Hari ni i nak cerita pasal tudung bawal Juma (Eh, sepatutnya tudung bawal Datin Norjuma lah kan?). Macam mana, suka tak? Hehehe... Bila cerita pasal tudung, automatik i nampak muka korang keluar cahaya penuh excited. Ye kan? I tahu sangat. Biasalah hanya perempuan dapat memahami hati dan perasaan perempuan yang lain (eceh...) Kalau tak fesyen tudung, fesyen pakaian. Lepas tu fesyen beg, kasut, aksesori dan lain-lain lagi. I rasa tak salah pun kalau kita menjaga penampilan diri. Sebab dari penampilan dirilah orang sekeliling akan menilai diri kita bagaimana. Pembersih ke? Ceria ke? Senang berkawan ke? Dan lain-lain lagi. Cuba kalau korang keluar pergi mana-mana dengan seluar koyak dekat poket, baju lusuh kononnya baju favourite sebab hari-hari dok belasah baju yang sama dan kuku tak pernah pun berpotong lepas tu makan ayam KFC sehingga menjilat jari (erk!) Apa yang korang fikir kalau tengok rupa orang macam gini? Scary tak, nak berkawan?
Eh, tiba-tiba cerita dah lari dari tajuk asal (hehehe... Jangan marah, kalau marah tandanya korang dah tua. Hamboi... pandai-pandai je kan? Nak kena cubit? Hehehe). Sebenarnya, hari Khamis lepas (8hb Mac 2012) sebelum balik ke rumah. I sempatlah berborak dengan kawan pejabat bercerita pasal tudung bawal. Sebenarnya i nak mintak kawan pejabat i ni tengokkan harga tudung bawal dekat Kelantan. Borak punya borak punya borak sampailah terkeluar topik berkaitan tudung bawal keluaran Norjuma yang bernama AidiJuma (nama singkatannya ialah AJ). Kalau tak kerana kawan pejabat i bercerita pasal tudung bawal AdiJuma ni mesti agaknya sampai sekarang i tak tahu lagi kewujudan tudung ni. Dah lama i teringin nak beli tudung bawal tapi tak tahulah ada je yang tak berkenan di hati. Mungkin sebab pattern / corak tudung bawal yang i jumpa sama je macam 10 tahun yang lepas.
Lepas dengar cerita dari kawan pejabat i. Cepat-cepat i buka
Facebook AidiJuma untuk cari alamat Kedai AidiJuma yang terdekat dengan rumah i untuk i singgah. Seronok sangat i rasa bila dapat tahu rupa-rupanya ada kiosk Tudung AidiJuma dekat The Curve, Mutiara Damansara. Apa lagik dengan semangat berkobar-kobar i ajak hubby terus pergi ke sana. Kalau korang nak tahu,
style dan konsep kedai tudung AidiJuma ni
simple dan lain dari yang lain sebab bukan macam butik tudung yang biasa kita pergi tu. Tapi lebih kepada konsep stor dan kiosk.
Untuk mengetahui alamat keseluruhan kedai tudung AidiJuma korang bolehlah tengok dekat bawah :-
KONSEP STOR
Bandar Tun Abdul Razak, Jengka Pahang
No. 6, Bangunan Arked Mara
No. Telefon : [019] 9248911 (Nora)
Waktu Operasi : 9.30am - 6.00pm ( Isnin -Sabtu)
Kompleks Pasar Seni
Lot M30, Mezzanine floor, KOMPLEKS Pasar Seni.
No. Telefon : [013] 2699022 (Nurul)
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (dari hari Isnin hingga hari Ahad)
SENARAI KIOSK
UIA Gombak, Kuala Lumpur
No. Telefon : [013] 2409101 (Aimi)
Lokasi : Student Mall
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang (dari hari Isnin hingga Jumaat)
UTeM , Melaka
No. Telefon : [010] 4208047 & [017] 6513357 (Asri)
Lokasi : Permatang Pelajar, Berhadapan Masjid Sayidina Abu Bakar
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang (dari hari Isnin hingga Jumaat)
The Curve, Mutiara Damansara
No. Telefon : [013] 3833349 (Nurul)
Lokasi : Lot PC 29, Ground Floor, Berhadapan Padini Store
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 10.00 malam (dari hari Isnin hingga hari Ahad)
I berkenan sangat dengan tudung bawal AidiJuma yang ada bunga kecil. Harganya kalau tak salah i RM24.00 (nak tengok, korang boleh klik
SINI). Masalahnya tudung bawal jenis ini belum ada stok lagi di kiosk The Curve (alahai... sedihnya). Jadi i cuma beli tudung bawal dua tona (2
tone) harga RM15.00, tudung bawal satu tona (1
tone) harga RM7.00 dan
inner plain bawal harga RM6.00. Pada pendapat i harga untuk tudung bawal AidiJuma ni murah dan berpatutan sangat dengan kualitinya. Cuma yang tak
bestnya dari segi warna je sebab tak banyak pilihan lagi. Eh, lupa nak bagitahu, sebenarnya ada lagi satu jenis tudung AidiJuma yang i suka iaitu tudung bawal polkadot (harga RM33.00) tapi sebab harga tudung bawal ni melepasi
budget i waktu tu, jadi mungkin i akan rembat lepas dapat gaji bulan ni. Kihkihkih...
Nak dapatkan idea untuk bergaya dengan tudung bawal?
Korang boleh jenguk blog Jezmine Blossom di
link ini --->
http://jezmineblossom.blogspot.com/2012/03/styling-datin-norjuma-for-aj-bawal.html
(serius, i jatuh cinta dengan semua gaya tudung bawal yang digayakan oleh Datin Norjuma. Cantiknya!!!)
Kemaskini / Update terbaru : Nak tengok tutorial tudung bawal gaya lain pulak, boleh tengok dekat
link ini --->
http://www.reenaonline.com/2012/03/tutorial-tudung-bawal.html
Jom tengok gambar waktu i pergi ke kiosk Tudung AidiJuma dan koleksi tudung bawal AidiJuma milik i (hoorey!)
 |
| Balik kerja terus serbu. Hehehe |
 |
| Eh-eh, borong lagik?? |
 |
| Dari kiri : Inner Plain Bawal (warna hitam), Tudung Bawal 2 Tone (warna pink, kuning dan ungu) |
 |
| Tudung Bawal 1 Tone |
p/s : Dua kali i singgah kiosk Tudung AidiJuma dalam minggu yang sama semata-mata nak dapatkan jugak tudung bawal warna purple. Shopping-shopping-shopping. Hehehe