Blogger templates

Showing posts with label Cuteness Collection. Show all posts
Showing posts with label Cuteness Collection. Show all posts

Sep 6, 2016

CUTENESS COLLECTION KINI KEMBALI

Ada sesiapa ingat lagi tak macam mana tertubuhnya Cuteness Collection? Blog perniagaan yang i wujudkan sekadar penuhi hobi i dan untuk suka-suka mencuba buat business part time dulu. Cuteness Collection tu apa? Hape??!! Selama ni tak pernah tahu pun Cuteness Collection tu apa?... Ish-ish-ish budget retis sangatlah tu sampai ingat satu Malaysia boleh kenal blog business comel dia tu. Kahkahkah... Yelah-yelah bab terkenal ni i akui kena surrender kibar bendera putih cepat-cepat. Jadi blogger pun tak famous, ada hati yang orang lain followlah dia sesangat (tutup muka! Malulah wei!)

Takpe-takpe, tak kenal maka tak cinta. Macam korang yang ada antaranya tak kenal satu sama lain sebelum ni pun mesti ada terdetik hati, 'hek eleh, minah/mamat ni macam bagus je. Sombong kemain'. Hamboi, joyah betul tau korang ni semua. Kahkahkah... Tapi bila Allah pusing je hati tu, dapat berkenalan rapat. Terus rasa. 'Ya Allah, kenapa baru sekarang dapat kawan dengan dia ni. Kan bagus dapat kenal dari dulu'. Hah, tulah orang cakap, bila kita tak kenal seseorang, janganlah cepat label macam-macam dekat dia. Budget korang sebelum ni takde kena label apa-apa. Tah-tah bukan setakat label Coach, Gucci, Prada je label Mydin pun ada. Eh! Hehehe... Sebab tulah kena sentiasa bersikap 'Husnuzon'. Eh, betul ke ejaan dia macam ni? Hahaha, ni pun sebenarnya dengar/baca dari orang jugak ni (kihkihkih). Tak salah i, Husnuzon ni maksudnya bersangka baik. Bila kita selalu bersangka baik secara automatik lahirlah caj-caj positif dalam badan, takdelah asyik nak taruh dendam kesumat prasangka buruk je dekat orang lain. Stay positive k.

Berbalik kisah Cuteness Collection i, macam-macam pengalaman suka duka i nak laksanakan blog tu sebenarnya. Teringin nak baca kisah awal permulaan Cuteness Collection, korang picit sini k ---> http://www.reenaonline.com/2009/08/perasmian-blog-baru.html. Serius bukan senang nak senang, tapi bab pengalaman tulah yang mahal. Daripada suka-suka mengait crochet baju cardigan untuk gegirl i yang sorang dulu tu. Tak sangka, ramai pulak yang berkenan dan nak ambil tempahan dari i. Alhamdulilah, syukur sangat-sangat. Terus-terang i cakap crochet ni bukan senang nak buat ye. Macam jahit baju ke, yang korang boleh potong, alter then cantumkan, terus siap. Crochet ni memerlukan fokus yang lebih sikit sebab sekali korang tersilap buat kiraan dekat setiap row dia, automatik korang kena buka dan ulang buat balik semula. Takdenya nak main ngelat, alter mana-mana patut ke sebab kalau korang buat penipuan macam tu (fuhh! Penipuan tu! Hahaha), korang akan kena nightmare yang hasil baju tu siap umpama campak masuk tong sampah je. Lebih-lebih lagi untuk orang yang ada penyakit perfection macam i ni (eceh! cam good-good je perfect sangat. Hahaha) lagilah tak boleh tengok detail-detail yang senget benget ni. Sebab tu bila ada yang meraung-raung nakkan baju atau tempahan yang dia order cepat-cepat, i terpaksa inform awal-awal. I taknak korang bertukar jadi hulk tertekan terpaksa tunggu lama-lama. Bayangkanlah dari segulung benang boleh bertukar jadi baju, tak ke power tu. Tak percaya apa yang i kata, hah! cubalah korang belajar. Dia buatkan korang rasa seronok bila dah siap tapi stress waktu nak start buat. Hah! Macam tulah feeling buat crochet ni.

Memandangkan i sayang sangat dengan blog Cuteness Collection dan bisnes yang i buat sebelum ni. So, memang i dah rancang dari dulu. Start je i berhenti kerja opis, i nak fokus balik buat perkara yang i suka. Yup! penjual barangan comel. Nak gelar diri businesswoman macam terlampau gah sangat bunyinya. Hahaha! Tak sampai lagi kot level 100. Hahaha! Dah macam main game Candy Crush pulak. I lebih suka gelar diri i peniaga kecil-kecilan. Takpelah kita mula dari bawah balik semula janji kita buat kerja yang halal.

Kalau dulu Cuteness Collection lebih kepada ambil tempahan untuk buat crochet. Kali ni, ia lebih kepada menjual Barangan Comel yang mampu dimiliki tak kiralah samada untuk anak-anak ke, korang yang muda remaja ke atau mak-mak yang nak feeling comel (eceh! Hehehe... comel kewww tu?) Kalau sape yang dah follow blog i dari dulu lagi, korang mesti dah tahu i tak boleh move on dari barang yang comel-comel ni. Hehehe... Especially Hello Kitty. Pantang nampak apa je yang comel semua rasa nak rembat beli. Jadi, untuk permulaan dah ada beberapa barangan Hello Kitty yang i perkenalkan dekat Cuteness Collection. Pergilah tengok, dah siap letak harga, detail semua lagi dekat situ. I takde konsep, nak barang kena PM-PM ni sebab i bukan Perdana Menteri kahkahkah... Kalau korang berkenan, isi Borang Pesanan yang ada dekat website Cuteness Collection, then i akan entertain korang dengan sebaik mungkin. Insya-Allah... Lepas tu, kalau nak update terkini yang lagi fresh korang LIKE lah Facebook page Cuteness Collection dekat sini ---> https://www.facebook.com/cutenesscollection/shop?rid=156917061004212&rt=6. Lepas tu picit 'On Notification' supaya korang tak ketinggalan tercicir pergi ke bulan. Eh! Hehehe... Maklumlah zaman sekarang ni kuasa terletak hanya dihujung jari je (perghh!) Sape lambat, dia bye-bye... Hehehe... Oh! Instagram untuk Cuteness Collection pun ada jugak tau, korang search atas nama Cuteness_Collection kalau sudi followlah semua sekali ye.

Ok, nak tengok tak Promo Iklan Cuteness Collection yang i dah siapkan? Comel-comel kan model dalam tu... Kihkihkih... Harap korang enjoy dengan video klip ni sama macam mana kami enjoy waktu ber'photoshoot' dengan barangan Cuteness Collection. Happy watching!




Feb 13, 2012

Crochet Coasters

Assalamualaikum semua, apa khabar? Terasa macam deejay radio je bila mulakan ucapan macam gini kan? Hehehe... Petang tadi jari-jemari i yang mulus (ceh-ceh...) tiba-tiba rasa macam rindu nak buat sesuatu. Ya, kalau sesiapa yang mengikuti dan mengenali i sejak mula-mula berkecimpung dalam arena blog (sejak tahun 2008 lagik), mesti dah tahu yang i sebenarnya suka membuat crochet / krusye dan i jugak adalah tokey (tuan tanah kedaunglah tu maknanya. Hehehe...) untuk blog Cuteness Collection. Tapi semenjak i mula tukar ke jabatan lain di tempat kerja dan tanggungjawab kerja pulak makin bertambah. Hobi dan business part time yang i buat selama ni kenalah i korbankan buat sementara waktu (lebih kurang macam lagu kekasih separuh masa yang kumpulan The Lima nyanyilah pulak). Sedih tau dan i tahu korang pun sedih jugakkan?

I pun memang tak announce apa-apa dekat blog Cuteness Collection pasal kesibukan i. Sebab, walau macam mana i bagitahu keadaan sebenar diri i dengan kerja pejabat atau di rumah ke, atau tutup order sementara waktu ke, tapi masih ramai yang emel mengharapkan i ambil order mereka (hadoiii...) Ikutkan perasaan tak sampai hati, i memang nak ambil je tempahan tu semua. Tapi dengan keadaan diri i sekarang ni, i takut kalau untuk sehelai cardigan budak umur 3 tahun pun belum tentu untuk jangkamasa sebulan i boleh siapkan. Kalau i yang jadi tukang order tu pun, confirm tension nak tunggu lama-lama. Terus-terang i cakap bukan senang sebenarnya nak ambil tempahan custom made berdasarkan umur yang berbeza-beza tau. Lagipun membuat crochet ni bukan macam menjahit baju. Beli kain, bentang sana-sini, ukur ikut saiz, potong sana-sini, cantum dan kemudian siap. Membuat crochet / krusye ni pulak, korang kena pastikan permulaan kiraan untuk tali air (crochet term yang dalam inggeris namanya chain) adalah tepat dengan saiz yang korang inginkan. Bila silap dekat permulaan yang korang buat ni, maknanya sampai ke penamat baju, korang dah buat salah. Nak tak nak, kenalah mula balik semula. Leceh kan? I yang dalam kategori expert ni pun (perghh!! expert lah sangat hehehe... mengaku ni pun sebab dah 21 tahun biasa buat crochet / krusye) selalu jugak buat silap. Bila mata dah letih, ada je i tercicir buat kiraan. Hehehe... Sebab tulah i kata bukan senang buat crochet / krusye kecuali untuk aksesori pattern / corak yang simple.

Apa sebenarnya yang ada dekat blog Cuteness Collection?

Untuk sesiapa yang belum mengenali Cuteness Collection. Meh i perkenalkan, Cuteness Collection adalah sebuah business online (perniagaan di dalam talian) yang menawarkan pelbagai pakaian kanak-kanak berumur 0 bulan hingga 3 tahun. Antaranya seperti cardigan, vest, cekak rambut / headband, topi, mittens, klip rambut, booties, cardigan dress / gaun dan lain-lain lagi. Termasuk aksesori-aksesori simple, anak patung (ada Hello Kitty yang comel jugak tau - ini favourite i!) dan beg yang kesemuanya diperbuat daripada benang bulu / yarn. 100% hasil kerja tangan dilakukan oleh jari-jemari i tanpa pertolongan daripada orang lain, mesin atau robot sekalipun (kesat peluh dekat dahi). Cuteness Collection merupakan salah satu cara untuk i mengeksperasikan hasil kerja tangan crochet / krusye yang i buat untuk dikongsikan dengan semua orang yang membelinya di sini.

Ok, dah berkenalan dengan Cuteness Collection kan? Mesti korang nampakkan, betapa tingginya impian i terhadap Cuteness Collection. Insya-Allah, doakanlah kejayaan i ye, kawan-kawan (mekacih!)

Jadi apa sebenarnya yang i dah buat petang ni? I berjaya siapkan coasters / pelapik minuman untuk diletakkan dekat pejabat i dan hubby (alololo... sweet gitu). Kalau korang nak tahu, i mula-mula belajar buat crochet / krusye masa berumur 10 tahun. Dan benda pertama yang i buat ialah coaster. Melalui coaster nilah, i belajar sedikit demi sedikit untuk memahirkan skill crochet i. Bila dah terror buat coaster i beralih cuba buat sarung bantal, alas meja, baju beruang kesayangan i dan lain-lain lagi. Untuk korang yang baru nak belajar asas crochet, i memang galakkan korang bermula dengan barang-barang yang mudah dan simple macam coaster ni. Bukan apa, crochet ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Baru start belajar dah terus buat cardigan, i takut korang give-up tak nak buat crochet sampai bila-bila.

Dekat sini, i nak kongsikan link crochet coasters pattern yang i jumpa untuk korang cuba. Simple tapi cantik!

(Good luck! Kawan-kawan)

Jom tengok rupa coaster i pulak.



p/s : Tengok tu bunny pun berkenan dengan coaster yang i buat. Hehehe

Nov 8, 2010

Personalized Ribbon Label untuk Cuteness Collection

"Hey-hey-hey aku tak percaya cinta, aku tak percaya cinta"
Erk!! Kenapa aku nak nyanyi lagu ni? *garu-garu kepala*
Psstt~jangan bagitau sesape, siyes aku tak minat langsung dengar lagu ni hokeh kehkehkeh~
Sebenarnya nak cakap, yang aku tak percaya dah ada label Cuteness Collection aku sendiri.
Weehooo! Tepuk-tepuk tangan untuk diri sendiri.
Happy gilos aku rasa tau, haish~terasa Cuteness Collection melangkah ke satu era baru gitu *chewahh~*
Hihi~ni semua berkat sokongan korang semua tau.
Tanpa korang takdenya aku bersemangat nak buat benda-benda ni semua.
Yelahh~bukan senang nak jual/buat benda yang melibatkan banyak masa, tenaga, kreativiti dengan idea ni tau.
Dan senang cakap bukan senang nak compete dengan taiko-taiko handmade yang ada dalam dunia online ni.
Ramai yang terror-terror dan cantik-cantik hasil seni dorang.
Actually, nak dapatkan orang yang boleh buatkan design label yang kena dengan hati dan perasaan aku ni bukannya ambik masa sehari dua je tau. Dah berbulan-bulan sebenarnya aku men'google' sana-sini. Akhirnya aku jumpa jugak satu blog ni kucingpurple [dot] blogspot. Dah jodoh kami agaknya *ehemmm~*.

Walaupun sampai 4,5 kali jugaklah berlakunya amendment dari segi design yang aku nak *tenkiulah Yong sayang sebab sudi layan karenah comel kita tu hihi~* Akhirnya terjadilah label Cuteness Collection kesayangan aku ni. Rasa macam nak meloncat-loncat happy bila Yong sms aku final design yang aku nakkan. Serius, aku puashati sangat-sangat :) Sampailah sekarang ni, aku rasa macam sayang pulak nak potong label tu untuk jahit dekat order Cuteness Collection yang ada *haha~ngada-ngada betulkan? :P*


p/s: So, lepas ni sesape yang order crochet's items dari Cuteness Collection, dapatlah tengok label ni secara live gitu. hiii~

Mar 4, 2010

NO BLOGSPOT IN CUTENESS COLLECTION *yeaayyy*

Announcement... announcement.. fuhh.. fuhh... cepat-cepat nak hapdet kat blog nih. Hihi~~ gapo dio?? Dengan segala hormatnye diUMUMkan BLOG CUTENESS COLLECTION telah pon di DOMAINkan dengan jayanya... so, sekarang nih dah takde lagik.. nama BLOGSPOT dekat LINKnye...
wahhh... kiutnyeee... takyah nak taip panjang-panjang lagik....
Ini pon berkat dorongan dan SPONSOR BY HUBBY terCHENTA... menjadikan IMPIANKU KINI SEBUAH REALITI *perghh... berDRAMA plakkk.. wakaka~~*
So, kena kerja keras lagik mengusahakan KEDAI ALAM MAYA aku nih dengan jayanye...
dan yang paleng aku berSYUKUR & CUKUP2 TERHARU... bile customer-customer aku SANGGUP menjadi PENUNGGU SETIA untuk menunggu ketibaan ORDER mereka... *siyess... aku terharu sangat-sangat & dorang nih sememangnye customer-customer kesayangan aku* walopun ORDER dah berlanjutan sampai BULAN JUN, masih ramai yang sudi bertanye... BUKAN AKU TAKNAK AMEK ORDER sekaligus banyak-banyak... & bukan aku TAK TAHU ramai yang kecewa *sorry sayangggg*... sebab WAITING LIST dah cukop PENUH... tapi paham-paham jela... KERJA MENGAIT nih... adalah 100% dari TANGAN AKU YANG MULUS nihhh...

Canepon nak SHOW-OP antara barang-barang & pattern cardigan baru di CUTENESS COLLECTION...
*jemput tengok....yek ^___^*

~baby vest with button~

~hello kitty kawaii pin~

~mickey mouse & car kawaii pin~

PSSSTTTT!!!!
owhh~~ untuk KENGKAWAN yang teringin nak borak-borak dengan aku bolehla TWEET aku di TWITTER k~~ sorry sebab DAH LAME SANGAT TAK BERKESEMPATAN NAK menjenguk BLOG KORANG semua... *soooo.... sorry dear*
Owh!! by the way... lupe nak bagitau TWEETDECK pon bole diDUNLOD through COMPUTER taw... luv u all... 
NAK UCAP PEPATAH SKET 
*belajalah MENYAYANGI & MENGHARGAI ORANG LAEN K*


Feb 24, 2010

Promote Sket ~ CUTENESS COLLECTION


 
  

description picture dari atas ke bawah:
cute flower baby booties
cute ribbon baby hat
gorgeous baby pattern of cardigan
3 sets of cute hairclip
mahukan ini??... silalah berjalan ke CUTENESS COLLECTION *yeayyy*

Kalo sebelom nih, aku ade story yang aku tinggal 2% je lagik nak siapkan order crochet nih.

Taraaa.... nihla dia hasilnye... *vavava....~ sebut sambil goyang-goyangkan sket kepala anda ituw*
SIMPLE & SWEETkan?? *merenung sambil tersengih hepi...*

Sendiri buat kompomla sendiri pujikan... haha... tapi macam mane pon yang kelako tuh... slalunye semua order-order yang aku buat untuk customer-customer aku nih, aku sendiri SLALU RASE BERAT JE HATI nak pos kat dorang... *hihi.... tahhapehapetah kan??* Maybe sebab aku nih terLAMPAU CHENTAkan sangat benda-benda KIUT.... tuh yang TIMBUL rase cam berat hati nak berjauhan benda-benda kiut ini...

OWHHH... i'll be missing u!!

Feb 10, 2010

Crocheted Baby Vest & Amigurami Hello Kitty


Same old pattern but for the different person... hihi...
Baju baby vest yang tertera huruf F tuh telah selamat dioder oleh kakakku CikMin... Hoho... sangat chomel faheem menunjukkan aksi-aksi ensemnye dengan baju ituw... Dan si chomel Hello Kitty nih plak dioder oleh Ween a.k.a opismate aku untuk hadiah besday anak dia on 17 February...
Phewww... 2 dah siap... yang laen-laen maseh setia menunggu... Thanks sangat-sangat kepada mereka-mereka yang buat booking oder dengan aku...*korang memang THE BESH*... Bile dah berkecimpung dalam biz online nih, baru aku btol-btol sedar yang rezeki tuhan nih ade dekat mane-mane saje... yang penting kite kena BERUSAHA UNTUK BERJAYA *jangan putus asa*, JUJUR & AMANAH....
dan tak lupe
BERSYUKUR dengan REZEKI yang DIBERIKAN-NYA...
*alhamdulilah....*

Jan 25, 2010

Crocheted Cute Clutch & Coin Purse


Jangan terkejut kalo aku kate, pic aku kat atas nih telah diamek dengan jayanya pada pukul 2.56 am. Abaikan jelah rambut aku yang serabut tuh yek... Aik, dok ngumah pon aku siap pakai jam tangan lagik... haha... maklumla time is gold... bile aku dah melekat kat kosi siapkan crochet, jangan haraplah aku nak toleh kiri kanan kecuali kalo dipanggil bebudak kecik. So, bile dah pakai jam kat tangan takyah la aku nak bangun tengok jam lagik... bijak tak aku?? hihi...

Pepagi cam nih pon sempat lagik aku nak bergaye-gaye kan?...Sebenarnye aku hepi sangat sebab berjaya gak siapkan lagik booking order untuk customer aku. Customer aku kali nih name dia Sis Liya. Sis Liya nih member blogger aku sebenarnye... dah lame kita orang kenal kat alam cyber nih tapi tak penah pon bertentang mata...chewah.. Aku harap Sis Liya hepi dengan hasil keje tangan aku nih... chaiyok!!

Mesti kengkawan semua tertunggu-tunggu kehadiran aku kat laman umah korang kan?? Sowi geng... minggu nih aku double-triple busy tak hingat punye.... Hubby aku kena settlekan keje kat opis ujung minggu nih... So... kenalah aku handle bebudak chomel sengsorang kat umah nih... Penat... tapi tahla ek... aku rase sronok layan karenah dorang nih.... Time coti nih jela dorang nak manje lebey-lebey dengan mama dia nih....

SELINGAN SKET :-
Owhh... crite pasal bebudak kecik nih, ari Sabtu arituh aku bawak Ariana dengan Damien untuk injection kat SDMC... tempat duduk kitaorang berdekatan dengan satu pasangan husband & wife dengan 4 orang anak termasuk sorang maid.... Anak dorang yang paling kecik, aku rase dalam umo 4 tahun kot... dokla menangis-nangis meragam, tapi aku dok pelik, bapak dia langsung tak gerak tapi mulut dok bising kate, kalo tau macam nih, afiq (aku tak sure name budak tuh) baik dok ngumah dengan bibik, tak payah ikut. Yang abang-abangnye plak senyap je sambil tengok tv. Omaknye plak dok berjalan ke sini-sana. Tak sure ape yang dicarik tapi tak gak datang pujuk anak dia. Aku plak time tuh, memang tak menang tangan la, dok bagi Damien susu. Lepas tuh Danish plak tunjukkan game yang dia dok main. Ariana plak dok nak selit antara aku dan Danish.... sama sebok nak tengok... Sambil dok busy layan anak-anak aku, aku rase cam kesian plak tengok si kecik yang dok melalak tuh... Mulut terase ringan je nak tego pasangan tuh tapi eiishhh... cam tak sesuai plak.... Mungkin si bapaknye tuh terpandangkan aku yang dok asyik tengok anak dia yang menanges je tuh... tetiba aku perasan nada sore si bapak jadi berubah plak cakap kat anak dia yang menanges tuh... kalo tadi cakap cam orang tak puas hati je... kali nih dia cakap lembut-lembut... macam pujuk anak dia... tapi canepon still dia tak pegi gak kat anak dia... Hmmm... pelik plak aku rase.... kalo akulah, mesti aku peluk tak bagi anak aku nanges. Bukanlah aku nak kate, aku nih pandai sangat jaga anak tapi... bile kite dah serahkan 100% tugas jaga anak-anak dekat oang laen... kite sendiri jadi kekok nak pegang anak sendiri.... So... renung-renungkanlah yek....
*sebagai pengajaran untuk diri aku sendiri gak*
Okiela... time for sleep.... Damien macam nak demam je nih... maybe penangan injection semalam kot.... Harap-harap Damien ok besok...
Nite... nite...

Jan 18, 2010

Crocheted Cardigan in Stripe Pattern


Nih kira 1st crochet cardigan yang aku buat dalam warna belang-belang yang telah direquest oleh customer aku yang bernama Efy *thanx ya*... Kalo nak bagi skala dari 1 sampai 5 kepayahan buat crochet belang-belang nih, aku ngase aku nak letak kat skala 3 kot. Yang jadi payahnye buat crochet belang-belang nih ialah time nak tukar kaler benang dan matikan benang yang sebelomnye... Kalo tak matikan btol-btol, sambungan benang tuh akan tertanggal dan patternnye akan terbukak. So, kenalah bagi extra teliti sebab taknak benang tuh terbukak dan mengelakkan dari aku 2,3 kali buat keje yang sama. Lagipun, bukan ape, pattern nih biasanya aku bole siapkan dalam mase 3-4 hari je untuk satu pattern telah ter'drag' sampai 6-7... pheww..  Takpe... takpe... aku anggap nih sebagai cabaran... Hidup kalo takde cabaran pon kengkadang tuh tak besh gak... tak thrill la gitu... canepon aku harap efy berpuas hati :D

Jan 10, 2010

Croheted Baby Vest/Cardigan With Alphabet Applique

Last week, aku berjaya menyetelkan 3 pasang vest/cardigan crochet yang customer order. Perghhh... semakin berkecimpung dalam bidang yang memerlukan skill penggunaan tangan nih... makin bertambah bersemangat plak aku nak buat something yang laen dari yang laen... *konon-kononnye nak bagitau bertambah kretip la tuh... haha* Sakit gakla jari-jemari aku yang mulus nih *mulus sungguh... ekekeke* menjahit part-part yang memerlukan penusukan jarum yang kuat. Dan jangan tak caya sampai satu malam gakla aku berjaga carik idea cane nak menjayakan misi keinginan customer untuk make sure dorang puashati. Tapi takpeee.... yang penting hasilnye menjadi... dan macam hubby aku kate... 
"Takpe... tryla buat dulu... memang susah... nanti dari tak tau tuhla kite jadi tau.. So, lepas nih mama tak yah susah-susah nak pikir lagik... sebab dah tau nak buat cane."
Fuhhh... hubby aku memang supporter aku no 1 la...
Sayang Papa taw...
Nih alphabet applique yang akan ditepekkan kat baju yang customer order. Ikutkan dia nak mintak aku buat cam school badge untuk nama anak dia. Aku dah cuba buat tapi nampak kurang chumel plak... So, aku negotiate untuk buat pangkal nama anak dia je.... Dia kata, ok je... dan terpulang pada aku camne nak chomelkan baju anak dia... haip!! REENA BERUSAHA...

Taraa.... nihla hasilnye... lega sangat sebab customer very very satisfied gitu... Thanks JUE!!

Ini gift untuk JUE... J means for JUE... haha...

Ini crite last week, dis week plak aku tengah pulun buat 2 order dari EFY...Insya-Allah kalo semuanye under control minggu nih siapla.... okielah kengkawan... nak sambung crochet... lalalala...

Dec 16, 2009

Bussiness Card Kiut



Ekceli sekarang nih aku tengah dok survey-survey nak buat design untuk bisnes card
CUTENESS COLLECTION... *fuhyoo... dahsyat tuh*
hihi... rezeki tuhan bagi... alhamdulilah...
Ikutkan aku nih tak suke design yang formal-formal... *bosan giler, tak kretip langsung....*
yela... kalo nak yang formal-formal tuh, bisnes kad keje aku tuh berlambak ade dekat opis...
ade 6 boxes tak guna langsung... haha...
So, aku pon google la mr google & terjumpela kad comel lote macam kat atas nih...
alohaiiii... besh betol kalola aku bole buat macam kad kat atas nih...
kompom aku bawak tido semua kad nih taw... hihi...
rase-rasenye ade tak tukang buat kad yang bole buat kad cam gini...
dalam 6 design kat atas nih mane satu korang rase yang kena dengan ciri-ciri kegemaran aku..??

Dec 12, 2009

"Meowww... Meowww..."


Dalam dok ke'kalut'an jaga 3 owang budak kecik dan sorang bapak budak *hihi... guro je darling*...
berjaya gak aku siapkan 2 ekor kucing chomey ini... 
*off course la HELLO KITTY*
Pulak tuh, siap kena main sorok-sorok lagik dengan Ariana...
Tapi tah cane, tengah aku dok lepak-lepak sambil buat order crochet laen, tetiba aku dengar bunyi "meowww...meowww..."...
haha.. alemak.... kantol!! aku rase aku macam tau je... kenape ade sore kucing kat umah nih....
Jeng.. jeng... jeng...
Ariana berjaya mengetahui lokasi rahsia Hello Kitty yang aku sembunyikan...

Alahai... sori yek sayang... tuh orang punye la... nanti mama buatkan lagik k...

Dec 7, 2009

Model ~ So Cute

{TANPA MODEL}
{BERSAMA MODEL : ARIENA}

Alolo... tanteknye Ariena *doter mama Ain*
Pakai baju sape buat tuh?? *ihik*

Thanks to Ain sebab puashati dengan baju yang aku buat nih...
*lalalala... customer suke, hati gumbira...*
Ikutkan Ain dah lame order dengan aku baju nih... kononnye nak buat present untuk besday anak dia bulan nih... tapi semalam Ain message aku dia kata, anak dia dah excited sangat pakai baju nih... tak sempat nak bagi time besday pon....

*wink2* ain buat order lagik dengan aku... tenkiu...

Nov 30, 2009

Crocheted Amigurami Hello Kitty by Reena [Part Two]

 
Haiii... kengkawan nama saya Hello Kitty,
anda mahukan saya??
silalah menuju ke CUTENESS COLLECTION....

Nov 26, 2009

Crocheted Rose Hair Clip

 
 

Sebenarnye crocheted rose hair clip dekat kepala Ariana tuh nak hantar kepada tuannye nanti
tapi Ariana pulak yang syiok pakai ke sana sini.
Dia pantang nampak benda-benda kiut macam mama dia jugak...
Jeng...jeng..jeng ingat lagik tak Hello Kitty yang aku cite dekat entry sebelom nih...
Kalo tak ingat sila picit pada muke Hello Kitty --->
Nak tau tak??...Akhirnye Hello Kitty nih dah siap...
Besh giler aku rase... puas hati sesangat...
Nak tengok?? kenala tunggu... next entry... hihi... saje je kan??

psssttt... nak crocheted rose hair clip macam Ariana pakai ke?? Nanti singgah kat online shop aku k.. jumpe di sana... di sana... *hihi... siap ade sound effect... echoing gitu...*


Nov 15, 2009

Crocheted Amigurami Hello Kitty by Reena


"Tengok tuhh.. tangan kecik tengah get ready nak buat serangan"



Aku nih memang jenis yang tak ngeti dok termenung & goyang-goyang kaki even tengah berpantang sekarang nih.
So, stiap kali Damien tido aku curik-curik mase buat crochet.
Kali nih aku testing buat crochet Hello Kitty.
Ingatkan... mase memula buat tuh cam tak menjadi,
tapi bile dah sumbat kapas 'fiber'
kat dalam Hello Kitty tuh...
Eh... eh... memang jadi cam ngupe Hello Kitty la..
Seb baekla tak jadi ngupe kambing ke... ekekeke...

So, bile iras-iras ngupe Hello Kitty tuh dah ade... ape lagik berebut dengan Ariana la gamaknye.
Sampaila ke hari nih aku tak siap-siap lagik proses cantuman semua Hello Kitty tuh...
duhhh... nilah payahnye kalo same-same minat nih...

Oct 16, 2009

Antara New Collection di Cuteness-Collection

Kiut tak kengkawan??? hihi...
Anda teringinkannye... iyerr... jemput-jemputla ke


~ Thanks to Dewie, Nas & K. Wanie ~