dah kehabisan stok / sold out. Jangan risau, kebiasaannya dekat butik Al-Humaira' Contemporary apa yang korang nak tu memang ada! (best kan?) Yang penting korang jangan berat mulut bertanya sebab staf Al-Humaira' Contemporary sedia membantu korang dengan sopan-santun. Tak pun nak lagi mudah. Apa kata sebelum datang tu, korang telefon je ke butik Al-Humaira' Contemporary. Hah, senang kan?

Nombor Telefon Al-Humaira' Contemporary : 03-6142 3077

Tapi i rasa frust sangat hari tu (30 Jun 2012) kata officemate i Al-Humaira' Contemporary ada buat jualan murah / sale dekat butiknya (ish-ish-ish macam mana i boleh tak alert pasal sale ni. Ruginya!) Takpelah dah terlepas pun kan? Macam mana pun i rasa macam berkenan sangat dengan pakaian keluaran terbaru dekat Al-Humaira' Contemporary - Lanika (Sleeveless Long Maxi Cardigan). Sekarang ni tengah harga pengenalan cuma RM119.00 sahaja. Teringin nak tengok? Korang picit dekat sini ---> http://www.alhumairacontemporary.com/2012/07/lanika_05.html

Amacam cantik kan? Terserlah ketinggian kalau pakai Cardigan ni (eceh-ceh-ceh! Hehehe). Adakah i akan membelinya? Jeng-jeng-jeng kita nantikan kemunculan Lanika dalam blog ni (macam ye-ye aje kan?)

Gambar i dekat bawah ni waktu balik kerja. Bersemangat datang sini, walaupun lagi 30 minit butik Al-Humaira' Contemporary nak tutup (waktu operasi butik sampai pukul 7:00 malam). I datang sini sebab nak beli Ayraa neck covered inner (nak tengok rupa sebenar neck covered inner / inner neck, boleh klik sini ---> http://www.alhumairacontemporary.com/search/label/Ayraa. I suka sangat tekstur lembut fabrik Ayraa yang senang nak pakai dan sejuk je. Pilihan warna i, hitam, hijau dan kelabu sebab senang nak suai padan (mix and match) dengan shawl dan pashmina i yang lain. Agak-agak kalau nak cepat lilit shawl / pashmina serta nak elak daripada nampak leher, korang pakailah inner neck. Senang sangat nak gayakan dan tak nampak serabut. Sebagai contoh, boleh tengok gambar i yang bawah sekali.




Ish, peningnya nak pilih mana satu. Semuanya cantik!
Warna hijau ni ok kot.


Apa yang i pakai?

Ayraa neck covered inner - Al-Humaira' Contermporary
Afraa Shawl - Al-Humaira' Contemporary

Nota : Tambahan untuk gambar ni ada dekat entry sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/07/nikon-d7000.html

p/s : Sempena puasa dan hari raya tak lama lagik, i ingat nak hadiahkan ibu i tudung dekat Al-Humaira' Contemporary. Mesti ibu suka.

Feb 17, 2012

Al-Humaira Contemporary

Sesiapa yang memang rajin bershopping / membeli-belah tudung dekat internet rasanya mesti dah kenal sangat dengan tudung keluaran Al-Humaira' Contemporary ni kan? Pemiliknya (owner Al-Humaira') adalah si cantik jelita, Hani Elia. Dan kalau korang nak tau, i antara berjuta peminat tudung Al-Humaira'. Sebab apa i panggil berjuta? Sebab setiap kali nak beli tudung dekat sini. Setiap kali tu jugaklah tudung yang i nak tu dah kehabisan stok (huhuhu). Laris macam goreng pisang panas, hokeh! Maksudnya, kalau korang ni jenis orang yang suka fikir lama-lama sebelum nak beli. Baik korang tukar perangai korang bila berdepan dengan website Al-Humaira'. Apa taknya pukul 11:00 pagi elok-elok je tengok tudung yang kita berkenan ada lagik stok yang available (tersedia). Bila datang lagik jenguk pukul 2:00 petang kononnya dah decide nak beli. Tup-tup sold out (kehabisan stok) lah pulak. Fuhh... Terus putih mata. Rasa nak jerit yang dunia ini tidak adil (eh, hehehe... itu ayat nasi tambah i je tu).

Tapi semenjak Al-Humaira' Contemporary melancarkan butik pertamanya di Kota Damansara. I dah boleh tersengih (siap rasa nak loncat-loncat happy) sebab dah boleh beli dengan senang hati. Setakat ni belum lagiklah i balik rumah dengan tangan kosong. Kalau dompet kosong tu, memang iye ada terjadi (ni kes pejam matalah ni. Main capai je mana yang berkenan dekat hati. Hehehe...) Kebiasaannya i memang beli je dulu. Tak nak fikir lama-lama sebab tahu confirm habis. Lepas tu, mulalah tutup mata dan tahan jari-jemari selama sebulan dari bukak mana-mana website yang i rajin singgah / beli untuk shopping online tudung (eceh, boleh percaya ke ni? Kihkihkih...)

Sebenarnya i banyak beli shawl yang nama Afraa dekat Al-Humaira' Contemporary daripada tudung yang jenis sarung (nak tengok koleksi tudung Afraa kegemaran i, boleh klik sini ---> http://www.alhumairacontemporary.com/2011/12/afraa-amraa.html). I suka sangat dengan material Afraa sebab senang nak digayakan, tak payah nak gosok sangat dan terletak cantik je atas kepala. Warna-warnanya pun senang nak suai-padan (matching) dengan mana-mana pakaian i. Harga untuk Afraa ialah RM35.00 untuk warna plain dan RM38.00 untuk polka dot.

Kalau teringin nak shopping tudung-tudung cantik dan jumpa secara live dengan Hani (i dah selalu jumpa Hani, dia memang baik dan peramah orangnya) dekat butik Al-Humaira' Contemporary, silalah catit alamat dekat bawah :-

23-1, 1st Floor,Jalan Cecawi 6/33
47810 Kota Damansara
Selangor Darul Ehsan

Waktu operasi : Setiap hari kecuali hari Ahad dari pukul 11:00 pagi hingga 7:00 malam

Nak buat order melalui online dengan Al-Humaira' Contemporary, nak tengok koleksi tudung-tudungnya yang mengancam dan nak tahu lokasi sebenar butiknya. Korang klik aje dekat link bawah :-


tak pun, LIKE fanpage Al-Humaira' Contemporary dekat bawah ni :-

http://www.facebook.com/alhumairacontemporary

Kemaskini / Update terbaru :
 Nak tengok bagaimana rupa sebenar dalam butik Al-Humaira' Contemporary, i ada buat entry baru dekat sini --->  http://www.reenaonline.com/2012/07/al-humaira-contemporary.html



Waktu pergi butik Al-Humaira' Contemporary ni, i baru balik dari Karangkraf. Nanti i bagitahu kenapa muka i jadi colourful. Hehe
Afraa kesayanganku




p/s : rambang mata dengan corak / pattern tudung sekarang ni kan?