Sebelum ni rasanya mesti korang dah pernah baca kisah entry i mengenai siapa pemilik / owner Al-Humaira' Contemporary, dekat mana lokasi sebenar Al-Humaira' Contemporary (Kota Damansara) dan website glamour Al-Humaira' Contemporary yang selalu kehabisan stok kan? Oh, ada yang tak pernah baca lagi entry i yang dulu tu ke? Takpe, korang boleh picit link yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/al-humaira-contemporary.html.
Disebabkan entry yang dulu, i tak sempat nak tunjukkan keadaan sebenar dalam butik Al-Humaira' Contemporary. Gara-gara terlampau excited sangat dapat jumpa dan berborak dengan Hani Elia (owner Al-Humaira' Contemporary) secara in-person gitu (eceh... hehehe). Maklumlah sebelum ni, i datang ramai sangat customer / pelanggan yang Hani kena layan. Bila dapat jumpa waktu takde customer lain, tu yang i tak lepaskan peluang.
Maka untuk entry kali ni, i nak ajak korang semua tinjau-tinjau macam mana rupa sebenar butik Al-Humaira' Contemporary. Fuhhh... kemas dan elegant sangat interior / hiasan dalamannya. Confirm korang akan jadi rambang mata macam i bila duduk dalam butik Al-Humaira' Contemporary. Sampaikan tak pasal-pasal i jadi lupa target sebenar nak pilih tudung yang i berkenan aje, tiba-tiba magic ada tambahan tudung lain pulak. Hehehe... Setiap satu tudung dekat sini disusun mengikut jenis masing-masing. Agak-agak kalau korang tengok dekat website / laman web Al-Humaira' Contemporary ada jenis tudung atau warna-warna yang korang suka dah kehabisan stok / sold out. Jangan risau, kebiasaannya dekat butik Al-Humaira' Contemporary apa yang korang nak tu memang ada! (best kan?) Yang penting korang jangan berat mulut bertanya sebab staf Al-Humaira' Contemporary sedia membantu korang dengan sopan-santun. Tak pun nak lagi mudah. Apa kata sebelum datang tu, korang telefon je ke butik Al-Humaira' Contemporary. Hah, senang kan?
Nombor Telefon Al-Humaira' Contemporary : 03-6142 3077
Tapi i rasa frust sangat hari tu (30 Jun 2012) kata officemate i Al-Humaira' Contemporary ada buat jualan murah / sale dekat butiknya (ish-ish-ish macam mana i boleh tak alert pasal sale ni. Ruginya!) Takpelah dah terlepas pun kan? Macam mana pun i rasa macam berkenan sangat dengan pakaian keluaran terbaru dekat Al-Humaira' Contemporary - Lanika (Sleeveless Long Maxi Cardigan). Sekarang ni tengah harga pengenalan cuma RM119.00 sahaja. Teringin nak tengok? Korang picit dekat sini ---> http://www.alhumairacontemporary.com/2012/07/lanika_05.html
Amacam cantik kan? Terserlah ketinggian kalau pakai Cardigan ni (eceh-ceh-ceh! Hehehe). Adakah i akan membelinya? Jeng-jeng-jeng kita nantikan kemunculan Lanika dalam blog ni (macam ye-ye aje kan?)
Gambar i dekat bawah ni waktu balik kerja. Bersemangat datang sini, walaupun lagi 30 minit butik Al-Humaira' Contemporary nak tutup (waktu operasi butik sampai pukul 7:00 malam). I datang sini sebab nak beli Ayraa neck covered inner (nak tengok rupa sebenar neck covered inner / inner neck, boleh klik sini ---> http://www.alhumairacontemporary.com/search/label/Ayraa. I suka sangat tekstur lembut fabrik Ayraa yang senang nak pakai dan sejuk je. Pilihan warna i, hitam, hijau dan kelabu sebab senang nak suai padan (mix and match) dengan shawl dan pashmina i yang lain. Agak-agak kalau nak cepat lilit shawl / pashmina serta nak elak daripada nampak leher, korang pakailah inner neck. Senang sangat nak gayakan dan tak nampak serabut. Sebagai contoh, boleh tengok gambar i yang bawah sekali.
Ish, peningnya nak pilih mana satu. Semuanya cantik! |
Warna hijau ni ok kot. |
Apa yang i pakai? Ayraa neck covered inner - Al-Humaira' Contermporary Afraa Shawl - Al-Humaira' Contemporary Nota : Tambahan untuk gambar ni ada dekat entry sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/07/nikon-d7000.html |
p/s : Sempena puasa dan hari raya tak lama lagik, i ingat nak hadiahkan ibu i tudung dekat Al-Humaira' Contemporary. Mesti ibu suka.
aa reena, tuhari dia ada sale 20% kalau tak silap.. sy dah tergedik2 nk beli tapi apakan daya jauh nooo..
ReplyDeletekat web dia selalu sold je.. baru nk pilih dah sold, tau reena pg boleh kirim.. heheheee..
dan kerana entry dan keayuan reena pakai la tuhari sy dah terbeli satu tau, kena pulak time gaji masa tu, terus ter 'order' hahaaa..
Hahaha... tulah... ikutkan takdelah jauh mana Al-Humaira ni dengan rumah (sebab laluan balik kerja) tapi i pun selalu jugak tak sempat nak pergi FAR, last-last mesti order online gara-gara takut sold-out :)
Deletenice..saya pon tak pernah pergi lagi butik Hani. kawan se-aloq stuck tuh.haha..tapi kedai dia mmg nice.
ReplyDeleteWahhh... member Hani ke? Boleh lah dapat diskaun kalau pergi butik Hani ni. Hehehe...
Deletebessnyer insyallah kalau nak pakai tudung nanti..nak belila kat sini....suka long cardigan tu santek sgt
ReplyDeleteDatanglah Posh memang rambang mata tau :)
Deletesaya sangat berkenan gambar last u tu sis...
ReplyDeletesuka sgt your style....
cantiks!
Macih Kak *hik-hik* gelak gatai :)
Deleteok kot yg hiju tu dear..hee...
ReplyDeleteKan? Tapi walaupun beli sampai sekarang tak pakai lagik color hijau tu sebab tak tahu nak matching dengan tudung yang mana satu. Balik-balik color hitam yang dipakainya :)
Deleteslimnya adik akak yg sorang ni..mustahil akak dpt kembali ke saiz yg sama ni..hehe..
ReplyDeleteHuhuhu... ni pun seksa jugak nak menyelimkan diri kak sebab food lover lah katakan. Hehehe
Deletekemas je nmpk kdai dier..
ReplyDeleteA'ah... sebab tu jadi rambang nak memilih kak sebab semua nampak cantik :)
Deletekak sukanya tgk style akak. comel sgt sgt :D
ReplyDeleteHehehe... comel ke Cha? Tak comot eh? :)
Deletesalam
ReplyDeletekak hani..da lm sy nk bli inner silang..
lin on9 payah sgt nk book..
asal mlka nk g xtau bl..so on9 is better..
ada stok inform sy..
plz inbox email lin_dut88@yahoo.com..
bminat n urgent!
regards
lin
tq
Errr... salam awak :) Anyway ini bukan blog Kak Hani tau. Hehehe....
DeleteAs Salam reena onn
ReplyDeleteNice blog u, follow blog akak ye
www.norhayatimusa.blogspot.com
Tqvm dear
Waalaikumsalam Kak Hayati Musa (wahhh... nama penuh tu panggil. Hehehe)
DeleteThanks ye sebab sudi jengah blog kita :)